Showing posts with label Keinsafan. Show all posts
Showing posts with label Keinsafan. Show all posts

Monday, 11 March 2019

INGAT MATI



Apabila berbicara tentang kematian, timbul rasa gerun dan takut. Kematian tidak mampu kita lari atau elak. Wajib tempuh. Kematian tidak seharusnya dipandang dari satu sudut sahaja, sebaliknya ia perlu dilihat dari pelbagai sudut.

Persediaan menghadapi kematian; ini salah satu dari sudut tersebiut.

Malangnya terdapat segelintir daripada kita yang memandang sinis perkara ini. Kita gagal melihat keperluan melakukan persediaan rapi dalam menghadapi kematian. Jika saat menerima anugerah daripada kerajaan pun kita lakukan persiapan sebaiknya lebih awal, inikan pula saat pulang bertemu Allah.

Ingat Mati.
Bukankah situasi di bawah ini harapan kita?

Harapan pulang tatkala menghadap Allah
Bersih, Putih berseri-seri
Semerbak wangi.
Menandakan bahawa kita telah dirahmati oleh Allah s.w.t. dan dianugerahkan kebahagiaan yang kekal selama-lamanya.

Atau kita akan berteleku dan dipandang hina oleh segenap makhluk saat menghadap Allah s.w.t.? Di sinilah peri pentingnya kita lakukan persiapan untuk menghadap Allah s.w.t.

Kadang-kala, jika seseorang itu keterlaluan apabila berbicara tentang kematian, akan ada yang memandang seolah-olah orang yang membicarakan perkara ini mengharapkan kematian. Bahkan ada yang secara terang-terangan memandang remeh perkara ini.

Betapa sinisnya golongan ini terhadap usaha-usaha untuk menyedarkan betapa pentingnya mengingati kematiaan setiap saat dalam kehidupan kita.

Erti ingat mati: Menambahkan keberkatan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.


Umur Panjang + Taat Allah

Allah s.w.t berfirman, mafhumnya:

"Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu) : 'Wahai Tuhan kami, keluarkan kami (daripada azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain daripada apa-apa yang pernah kami kerjakan.'"

Allah menempelak mereka kerana penyesalan mereka sewaktu itu tidak berguna lagi.

"Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk kamu berfikir dan mengambil peringatan bagi sesiapa yang mahu? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul [Kami] yang memberi amaran. Oleh itu rasailah [azab seksa] kerana orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat memberikan pertolongan." [Surah Fatir 35: 37]

Kitab al-Jami' Li Ahkam al-Quran atau lebih dikenali sebagai kitab Tafsir al-Qurtubi mentafsirkan ayat tersebut sebagai:
"Mereka [penghuni neraka] berteriak dengan suara yang kuat dan keras, merintih dan memohon pertolongan. Mereka menuturkan, "Wahai Tuhan, keluarkan kami dari neraka jahanam ini dan kembalikan kami ke alam dunia. Agar kami dapat melakukan amal soleh."

Ibn Abbas pula mentafsirkan:
"Kami memperakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami akan melakukan perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Daripada kesyirikan terhadap Allah s.w.t., kami akan meninggalkan kekufuran dan diganti dengan keimanan, mengerjakan ketaatan sebagai ganti terhadap kemaksiatan dan kami akan melaksanakan seluruh suruhan para rasul."



Teguran Allah Buat Semua.

Lalu, Allah s.w.t. menjawab permintaan mereka dengan firman-Nya yang bermaksud:

"Bukankah kami telah melanjutkan umur kamu dan dan memberikan masa yang cukup untuk kamu berfikir dan mengambil peringatan bagi sesiapa yang mahu? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul [Kami] yang memberi amaran." [Surah Fatir 35: 37]

Menerusi ayat ini Allah s.w.t. secara tidak langsung 'menegur' umat manusia bahawa Allah s.w.t. telah memberi peluang dengan cara:
1.  Memanjangkan umur.

2.  Memberi peluang kepada umatnya untuk berfikir dan beringat-ingat akan kematian.

3.  Mengutus para rasul.

Maka di sinilah perlunya untuk kita sama-sama saling ingat mati setiap saat. Peluang umur yang masih bersisa ini seharusnya digunakan sebaik-baiknya.

Seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. : "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling baik?
Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Orang yang panjang umur dan baik amalan."

