TOMATO HILANGKAN SUNBURN.
Individu berkulit sensitif memang mudah terkena sunburn.Untuk membantu mengurangkan
kesan sunburn, boleh cuba gunakan tomato.
Caranya ialah cuci bersih tomato tersebut. Kemudian belah dua. Gosokkan tomato ini pada
kulit wajah yang terkena sunburn itu dengan perlahan-lahan. Biarkan tomato itu kering di atas
kulit wajah anda. Kemudian cuci menggunakan air bersih dan lap kering.
RAHSIA CANTIKKAN KULIT WAJAH DENGAN AIS.
Ais boleh membantu anda mendapatkan wajah yang cantik. Oleskan ais pada kulit
wajah setiap pagi dan sebelum tidur.
Kesannya anda akan dapat kulit wajah lebih bercahaya, pori-pori wajah yang semakin mengecil dan mengurangkan garis penuaan. Selain itu, kekerapan mengoles
ais pada wajah juga membantu menjadikan sapuan bedak asas lebih rata.
Masalah rambut gugur boleh diatasi dengan menggunakan kuning telur. Caranya
ialah bancuh sebiji kuning telur bersama minyak zaitun. Kemudian sapu pada
kulit kepala dan biarkan selam 90 minit. Selepas itu bilas bersih dengan menggunakan
syampu supaya rambut kembali harum.
Hasilnya rambut anda akan semakin kurang gugur dan boleh bertambah sihat.
PETUA KURANGKAN SAKIT KEPALA.
Sakit kepala memang boleh mengganggu kehidupan seharian. Justeru cuba
hilangkan kesakitan itu dengan cara berikut. Minum jus limau purut hangat
seteguk demi seteguk dan berehat.
Boleh juga cuba bernafas dalam-dalam sambil pejamkan mata. Selain itu
cuba mandi dengan air hangat kemudian urut kepala sehingga ke bahagian
belakang leher. Selapas itu, rehatkan tubuh dan tidur seketika.
TIP SIMPAN SAYUR LEBIH TAHAN LAMA.
~ Pastikan sayur berkeadaan kering sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
~ Gunakan plastik menyimpan sayur-sayuran yang khas. Jangan bercampur-
campur.
~ Rendam kertas putih kosong dalam air kemudian balut sayur berdaun
sebelum disimpan.
~ Potong belakang sayur jenis buah ( timun, lobak merah) Kemudian sapu
sedikit garam dan minyak kelapa ditempat yang dipotong.
ELAK WAJAH BERKEDUT.
Sering peningkatan usia wajah memjadi berkedut.
Elakkanya dengan memarut sebatang lobak merah kemudian satukannya bersama
tepung jagung dan kuning telur. Sapukan pada keseluruhan wajah dan leher
sebagai masker. Biarkan sehingga kering selama 20 minit. Kemudian bilas bersih
dengan air suam. Amalkan selalu.
MENGHILANGKAN BISA TULANG.
Bagi menghilangkan bisa-bisa tulang, campurkan air sejuk dan air panas di dalam
sebuah baldi. Letakkan sedikit garam dan amalkan mandi dengan air tersebut
setiap kali mandi. Di samping itu, makan tiga ulas bawang putih dan sebesar
ibu jari halia yang sudah dibakar. Amalkan setiap tiga hari tiga malam.
HAPUSKAN KUTU.
Kehadiran kutu di kepala tentu merunsingkan. Hilangkan kutu dengan beberapa ulas
bawang putih yang ditumbuk lumat. Campurkan dengan minyak masak dan
lumurkan pada rambut. Balutkan kepala yang telah dilumur tadi selama satu jam
sebelum dicuci.
HILANGKAN GATAL DAN TANDA GIGITAN NYAMUK.
Bagi menghilangkan rasa gatal dan mengelakkan gigitan daripada bertanda,
ambil sedikit bedak sejuk dan campurkan dengan sedikit perahan asam jawa.
Sapu dibahagian gigitan nyamuk. In shaa Allah tiada bekas gigitan nyamuk
dan rasa gatal juga berkurangan.
ATASI KELESUAN.
Sekiranya tubuh anda sering sahaja merasa kelesuan, didihkan daun mengkudu
dengan sedikit halia. Tapis airnya dan amalkan meminumnya secawan pada waktu
pagi dan petang. Tubuh akan segar dan bertenaga.
~sumber mingguan wanita.