Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Showing posts with label Peringatan untuk diri.... Show all posts
Showing posts with label Peringatan untuk diri.... Show all posts
Wednesday, 27 May 2020
BICARA KU
Life is like a book. Some chapters are sad, some are happy and some are exciting. If you never turn the pages and continue reading, you never know what the next chapter holds. Soon when all is well, you will look back on this period of life and be glad that you never give up.
Sometimes, we need someone who simply be there. Not to fix anything or to do anything in particular but just to let us feel that we are cared for and supported. Anything is possible when you have the right people there to support you.
Sometimes, we need someone who simply be there. Not to fix anything or to do anything in particular but just to let us feel that we are cared for and supported. Anything is possible when you have the right people there to support you.
Someone remind me that there's always hikmah behind whatever situation we're facing right now. Allah want to give us better things or to be better through that situation. Sometimes Allah answers the prayer you never made because He knew what you needed when you didn't even know.
Sunday, 12 May 2019
AL-WAHN....BARAH UMAT AKHIR ZAMAN
Sejarah telah mencatatkan kejayaan Rasulullah membina tamadun Islam bermula daripada golongan minoriti yang tertindas di Makkah sehingga menjadi kuasa yang disegani oleh tamadun-tamadun besar dunia.
Tidak syak lagi bahawa keagungan umat Islam pada zaman itu berpaksikan iman dan rohani mereka yang sangat kukuh sehingga mampu menumpaskan kuasa besar walaupun jumlah mereka adalah kecil.
Keadaan ini seolah-olah situasi yang dihadapi umat Islam ketika perang Badar. Kumpulan dengan jumlah yang kecil mengalahkan kumpulan dengan jumlah yang besar.
Kuat-Lemah
Ironinya, dalam keadaan Rasulullah membina kekuatan umat Islam, Baginda juga mengingatkan bahawa umat yang kuat ini akan menjadi lemah. Bahkan lebih membimbangkan, fasa kelemahan itu akan ditempuh ketika bilangan umat Islam tersangat ramai, bahkan menjadi tumpuan dunia.
Pesanan ini pasti untuk umat Baginda pada akhir zaman kerana keadaan ini tidak berlaku pada zaman Baginda.
Thawban pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Akan berlaku suatu keadaan di mana hampir-hampir seluruh umat bersepakat ( untuk menghancurkan kamu ) seperti manusia berhimpun untuk makan daripada satu bekas."
Salah seorang dari kalangan sahabat bertanya, "Adakah bilangan kami ketika itu sedikit?"
Nabi menjawab, "Bahkan jumlah kamu ketika itu ramai, tetapi kamu bagaikan buih di air yang mengalir. Dan Allah juga menghilangkan rasa gerun dalam hati mereka terhadap kamu, serta Allah mencampakkan ke dalam hati kamu al-wahn...."
Salah seorang sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah itu al-wahn?"
"Cinta akan dunia dan benci akan kematian." (Riwayat Abu Dawud)
TANDA KECIL KIAMAT
Menerusi hadis Thawban tersebut, umat Islam akhir zaman akan menjadi tumpuan di peringkat antarabangsa, bukan kerana sesuatu kehebatan atau kemegahan, tetapi dengan tujuan untuk memusnahkan umat ini.
Keadaan ini sangat jelas berlaku pada zaman sekarang. Segai contoh, kempen memerangi keganasan oleh kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan sekutunya tertumpu kepada negara-negara Islam seperti Afghanistan, Syria, Palestin dan Iraq.
Sedangkan pada masa yang sama, keganasan yang berlaku disebabkan oleh pihak lain langsung tidak menjadi tumpuan dunia. Kesannya, apabila berlaku sebarang kes jenayah domestik di negara Amerika, maka persepsi yang terbentuk adalah:
Bukan Islam------- Dikaitkkan dengan masalah psikologi.
Muslim------------- Akan menjdi isu besar, lantas dikaitkan dengan ajaran Islam.
Bahkan sahaja di peringkat antarabangsa, bahkan umat Islam minoriti di negara bukan Islam seperti kaum Uighur di China dan Rohingya dinafikan hak asasi mereka, sedangkan kaum lain tidak diganggu gugat.
ANGKARA DUNIA, HANCUR.....
Kecintaan kepada dunia bermaksud menjadikan nikmat dunia sebagai matlamat utama kehidupan dan melupakan akhirat. Atau dengan kata lain menjadi hamba kepada habuan dunia semata-mata.
Memahami maksud cinta kepada dunia dengan cara mengasingkan diri daripada dunia adalah kefahanan yang salah kerana umat Islam dituntut untuk memakmurkan bumi Allah ini.
Bagaimanakah kecintaan terhadap dunia boleh membawa kepada kelemahan dan kehancuran?
Luqman al-Hakim menjelaskan melalui nasihat kepada anaknya:
"Wahai anakku, sesungguhnya dunia itu lautan yang sangat dalam. Telah ramai manuisa lemas di dalamnya, maka hendaklah engkau menjadikan taqwa sebagai perahumu, iman sebagai pendayung dan tawakal sebagai bekalanmu, semoga engkau selamat." (Ihya' Ulum al- Din)
Seharusnya seseorang itu tidak menurut hawa nafsu semata-mata dalam mengejar habuan dunia kerana dia sentiasa tidak akan puas dan akhirnya menemui kekecewaan.
