Showing posts with label Maulidur Rasul. Show all posts
Showing posts with label Maulidur Rasul. Show all posts

Sunday, 26 April 2020

YA RASULULLAH

Ya Rasulullah.
Kelahiranmu, adalah berkah untuk alam semesta.
Kehadiranmu, menjadi pelega rindu sahabat-sahabat yang mencinta.
Ketiadaanmu, menjadi lara untuk Bilal, si budak hitam yang merdeka.
Bersamamu, begitu hangat untuk iman yang mengukuh di dada.
Ya Rasulullah.
Meski kami hanyalah ummat akhir zaman yang belum pernah bersua.
Shalawat atasmu adalah rasa gembira. 
Mereda rindu yang menghujam kuat di dada.
Kelahiranmu adalah syafaat yang nyata kala hidup di dunia.
Sebab, tanpa nurmu tiada akan dunia dan isinya tercipta.
Sebab, tanpamu tiada kami kenal keagungan Ilahi, Azza Wajalla.
Ya Rasulullah.
Terima kasih atas titipan rindu di kala itu. Rindu yang sempat dicemburui oleh sahabat-sahabatmu.
Kepada segolongan ummat yang hidup jauh setelah masamu.
Pada hati mereka ada cinta yang begitu nyata.
Dalam relung jiwa yang merintih asa.
Cinta yang menumpuk menjadi azam yang kuat.
Di bawah naungan benderamu kelak, cinta tersambut dengan syafaat.

Tuesday, 20 November 2018

MAULIDUR RASUL




"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan)  Allah dan ( balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak ( dalam masa susah dan senang)" (al-Ahzab: 21)


Indahnya  peribadimu duhai Rasulullah bagaikan pancaran mata air yang tidak pernah kering, untuk diteguk oleh umatmu.

Sempurna akhlakmu memancarkan kejernihan budi di atas hamparan kemuliaan.

Engkau bagaikan permata yang menyinari diri dan umat dengan cahaya kebenaran.

Umpama pembawa obor penerang hidayah ketika berhala-berhala dijadikan tuhan sembahan.

Engkau membawa rahmat dan keberkatan disaat dunia gelap diserkup kejahilan.


Engkau tinggalkan dunia ini setelah lengkap risalah dan aturan.
Sedangkan kami sentiasa mendakap sebuah kerinduan.
Syafaatlah kami duhai Rasulullah, disaat gelap gelita menghadang.
Sedangkan kami pula tiada kuat untuk menahan...


Semoga Allah swt melimpahmu salam kesejahteraan, selama roda kehidupan dunia berjalan.
Juga kepada ahli keluargamu, berserta seluruh sahabat dan pendukungmu sekelian.

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu cintakan Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu serta mengampunkan  dosa-dosa kamu, Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Ali - Imran: 31)



Salam Maulidur Rasul
12 Rabiul Awal 1440H

~Kembara mencari Hamba~

Thursday, 30 November 2017

SALAM MAULID AR-RASUL 1439H / 2017M


"Dan tidaklah Kami mengutuskan kamu (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam." (Al-Anbiya' :107)


Puji dan syukur ke hadrat Ilahi. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w., serta kepada keluarga dan para sahabatnya.

Allah s.w.t. dengan kasih sayang-Nya telah mengutuskan kepada manusia seorang Rasul sebagai pembimbing dan penunjuk jalan. Sesungguhnya pengutusan ini adalah sebesar-besar rahmat, yang mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliah kepada terangnya obor cahaya hidayah.

Imam al-Qurthubi menyatakan, yang dimaksudkan dengan al-Alamin ialah seluruh kejadian selain Allah s.w.t.  Ertinya semua makhluk samada manusia, haiwan, tumbuhan semua benda termasuk dunia ini dan seisinya, mendapat rahmat dengan kelahiran Rasulullah s.a.w.

Justeru, marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w. Moga dengan kehadiran hari yang bersejarah ini akan meningkatkan lagi kecintaan dan kasih sayang kita kepadanya. Begitu juga semoga kita sebagai umatnya sentiasa diberikan kesungguhan untuk mendalami dan menghayati sirahnya, dan seterusnya membuktikan kecintaan kepada Baginda s.a.w. dengan mengamalkan segala sunnahnya di dalam seluruh aspek kehidupan.






Berselawatlah

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi serta ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya." (Al-Ahzab:56)

Semoga kita memperolehi selawat dari Allah s.w.t. , memperolehi syafaat Nabi Muhammad s.a.w., memperolehi limpah rahmat dari Allah s.w.t. Ditulis sepuluh kebajikan, dihapuskan sepuluh kesalahan, diangkat sepuluh darjat, memperolehi kesempurnaan iman dan banyak lagi.

Salam Maulidur Rasul.




Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...