Lelaki tersebut bertanya lagi: "Siapakah pula orang yang paling buruk?"
Baginda s.a.w. menjawab: "Orang yang panjang umur dan buruk amalan." [Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi]

Dalam hadis yang lain, al-Hakim meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Orang yang paling baik dalam kalangan kalian adalah orang yang paling panjang umurnya dan  paling baik amalnya." [Riwayat al-Hakim]


Umur Panjang = Bonus

Seharusnya kita memandang bahawa umur yang panjang itu merupakan suatu bonus dan keuntungan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Keuntungan bagi meneruskan amal ketaatan dan menambahkan amal kebajikan.

Setiap hari, pasti ada kematian yang berlaku di persekitaran kita. Tetapi kita tidak mengambil ibrah serta pengajaran daripada kematian tersebut.
Kematian yang membawa maksud tiada lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan untuk dipersembahkan kepada Allah s.w.t. Kematian yang membawa maksud terputuslah segala hubungan dengan keduniaan.


Persoalan Kehidupan

1.  Berapa ramai dalam kalangan kita yang meninggal dunia sebelum mencapai usia baligh?

2.  Berapa ramai pula dalam kalangan kita yang meninggal dunia sebelum sempat menjejak kaki ke universiti?

3.  Berapa ramai dalam kalangan kita yang telah meninggal dunia sebelum sempat berumah tangga dan menimang cahaya mata?

4.  Berapa ramai pula dalam kalangan kita yang menutup mata sebelum sempat mencapai kebahagiaan dalam kehidupan yang diharapkan?

~ Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani


Friday, 23 March 2018

ANTARA BERSYUKUR DENGAN MUSIBAH



Musibah pasti datang ke semua orang. Mungkin kita tidak tahu sekarang, atau apa yang tampak di depan. Namun, masa lalu orang siapa yang faham. Boleh jadi dahulu sekali musibah datang.

Dan sekarang dia telah melampuinya dengan perjuangan. Musibah pasti datang, tinggal bagaimana kita memberi tanggapan. Apakah kita dapat ambil pelajaran atau justru angkat tangan tanpa perjuangan.

Musibahlah yang menjadikan nikmat semakin terasa. Kehilanganlah yang membuatkan kita tahu ternyata hal itu berharga. Itulah hukum alam semesta. Selalu ada segala yang berlawanan makna. Tanpa ada hujan, pelangi takkan menampakkan warnanya ke bumi. Tanpa ada duka , hal yang bahagia menjadi terasa biasa-biasa saja. Tanpa ada musibah, mungkin kita akan lupa mensyukuri segala nikmat dan anugerah.

Terkadang kita harus bersyukur terhadap musibah. Kerana turunnya merupakan bagian daripada rencana Allah s.w.t. Yang Maha Indah. Kerana datangnya , banyak membawa hikmah. Baik hikmah yang datangnya dengan tamparan, mahupun dengan kelembutan.

Baik hikmah  yang datang dijemput sendiri, mahupun dengan perantara lingkungan sekitar kita. Sebab dengan hikmah, Allah turunkan  kebaikan yang melimpah.

Semoga kita semua diberi dengan rasa syukur. Bahkan ketika tertimpa musibah sekalipun. Semoga kita semua selalu diberi hati dan fikiran yang lapang untuk mengambil hikmah dalam setiap kejadian. Semoga dengan hikmah yang kita terima, membuat kita menjadi peribadi yang lebih baik lagi.

Ibarat mentari yang telah menyediakan warna-warninya. Tapi uap sebakda hujan yang tampilkan pelanginya. kadang musibahlah yang menikmatkan nikmat....

~ Ustaz Salim A, Fillah


Ketika sedang begitu terjatuh dan ingatkan kembali.

Seorang muslim sejati tidak pernah terlepas dari tiga keadaan yang merupakan tanda kebahagiaan baginya, iaitu bila dia mendapat nikmat maka dia bersyukur, bila mendapat kesusahan dia bersabar, dan bila berbuat dosa maka dia beristighfar.

"Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya adalah baik baginya. Hal ini tidak didapatkan kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka yang demikian itu adalah merupakan kebaikan baginya. Sebaliknya apabila tertimpa kesusahan, dia pun bersabar, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya."

[Diriwayatkan oleh Muslim, no 2999 dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a.]


