Showing posts with label PETUA. Show all posts
Showing posts with label PETUA. Show all posts

Thursday, 13 December 2018

KHASIAT ALAMI



LADA BENGGALA

Lada benggala memiliki pelbagai variasi dan nama bergantung kepada tempat dan jenisnya. Lada benggala memiliki pelbagai warna daripada hijau, merah, kuning, oren, ungu, coklat sehinggalah hitam.
Walaupun warnanya berbeza, semua jenis lada benggala ini tergolong dalam tanaman yang dikenali dengan nama saintifiknya, Capsicum annuum.

Rupa lada benggala adalah seperti loceng yang memiliki lobus atau cuping sebanyak tiga atau empat. lada benggala berwarna hijau dan ungu memiliki rasa yang sedikit pahit. Sementara warna merah, oren dan kuning lebih manis seperti rasa buah.


Di dalam lada benggala terdapat antioksidan dan zat fito anti keradangan. Zat fito ini termasuklah flavonoid dan asid hydroxycinnamic. Terdapat juga karotenoid seperti alpha-karotena, beta -karotena, cryptoxanthin, lutein dan zeaxanthin.

Lada benggala juga kaya dengan sumber vitamin A, C, B6, B2, B3, B5, E, serat, folat, kalium, vitamin K, mangan dan magnesium. Berikut adalah kebaikan lada benggala untuk kesihatan tubuh.


KURANGKAN TAHAP KOLESTEROL.

Bahan utama yang mengawal kepedasan dalam lada benggala dikenali sebagai capsaicin dan ia hanya dijumpai dalam jumlah yang kecil. Capsaicin memiliki antibakteria, anti karsinogenik, analgesic dan anti diabetik.

Sebagai perangsang kardiovaskular, lada benggala dikatakan mampu membantu dalam merendahkan tekanan darah dan memecahkan pembinaan kolesterol. 
Ciri-ciri pemanasan dalam lada benggala dikatakan amat berguna untuk merawat masalah peredaran yang kurang baik pada tangan dan kaki.

Ia dikatakan mampu mengurangkan tahap kolesterol LDL buat mereka yang obes. Capsaicin juga mampu meningkatkan kadar metabolik tanpa menaikkan tekanan darah dan kadar denyut janyung sekali gus membantu dalam mengurangkan berat badan.


MERANGSANG PEREDARAN DARAH.

Warna merah lada berikutaan dengan kandungan vitamin A yang tinggi. lada benggala telah digunakan selama berdekad sebagai mangkin untuk herba-herba lain. Disebabkan lada benggala mampu merangsang peredaran dan mempertingkatkan aliran darah, ia dikatakan boleh dipertimbangkan sebagai makanan untuk sistem peredaran.


MELEGAKAN KESAKITAN DISEBABKAN ULSER.

Lada benggala juga dikatakan boleh digunakan sebagai bahan pembantu pencernaan untuk melegakan keradangan usus, merangsang perlindungan membran mukus pada perut dan melegakan kesakitan yang disebabkan ulser.



BAIK UNTUK PENGLIHATAN.

Kaya dengan vitamin C dan mampu membantu mencegah kebutaan waktu malam. Kehadiran karotenoid dalam lada benggala mampu merendahkan risiko kemerosotan makula dan membantu mengekalkan penglihatan yang sihat.


MENCEGAH KEKURANGAN ZAT BESI.

Vitamin C dalam lada benggala dikatakan mampu membantu dalam penyerapan zat besi. Ini akan mencegah kekurangan besi dan anemia.


MENCANTIKKAN KULIT WAJAH.

Pengambilan lada benggala mampu membantu dalam penghasilan kolagen, satu bahan yang bertanggung jawab dalam kulit sihat dan anjal. Antioksidan dan fitokimia dalam lada benggala juga mampu membantu memastikan kulit kekal muda.




~sumber mingguan wanita


Wednesday, 27 September 2017

ANEKA PETUA



PUCUK KADUK BANTU HILANGKAN BATUK DAN SELSEMA

Pucuk kaduk yang tumbuh meliar di kawasan kampung, bukan sahaja enak dijadikan ulam. Malahan pucuk atau daun kaduk mampu menyembuhkan batuk dan selsema.
Caranya cukup mudah iaitu dengan hanya mengambil segenggam pucuk kaduk, tambahkan 3 cawan air dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan ini setiap hari sebelum tidur atau sehingga sembuh....







PUTIHKAN SIKU DAN LUTUT DENGAN MINYAK ZAITUN

Selain menjadi bahan dalam masakan, minyak zaitun juga dipercayai mampu memutihkan kulit secara semula jadi. Ambil beberapa titis minyak zaitun dan sapukan pada kulit badan terutamanya bahagian lutut dan siku. Amalkan langkah ini setiap hari bagi menanggalkan sel-sel kulit mati dan melembapkan kulit. Biarkan selama setengah jam sebelum anda mandi seperti biasa. 
Usai mandi, sapukan losyen pelembap pada kulit dan kerap amalkan di kawasan kulit yang hitam agar kawasan tersebut lebih putih.








MINUM SOYA SUSU BADAN BERTAMBAH BANYAK

Bagi kaum ibu yang menyusukan bayi, pasti sahaja bimbang apabila susu badan mulai berkurang pengeluarannya. Anda boleh mengatasi ini dengan cara mengamalkan minum susu soya setiap hari disamping meminum susu segar dalam menggalakkan penghasilan susu badan.








JUS LIMAU NIPIS HILANGKAN HANYIR SUP IKAN

Sup ikan amat digemari ramai apatah lagi menggunakan ikan yang segar, sup akan terasa manis. Namun anda jarang memasaknya sendiri kerana bimbang rasanya yang hanyir.
Sebenarnya mudah sahaja untuk menghilangkan rasa hanyir ikan dalam sup iaitu dengan memasukkan dua sudu kecil jus limau nipis ke dalam sup ikan sebelum anda menutup api. Perahan jus limau nipis bukan hanya menghilangkan bau hanyir, malah akan lebih melazatkan rasa sup anda.






MINUM AIR PUTIH UNTUK CANTIKKAN MATA

Sebenarnya selain untuk kesihatan tubuh, pengambilan air putih yang secukupnya mampu mengelakkan bahagian mata daripada kering dan berkedut.
Cuaca negara kita yang panas dan penggunaan penyaman udara setiap masa akan membuatkan mata anda menjadi berkedut. Tetapi sebelum tidur,elakkan diri anda daripada minum air dua jam sebelum tidur.



Thursday, 20 July 2017

DARI ARTIKEL....




