Buta biasanya disabitkan dengan kehilangan fungsi salah satu pancaindera iaitu mata.
Walaupun begitu pada yang celik mata tapi tak tahu menilai apa yang dilihat menggunakan mata hati
pun tak guna juga dan ia dipanggil buta juga tetapi bukan buta mata tapi buta hati.
# buta dari melihat kebenaran akibat penglihatannya hanya memfokuskan melihat harta dunia dan kejahilan.
#buta mencari jalan ke majlis-majlis ilmu tetapi lebih gemar menyusuri lorong-lorong mungkar.
#buta mengejar kejayaan dan pangkat tetapi meninggalkan amalan untuk bekalan akhirat yang kekal.
#buta hanya memandang pada paras rupa seseorang itu tanpa mengambil kira akhlak dan hati budinya.
#buta dari melihat kebesaran Tuhan yang Maha Pencipta tetapi lebih gemar menonton hiburan yang melalaikan.
#buta dari melalui jalan yang lurus dan telah ditetapkan landasanya kerana asyik melalui jalan yang bersimpang siur menuju kemaksiatan.
Daripada pengajaran di atas, seseorang walaupun ianya buta mata tetapi jikalau hatinya tidak buta hati, dia lagi mulia daripada orang yang baik pancainderanya iaitu mata tetapi hatinya terlalu buta hati.
Ibarat buta mata hati...
NASIHATILAH MANUSIA WALAUPUN KAU SEORANG PENDOSA...
Nasihatilah manusia walaupun Engkau seorang pendosa..Amanahmu sebagai Khalifah di atas muka
bumi. "Amar Makruf Nahi Munkar"
Mungkin ada sebahagian orang tidak tergerak hatinya untuk menasihati manusia, kerana ia merasa banyak melakukan dosa dan tidak layak untuk mengucapkan ucapan kebaikan kepada sesama manusia.
Pandangan seperti itu adalah keliru dan bahayanya sangat besar, serta akan membuat syaitan gembira.
Betapa tidak, kerana jika mesti menunggu sampai seseorang bersih dari dosa baru ia layak menasihati manusia, maka tidak ada seorang pun di muka bumi yang layak memberi nasihat setelah Rasulullah s.a.w. tercinta.
Sebagaimana dikatakan seorang penyair:
" Apabila seorang pendosa itu tidak menasihati manusia, Maka siapakah yang akan menasihati orang-orang yang berdosa setelah nabi Muhammad s.a.w.".
Said bin Jubair berkata:
"Apabila seseorang tidak memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar, hingga ia menunggu dirinya bebas dari kesalahan, maka tidak akan ada seorang pun yang memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar".
Imam Malik setelah mendengar perkataan Sa'id bin Jubair berkata:
" Benar apa yang dikatakan Sa'id. Siapakah yang tidak memiliki sedikit pun dosa dalam dirinya?".
Al Hasan berkata kepada Mutharrif bin Abdillah:
" Berilah nasihat kepada sahabat-sahabatmu". Mutharrif menjawab: " Sesungguhnya aku takut mengatakan apa yang tidak aku kerjakan".
Al Hasan balik berkata:
" Semoga Allah merahmati dirimu. Tidak ada seorang pun diantara kita yang melakukan semua yang diperintahkan Allah. Syaitan akan gembira apabila kita berfikir seperti itu sehingga tidak ada seorang pun yang memerintah kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari kemungkaran".
Berkata Ibnu Hazm:
"Apabila orang yang mencegah daripada perbuatan keji mesti orang yang tidak memiliki kesalahan, dan orang yang memerintah kepada kebaikan mesti orang yang selalu mengerjakan kebajikan, maka tidak seorang pun yang mencegah dari yang munkar dan tidak ada seorang pun yang mengajak kepada kebaikan setelah Nabi Muhammad s.a.w.".
( Semua nukilan di atas dapat ditemukan dalam kitab Al-Jami'li Ahkamil Quran: 1/367, Al-Qurthubi).
Imam Nawawi berkata:
" Para ulama menyatakan bahawa tidak disyaratkan pada orang yang memerintah kepada kebaikan atau orang yang mencegah dari kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan dalam segala hal.
Tapi, ia mesti tetap mengajak kepada kebaikan walaupun ia memiliki kekurangan dalam hal yang ia ajak kepadanya, dan ia tetap mencegah kemungkaran walau ia terkadang mengerjakan apa yang ia cegah.
Kerana sesungguhnya wajib pada dirinya dua perkara iaitu: mengajak dirinya sendiri ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran ; dan mengajak orang lain ke arah kepada kebaikan dan mencegah mereka dari yang mungkar. Tidak boleh ia melalaikan salah satu dari dua perkara tersebut'.
( Syarah Shahih Muslim: 2/23, An -Nawawi ).
Semoga kita termasuk orang-orang yang selalu saling menasihati dalam kebaikan.
~sumber Jiwa Hamba