"Wahai pencinta nikmat dunia, tiada yang kekal bagimu, berbangga dengan bayang-bayang yang akan hilang adalah suatu kebodohan."
Namun jika diteliti hadis Thawban ini, Rasulullah talah mencungkil masalah utama yang terbenam dalam jiwa umat Islam:
1. Cinta akan kehidupan dunia
2. Benci akan kematian
HORIZON PERUBAHAN
Mencintai habuan dunia akan turut menyebabkan hukum -hakam Allah diketepikan apabila kedua-duanya bertembung kerana tarikan hawa nafsu yang tersangat kuat.
REAKSI MANUSIA TERHADAP DUNIA
Dunia seharusnya dimanfaatkan untuk bekalan akhirat.
Ibn Abbas berkata: "Allah menjadikan dunia ini tiga bahagian, sebahagian untuk Mukmin, sebahagian untuk Munafik dan sebahagian lagi untuk ornag Kafir.
* Mukmin .....Menjadikan dunia untuk mempersiapkan bekalan ( akhirat)
* Munafik......Menjadikan dunia sebagai perhiasan
* Kafir..........Menikmati habuan dunia
Seseorang itu mungkin sanggup mengambil riba kerana ingin hidup senang dan menzalimi orang lain kerana inginkan kemasyhuran dan pangkat. Apabila kehendak duniawi ini saling bertembung, tercetuslah pergaduhan dan perebutan sesama manusia. Akhirnya masyarakat akan hilang kekuatan dan mengalami keruntuhan.
Tetapi jika setiap orang meletakkan keredhaan dan rahmat Allah sebagai matlamat hidup, pasti tidak akan tercetus pertembungan kehendak sesama manusia kerana rahmat Allah sangat luas dan tidak terbatas.
Bahkan setiap orang akan mendapat haknya daripada Allah tanpa mengurangkan sedikit pun daripada bahagian orang lain. Kesannya, perpaduan umat akan terus kukuh dan menjadi kuat seperti pada zaman para sahabat Nabi.
~dari majalah solusi
Saturday, 11 May 2019
KATA-KATAMU TITAH BUATKU
Duhai Allah, banyak sungguh kalam-Mu dalam lembaran kitab agung. Sungguh, sudah berkali-kali aku baca dan baca. Alpanya aku, kadangkala baca tanpa faham. Yang dikejar khatam. Walau aku tahu ia tidak salah.
Sungguh, kadang kala aku faham, namun masih alpa daripada mengamalkan inti pati dan inti sari kalam-Mu. Walau aku sedar, ia terkandung titah-Mu. Sungguh, kadang kala aku ingin beramal, namun aku masih memilih-milih. Yang menepati selera, aku patuh. Yang bertentangan dengan selera, aku abaikan.
Makin aku amati, aku sedar bahawa setiap kalam-Mu adalah titah rasmi buatku. Tidak kira sama ada ia suruhan mahupun larangan. Semuanya....
Malu terasa saat Raja kepada segala raja bertitah, namun aku masih buat-buat pekak dan buta. Namun nafsu kadangkala masih menang. Berkali-kali menang. Ah, aku tidak senang, apatah lagi tenang. Selagi titah-Mu belum menjadi rentak denyut jantungku. Selagi perintah-Mu belum menjadi makan minum wajibku. Selagi larangan-Mu belum aku jauhi sepenuh hati.
Akhirnya, saat aku cuba patuh, aku terasa berat. Tetapi rasa itu hanya pada peringkat permulaan. Makin lama makin serasi. Makin lama taat terasa semakin mudah. Akhirnya aku sedar, mujahadah tidaklah sesukar mana. Yang sukar hanya apabila kita beraja nafsu.
Aku ingin hidup dalam gaya patuh kepada titah-Mu kerana ia begitu indah...
Monday, 15 April 2019
BICARA SAHABAT
Ibu, jika anak-anakmu sering menyakiti hatimu, terlitilah kembali ketaatan dirimu kepada suamimu. Boleh jadi anak-anak menyakiti hatimu kerana kau menyakiti hati suamimu.
Anak-anak, jika kehidupanmu sering terganggu, dan ada saja masalah yang melanda, teliti kembali ketaatanmu kepada ibumu...keranaboleh jadi kederhakaanmu kepada ibumu itulah penyebab hilang keharmonian dalam hidupmu.
Suami, jika kau sering disakiti oleh isterimu maka muhasabahlah ketaatanmu kepada Allah, boleh jadi kederhakaan isterimu terhadapmu disebabkan oleh kederhakaanmu kepada Allah.
[ustaz Pahrol Mohamad Juoi]
Bunga Raya Bunga Melati
Mari ditanam tepi Perigi
Syukur Selalu pada Ilahi
Diberi rezeki bernafas lagi.
Pagari hatimu dengan iman,
Agar saat terjatuh kau masih punya
kekuatan,
Untuk bangun dan terus mencari
bekalan,
Menggapai syurga yang telah
dijanjikan.