ELAK MANDI MALAM 
UNTUK AWET MUDA
.
.
.
.
.
Dari petikan artikel mengatakan
Apabila usia semakin meningkat, badan mula rasa sakit-sakit
terutama bahagian sendi.
.
.
.
.
Maka dengan ini jugalah dikatakan kebanyakan mereka
berusia lanjut akan mengalami RHEUMATIK.
Perbezaannya,
adalah pada waktu!!
Ada yang cepat....Ada yang lambat.
.
.
.
.
.
MANDI MALAM
sebenarnya tidak menyebabkan 
sakit sendi atau Rheumatik,
tetapi
MANDI MALAM
Boleh memburukkan lagi kesakitan dan rasa nyilu sendi!!
.
.
.
.
.
Maka yang mengalami sakit sendi/Rheumatik
Tidak digalakkan mandi malam
Melainkan mandi menggunakan air panas.
.
.
.
.
.
TIPS ELAK SAKIT SENDI/RHEUMATIK
.
.
.
.
.
Hindari mandi malam
Tujauannya untuk hindari keadaan sejuk melainkan
pada mereka yang berusia muda kerana dikatakan
Air sejuk sesuai untuk mengusir rasa malas.
.
.
.
.
.
.
Makan banyak sayuran & buahan yang kaya antioksidan.
Tujuannya untuk membantu mencegah
penuaan awal.
.
.
.
.
.
.
.
Untuk mencukupi keperluan karbohidrat,
utamakan sumber seperti bijirin, gandum,ubi dan jagung.
Untuk keperluan protein, boleh ambil telur dan susu.
.
.
.
.
.
.
BERPUASA
Cara terbaik kawal pengambilan makanan.
.
.
.
.
.
.
Banyak minum air putih. Hindar minuman bersoda/bergas
Ini kerana minuman bersoda akan meningkat
pelepasan kalsium dari tulang yang
menyebab tulang 
menjadi rapuh.








Saturday, 27 May 2017

IMPI KULIT TEGANG




Lumrah alam yang tidak bisa dapat bisa dihalang..
Bila tiba masanya..
Tika lanjutnya usia..
Pastikan ada garis-garis halus di wajah
Menandakan usia makin meningkat seirng dengan
proses penuaan secara semula jadi kerana
berlakunya pengurangan metabolisme sel pada kulit
Semakin usia meningkat, sel kulit lebih banyak membebaskan radikal dan sistem
pertahanan juga semakin berkurangan.
Hasilnya kulit akan kekurangan kolagen dan fibres elastin.

Timbul garis halus....berkedut... hilang keanjalan kulit
Itu sudah pasti...
Namun tahukah kita?
pemilihan makanan yang betul mungkin dapat melambatkan
proses ini dan sekaligus membantu
menegangkan
kulit wajah
*
*
*
*
Apakah makanan untuk tegangkan kulit?
*
*
*
*


BUAH KIWI

Kaya dengan vitamin C yang dapat mempercepatkan penyembuhan
luka dan mencegah parut.
Kiwi dapat meningkatkan kolagen kulit agar tampak lebih muda.




IKAN

Sardin, Mackerel dan Salmon merupakan ikan yang kaya zat omega 3.
Ia menjaga kehalusan dan kelembapan kulit.




TOMATO

Mengandungi vitamin A & likopen yang merupakan antioksidan.
Likopen membantu mengurangkan kerosakan kulit
akibat sinaran matahari sehingga 48%
Secara tidak langsung
ia dapat mencegah kedutan.




Minyak Zaitun.


Ia kaya dengan vitamin E dan anti oksidan.
Ia dapat mencegah kekeringan dan kerosakan kulit sekaligus
membuat kulit lebih awet muda.





TELUR

Kandungan proteinnya dapat menjaga kesihatan kulit dengan mengekalkan kolagen.
Kandungan biotinnya berguna bagi menjaga kesihatan
kalenjar ' sebaceous' yang memelihara kekenyalan
dan kelembapan kulit.




SAYURAN HIJAU

Sayuran yang terbaik untuk tegangkan kulit adalah bayam.
Bayam membantu menjaga keremajaan kulit.
Kandungan klorofil melindungi sel-sel kulit daripada
bakteria dan radikel bebas.




ANGGUR

Bersifat anti oksidan
Ia dapat membantu melindungi jantung dan sistem sel tubuh.
sehingga anda kelihatan awet muda.

~Petikan dari artikel Harmoni.

Namun ....
satu lagi tip paling mudah
*
*
*
*




~sumber cetusan minda~



Thursday, 18 May 2017

TIPS PERUBATAN


Terkena sengatan Sembilang atau Pari

a] Ambil biji asam jawa, belah dua. Lekapkan bahagian isi putihnya ditempat kena sengat.
    (sudah diuji dan berkesan)

b] Titikkan cuka ditempat terkena sengatan. 
     (belum diuji)

c] Ambil belerang mancis beberapa batang, letakkan di tempat kena sengat dan bakar.



Sengatan obor-obor perang/merah

Titikkancuka di tempat terkena sengatan.
(sudah diuji dan berkesan)




Sengatan tebuan atau lebah

a] Spray ridsect di tempat kena sengat.
    (sudah diuji dan berkesan)

b] Letakkan susu pekat di tempat kena sengat
    (sudah diuji- boleh mengurangkan kesakitan)


Menghentikan pendarahan luka.

a] Kunyah pucuk pisang dan tampal pada luka yang berdarah.
b] Kunyah pucuk berembang dan tampal pada lika yang berdarah.
c] Hancurkan daun pokok selaput tunggul dan tampalkan pada luka.




Selsema berhingus.

Sapukan minyak masak pada ubun-ubun.
(sudah diuji dan berkesan)


Sakit tekak.

a] Rendamkan buah kembang semangkuk dan gula batu hingga kembang. Birkan semalam.
    Makan isi buah kembang semangkuk ( macam agar-agar) dan kuahnya sekali.
    (sudah diuji dan berkesan)

b] Minum beberapa sudu kicap pekat beberapa kali sehari.


Sakit kepala.

a] Ambil kira-kira 10 biji limau kasturi, belah dan perahkan airnya pada kepala. Biarkan sejam atau 2 
   jam, lepas itu mandi dan bersihkan semula.
   (sudah diuji dan berkesan)

b] Ambil sedikit pucuk pokok sena, blend dengan air, basuh kepala macam syampoo, biarkan sejam       atau 2 jam, lepas itu mandi dan bersihkan semula.
    (sudah diuji dan berkesan)


Penglihatan kurang jelas atau kabur.

a] Titikkan satu titik air perahan limau nipis ke dalam mata.
b] Ambil 2 helai daun sirih, racik dan gaul di dalam air mangkuk. Rendamkan mata dalam mangkuk       sambil buka mata.





Sakit gigi.

Ambil beberapa biji bunga cengkih, hancurkan, balut dengan kain nipis kecil, letakkan pada gigi yang sakit.
(sudah diuji dan berkesan)


Demam.

Ambil beberapa pokok dokong anak atau pokok ragu-ragu (sirih cina) ramas-ramas dalam air, sapukan air itu pada keseluruhan kepala.
(sudah diuji dan berkesan)


Buasir.

