Saturday 27 May 2017

CARA HAPUS DOSA TANPA ISTIGHFAR



Bukan berhelah daripada beristighfar mahupun taubat, tetapi itulah hakikatnya. Allah sudi menggugurkan dosa kita walaupun kita tidak meminta. Betapa pemaafnya Allah. Bukan dengan satu cara malah banyak cara. 
Manusia yang ego berkata: " Aku tidak akan memaafkan dia selagi dia tidak meminta maaf." Dia sendiri ego dengan Allah. Sudahlah berat memohon maaf daripadaNya, hendak melakukan amalan yang menyebabkan Allah sudi memaafkan dia pun berat.......


33 Cara Hapus Dosa Tanpa Istighfar.


1.    Mati Syahid
"Orang yang mati syahid diampunkan segala dosanya kecuali hutang." ( Riwayat Muslim )


2.    Sedekah.
"Sedekah memadamkan dosa sebagaimana air memadamkan api." ( Riwayat al-Tirmizi )


3.    Banyak Memberi Salam.


4.    Halalkan Hutang.
"Ada seorang peniaga yang membolehkan pembelinya berhutang. Apabila ada seorang yang mempunyai kesulitan hendak membayar, dia pun berpesan kepada pembantunya: 'Lepaskannya, semoga Allah kelak akan memaafkan kita. Maka Allah memaafkannya.' " ( Riwayat al-Bukhari )


5.    Buat Kebaikan Sebaik Terlanjur Buat Kejahatan.
"Bertaqwalah kepada Allah di mana pun kamu berada.
 Segera susuli perbuatan jahat dengan perbuatan yang menghapuskannya.
 Bergaullah dengan orang lain dengan akhlak baik." ( Riwayat al- Tirmizi )


6.    Menyebut SubhanAllah Wabihamdihi 100 Kali.
"Sesiapa yang menyebut subhanallah wabihamdihi dalam sehari 100 kali,
dihapuskan dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. ( Riwayat al-Bukhari )
Subhanallah wabihamdihi.......maksudnya: "Maha suci Allah dan dengan pujian untuk-Nya."


7.    Zikir Selepas Solat.
"Sesiapa yang bertasbih selepas solat sebanyak 33 kali,kemudian bertahmid 33 kali, kemudian bertakbir 33 kali ; semuanya jadi 99 kali lalu dia menggenapkannya menjadi 100 dengan - zikir berikut-,diampunkan dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di lautan." ( Riwayat Muslim )
Maksudnya : "Tiada Tuhan selain Allah sahaja, tiada yang sekutu dengan-Nya.
Milik-Nya segala kekuasaan, untuk-Nya segala pujian. Dan Dia atas segala sesuatu, Maha Berkuasa."
  •        Tasbih;   Subhanallah
  •        Tahmid:  Alhamdulillah
  •        Takbir:   Allahuakbar

8.    Sebarang Musibah.
"Tidak ada sesuatu pun yang menimpa seorang Muslim baik berupa keletihan, kesakitan, sakit hati,   kebimbangan, kekecewaan, kesedihan hatta sekecil duri yang menyucuknya melainkan dengan musibah tersebut Allah menghapuskan dosanya." ( Riwayat al-Bukhari )


9.    Puasa Hari dan A'syura'.
"Puasa hari Arafah, sungguh saya berharap Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya, dan setahun selepasnya. Sementara puasa hari A'syura', aku berharap Allah menghapus dos setahun sebelumnya." (Riwayat Muslim)
       Puasa hari Arafah: 10 Zulhijah. Hanya boleh dilakukan oleh selain jemaah haji yang
       sedang berwukuf di sana.
       Puasa hari Asyura: 10 Muharam


10.   Sebarang Musibah.
"Tidak ada sesuatu pun yang menimpa seorang muslim baik berupa keletihan, kesakitan, sakit hati kebimbangan, kekecewaan, kesedihan hatta sekecil duri yang menyucuknya melainkan dengan musibah tersebut Allah menghapuskan dosanya."( Riwayat al -Bukhari)





11.    Haji.
"Sesiapa yang menunaikan haji tanpa bercakap perkara yang keji, dan tidak juga membuat
perkara buruk, dia akan kembali seperti hari pertama ibunya melahirkannya." (Riwayat Ahmad)