Ada lima perkara kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkannya.
Wajah yang cantik
Duit berjuta-juta
Sihat dan kuat
Anak-anak yang patuh serta berjaya
Tidur nyenyak tanpa ubat penenang...
Hal itu mudah kita perolehi, hanya perlukan waktu lima belas minit sahaja.
Bagaimana caranya?
Nabi bersabda: Barangsiapa yang tinggalkan
solat Subuh maka wajahnya tak akan ada cahaya.
Barangsiapa yang tinggalkan
solat Zohor nescaya tak ada keberkatan dalam rezekinya.
Barangsiapa yang tinggalkan
solat Asar nescaya tak ada kekuatan dalam jasadnya.
Barang siapa yang tinngalkan
solat Maghrib nescaya tidak ada buah atau hasil yang boleh dipetik dari anak-anaknya.
Barangsiapa yang tinggalkan
solat Isyak tak ada kenyamanan dalam tidurnya.
Tahu kenapa kalimah 'Laa ilaahaillallah' tidak sampai menggerakkan bibir jika diucapkan?
Sebab ini adalah rahmat dari Allah ke atas orang Islam,
supaya jika maut menghampiri dengan mudah ia menyebutkan kalimah itu.
Tuesday, 9 April 2019
IA ADALAH MASA!
Mari kita bicara tentang makhluk Allah yang istimewa ini. Perjalanan waktu dan masa adalah keajaiban dan kehebatan ciptaan-Nya. Ia terus berputar tanpa ada makhluk yang dapat menahannya. Sekiranya matahari dan bulan berhenti, masa tetap berjalan sehingga sampai detik ia dihentikan oleh Allah SWT.
Di dalam al-Quran banyak ayat yang Allah SWT bersumpah dengan peringatan masa. Allah SWT menyebut diantaranya:
"Demi waktu asar."
"Demi waktu dhuha."
"Demi waktu fajar."
"Demi waktu malam apabila ia telah gelap."
"Demi waktu siang apabila ia telah terang benderang."
Ia adalah masa!
Kita diciptakan dan diletakkan dalam perjalanan masa. Tiada siapa yang mampu memutarkannya ke belakang. Tidak mungkin. Apabila masa telah berlalu maka banyak perubahan yang terjadi. Yang muda akan menjadi tua, yang cantik mulai menjadi kusam. Yang gagah menjadi lemah, yang baru akan menjadi buruk. Manakala sesuatu yang disayangi maka akan beransur-ansur tidak diendahkan. Setelah ia berlaku maka yang tinggal hanya menjadi sejarah dan kenangan yang sesekali diingati. Demikianlah ajaibnya makhluk yang bernama masa ini.
Masa bukanlah seperti botol plastik, bukan seperti lembaran-lembaran kertas. Tiada istilah kitar semula atau guna semula. Sesungguhnya masa akan terus bergerak dan ia tidak akan pulang kembali setelah ia berlalu. Apabila masa mengucapkan selamat tinggal, maka ia benar-benar memaksudkannya. Kerugian masa ialah kerugian yang sebenarnya. Kita tidak akan mendapati masa yang sama jika ia telah terlepas. Analoginya mudah, ibarat kita mencelupkan kaki ke dalam sungai, maka tatkala kita mengangkat kaki, aliran itu telah pun berlalu. Jika kita mencelupkan kaki sekali lagi, maka ia adalah aliran yang lain pula.
Berkata seorang ahli hikmah:
"Barang siapa yang meneliti dan memikirkan dunia ini sebelum dia dilahirkan, dia mendapati ia adalah suatu masa yang panjang. Maka apabila di meneliti dan berfikir pada dunia ini selepas dia keluar daripadanya, dia mendapati ia adalah suatu masa yang panjang. Dah tentu dia mengetahui tinggal di alam kubur adalah suatu masa yang panjang.
Maka apabila dia berfikir kepada hari akhirat tentu dia sudah mengetahui ia adalah suatu masa yang panjang. Dan apabila dia berfikir, dan meneliti kedudukan menetap kehidupan di syurga atau di neraka Jahanam tentu dia mengetahui ia adalah abadi dan tidak akan berakhir."
Satu kisah motivasi....
Seseorang berkata kepada seorang tokoh tabi'in iaitu 'Amir bin Abdi Qais: "Bercakaplah denganku..." Lalu Amir bin Abdi Qais menjawab: "Peganglah matahari."
Maksud beliau," Hentikanlah pergerakan matahari dan sekatlah ia daripada terus bergerak, barulah aku akan bercakap denganmu."
Betapa ia tidak mahu ada waktu tersia-sia.
Imam Ibnu Rajab al-Hambali rah ketika menulis biografi Ibnu Uqail berkata: "Ibnu Uqail memiliki banyak karya dalam berbagai disiplin ilmu. Karyanya yang paling besar adalah kitab 'Al-Funun' ia itu kitab yang besar sekali." Al-Hafiz Az-Zahabi rah. berkata: "Tidak pernah ditulis di dunia ini yang lebih besar dari kitab 'Al-Funun'. Saya diberitahu oleh orang yang pernah melihatnya milik seseorang, kitab ini lebih dari 400 jilid." Ibnu Rajab rah. menambahkan: "Sebahagian orang menyebutkan kitab Al-Funun terdiri 800 jilid."