"Tidak ada satu musibah pun yang menimpa (seseorang) kecuali dengan izin Allah; Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk ke (dalam) hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."


~sumber unsaid Confession.

Wednesday, 14 June 2017

TENANG DI HATI

Dalam pada kita gembira
Kita lupa pada yang menderita
Dalam pada kita bahagia
Ada di sana yang berduka lara....
Hari ini mungkin hari mereka
Esok lusa...
Mungkin kita diujiNya jua.....





Petikan dari Blog Genta Rasa
Ustaz Pahrol



Memahami maksud takdir Allah.

Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu
adalah takdir Allah swt. Yang mampu kita buat hanyalah
meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah,
disamping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu.

Ungkapan yang terkenal:
We can't direct the wind but we can adjust our sail
- kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin,
kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.
Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati.
Hati yang bersifat bolak balik (terutamanya bila diuji)
hanya akan tenang jika kita beriman kepada Allah
- yakin kepada kasih sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya.
Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita
adalah bermaksud baik sekali pun kelihatan negatif.
Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas,
namun pada pandangan-Nya Yang Maha Luas
semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud
baik.


Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa
(bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian),
namun jika masalah tidak juga dapat diselesaikan,
bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya;
"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu
dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu,
Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak
mengetahuinya."
Surah al- Baqarah; 216








Seorang ahli hikmah berkata, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini
menerusi katanya,
"barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah
terpisah dalam takdir-Nya,
maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan
akal dan mata hati seseorang."

"Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa,
hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu.
Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan
memberikan yang terbaik."

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya,
namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan.
Jangan cuba mengambil alih "kerja Tuhan" yakni
cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini
tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita
dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa.

Kata bijak pandai:
"It's not what happens to you, but it's what you do about it.
It is not how low ypu fall but how high you bounce back!"





Mendapat hikmah bila diuji.

Hikmah adalah sesuatu yang tersirat disebalik sesuatu yang tersurat.
Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar
dengan satu ujian.
Hikmah hanya dapat ditempa oleh"mehnah"
- didikan langsung daripada Allah melalui  ujian-ujian-Nya.

Rasulullah saw bersabda,
"perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian,
bagai besi yang di masukkan de dalam api,
lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan
tinggallah yang baik sahaja."

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu
hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda,
pemaaf, qanaah daripada Tuhan?

Firman Allah:
Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga
sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan
sebagaimana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada
kamu, iaitu mereka yang ditimpa kesengsaraan,
kemelaratan dan kegoncangan,
sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman,
bersamanya merintih:
"Bilakah  datangnya pertolongan Allah.?"
(Surah al-Baqarah: 214)

Pendek kata bagi orang beriman,
ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah
sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik disebaliknya.
Malah dalam keadaan berdosa sekali pun,
ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan.
Manakala dalam keadaan taat,
ujian ditangkan untuk meningkatkan darjat.





Sunday, 28 May 2017

DIA YANG MENGHILANGKAN KERESAHAN



Saya menjalani kehidupan yang agak sukar pada minggu ini. Ada bebrapa perkara yang menerjah, sedikit meresahkan perjalanan hidup. Ada ketikanya ia merencatkan ruangan lena tidur.

Ujian dan musibah seringkali datang tanpa diundang, seringkali datang tanpa sebarang perkataan. Hadirnya menyembah resah, munculnya mengundang gundah.

Ujian dan musibah tidak dipinta, namun kita perlu sentiasa tahu bahawa ujian adalah rukun dalam kehidupan. Maknanya setiap daripada kita akan melalui bicara atau didikan Allah yang dinamakan ujian dan musibah. Tentunya kita mengharapkan setiap ujian itu membawa kita kepada satu tahap yang lebih baik.

Kita telah lama menghadam: "Ujian dan musibah datang dari Allah"

Benar, tiada siapa yang dapat menafikannya. Baik dan buruk semuanya di dalam ilmu-Nya yang Maha Luas. Tetapi di sana ada sesuatu yang perlu digigit sekuatnya bahawa Allah sangat kasih kepada hamba-Nya. Dia tidak menimpakan  sesutu ujian melainkan dengan kesanggupannya.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya." (Al-Baqarah:286)

Tidakkah kalam yang mulia ini menghilang resah merobek ketenangan. Maka menjauhlah rasa gelisah, kecewa dan berputus asa. Fitrahnya, dalam setiap kesusahan dan kesedihan insan akan memanggil dan merayu kepada Allah swt. Bahkan yang pernah kufur pun memanggil Allah dengan penuh keikhlasan apabila terdesak ditimpa musibah. Allah berfirman di dalam surah al Ankabut ayat 65:

"Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui ssesutu yang bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa tulus ikhlas kepada-Nya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepada-Nya."