12.   Masuk Islam.
 "Apabila seorang hamba masuk Islam dan membaguskan keislamannya, dihapuskan semua dosanya dan kesalahan yang pernah dilakukannya." (Riwayat al-Bukhari)


13.   Puasa Ramadhan.
"Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat berikutnya dan Ramadhan berikutnya ialah penghapus dosa antara keduanya selama mana dia menjauhi dosa besar." ( Riwayat Muslim)


14.   Puasa Hari Arafah.


15.   Azan.
"Seorang muazin diampunkan dosanya sejauh suaranya, bahkan setiap makhluk yang hidup dan mati memohon ampun untuknya." (Riwayat Abu Dawud)

Cetusan: Jangan malu untuk azan. Azan dahulu sebelum solat, walaupun sendirian.

Nabi bersabda: "Tuhanmu kagum dengan seorang pengembala kambing yang berada di atas sebuah batu bukit, dia melaungkan azan untuk solat kemudian solat. Allah berfirman: 'Lihatlah
        hamba-Ku ini! Dia azan kemudian solat kerana takut akan Aku. Sungguh Aku ampunkan dosa
        hamba-Ku ini, bahkan Aku akan masukkannya ke syurga.' " (Riwayat al-Nasa'i)


16.   Doa Mendengar Azan.
"Sesiapa yang ketika mendengar muazin dia pun membaca- doa berikut- maka akan diampunkan dosanya." (Riwayat Muslim)
"Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah sahaja, tiada yang sekutu dengan-Nya, dan Muhammad hamba dan utusan-Nya. Aku suka Allah itu Tuhan, Muhammad itu utusan dan Islam itu pegangan."


17.   Berwuduk.
"Tatkala seorang hamba Muslim atau Mukmin berwuduk, ketika dia membasuh mukanya lalu mengalir keluar dari wajahnya segala dosa yang dilihat dengan matanya bersama air atau titisan yang terakhir.
Kemudian ketika dia membasuh dua tangannya, lalu keluarlah dari setiap tangannya segala dosa yang dilakukan dengan tangannya bersama air atau titisan terakhir. Kemudian ketika dia membasuh dua kakinya, maka keluarlah segala dosa yang dia jalanka dengan kakinya, dari tiap-tiap kakinya dosa yang dia tempuh dengan kakinya bersama air atau titisannya terakhir sehingga keluar habis bersih daripada dosa." (Riwayat Muslim)


18.   Berjalan ke Masjid.
"Solat seseorang bersama jemaah digandakan pahalanya berbanding solatnya di rumah atau di kedai sekitar 25 kali ganda! Hal itu apa lagi apabila dia berwuduk dengan sebaik-baiknya, lalu keluar ke masjid, dan tidak keluar melainkan semata-mata untuk solat. Maka tidaklah dia melangkahkan satu langkah melainkan diangkat satu darjat dan dihapuskan satu dosa. Kemudian apabila dia solat, malaikat tidak henti-henti mendoakannya selama dia berada di tempat solatnya: "Ya Allah, selamatkannya. ya Allah sayangilah dia." (Riwayat al-Bukhari)


19.   Solat Fardu Lima Waktu.
 "Apa pendapat kamu sekiranya ada sebatang sungai di depan pintu kamu, lalu dia mandi di situ setiap hari lima kali, adakah masih terdapat kotoran padanya?" Sahabat menjawab: "Tentulah tidak ada lagi sebarang kotoran padanya. Nabi pun membalas: "Demikianlah ibarat solat fardu yang lima, Allah menghapuskan dosa-dosa dengannya." (Riwayat Muslim)


20.   Ucapan Amin Dalam Solat Berjemaah.
"Apabila imam mengucapkan amin, maka ucaplah amin juga, kerana sesiapa yang aminnya bertepatan dengan amin malaikat maka akan diampuni dosanya yang telah lalu."(Riwayat al-Bukhari)







21.   Menunggu Antara Dua Solat.
"Mahukah kamu aku ajarkan suatu amalan yang boleh menghapus dosa dan menaikkan darjat Sahabat menjawab: "Ya, wahai Rasulullah." Baginda membalas: "Sempurnakanlah wuduk walau sesulit mana keadaan perbanyakan langkah ke masjid dan tunggulah untuk solat selepas usai satu solat.
Itulah ribat*." (Riwayat Muslim)

*Ribat pada asalnya bermaksud berkawal di sempadan demi berjaga-jaga daripada serangan musuh. Pahalanya syurga. Demikian baginda mengumpamakan amalan di atas.