Al-Funun merupakan sebuah ensiklopedia yang memuatkan pelbagai ilmu yang sangat berharga. Terdapat di dalamnya berbagai macam nasihat, tafsir, fiqih, ushul fiqih, akidah, bahasa Arab, syair, sejarah, bahkan juga hikayat. Kitab ini hanya salah satu karya beliau selain mempunyai karya-karya lain yang sangat banyak.
~abuikhwan
Seseorang berkata kepada seorang tokoh tabi'in iaitu 'Amir bin Abdi Qais: "Bercakaplah denganku..." Lalu Amir bin Abdi Qais menjawab: "Peganglah matahari."
Maksud beliau," Hentikanlah pergerakan matahari dan sekatlah ia daripada terus bergerak, barulah aku akan bercakap denganmu."
Betapa ia tidak mahu ada waktu tersia-sia.
Imam Ibnu Rajab al-Hambali rah ketika menulis biografi Ibnu Uqail berkata: "Ibnu Uqail memiliki banyak karya dalam berbagai disiplin ilmu. Karyanya yang paling besar adalah kitab 'Al-Funun' ia itu kitab yang besar sekali." Al-Hafiz Az-Zahabi rah. berkata: "Tidak pernah ditulis di dunia ini yang lebih besar dari kitab 'Al-Funun'. Saya diberitahu oleh orang yang pernah melihatnya milik seseorang, kitab ini lebih dari 400 jilid." Ibnu Rajab rah. menambahkan: "Sebahagian orang menyebutkan kitab Al-Funun terdiri 800 jilid."
Al-Funun merupakan sebuah ensiklopedia yang memuatkan pelbagai ilmu yang sangat berharga. Terdapat di dalamnya berbagai macam nasihat, tafsir, fiqih, ushul fiqih, akidah, bahasa Arab, syair, sejarah, bahkan juga hikayat. Kitab ini hanya salah satu karya beliau selain mempunyai karya-karya lain yang sangat banyak.
~abuikhwan
Wednesday, 13 February 2019
WAKTU PERDANA
Setiap kita mempunyai waktu perdana (prime time) tersendiri. Mungkin bagi majoriti daripada kita, waktu perdana kita adalah pada awal pagi. Kita bangun dengan rasa bertenaga dan segar setelah tidur beberapa jam . Badan tidak lagi lesu dan lemau.
Waktu perdana ini penting juga untuk kita peruntukkan bagi tujuan ibadah. Waktu yang begitu berkualiti untuk kita menghadap dan menyembah-Nya. Soalnya, sanggupkah?
1. Masih Muda
Tidak perlu kita menunggu sehingga sudah beruban dan pencen untuk fokus menyembah-Nya. Masa muda perlu dimanfaatkan sebaik mungkin, sementara masih bertenaga dan sihat serta nyawa masih dikandung badan.
2. Awal Pagi
Rasulullah saw sudah memanfaatkan waktu perdana Baginda untuk Kekasih hati al-Rafiq al-A'la. Seawal satu pertiga akhir pagi, Baginda kiam, rukuk dan sujud kepada-Nya. Itu saat yang begitu berharga.
3. Tatkala Senang
Lain rasanya apabila berdoa atau solat semasa ditimpa musibah.Terasa lebih dekat dengan Allah. Namun apa salahnya turut khusyuk solat dan banyak berdoa ketika senang dan gembira. Ibadah tidak bermusim dan tiada kaitan derngan emosi seseorang.
Akhirnya, yang kita inginkan dalam hubungan kita dengan Allah adalah segala yang terbaik. Ini kerana Dia adalah causa prima (sebab yang terutama) kita hidup.Seluruh aspek hidup kita untuk-Nya. Mana mungkin kita serahkan sisa dan baki dalam aspek penyembahan kepada-Nya. Persembahkan ibadah yang kita lakukan dalam keadaan muda, bertenaga dan senang, bukan sahaja ibadah yang baru hendak bertatih ketika usia senja.
Jika masih muda jangan lalai. Jika sudah berusia, semoga Allah kurniakan kebaikan.
~sumber majalah solusi
Tuesday, 12 February 2019
MELURUSKAN NIAT
Musibah itu, mengecil jika dirahsiakan. membesar jika dikeluh kesahkan. Terurai jika diadukan pada Allah. Dan merumit jika diumbar pada manusia.
Hampir sama seperti rencana besarmu, tidak perlu semua orang tahu apa langkah terdepanmu dalam hidup ini, kabarkanlah pada ia yang mahu mendoakanmu, bukan untuk dipamerkan agar terlihat orang besar.
Dan kecewamu juga tidak perlu disampaikan pada banyak orang, bukankah kecewa berasal dari meletakkan harapan pada manusia? Jika ia Lillah tak akan ada kecewa kerana semua berasal dari-Nya. Meluruskan niat, mengupayakan apa pun yang dikerjakan tujuannya mencari redha dan keberkahan-Nya, bukan manusia.