Ambil biji betik (keseluruhan dari sebiji betik). Rebus dengan air hingga airnya tinggal separuh. Minum airnya setengah cawan. Buat beberapa kali dalam sehari. Teruskan minum untuk beberapa hari.
(sudah diuji dan berkesan)


Mata terpecik cili ketika tumbuk sambal.
Makan secubit garam
(terbukti berkesan)


Sengatan lipan dan kala jengking.

Juga boleh gunakan biji asam jawa dibelah dua, tampal pada tempat kena sengatan.


~ Mohd Jais Mislam.

Thursday, 30 March 2017

RAHSIA CANTIK DARI SERATA DUNIA...


CHINA

Wanita dari China mempunyai kulit yang putih dan bersih....amalkan mencuci wajah dengan air rendaman beras. Beras dikatakan kaya dengan antioksidan dan dapat membantu melambatkan penuaan.




KOREA

Jika inginkan kulit yang cerah dan kemerahan amalkan pengambilan ginseng seperti wanita Korea. Herba ini digunakan secara meluas sebagai makanan tambahan dan ramuan untuk merawat pelbagai masalah kulit. Ia membantu menjadikan kulit cantik dan sihat.




INDONESIA

Seperti yang kita ketahui wanita Indonesia tidak dapat dipisahkan dengan jamu. Mereka menggabungkan herba terpilih seperti kunyit, temulawak dan manjakani untuk merawat kecantikan dalaman dan membantu melangsingkan tubuh, hasilnya  wajah tampak muda dari usia.




ISRAEL

Kaum hawa di sini yakin dengan khasiat lumpur hitam yang berasal dari Laut Mati. Mereka berendam di dalam lumpur ini sambil menggosokkan badan. Ia bukan sahaja menjadikan kulit cantik, membuang sel kulit mati dan merawat masalah jerawat pada tubuh.





INDIA

Minyak kelapa digunakan untuk merawat pelbagai masalah rambut seperti kering dan bercabang. Selain itu mereka juga menggunakan kunyit hidup sebagai lulur untuk merawat masalah kulit. Hasilnya kulit menjadi lembut dan halus.




YUNANI

Wanita di sini memasak air dengan Rosemary. Ramuan ini digunakan untuk membilas rambut agar bersinar, sihat dan beralun cantik. Ia semula jadi yang menjadikan mahkota wanita Yunani menawan.





AUSTRALIA

Minyak tea tree digunakan secara meluas untuk merawat kulit di Australia. Titiskan minyak ini di dalam pembersih, kemudian oles pada wajah. Campuran minyak tea tree akan membantu membersihkan kulit secara mendalam disamping mengekalkan lelembapan kulit.




Wednesday, 29 March 2017

ANEKA PETUA...



TOMATO HILANGKAN SUNBURN.

Individu berkulit sensitif memang mudah terkena sunburn.Untuk membantu mengurangkan
kesan sunburn, boleh cuba gunakan tomato.
Caranya ialah cuci bersih tomato tersebut. Kemudian belah dua. Gosokkan tomato ini pada
kulit wajah yang terkena sunburn itu dengan perlahan-lahan. Biarkan tomato itu kering di atas
kulit wajah anda. Kemudian cuci menggunakan air bersih dan lap kering.




RAHSIA CANTIKKAN KULIT WAJAH DENGAN AIS.

Ais boleh membantu anda mendapatkan wajah yang cantik. Oleskan ais  pada kulit
wajah setiap pagi dan sebelum tidur.
Kesannya anda akan dapat kulit wajah lebih bercahaya, pori-pori wajah yang semakin mengecil dan mengurangkan garis penuaan. Selain itu, kekerapan mengoles
ais pada wajah juga membantu menjadikan sapuan bedak asas lebih rata.




KUNING TELUR RAWAT RAMBUT GUGUR.

Masalah rambut gugur boleh diatasi dengan menggunakan kuning telur. Caranya
ialah bancuh sebiji kuning telur bersama minyak zaitun. Kemudian sapu pada
kulit kepala dan biarkan selam 90 minit. Selepas itu bilas bersih dengan menggunakan
syampu supaya rambut kembali harum.
Hasilnya rambut anda akan semakin kurang gugur dan boleh bertambah sihat.





PETUA KURANGKAN SAKIT KEPALA.

Sakit kepala memang boleh mengganggu kehidupan seharian. Justeru cuba
hilangkan kesakitan itu dengan cara berikut. Minum jus limau purut hangat
seteguk demi seteguk dan berehat.
Boleh juga cuba bernafas dalam-dalam sambil pejamkan mata. Selain itu
cuba mandi dengan air hangat kemudian urut kepala sehingga ke bahagian
belakang leher. Selapas itu, rehatkan tubuh dan tidur seketika.





TIP SIMPAN SAYUR LEBIH TAHAN LAMA.

~  Pastikan sayur berkeadaan kering sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

~  Gunakan plastik menyimpan sayur-sayuran yang khas. Jangan bercampur-
  campur.

~  Rendam kertas putih kosong dalam air kemudian balut sayur berdaun
sebelum disimpan.

~ Potong belakang sayur jenis buah ( timun, lobak merah) Kemudian sapu
sedikit garam dan minyak kelapa ditempat yang dipotong.





ELAK WAJAH BERKEDUT.

Sering peningkatan usia wajah memjadi berkedut.
Elakkanya dengan memarut sebatang lobak merah kemudian satukannya bersama
tepung jagung dan kuning telur. Sapukan pada keseluruhan wajah dan leher
sebagai masker. Biarkan sehingga kering selama 20 minit. Kemudian bilas bersih
dengan air suam. Amalkan selalu.






MENGHILANGKAN BISA TULANG.

Bagi menghilangkan bisa-bisa tulang, campurkan air sejuk dan air panas di dalam 
sebuah baldi. Letakkan sedikit garam dan amalkan mandi dengan air tersebut
setiap kali mandi. Di samping itu, makan tiga ulas bawang putih dan sebesar 
ibu jari halia yang sudah dibakar. Amalkan setiap tiga hari tiga malam.





HAPUSKAN KUTU.

Kehadiran kutu di kepala tentu merunsingkan. Hilangkan kutu dengan beberapa ulas
bawang putih yang ditumbuk lumat. Campurkan dengan minyak masak dan
lumurkan pada rambut. Balutkan kepala yang telah dilumur tadi selama satu jam
sebelum dicuci.






HILANGKAN GATAL DAN TANDA GIGITAN NYAMUK.

Bagi menghilangkan rasa gatal dan mengelakkan gigitan daripada bertanda,
ambil sedikit bedak sejuk dan campurkan dengan sedikit perahan asam  jawa.
Sapu dibahagian gigitan nyamuk. In shaa Allah tiada bekas gigitan nyamuk
dan rasa gatal juga berkurangan.





