Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
" Janganlah kamu datang ke rumah orang berhadapan pintunya, tapi datanglah ke bahagian tepinya dan mintalah izin, jika diizinkan untuk kamu, masuklah, kalau tidak baliklah."
[ Riwayat At-Tabrani]
Huraian Hadith:
Semulia mulia manusia adalah mereka yang beradab dan tahu
tata tertib setiap perkara yang dilakukannya.
Islam mengambil segala hal yang bersangkutan dengan kehidupan manusia
termasuklah aspek hubungan sosial mereka dan mengajarkan adab-adab yang
tertentu demi mewujudkan suasana masyarakat yang aman dan harmoni.
Adab dalam berziarah contohnya disebutkan secara terperinci iaitu
a) memberi salam terlebih dahulu
b) mengetuk pintu perlahan-lahan dan tidak melebihi tiga kali
c) berdiri bersebelahan pintu kerana dibimbangi jika
yang membuka pintu itu adalah bukan muhrim.
d) tidak masuk melainkan setelah mendapat keizinan.
e) tidak mengintai atau mengendap ke dalam rumah.
f) duduk di tempat yang disediakan kerana tuan rumah
lebih maklum tentang keadaan rumah mereka.
Berkunjung sebagai tetamu hendaklah memilih masa yang sesuai agar ia tidak
menimbulkan keberatan kepada tuan rumah lebih-lebih lagi jika kedatangan tersebut
didapati mengganggu urusan penting yang hendak dilaksanakannya.
~sumber perjalanan yang singkat.