Utamakan Allah pada senang dan sedihmu, utamakan Allah pada lapang dan sempitmu, dan utamakan Allah pada setiap kebahagiaan, bukan hanya datang pada ketika ada yang hilang..
~jndmmsyhd
LEPASKAN DAN BIARKAN
Jika ada nama yang kamu sebut dalam doamu agar kelak menjadi bagian dalam hidupmu, maka melepaskannya adalah sebuah ketenangan. Kamu tidak terikat dengannya, dan ia tidak terikat denganmu. Merugi sekali jika hati dan hidupmu hanya terpaku pada satu orang saja.
Ketahuilah, ada seseorang yang tanpa kamu kenal dan ketahui telah menyebut namamu, ia bahkan tidak mengenalmu. Jangan biarkan keterpakuanmu pada satu orang, menjadi penghalang yang terbaik untuk masuk dan menjemputmu. Ia ingin menemuimu dengan kesiapannya, namun terasa berat saat ternyata hatimu tertawan oleh rasa yang mengeras tersebab cinta buta. Lepaskan saja dan biarkan yang terbaik untuk menjemputmu.
Benarlah waktu itu seperti permaianan, terasa cepat berlalu jika hanya mengisinya dengan mainan dunia, entah sibuk mencari harta, menemukan separuh hati, atau menghias diri untuk mendapatkan pujian. Dunia itu manis dan candu bagi mata yang terpikat padanya.
Berhentilah sejenak, sekadar meregangkan tubuh dari singkatnya perjalanan dunia menuju kematian, merefleksikan hati sudah seberapa banyak usia dan sesiap apa melewati kehidupan berikutnya. Sekadar mengikatkan pada yang lupa, kita.
Jangan takut untuk mengutarakan maksud hati pada-Nya, jangan takut untuk meminta hidayah pada-Nya, Dia tau apa yang kamu rasakan, namun ia menunggumu untuk mengadu pada-Nya, luangkan waktu.Di setiap solat dan zikirmu..
~jndmmsyhd
Saturday, 25 August 2018
Monday, 23 April 2018
Wednesday, 18 April 2018
BERI KESEMPATAN DIRIMU TUK BAHAGIA...
Beri kesempatan untukmu membahagiakan diri sendiri.
Mungkin dia pernah menjadi yang paling hebat. Bisa membuatmu merasa paling disayangi. Tapi itu hanya sebuah kenangan. Adanya di masa lalu. Hari ini dia bukan siapa-siapa lagi. Hari ini semuanya sudah berbeza dan tidak sama lagi.
Mungkin dia pernah menjadi yang paling terbaik. Melakukan apa pun yang bisa membuatmu merasa istimewa. Berbagai macam cara dia lakukan agar kamu merasa paling beruntung. Tapi itu kini semuanya tinggal sisa-sisa cerita. Tak ada hal istimewa darinya untukmu. Bahkan untuk bertemu saja dia malas.
Mungkin dia pernah menjanjikan segalanya...juga waktu itu berusaha sekuat tenaga. Tapi tuk hari ini dia sudah berubah menjadi asing. Dia tidak lagi melakukan itu semua untukmu. Bahkan yang tak pernah kau bayangkan, dia melakukan semua yang pernah dia lakukan untukmu, untuk orang lain.
Apa lagi yang membuatmu merasa menjadi paling disayangi? Apa lagi yang menguasai hatimu seolah kau masih paling istimewa baginya? Bagaimana lagi menjabarkan kalau dia masih menjadikanmu segalanya? Sementara, melirik saja kini dia enggan. Dia tidak lagi dia yang dulu.
Kau mungkin rindu dan berharap semua itu terulang. Tapi apakah kau lupa? Bahawa harapan seringkali membunuh kebahagiaan seseorang? Saat yang diharapkan adalah bayang-bayang. Saat yang dia harapkan adalah seseorang yang tak lagi ingin pulang.
Sudahlah, sudahi saja. Beri kesempatan dirimu bahagia kembali. Jangan memaksa untuk tetap seperti dulu. Saat ini kau harus melangkah dengan mimpi baru. Setiap orang bisa saja gagal dan itu wajar saja. Jangan terlalu membutakan diri. Seolah semua yang berlalu masih kau miliki. Jangan terbenam dengan kejayaan masa lalu. Kau hidup di hari ini dan akan menghadapi masa depan. Pulihlah hatimu, jangan biarkan dia tenggelam sendiri dalam masa lalumu yang pahit itu..
~ boychandra
Wednesday, 11 April 2018
NUKILAN RASA DARI SAHABAT
Sesekali duduklah dengan orang yang lebih arif darimu, yang lebih bijak sana darimu, yang lebih tua darimu dan lebih dewasa darimu. Darinya akan ada banyak pelajaran yang tidak pernah kita sentuh bahkan baru pertama kali kamu mendengarnya.
Bukan untuk ditunjukkan atau dipamerkan bahawa kamu lebih baik, tapi agar kamu lebih mengerti ada orang yang melewati masa di mana kamu sekarang sedang berada. Untuk mengambil kebaikan darinya dan untuk berhati-hati pada jurang yang pernah dia lewati, agar kamu terhindar dan selamat.