ATASI KELESUAN.

Sekiranya tubuh anda  sering sahaja merasa kelesuan, didihkan daun mengkudu 
dengan sedikit halia. Tapis airnya dan amalkan meminumnya secawan pada waktu 
pagi dan petang. Tubuh akan segar dan bertenaga.




~sumber mingguan wanita.



Saturday, 21 January 2017

RAHSIA GARAM

                                                 


* SIHIR atau SANTAU dapat dihalang dengan MENGAMALKAN GARAM mengikut cara NABI S.A.W.


~  Sebelum makan Nabi s.a.w. letak secalit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan dimakan.

~  Sampai  di tempat baru, Nabi s.a.w. ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon terlebih di tempat baru.

~  Untuk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama sihir dan santau. kenapa ye?
Allah dah cipta garam untuk penarik toksid/ asid/ racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur-unsur negatif.

~  Pengamal-pengamal perubatan Islam untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam disekeliling rumah.

~  Garam juga unsur yang boleh balance balik sistem tubuh kita.

~  Garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu yang tinggi/panas, maksudnya kalau nak masak. Guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu, baru letak GARAM.

~  Kita panggil bubuh garam atas darat macam orang-orang Arab buat. Bubuh garam masa nak makan. Sebab? Garam ada SODIUM dan POTASSIUM.. Tubuh perlu potassium lebih. Kalau panas garam hanya tinggal sodium, Potassium rosak dalam suhu panas. Sebab tu kena darah tinggi.

~  Selok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah s.a.w. mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan diletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman.










Khasiat Garam dalam Perubatan Islam ada beberapa PETUA penggunaannya.

~  Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

~  Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

~  Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam  badan  dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam KASAR digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika Garam masih Panas.

~  Merawat cirit birit. Minum air yang dicampur sedikit garam.

~  Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dengan air lalu diminum sebelum memulakan perjalanan.

~  Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

~  Menambah IMUNITI badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baru. Air garam diminum sebagai ubatnya.... masyaAllah.

~  Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.
Perhatikan air 100 plus atau air isotonic sekarang ini di pasaran kesemuanya bergaram...! Betulkan?...
subhanAllah.

~  Mengelak sihir/gangguan Jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan * Al Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah-7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

~  Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi kerap menangis waktu malam. Untuk mengatasi masalah ini, Garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

~  Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila yang diangkat akan nampak urat hijau lidah. Dan buat Mandian air bercampur garam yang di Rukyah (doa)...AllahuAkbar.




Nabi s.a.w. bersabda:
"Sebaik-baik Lauk adalah Garam" (Al-baihaqi)

Garam bukanlah penyebab penyakit, malah ubat yang paling mujarab sekiranya diambil dengan cara yang betul....!

Garam tidak boleh dimasak....!

Kesilapan kita (kebanyakan orang-orang melayu) ialah kita memasak garam iaitu memasukkan garam ke dalam masakan ketika masakan sedang mendidih/panas.
Ini menyebabkan garam menjadi racun/Toksik.

Garam, bahasa saintifiknya adalah sodium.

Jika garam dimasak dengan cara tak betul (seperti diatas) ia akan menyebabkannya berasid dan membahayakan kesihatan serta mengundang pelbagai penyakit.

Cara yang betul penggunaan garam:

Kaedah Pertama:

~  Masakkan makanan yang ingin dimasak sehingga selesai. 
    Contohnya : Kari ikan...
    -Akhir sekali/ waktu baru masukkan garam dalam masakan tadi serta gaulkan apabila ianya                  beransur suam.
     @ Kacau air garam dan tuangkan ke dalam kuah.

Kaedah Kedua:

~  Masak makanan tanpa masukkan garam.
    Semasa makan, sediakan semangkuk garam di sebelah dan taburkan di atas makanan yang ingin         dimakan mengikut tahap selera maisng-masing.

"Antara amalan yang diamalkan oleh para SALAFUSOLEH ialah dengan mengambil garam sebelum jamah makanan "

Ia bertindak sebagai pembuka selera dan juga sebagai mineral bagi badan.


Garam ialah mineral!!

- Antara kelebihannya ialah:

*  mengubati LEBIH dari 70 penyakit serta seseorang itu tidak akan mati dalam keadaan mengejut.


Mengamil Berkat penuh keberkatan.
Amal Sunah.

WallahuA'lam.....



Monday, 16 January 2017

CEGAH MASALAH MULUT DAN NAFAS BERBAU



Anda sedang berbual dengan seseorang dan kelihatannya seperti dia cuba untuk menjauhkan wajahnya dari anda. Si dia juga mempamerkan wajah seolah-olah dia kurang selesa tetapi lebih teruk lagi jika dia terus menutup mulutnya sepanjang tempoh perbualan berlaku.

Situasi kurang menyenangkan ini mungkin atau tidak pernah anda alami tetapi bagi seseorang yang menghadapi masalah mulut dan nafas berbau, perkara ini mungkin mengganggu aktiviti sosial dan menjejaskan penampilan diri.

Apatah lagi jika anda adalah seorang yang berkerjaya dan perlu sentiasa berhadapan dengan individu-individu tertentu. Sememangnya ia menjejaskan kualiti kerja dalam konteks perhubungan sama ada secara profesional atau tidak.

Jangan risau! Anda boleh mengatasi masalah ini dengan petua-petua tradisional berikut yang bukan sahaja mudah dan murah malah diperakui keberkesanannya jika diamalkan selalu. 









SIRIH

Sirih juga merupakan antiseptik semulajadi yang cukup terkenal dan digunakan sejak turun-temurun oleh nenek moyang kita. Anda hanya perlu membersihkan daunnya dahulu kemudian direbus dalam anggaran satu setengah gelas air. Biarkan air rebusan sirih menjadi sejuk dan boleh digunakan untuk berkumur selepas selesai menggosok gigi. Selain dari itu, anda juga boleh merendamkan beberapa helai daun sirih dalam air suam selama 5 minit dan minum air tersebut. 






SERAI WANGI & KULIT LIMAU KASTURI

Serai wangi dan kulit limau kasturi sememangnya terbukti merupakan bahan alam semulajadi yang menghasilkan aroma yang wangi dan menyenangkan. Ambil tiga batang serai wangi dan tiga biji kulit limau kasturi lalu tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga tiga per empat tinggi periuk itu dan kemudian jerangkan sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak dua hingga tiga kali sehari. 





DAUN JAMBU BATU

Selain buah jambu batu yang enak dimakan, daunnya juga memberi manfaat yang berguna. Ambil lebih kurang lima belas helai daun jambu batu yang muda dan tumbuk hingga lumat. Selepas itu masukkan daun yang telah lumat itu ke dalam gelas yang berisi separuh air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis air tersebut dan digunakan untuk berkumur sebanyak dua hingga tiga kali sehari. 