Jika demikian seorang yang kufur, sudah tentu seorang Muslim yang beriman lebih-lebih lagi pergantungan harapnya kepada Allah ketika ditimpa musibah. Jarak langit dan bumi tersangat jauh sehingga ke hari ini tiada pakar yang dapat mengukurnya. Namun ianya menjadi dekat dengan doa yang dilafazkan.

"Ya Allah, bantulah aku, kasihanilah aku..." Lalu ungkapan doa makhluk di bumi ini dengan pantas naik ke langit. Maka turunlah pertolongan Tuhan yang Maha Pengasih kepada hamba-Nya.

Allahu al- Musta'an...



~ sumber dari kembara mencari hamba.

Wednesday, 10 May 2017

BANDINGKAN DUNIA DAN AKHIRAT



Bertanya seseorang pada junjungan kita
"Wahai Rasulullah tercinta
Bandingkan dunia ini dengan akhirat nanti"

Menjawab Rasulullah saw.
" Celupkan jarimu 
ke  air lautan
Air yang menitis
dari ujung jarimu
Itulah dunia sesisinya
Air selebihnya di lautan
Air di seluruh samudera
Itulah akhirat nanti."


Wahai alangkah kecilnya 
erti dunia

Wahai alangkah kerdil
erti dunia

Wahai alangkah remeh
erti dunia

Wahai alangkah wahai
tak berertinya dunia.


Yang mengejar akhirat
akan mendapat akhirat dan dunia
Yang mengejar dunia 
hanya mendapat dunia.



~H,Taufiq Ismail~


Ya Allah, Ya Tuhanku berikan aku pertunjuk dan peliharalah aku
dari kejahatan sendiri.
Ya Allah, Ya Tuhanku Lapangkanlah dada (jiwaku)
dan permudahkanlah segala urusanku.

Aamiin.




Wednesday, 1 March 2017

MENGAPA UMAR ABDUL BERHENTI MEMBACA SURAH AL-LAIL?

                                  


Pada suatu malam, Khalifah Umar Abdul Aziz membaca surah al-Lail:

"Demi malam apabila menutupi (cahaya siang), dan siang apabila terang benderang, sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza.

Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga),
maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah,

Dan adapun orang-orang yang bakhil dan berasa dirinya cukup, 
Serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar.

Dan hartanya tidak bermanfaat baginya apabila ia telah binasa.
Sesungguhnya kewajipan Kamilah memberi petunjuk, 
Dan sesungguhnya kepunyaan Kamilah akhirat dan dunia. 

Maka, Kami memperingatkan kamu dengan neraka yang menyala-nyala....."

Sehingga ayat ke 14 ini, beliau berhenti kerana tidak dapat meneruskan bacaannya lagi. Leher beliau terasa tercekik. Khalifah Umar Abdul Aziz lantas meninggalkan ayat seterusnya dan membaca surah lain.  

Begitulah khusyuknya Khalifah Islam ini apabila membaca ayat al-Quran. Apabila tiba pada ayat yang memperkatakan neraka, beliau berasa takut dan tidak dapat meneruskan bacaannya.


~ sumber majalah iman.







Friday, 20 January 2017

ALHAMDULILLAH



Satu kisah...

Seorang lelaki berangkat berjihad di jalan Allah, sementara dia meninggalkan isteri dan anak-anaknya. Beberapa wanita tetangganya yang lemah iman berkata kepada isteri lelaki tersebut: "Wahai ibu yang malang, apabila Allah mentakdirkan maut untuk suamimu dan menjadi syahid, maka siapakah yang akan menghidupi dan menjaga anak-anakmu?"


Wanita mukminah  itu hanya menjawab perkataan mereka dengan keras, sepenuh iman dan keyakinan: "Aku hanya mengenal suamiku sebagai seorang yang hanya dapat makan. Aku tidak pernah mengenalnya sebagai yang menurunkan rezeki. Apabila orang yang hanya dapat makan itu telah  mati, maka Yang Maha Pemberi Rezeki akan tetap hidup."