Ingatlah ada dua perkara yang tidak bisa kamu kejar dari seorang yang lebih tua darimu, usia dan pengalamannya. "Kerana menjadi tua itu pasti, sedang menjadi dewasa lagi bijaksana itu pilihan."
Tuesday, 13 March 2018
TERKADANG PERLU DIAM
Kadang-kadang kita hanya perlu diam dalam memberi komen
Kadang-kadang kita hanya perlu diam dalam menegur.
Kadang-kadang kita hanya perlu diam dalam memberi nasihat
Kadang-kadang kita perlu diam dalam memprotes
Kadang-kadang kita hanya perlu diam dalam persetujuan
Tapi
Biarlah diam kita mereka faham ertinya
Biarlah diam kita mereka terkesan maknanya
Biarlah diam kita mereka maklum maksudnya
Biarlah diam kita mereka terima tujuannya
Kerana
Diam kita mungkin disalah tafsir
Diam kita mungkin mengundang syak wasangka
Diam kita mungkin disilap terjemah
Diam kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud
Maka
Jika kita merasakan diam itu terbaik
Seharusnya kita diam
Namun seandainya diam kita bukanlah sesuatu yang bijak
Berkatalah sehingga mereka diam.
Thursday, 8 March 2018
KISAH HATI
Kasih sayang perlu dibelai agar sentiasa mekar.
Perlu dibaja agar terus subur dan
perlu disemai agar sentiasa bertunas.....
Andai dibiarkan kusam....terusik perasaan
Gelora kasih menghempas hati
pasti layu....kaku....mati....
Andai ingin diulangi masa nan lalu
Bimbang tidak bisa kembali.
~ Moga kita belajar menghargai sesuatu tika ia masih di depan mata....
Bukan hanya dalam aspek kasih sayang....namun segala
apa yang kita miliki kini
baik kesihatan, harta, masa yang ada atau apa saja...
Moga
tidak berlaku seperti mana pepatah melayu yang mengatakan ~
::
::
::
"Kita akan lebih menghargai
setelah kehilangan."
~cetusan minda~
Wednesday, 7 February 2018
USAH KAU ZALIMI DIRIMU
Usah Kau Zalimi Dirimu
Ramai manusia tidak mencintai diri mereka sendiri. Disedari atau tidak, majoriti manusia telah, sedang dan akan mencampakkan diri mereka ke dalam jurang kebinasaan dengan perbuatan menzalimi diri mereka sendiri. Sejarah manusia bukan sahaja diwarnai oleh penzaliman manuisa terhadap manusia lain, tetapi terhadap diri sendiri.
Berikut bentuk-bentuk kezaliman terhadap diri sendiri:
Sesiapa yang menyekutukan Allah, sudah pasti dia telah menzalimi Allah. Orang yang mempersekutukan Allah dikatakan zalim kerana dia telah memberi kuasa yang menjadi hak mutlak Allah kepada makhluk lain. Perbuatan ini sedikit pun tidak memudaratkan Allah. Maha Suci Allah daripada sebarang kekurangan dan kelemahan. Allah tetap agung walaupun cuba diperkecil oleh hamba-Nya.
Dengan melakukan maksiat, kita telah menjerumuskan diri kepada jurang kezaliman. Kita sendiri sedang menempah kesusahan di dunia dan di akhirat. Bukan itu seolah-olah sengaja menempah tiket ke neraka? Bukankah ini menzalimi diri sendiri?
Apabila seseorang kufur terhadap nikmat Allah, maka dia telah mendedahkan dirinya kepada azab. Allah benci kepada orang yang tidak bersyukur dan memberi peringatan untuk mengazabnya. Ramai orang menzalimi diri sendiri akibat tidak bersyukur.
Menahan harta akan menghalang turun rahmat, keberkatan dan keampunan daripada Allah. Hidup seseorang itu akan sentiasa diselubungi rasa takut, bimbang, tamak, hasad dan sifat mazmumah lain. Ini akan menjejaskan kualiti hidup seseorang kerana kualiti yang sebenar adalah kualiti jiwa, bukan kualiti harta.
Zalim terhadap orang lain termasuk menzalimi diri sendiri. Antara contoh menzalimi orang lain ialah perbuatan seseorang merampas hak, mendatangkan mudarat serta membahayakan harta, maruah, agama, keluarga dan tubuh badan orang lain. Zalim sesama manuisa berlaku apabila kita melanggar hak orang lain, samada secara paksa atau halus, samada dalam bentuk fizikal, jiwa dan perasaan. Islam melarang kita menimbulkan kerugian kepada orang lain.
Friday, 12 January 2018
SEKADAR PERINGATAN
* Kita akan jadi berdasarkan apa yang kita makan [you are what you eat]
* Pemakanan boleh mempengaruhi iman dan ibadat seseorang.
* Sekiranya tidak khusyuk solat, semaklah pemakanan dan sumber pemakanan.
* Sekiranya anak nakal, janganlah menyalahkan mereka semata-mata, sebaliknya telitilah makanan dan sumber rezeki yang macam manakah yang ibu bapa berikan kepada mereka.
* Makanan yang berkat akan mendekatkan kita kepada Allah.