CENGKIH

Jangan ingat bunga cengkih hanya untuk memasak kari dan rendang. Ia juga boleh mengubati mulut dan nafas berbau. Rebuskan tiga atau lima kuntum bunga cengkih dalam air yang secukupnya atau anda juga boleh merendamkannya ke dalam segelas air suam selama 5 minit. Seperti biasa, air rebusan yang telah sejuk digunakan untuk berkumur dan amalkan di waktu pagi dan petang. 





KULIT KAYU MANIS

Seperti bunga cengkih, kayu manis yang biasa digunakan dalam masakan juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang mampu mengurangkan bakteria punca masalah nafas berbau. Anda hanya perlu mengunyah sebatang kulit kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Setelah menelan airnya, buang hampas tersebut dan amalkan setiap malam. Menghisap kulit kayu manis setiap hari membantu anda mengurangkan kehadiran sekurang-kurangnya 50% bakteria punca nafas berbau berbanding orang yang tidak menghisapnya. 






KULIT KAYU MANIS

Seperti bunga cengkih, kayu manis yang biasa digunakan dalam masakan juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang mampu mengurangkan bakteria punca masalah nafas berbau. Anda hanya perlu mengunyah sebatang kulit kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Setelah menelan airnya, buang hampas tersebut dan amalkan setiap malam. Menghisap kulit kayu manis setiap hari membantu anda mengurangkan kehadiran sekurang-kurangnya 50% bakteria punca nafas berbau berbanding orang yang tidak menghisapnya. 






TEH HIJAU & DAUN PUDINA 

Teh hijau dan daun pudina terbukti menghasilkan aroma yang harum dan menyenangkan. Daun pudina juga merupakan bahan semulajadi utama yang selalu digunakan dalam semua produk ubat gigi di seluruh dunia. Dengan minum air teh hijau atau air rendaman daun pudina sekurang-kurangnya dua kali sehari dapat membantu anda mengatasi masalah nafas berbau.

kredit: yahoomalaysia





Dicatat oleh 

Wednesday, 24 August 2016

PETUA _ PERUBATAN ORANG TUA-TUA DULU KALA...



Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak klinik atau hospital dengan rumah kediaman orang Melayu amat jauh. Jadi sejak lama dulu inilah antara perkara yang sering di praktikkan oleh nenek-moyang kita. Maklumlah zaman tu tiada pusat urutan, atau kerusi urut seperti sekarang ini dan tiada spa. 

Menghindari Penyakit

Makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain dapat menghindari penyakit, ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru.
Menahan Nafas

Menahan nafas ketika minum air dapat mengekalkan kesihatan badan.


Memulihkan Sakit Jantung

Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Minumlah air rebusan tersebut sehari dua kali pada waktu pagi dan malam.

Menghindarkan Sakit Jantung

Elakkan tidur pada waktu siang. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 15 minit sehari.


Menghilangkan Bisa-bisa Tulang

Masukan sedikit garam ke dalam air suam. Rendamkan kaki ke dalamnya selama 15 minit. Lakukan 3 kali seminggu. 

Rebus ayam muda dengan kacang merah sehingga mendidih. Setelah sejuk, minum air tersebut. Amalkan meminumnya selama dua minggu. 

Ambil satu sudu cuka makan, taungkan sedikit pada tapak tangan. Gosokkan pada bahagian yang sakit. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan dan mandi seperti biasa.

Luka Bersalin

Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-

Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.

Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.

Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.

Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.

Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin.



Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:-

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.

Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.

Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.


Telinga Dimasuki Air

Jika telinga kiri anda dimasuki air, mengiringlah ke sebelah kiri. Lakukan juga seperti ini sekiranya telinga kanan anda dimasuki air.


Mengelakkan Kelesuan Ketika Haid

Cara untuk mengatasinya ialah :-

Rebus sedikit ketumbar, kunyit hidup, asam jawa dan sedikit gula merah. Biarkan mendidih. Setelah sejuk, minumlah dua kali sehari.


Memerahkan Bibir

Sapukan hampas halia yang telah ditumbuk pada bibir perlahan-lahan setiap hari.
Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada bibir setiap malam sebelum tidur.


Rawatan Anak Demam Panas

Ramaskan hingga keluar lendir, lima helai daun bunga raya, dua helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.


Demam Panas

Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak tiga kali kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.


Apabila Terkena Air Panas

Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan air sabun mandi. Lakukan sehingga bahagian yang melecur tidak sakit lagi.


Bawang Putih Bunuh Kutu

Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan tiga sudu minyak kelapa. Lumurkan pada rambut rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian sikat dengan penyikat kutu.


Bengkak Akibat Terjatuh

Campurkan asam jawa, garam dengan sedikit air. Sapukan ke tempat yang benjol atau bengkak. Dalam masa beberapa minit bengkak akan menjadi susut.


Batuk

Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong. Cubalah mengikut petua ini:

Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.

Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.
Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.
Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.


Sakit Angin

Jika anda terkena senak perut dan selalu sendawa angin minumlah air rebusan ini :-
Rebus empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja), dua ulas bawang putih bersama tiga cawan air. Campurkan sedikit halia bersama rebusan tersebut. Minumlah beberapa kali.

Amalkan meminum air rebusan daun mengkudu dan halia.


Memulihkan Tenaga Lelaki

Kisar satu batang lobak merah, ibu kunyit sebesar jari dan setengah gelas air. Tapis dan campurkan dengan kuning telur ayam kampung. Setelah itu campurkan pula gula batu dan satu sudu makan madu. Minum tiga kali seminggu.

Makan sebiji telur ayam kampung dengan madu setiap hari. Kemudian diikuti dengan meminum akar kayu.


Mengubati Sakit Mulut

Anak anda mengalami sakit mulut. Rawatilah dengan cara berikut.

Masak santan dari sebiji kelapa dengan satu cawan air. Bila hampir menjadi minyak, masukkan dua atau tiga tangkai daun pucuk manis sehingga warnanya putih. Angkat dan sejukkan. Sapukan dalam mulut anak anda.


Bibir atau Lidah Pecah Akibat Tergigit

Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah ke tempat yang pecah. Dalam masa dua hari, luka akan sembuh.

Sapukan garam atau marjerin cair pada tempat yang sakit. Rasanya agak pedih sedikit.


Cairkan Lendir di Tekak

Makan anggur tiga kali seminggu untuk mencairkan lendir di tekak.


Daun Pucuk manis Ubat Pitam

Ramas sedikit pucuk manis dengan air. Embunkan semalaman. Pada keesokkan paginya, lumurkan di kepala. Lakukan beberapa kali.


Daun Sirih Ubat Kembung Perut

Kebiasaannya bayi berusia enam bulan ke atas mengalami kembung perut, cara yang paling mudah mengubatinya ialah : Layurkan dua helai daun sirih. Setelah itu barutkan pada perut bayi.