Ya, Pemberi rezeki tetap hidup dan tidak akan berkurang Khazanah-Nya, Walaupun diberi kepada seisi bumi. Allah,  Tuhan kita  yang amat pemurah.





" Katakanlah: " Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya diantara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan ( siapa yang dikehendaki-Nya )". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah Pemberi Rezeki yang sebaik-baiknya" ( Saba': 39 )


Alhamdulillah.

~sumber kembara mencari hamba.


Tuesday, 23 August 2016

ADA MASA



Terlalu banyak  yang ingin dipinta dari Tuhan sehingga dunia tak cukup luas untuk menadah segala hajat dan hasrat.
Namun,
Bila difikir kembali
Betapa diri terlalu rindu akan sebuah keampunan.
Dan seolah hanya itu yang diperlukan sehingga akhir perjalanan.

Ya, sebuah keampunan.
Kerana beratnya sekeping hati bersarat dosa.
Memudarkan cinta pada dunia dan seluruh isinya.
Moga bertemu-Mu tanpa dosa.
Allahurabbi.


-sumber.

Sunday, 21 August 2016

BAHASA HATI



Bahagia atau derita
ia adalah bahasa hati
Hati yang menentukan kita bahagia atau derita
takala hati manusia
basah dengan limpahan rahmatnya
ketika itulah diri menjadi
manusia paling bahagia
biarpun tidak banyak yang ada digenggaman.....




KETIKA CINTA BERTASBIH



Bertuturlah CINTA 
mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
CINTA yang bertasbih 
mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada MAHA CINTA
Sudah diubun-ubun CINTA mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih 
nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku 
merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar 
tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala CINTA
- cintaku sentiasa bertasbih untuk-Mu.



-sumber ainee.

Friday, 12 August 2016

HARTA BENDA UJIAN TERBESAR UMAT MUHAMMAD SAW.


IMAN adalah aset rohani manusia yang tidak ternilai harganya. Tinggi atau rendahnya martabat manusia di sisi Allah ditentukan dengan kadar keimanan yang ada pada diri masing-masing.

Sesiapa yang paling kuat dan sempurna imannya, maka dialah yang paling mulia dalam pandangan Allah. Keimanan yang kuat itu mahal harganya. Ia tidak mungkin diperoleh begitu saja tanpa berhadapan dengan perjuangan yang sukar.

Ini kerana, Allah akan menguji manusia dengan pelbagai ujian dan cubaan hidup untuk melihat dengan jelas hasil daripada ujian itu, mutu iman setiap manusia, apakah ia emas atau tembaga.

Firman Allah yang bermaksud: “Dialah Tuhan yang mencipta mati dan hidup untuk menguji kamu, siapakah diantara kamu yang lebih baik amal perbuatannya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” – (Surah Al-Mulk, ayat 2).

Sesungguhnya dalam hidup ini setiap individu tidak dapat lari atau dipisahkan daripada pelbagai ujian terutama bagi mereka yang sentiasa mengejar kejayaan dan berusaha untuk mendapatkan kebahagiaan.

Amat rugi anggapan individu yang berasakan hidup ini hanya senang semata, suka dan bahagia atau hanya menganggap hidup ini penuh duka.

Pada hal, setiap bahagia dan sengsara, untung dan rugi, sihat dan sakit dan segala macam kejadian yang menimpa, adalah perjalanan hidup yang sudah menjadi ketetapan Tuhan.

Begitu juga dengan keadaan manusia, ada yang miskin, kaya atau kurus dan gemuk.

Segala-galanya adalah fitrah alam yang diciptakan Allah sebagai renungan dan ujian kepada hamba-Nya yang sentiasa berfikir terhadap kebesaran pencipta.

Berkenaan dengan iman, ujian ketika hidup ini adalah ukuran terhadap usaha dan iman seseorang sama ada berjaya atau tidak.

Semuanya terletak pada sejauh mana kemampuannya menghadapi ujian itu.