* Syariat tidak mendatangkan keimanan, sekiranya makanan yang kita makan itu hasil daripada sumber yang syubhah atau haram.
* Pemakanan berkait rapat dengan pembersihan hati dan menjauhkan kita daripada api neraka.
* Mereka yang menjaga pemakanan lebih mudah menerima ilmu seperti menghafaz al-Quran, mempunyai akhlak terpuji dan sebagainya.
Monday, 1 January 2018
MOVE ON
Kehidupan ini singkat.Oleh itu jangan singkatkannya dengan kebimbangan, kemurungan dan kesediham. Jadilah pemilik hati yang bernafas dengan nafas kebahagiaan dan reda.
PESAN ULAMA TATKALA BERDEPAN KESEDIHAN.
Kesedihan tiada gunanya.
Ibn Qayyim berkata: "Al- Quran tidak menyebut tentang kesedihan kecuali untuk menegahnya atau menafikannya."
Perhatikan contoh berikut:
a. Menegah - "Jangan berasa hina dan jangan bersedih." ( Surah Ali 'Imran 3: 139 )
b. Menafikan - "Tidak ada kebimbangan kepada mereka dan tidak pula mereka bersedih." (Surah al-Baqarah 2 :38 )
Mengapa al-Quran menyatakan begitu?
Kerana tidak ada faedah menyimpan kesedihan di hati. Bahkan syaitan amat menyukai seorang hamba yang beriman berada dalam kesedihan dan cuba untuk menariknya keluar dari landasan yang benar.
Kesedihan melemahkan jiwa.
Ibn Qayyim berkata lagi: "Kesedihan melemahkan hati nurani dan menghancurkan keazaman dan keinginan."
Kesedihan bersama syaitan.
Apabila seorang hamba yang beriman bersedih, hal tersebut amat disukai oleh syaitan. Oleh itu, bergembiralah, bersikap optimis dan bersangka baiklah kepada Allah. Yakinlah dengan kuasa Allah dan bertawakal kepada-Nya. Pasti kita akan memperolehi kebahagiaan dan reda dalam segala keadaan.
Kesedihan menghancurkan kiwa.
Bicara Ibn Qayyim:
a. Jangan hancurkan kegembiraanmu dengan kebimbangan.
b. Usah hancurkan akalmu dengan mudah putus asa.
c. Jangan hancurkan kejayaanmu dengan penipuan.
d. Usah hancurkan harimu dengan meratapi hari semalam.
Bergembiralah.
Seorang salaf berkata: "Aku berdoa kepada Allah untuk hajat yang aku inginkan. Jika Dia kurniakan kepadaku, aku gembira hanya sekali. Namun jika Dia tidak mengurniakannya, aku gembira berkali-kali. Hal inikerana keputusan yang pertama ialah pilihanku, manakala keputusan yang kedua ialah pilihan Allah."
Kadang kala kita menyangka apa yang diminta adalah yang terbaik. Namun Allah Maha Mengetahui. Dia memberikan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita nahu. Pilihan Allah adalah yang terbaik. Jika konsisten memegang kata-kata ini, pasti kita akan berbisik kepada diri: "Mengapa aku perlu bersedih lagi?"
Kehidupan hanya singkat.
Ibn Sa'di berkata: "Kehidupan ini singkat. Oleh itu jangan singkatkannya dengan kebimbangan, kemurungan dan kesedihan. Jadilah pemilik hati yang bernafas dengan nafas kebahagiaan dan reda. Semoga Allah penuhi masa kita dengan kebahagiaan dan mengampunkan segala dosa."
Kata-kata ini memberikan peringatan terhadap tujuan sebenar kita diciptakan di atas muka bumi. Jika keseluruhan kehidupan dibazirkan dengan kesedihan, di mana pula ruang untuk berbakti sebagai khalifah dan beribadah sebagai hamba? Berbaloikah untuk kita bersedih?
CABARAN KELUAR DARI ZON KESEDIHAN
Perubahan bergantung kepada diri sendiri. Lumrahnya apabila ingin melakukan perubahan positif kebaiasaannya ada saja cabaran yang menghalang. Antara cabaran tersebut adalah :
Persekitaran yang negatif.
Persekitaran memainkan peranan yang penting untuk berubah. Cuba bayangkan jika kita sahaja yang inginkan perubahan sedangkan di sekeliling kita ialah mereka yang selalu berfikiran negatif. Pasti kita akan mula memikirkan kesedihan, lalu kembali hilang arah dan semangat semakin pudar. Bina persekitaran yang positif. Carilah mereka yang sentiasa memberi semangat dan dorongan untuk berubah.
Penyakit suka bertangguh.
Sikap suka bertangguh kadangkala menyebabkan kita terus terperangkap dalam kesedihan. "Nanti dulu", "belum bersedia lagi", antara alasan yang diberikan kepada diri sendiri kerana masih sukar untuk move on daripada kesedihan. Sikap bertangguh lama-kelamaan memakan diri sehingga akhirnya menyebabkan kita kembali kepada kesedihan yang tiada panduan.
Sa;ah satu cara untuk keluar daripada masalah adalah mengatasi penyakit suka bertangguh. Ktakan pada diri "just do it". Teruskan tindakan dan kurangkan memberkan alasan!