Penawar Sakit Kepala

Jika anda sering diserang sakit kepala, selain makan ubat amalkan petua ini :

Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air. Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit kepala selama 15 minit.

Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.

Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut jadi lembut.

Tumbuk dua atau tiga helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. Biarkan semalaman.

Rebus beberapa biji kulit manggis dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya.



Menambahkan Darah

Cara-cara untuk menambahkan darah (yang hilang) dalam badan anda ialah :

Bersihkan dan tumbuk akar bayam duri. Campurkan air dan perah serta tapis. Kemudian campurkan lagi dengan kuning telur, madu dan segelas santan. Masukkan sedikit garam kemudian kacau. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum makan selama 10 hari berturut-turut. Sekiranya anda sering buang air atau sakit perut, hentikan dahulu dan ulangi meminumnya sehingga sakit perut hilang.

Amalkan memakan sayur bayam merah yang direbus.


Mengurangkan Tekanan

Ubat untuk anda mengurangkan tekanan ialah dengan mengambil air kelapa muda. Campurkan dengan air perahan limau nipis. Minum dengan satu nafas sahaja.


Memulihkan Rasa Gatal di Kemaluan

Rebus beberapa helai daun sirih dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam kemudian gunakan untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau rasa kurang selesa.


Penawar Batu Karang

Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya. Biarkan sehingga airnya tinggal kira-kira satu gelas. Setelah sejuk, tapis dan minum seperti air teh dan ulangi sehingga beberapa hari.


Anak-anak Demam Berlarutan

Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. Lumurkan keseluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.


Elak Keracunan Udang atau Ketam

Sebelum memasak, rebus dahulu udang/ketam dengan sedikit arang kayu. Biarkan selama lima minit. Kemudian masaklah mengikut kesukaan anda.


Mententeramkan Jiwa

Cara untuk mententeramkan jiwa ialah dengan membaca al-Quran sekurang-kurangnya sekali sehari pada waktu malam atau pagi.


Bibir Pecah Akibat Kepanasan

Campurkan segelas air kelapa muda dan sebiji telur ayam kampung. Kacau sehingga rata. Selepas itu, minumlah ketika cuaca panas.


Hentikan Muntah

Muntah biasanya terjadi akibat salah makan. Ini akan menyebabkan badan penat dan terasa sakit. Langkah yang sebaik-baiknya ialah mengambil buah pelaga yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air panas. Berikan kepada yang sedang muntah untuk diminum.


Hilangkan Rasa Pijar

Jangan basuh bahagian yang pijar. Sapukan dengan minyak kelapa. Biarkan seketika. Pijar pasti hilang.

Ambil seuncang daun teh yang belum digunakan dan rendamkan di dalam air batu buat seketika. Kemudian tekapkan pada bahagian yang terasa pijar. Rendamkan berulangkali agar uncang teh itu terasa sejuk.


Jadam Legakan Bengkak

Campurkan sedikit jadam sebesar ibu jari kaki ke dalam air perahan sebiji limau nipis. Panaskan sehingga jadam itu cair. Kemudian sapukan pada bahagian bengkak dan balut dengan daun pisang atau kertas plastik. Biarkan semalaman.


Tersusuk Duri

Sapukan getah betik ke tempat yang tertusuk duri tersebut. Insya-Allah pada pagi esoknya sakit akan sembuh dan duri akan keluar dengan sendirinya.

Celupkan sebiji bawang merah ke dalam sedikit minyak masak. Kemudian bakar hingga hangus. Tampalkan di tempat yang kena duri tersebut.


Ruam

Bayi yang baru lahir biasanya mudah diserang ruam panas. Untuk menyembuhkan ruam panas ini, gunakan kanji nasi . 

Caranya ialah :-

Masak nasi hingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Air kanji ini akan disapukan pada ruam panas.

Tumbuk ragi yang sederhana besar. Selepas itu diayak. Kemudian campurkan dengan bedak. Sapukan pada kulit bayi.

Satukan sedikit tepung ubi atau sagu ubi hingga sebati.Sapukan pada kulit yang dipenuhi ruam. Ulangi beberapa kali sehingga ruam itu sembuh.


Penawar Bisul

Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu, Insya-Allah ia akan hilang dan sembuh.

Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.

Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.

Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering.

Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.


Mencantikkan Kulit Bayi

Campurkan tiga suku tepung kanji dengan air suam. Kacau kemudian mandikan bayi. terus lapkan badan bayi tanpa bilasan air lain.



Ketuat

Ambil abu ubat nyamuk. Bancuhkan dengan air. sapukan pada ketuat setiap hari. Dalam beberapa hari ketuat akan hilang. Insya-Allah.

Sapukan sedikit kapur masak pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan ia kering beberapa minit sehingga ketuat itu tanggal dengan sendirinya tanpa rasa sakit, pedih, juga tidak meninggalkan parut yang hodoh.


Menghilangkan Rasa Lenguh dan Letih

Buah anggur basah jika dimakan selalu dapat menghilangkan rasa lenguh dan letih.
Gosokkan dua daun sirih yang agak muda pada tapak tangan hingga mengeluarkan air. Sapukan pada bahagian yang lenguh. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga hilang lenguh-lenguh tersebut.


Mengubat Kaki Terseliuh

Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak. Sapukan pada tempat yang sakit. Kemudian balutkan dengan daun tembaga suasa.


Kurangkan Panas Badan Anak

Campurkan dua ulas bawang jantan dengan satu sudu cuka. Jaramkan di kepala anak anda.


Kurangkan Penyakit Darah Tinggi

Ramas asam jawa dengan segelas air panas. Kemudian campurkan satu sudu gula merah ke dalam air asam jawa. Minum dan bawa berehat.

Tumbuk secekak daun bunga raya hingga lumat. Bancuh dengan segelas air. tapis dan minum setiap hari.

Campurkan isi kelapa muda dengan air limau nipis. Minum dua kali sehari. Amalkan selalu.

Amalkan memakan belimbing besi setiap hari.


Mabuk Kenderaan

Minum tiga sudu besar madu lebah asli yang dicampurkan dengan sedikit garam sebelum memulakan perjalanan.

Kupas ubi keledek yang berwarna kuning. Makan mentah-mentah apabila terasa loya semasa dalam perjalanan.


Mandul

Cubalah untuk mengatasi kemandulan dengan berusaha makan taugeh mentah dan rojak nanas seminggu sekali. Lakukan sehingga sekitar lima bulan.


Keputihan

Makan sekuntum bunga siantan (menjarum) bersama dengan daun sirih. Sebagai ulam pula, makanlah kuntum bunga inai putih. Amalkan setiap hari.

Rendamkan lima tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup dan biarkan semalaman. Minum airnya setiap hari di waktu pagi dan petang. Bunga itu boleh direndamkan berulang-ulang hingga rasa pahitnya hilang.