Proses ini juga berlaku kepada iman dan takwa seseorang kepada Allah seperti mana diterangkan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Alif Laam Mim. Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata kami beriman, sedangkan mereka belum diuji dengan sesuatu percubaan dan demi sesungguhnya kami menguji orang terdahulu daripada mereka maka dengan ujian yang demikian nyatalah apa yang diketahui oleh Allah mengenai orang yang beriman dan nyata pula apa yang diketahui orang berdusta.” – (Surah al-Ankabut, ayat 1 hingga 3).

Ayat ini memberikan pengertian bermakna berkaitan hubungan manusia dengan hidup sebagai hubungan ujian dan cubaan.

Dalam ayat ini, Allah menjelaskan bahawa manusia itu tidak cukup dan tidak memadai dengan membuat pengakuan lisan yakni dengan berkata ‘kami sudah beriman kepada Allah’, sedangkan mereka belum diuji Allah.

Ini kerana, setiap ujian dan cubaan yang dihadapkan Allah kepada hambanya adalah garis penentu untuk menentukan siapa yang benar-benar beriman dan siapa hanya membuat pengakuan lisan, sedangkan dari segi amalannya mereka berdusta kepada Allah.

Sesungguhnya, ujian kesusahan dan kesakitan adalah ujian paling ringan, kerana maksud dari ujian itu adalah semata-mata untuk menguji kesabaran dan kerelaan seseorang menerima qadar dan qada’ Allah.

Apabila ternyata kesabaran, maka Allah akan tetapkan pahala dan seterusnya dihapuskan sebahagian daripada dosa atau dipertingkatkan darjat hingga ujian itu menjadi nikmat dan kurniaan yang besar dari Allah untuk hamba-Nya.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Setiap orang Islam yang ditimpa bencana sama ada yang terkena duri atau lebih berat daripada itu, maka itu adalah semata-mata ujian, kerananya Allah akan hapuskan perbuatan kejahatannya dan menggugurkan dosanya sebagaimana pokok kayu menggugurkan daunnya.” – (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Manakala, ujian Allah melalui nikmat kesenangan dan kekayaan serta pangkat kebesaran pula adalah lebih berat daripada ujian kesusahan dan kesakitan kerana ramai umat Islam yang gagal dalam ujian itu.

Apabila diberi kekayaan dan kedudukan Allah, mereka gagal menjadikan dirinya sebagai Muslim sempurna yang dijadikan khusus oleh Allah untuk mengabdikan diri kepada-Nya.

Bertepatan dengan perkara ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Akan datang suatu zaman atas umatku, bahawa mereka sangat sukakan lima perkara dan melupakan lima perkara yang berlainan dengannya. Mereka sukakan penghidupan lalu melupakan mati, mereka sukakan dunia dan melupakan akhirat, mereka sukakan harta kekayaan dan melupakan hari perhitungan, mereka sukakan rumah besar dan melupakan kubur, mereka sukakan manusia dan melupakan Tuhan Penciptanya.” – (Riwayat Bukhari).

Dalam hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.” – (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Daripada hadis ini, jelas bahawa ujian terbesar kepada umat Muhammad s.a.w. adalah ujian berupa harta benda dan kekayaan.

Dengan harta benda dan kekayaan menyebabkan banyak di antara manusia tergelincir daripada prinsip dan akidah Islam serta tidak dapat mempertahankan diri sebagai Muslim bermaruah tinggi dan berakhlak mulia.



# sumber Blog Tok Wan

Wednesday, 18 May 2016

Andai Jiwa Kosong



Andai jiwa kosong
Jiwa jadi bingung
Andai jiwa kosong
Hati mengelamun

Andai ingat Allah
Akal jadi cerah
Andai ingat Allah
Hati sentiasa 'Farah'

Andai tarbiyah berjalan
Akal sentiasa berhaluan
Andai tarbiyah berjalan
Amal ikut panduan

Andai Al-quran didampingi
Akal rasa terisi
Andai Al-quran difahami
Hati makin suci

Andai sentiasa berdakwah
Masa sentiasa terarah
Andai buat berdakwah
Makin terasa manisnya ukhuwah

Ya Allah
berikan kekuatan pada diri ini
Untuk sentiasa mengingati-Mu, Mendampingi Al-quran
dan terus dijalan dakwah & tarbiyah.....
Allah is enough for me.... in shaa Allah....
- Ummu_ Muhammad -


Seperti bait terakhir....semoga diberi kekuatan diri untuk sentiasa mengingati Allah.

Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...