RESOLUSI
Mengapa masih lagi bersedih? Mulai hari ini:
Usah bazirkan masa dengan meratapi kesedihan, tetapi cari masa untuk membina peluang.
Fokus kepada solusi, bukannya menangisi masalah.
Banyakkan berdoa supaya terlindung daripada kesedihan dan kegundahan.
~sumber.
Thursday, 14 December 2017
MENYUSUL KESALAHAN DENGAN KEBAIKAN.
Dosa menggunung. Lalai melaut. Tapi langit ampunan Allah selalu terbentang. Kepayahan membendung dan diri semakin jauh dari rasa takut. Tapi Allah mengabarkan cinta-Nya untuk mereka yang mahu kembali, memeluk ketaatan yang hilang.
Istiqamah begitu tak mudah, kawan. Tapi menyusul salah-salah dengan amalan-amalan baik semoga mengantarkan kita kepada peribadi yang terus berbenah.
"Perbuatan-perbuatan baik itu menghapuskan kesalahan-kesalahan." [QS.Huud: 106]
"Takutlah kepada Allah di manapun kamu berada. Dan sertailah keburukan dengan kebaikan maka kebaikan itu akan menghapuskannya. Dan bergaulah dengan manusia dengan akhlak yang baik." [HR Tirmidzi]
Tuesday, 12 December 2017
KAWALAN SEBARAN AIB
ADA DUA JENIS AIB
PERTAMA:
Bersifat khaiqiyyah [fizikal] seperti kecacatan anggota, wajah, tubuh badan dan penyakit umpamanya yang menyebabkan perasaan malu atau jatuh maruahnya jika diketahui orang. Maka hal ini tidak boleh disebar luaskan atau dibuka pengetahuannya ke khalayak ramai kerana ia umpama aurat yang wajib ditutup daripada dilihat orang.
KEDUA:
Bersifat khuluqiyyah [perilaku].
Hal ini boleh dibahagikan secara umumnya kepada tiga keadaan:
1. Jika aib tersebut hanya melibatkan dosa peribadi individu tersebut, atau maksiat yang dilakukannya secara senyap serta apa jua perlakuan yang tidak melibatkan mudarat ke atas pihak lain. Maka hal ini perlu disembunyikan dan tidak disebarkan kepada umum. Namun dengan syarat mesti dilakukan amar makruf dan nahi mungkar, serta menasihati pihak terbabit agar meninggalkan maksiat tersebut.
2. Jika aib atau perbuatan jelek tersebut dilakukan secara sembunyi, tetapi hal tersebut ada implikasi negatif atau melibatkan kerugian, mudarat atau kesan khianat kepada pihak lain seperti mencuri, korupsi, pecah amanah, rasuah, salah guna dan seumpamanya. Maka perbuatan seperti ini diperbolehkan untuk diselidiki dan dimaklumkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan atau kepada pihak yang ingin dinasihati sacara khusus.
3. Aib yang melibatkan hubungan keluarga dan suami isteri atau anak-anak hendaklah dirujuk kepada pihak yang paling sesuai dan tepat untuk menanganinya. Jangan disebarkan kepada pihak yang tiada berkaitan apatah lagi untuk sebaran umum.
Secara amnya aib adalah sesuatu yang bersifat rahsia dan perlu dijaga. Jika ada manfaat misalnya bertujuan mengambil pengajaran atau memberi peringatan sekalipun, boleh diceritakan aib itu namun perlu diingat bahawasanya hendaklah dirahsiakan individu yang terlibat dangan aib tersebut agar maruahnya tetap terpelihara.
~sumber.
Wednesday, 29 November 2017
4 KUNCI MENJAGA HATI
1. MENJAGA PERUT
- Berpuasa sunat
- Makan makanan yang halal dan menjauhi syubhah.
- Menjaga adab-adab makan dan minum.
2. MENJAGA MATA
- Guna mata untuk melihat kebesaran Allah.
- Elak melihat yang haram.
- Banyak membanca al-Quran.
3. MENJAGA KEMALUAN
- Segera berkahwin sekiranya mampu.
- Elak ke tempat maksiat dan tidak melayari laman web yang berunsur lucah.
- Elak pergaulan bebas dengan yang bukan mahram.
4. MENJAGA LIDAH
- Guna lidah untuk berdakwah.
- Jangan sakiti orang lain dengan lidah.
- Berzikir serta membaca al-Quran.
- Elak mengumpat, menfitnah dan mengeji.
- Menjaga kebesihan mulut, gusi dan gigi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Jangan jadikan diri kita lebih buruk dari orang yang gemar memburuk-burukan kita dengan sengaja agar ramai yang membenci dan menjauhi di...
-
.......Ukuran ketulusan dan kesejatian cintamu adalah apa yang kamu berikan padanya untuk membuat kehidupannya menjadi lebih baik. Ma...
-
Ada ketikanya orang yang memberi tidak menghulur cintanya sepenuh hati, kurang ikhlas dan mengharapkan imbal balik, lalu orang yang mene...













