Rebus secekak daun pegaga dengan akarnya sekali.Campurkan sedikit garam. Minum dua kali sehari sehingga sembuh.


Merawat Lebam Akibat Tercedera

Tumbuk hingga halus bawang merah, bawang putih dan daun jambu batu mengikut sukatan yang tertentu. Setelah itu tempekkan pada bahagian yang lebam dan balutkan dengan kain yang bersih. Biarkan lebih kurang 2 jam.


Melegakan Cirit Birit

Jika anda mengalami cirit-birit untuk melegakan dengan cepat, ambil satu cawan teh 'o' pekat kemudian diminum.

Hancurkan beberapa helai daun ketumbit hingga lumat. Tempelkan pada perut dan balutkan dengan kain.

Kunyah daun jambu batu dan buah jambu batu yang masih muda dan kecil. Amalkan selagi anda mengalami cirit-birit.


Sukar Buang Air Besar

Kupas kentang lalu dihiris. Tempelkan hirisan tersebut pada bahagian pinggang dan dubur anda. Biarkan hingga warna kentang menjadi kelabu atau kering, berbeza dari warna asalnya.

Ramas beberapa helai daun keledek. Ambil lendir tersebut dan sapukan pada perut bayi. Biarkan ia kering. Lakukan dua atau tiga kali sehari


Melegakan Sakit Akibat Terkepit

Parut kelapa muda campur dengan cuka makan. Balut pada tempat yang sakit. Ulangi beberapa kali. Sakit lebam tersebut akan berkurangan.


Melegakan Tekak Perit

Rendamkan sebiji buah kembang semangkuk dan rendamkan ke dalam sebuah mangkuk. Biarkan seketika. Kemudian minum airnya.



Menajamkan Penglihatan

Jika anda ingin menajamkan penglihatan, satu tindakan yang baik ialah dengan kerap memandang sesuatu yang hijau.

Salah satu petua ialah memandang wajah orang yang kita sayangi seperti wajah ibu, suami, anak-anak dan saudara sejenis dan elakkan memakan benda yang manis.
Bercelak ketika hendak tidur.

Kerap duduk mengadap kiblat.

Makan lobak putih selalu.


Bengkak Pipi Akibat Sakit Gigi

Tumbuk lumat segenggam daun bunga raya. Letakkan pada pipi yang bengkak. Biarkan sehingga sakit gigi lega.


Mencegah Penyakit Buasir

Melakukan senaman pada setiap pagi hari sebelum berjalan. Angkat kedua belah kaki anda ke atas dan kedua tangan anda di bawah punggung kedua-duanya. Kemudian tahan nafas ketika naik kaki ke atas dan lepaskan nafas ketika anda turunkan kaki. Kemudian ulangi tiga kali setiap hari. Mudah-mudahan sembuh.


Jika Terminum Racun

Minum air kelapa sebanyak yang boleh, kemudian segeralah dapatkan rawatan selanjutnya dari doktor.


Mengelakkan Kepedihan Ketika Mengupas Bawang

Mengupas bawang kadangkala memedihkan mata. Untuk mengelakkannya, rendamkan bawang tersebut terlebih dahulu. Kemudian barulah dikupas kulitnya.


Mengatasi Mual Ketika Mengandung

Jangan minum air lain setiap hari kecuali air suam.


Mengemukkan Anak-anak Yang Kurus

Jika anak anda kurus, cubalah rawatinya dengan memberi air beras yang mendidih. Amalkan memberi minuman ini selama seminggu.


Menghidap Barah Rahim

Untuk mengubati barah rahim, rebus dan minum air benalu teh yang tumbuh di dataran tinggi (750 meter dari aras laut). Amalkan selama tiga bulan.


Menghilangkan Rasa Gatal di Tekak

Perah tiga atau empat biji limau kasturi. Campurkan dengan sebiji garam jantan, minum tiga kali sehari.


Menghilangkan Angin

Caranya ialah dengan merebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka (ikut cita rasa anda). Apabila suam, minumlah airnya setiap hari. Lebih elok diminum selepas makan nasi.


Menghilangkan Kesan Gigitan Nyamuk

Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam tadi di bahagian yang kena gigitan. Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi dan kesan gigitan juga hilang.


Mengubati Kulit Terpercik Minyak Panas

Cara pertama : sapukan tempat tadi dengan minyak zaitun. Insya-allah kulit tidak akan melecur dan tidak akan meninggalkan kesan.

Parut beberapa biji bawang merah. Tampalkan pada bahagian yang terkena minyak panas. Kemudian dibalut dengan kain bersih. Biarkan beberapa hari barulah pembalut itu dibuka.

Masak lemak ayam dengan api yang sederhana. Sejukkan dan simpan dalam botol. Apabila terkena minyak panas, sapukan lemak tersebut.


Mengubati Senggugut

Minum air rebusan rumpun jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Tumbuk secekak daun cili padi, tujuh biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan dua sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya tiga kali sehari selama tiga hari.

Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam jantan atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama tiga malam.

Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum dua kali sehari dalam masa tiga hari.


Menyedapkan Suara

Jika suara anda mengalami gangguan, rawatilah dengan menyediakan secawan air pada waktu malam. Biarkan semalaman dan kemudian apabila bangun pagi, minum air tersebut tanpa perlu membasuh muka dahulu.


Merawat Hidung Berdarah

Layurkan sehelai daun sirih. Gulungkan menjadi kecil dan sumbatkan pada hidung yang berdarah. Pada waktu yang sama, ambillah ketulan ais lalu dibungkus ke dalam kain atau tuala. Kemudian letakkan di atas dahi.


Menyegarkan Badan

Mandi haid, selain dari mandi dengan air biasa, elok juga mandi dengan air yang telah diramas daun bidara untuk kesegaran badan. 

Caranya :

Sebelum mandi, mestilah berwudhuk dengan sebaiknya. Sesudah mandi, sediakan perca kain atau kapas yang sudah diwangikan dengan minyak wangi atau kasturi. Lalu digosokkan di dinding kemaluan.


Merawat Luka

Kunyah daun rumput atau daun senduduk sehingga lumat. Kemudian tempekkan pada luka tersebut. Darah akan cepat berhenti dan tidak akan keluar lagi.

Parut anggaran 6 sm halia bersama sebiji bawang besar, dan campurkan dengan sedikit garam halus. Letakkan pada luka dan balutkan dengan kain bersih. Memang agak pedih sedikit tetapi hasilnya akan memuaskan.

Lap dahulu bahagian yang terluka dengan kain basah. Ambil sebatang kulit kayu manis dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan setitik madu lebah. Sapukan pada bahagian yang luka.

Ramas segenggam daun turi. Setelah itu gosokkan pada bahagian yang luka. Lakukan beberapa kali sehingga kesan luka hilang.