Tip: Paling praktikal, antara maghrib dengan isyak
* Perhatikan, amalan  penghapus dosa ialah menunggu solat dan melangkah ke masjid. Kesemuanya isyarat untuk mendapat fadilat solat berjemaah.


22.   Solat Terawih.
"Siapa yang menghidupkan ramadhan* penuh keimanan dan pengharapan, maka diampunkan segala dosanya yang lalu." (Riwayat al-Bukhari)

* Menghidupkan ramadhan merangkumi segala bentuk ibadah seperti membaca al-Quran dan sebagainya.


23.   Solat Jenaza.
 "Tidak ada seorang Muslim yang meninggal dunia lalu ada 40 orang yang solat untuk jenazah
sedang mereka semua tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun, melainkan Allah menerima syafaat mereka untuk si mati." (Riwayat Muslim)


24.   Solat Tasbih.
Rasulullah bersabda kepada bapa saudaranya: "Ada 10 dosa yang akan Allah swt akan  ampunkan jika engkau melakukan amalan ini sama ada dosamu yang pertama dan terakhir yang terdahulu dan yang baharu, yang tidak sengaja mahu pun yang disengaja, yang kecil mahu pun yang besar, yang tersembunyi mahu pun yang terang-terangan, ada 10 jenis dosa tersebut.
Caranya engkau melaksanakan solat empat rakaat....." (Riwayat Abu Dawud)

Hadis ini panjang. Cuba rujuk para ilmuan untuk mengetahui cara solat tasbih.


25.   Ibadah Malam Lailatulqadar.
"Lailatulqadar pada 10 malam terakhir. Sesiapa yang membangunkannya demi mencari peruntukan ganjarannya, maka Allah pasti ampunkan dosanya yang lalu dan akan datang. Lailatulqadar berlaku pada malam ganjil, sembilan, tujuh, lima, tiga atau malam terakhir." (Riwayat Ahmad)


26.   Bersyukur Atas Musibah.
Allah berfirman: Sungguh apabila aku menguji seorang hamba-Ku yang beriman, lalu ia memuji-Ku atas ujian yang Aku timpakan kepadanya, maka dia akan bangkit dari tempat tidurnya bersih daripada dosa seperti hari ibunya melahirkannya." (Riwayat al- Tabarani dalam al-Mujam al- Kabir)
Musibah menghapuskan dosa mengikut kadarnya, mana kala bersabar dan redha atas musibah menghapuskan kesemua dosa sekali gus, Tidak termasuk dosa besar.


27.   Doakan Kempunan untuk Orang Lain.
"Doa seorang Muslim buat saudaranya tanpa pengetahuannya mustajab. Dekat kepalanya ada seorang malaikat bertugas. Setiap kali dia mendoakan saudaranya untuk suatu kebaikan, malaikat yang ditugaskan itupun berdoa: 'Aamiin, semoga engkau pun dapat semisalnya.'" (Riwayat Muslim)



28.   Bercakap Baik.
"Sungguh antara amalan yang menjadi penyebab diampunkan adalah menyebarkan salam dan
 bercakap baik." (Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir)


29.   Doa Selepas Makan.
"Sesiapa yang makan lalu menyebut- doa berikut-, diampunkan dosanya yang telah lalu."
Maksudnya: "Segala pujian bagi Allah yang memberi makan aku dengan ini dan merezekikan aku dengannya tanpa daya dan kekuatanku." 


30.   Solat Jumaat.


~sumber majalah solusi.


No comments:

Post a Comment

  Engkau jangan terlalu khawatir, apa yang sudah ditetapkan pasti akan terjadi dan Allah adalah yang menetapkan. Dunia ini banyak urusan, k...