Kalau Engkau Dicintai Orang Dan Mencintai....
..... senangkanlah hatimu!
Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah masuh daftar orang yang terpilih.
Jika engkau mencinta tetapi cintamu tak terbalas, senangkanlah juga hatimu!
Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jauh dari matanya, dia akan cinta, cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa.
Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, akan ada pada yang lebih kekal daripada insan.
Bersedialah menerima menyuburkan cinta, walaupun bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah, tetapi membawa tenteram.
Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayangnya engkau tidak tahu bila lalunya.
Hendaklah engkau jadi orang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar.
Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar tertempat oleh manusia biasa.
~ tasauf modern, Hamka.