Apabila luka akibat terkena pisau dan mengalami pendarahan yang lama, siramkan sedikit minyak tanah pada luka. Darah akan terhenti dan tidak akan terasa pedih lagi.


Cengkam Kuku Yang Bernanah

Gunting cili di bahagian hujung cili kering. Kemudian salaikan pada api dalam tempoh lebih kurang lima saat, jangan sampai hangus. Selepas itu titiskan minyak perlahan-lahan ke bahagian kuku yang bengkak. Anda akan terasa panas dan sakit sedikit, tetapi hanya sebentar dan akan kembali seperti sediakala.


Sakit Kuning

Hiris nipis-nipis sedikit rebung. Kemudian rebus sehingga mendidih. Amalkan meminum air rebusan tersebut. Ulangi sehingga sembuh.


Hindari Bayi Dari Penyakit Kuning

Kadangkala bayi yang bbaru dilahirkan kelihatan kekuningan. Rebus daun bunga raya dan daun sirih dengan air kelapa. Kemudian mandikan pada bayi.


Kanak -kanak Sesak Nafas

Siang belut seperti ikan dan digoreng tanpa dibuang kulitnya. Berikan pada kanak-kanak yang mengalami sesak nafas.


Sesak Nafas

Campurkan satu biji telur ayam kampung dengan satu sudu kecil serbuk kopi. Parut dua biji bawang merah. Campurkan semua bahan tadi dengan satu liter air, kemudian minum setiap pagi sebelum sarapan.


Berkudis

Cara untuk menyembuhkan anda yang berkudis ialah dengan menumbuk daun inai dan kemudian tempekkan pada luka atau kudis tersebut.


Senang Bersalin

Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.


Selesema

Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.

Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.

Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam. Amalkan minum air halia seminggu sekali


Bayi Selesema

Sapukan sedikit minyak kelapa pada hidung bayi. Biarkan kering. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan selanjutnya dari pakar/doktor.


Bengkak Kaki Waktu Hamil

Bersihkan taugeh besar, buang semua batangnya.Rebus di dalam kuali. Masukkan satu gelas air ke dalamnya. Apabila telah suam, minum airnya. Ulangi sehingga bengkak tersebut surut.


Resdung

Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.


Suami Ketagih Rokok

Bantu suami berhenti menghisap rokok dengan memberikan tasbih. Setiap kali tangannya gatal untuk menghisap rokok, zikir menjadi gantinya.


Menghapuskan Bulu Roma

Ramas pucuk daun cili padi dengan kapur barus. Sapukan seluruh tangan atau kaki yang ditumbuhi bulu roma. Biarkan ia kering seketika kemudian bilas dengan air bersih.


Gastrik

Parut satu inci kunyit hidup dan perahkan airnya. Kemudian campur dengan tiga sudu madu lebah dan satu biji telur ayam. Amalkan meminumnya dua kali seminggu. Anda akan rasa perbezaannya.

Parut dan perah kunyit tua sebesar ibu jari. Air perahan kunyit itu dicampur dengan kuning telur ayam kampung. Kacau sebati kemudian minum. Ulangi meminumnya beberapa hari dan anda akan terhindar dari sakit pedih ulu hati.

Campurkan buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Kemudian minumnya dua kali sehari.


Batu Karang

Buang kulit sebiji kelapa muda (hijau). Kemudian bakar kulit ini selama 15 minit. Ambil air dan isinya dan bancuhkan dengan tiga biji telur ayam kampung kemudian di minum.


Bengkak-bengkak di Badan

Parut sepotong kunyit hidup, bubuh sedikit kapur sirih dan air. Panaskan di atas api dan biarkan sejuk. Setelah itu sapulah tempat yang bengkak dan gatal itu. Insya-Allah dalam masa 5 minit, ia akan sembuh.


Meredakan Demam Campak yang Menyerang Anak

Ramas segenggam daun Melur sehingga hancur bersama semangkuk air. Sapukan dari kepala sehingga ke hujung kaki anak anda. Ulangi dua hingga tiga kali dalam sehari.
Segera beri minum air kelapa yang muda.


Mengubati Kecacingan

Tumbuk beberapa potong pinang kering. Kemudian rendam dalam air panas. Campurkan dengan air panas. Minum setiap hari sehingga sembuh.


Cacing Kerawit

Kisar lobak merah dengan air masak. Kemudian tapis dan minum setiap hari


Kurang Darah Akibat Kemalangan

Tumbuk dua kerat lempoyang sebesar ibu jari, sedikit kunyit hidup dan sedikit gula merah. Rebus dengan tiga gelas air.


Telinga Dimasuki Serangga

Tutup hidung dan telinga yang tidak dimasuki semut. Hembuskan nafas sekuat-kuatnya sehingga serangga keluar.

Masukkan minyak kelapa pada telinga yang dimasuki semut.


Tercekik Tulang

Kepal-kepalkan nasi, kemudian terus telan. Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan seterusnya di hospital.


Menggemukkan Binatang Peliharaan

Campurkan hampas kelapa dengan tahi ikan bilis kemudian berikan pada binatang peliharaan untuk dimakan. Ini akan mengemukkannya.


Melawas Kencing

Kisar dua potong nanas yang kurang masak dengan dua gelas air. Tapis dan minum dua kali sehari.

Rebus secekak daun pegaga. Tinggalkan sehingga menjadi dua gelas air. Minumlah sekali sehari.


Mengubati Gelgata

Layurkan beberapa helai daun sirih. Sapukan pada bahagian yang ditumbuhi gelgata.
Hancurkan beberapa helai daun kunyit. Kemudian sapukan pada bahagian yang terkena gelgata.


Segarkan Saraf

Rebus daun serai wangi, daun pandan dan daun nangka. Biarkan airnya kering sehingga menjadi satu cawan. Amalkan meminumnya seminggu sekali.


Lelah

Rebus beberapa biji bawang merah yang kecil sehingga lembut. Kisar dan tapis airnya. Minum seminggu sekali.

Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga hancur. Tapis airnya. Amalkan meminumnya seminggu sekali.


Sakit Disengat Lebah

Tumbuk asam jawa dengan sedikit air. Tampalkan pada tempat yang disengat lebah. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan lanjut dari doktor.


Berkhatan Cepat Sembuh

Rebus beberapa helai daun jambu batu dalam periuk kecil. Biarkan sehingga mendidih. Campurkan dengan air sejuk dan basuh kemaluan dengan air itu.


Kejang Perut

Tumbuk beberapa helai daun betik. Perah airnya dan minum sekali sehari. Amalkan seminggu dua kali.


Penawar Kencing Manis

Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.

Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum tiga hari berturut-turut.


Petua Mengelakkan Barah

Minumlah air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.

Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.

Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.

Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.

Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.

Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain bauh sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.

Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.

Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.

Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.

Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boelh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pancreas
.






-sumber dari Blog Tok Wan.



Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...