Thursday, 2 March 2017

MEMBUANG GULITA, MENUAI PELITA



Berangkat dari pemahaman yang sederhana...


Jika hati adalah laksana cermin
Maka hati adalah tempat memantulkan cahaya
Cukuplah cahayaNya yang terbias pada hati
Jika hati adalah Raja
Maka semua fikir adalah bentuk kepatuhan terhadapnya
Jika ilmu menepati ruang dalam hati
Maka Perilaku adalah materi yang memenuhinya
Kerana Ilmu tanpa Perilaku
adalah ruang hampa.

Sadarilah yang Awal
Kerana kita datang tanpa apa-apa
Berjalan menapaki Bumi yang makin tua
Berpayungkan langit yang semakin menganga
Satu dunia dalam genggaman
Hanya kefanaan yang akan merenggutnya
Kita adalah makhluk yang fakir.

Saat menajak jalan kita menuju kepada-Nya
Duri hanyalah mawar yang terserak
Kasih sayang-Nya yang menjadikan demikian
Tak perlu lagi keluh kesah
Jadilah jiwa yang bersyukur
Kerana itu mampu menikam semua keinginan.

Saat dendam menghantui...
Kikislah dengan baju keikhlasan
Agar mampu diri ini menyerahkan segala urusan
Kepada takdir-Nya.

Ketika raga ini basah oleh peluh
Jadikanlah ikhtiar sebagai jubah keikhlasan
Kerana kita bekerja untuk keabadian.
Ketika jiwa tandus oleh ketakutan
Cukuplah kematian kita jadikan nasihat
Kerana jiwa akan berpulang meninggalkan raga yang rosak.

Ketika amal tak mampu menghapuskan Noda
Janganlah berharap syurga yang abadi
Takutlah akan siksa-Nya
Jika kita lupa jalan kembali
Sandarkanlah harap kita hanya kepada redha-Nya

Saat nafsu menggelayuti syahwat kita
Bukalah lebar-lebar mata hati kita
Agar tipuannya tak menyilaukan bola mata kita
Hindarilah jalan kehinaan dengan kemuliaan
Kerana hawa nafsu adalah kenikmatan sekejap.

Ramai dunia dengan perselisihan
Tak usah lagi gundah dengan perbedaan
Kerana kita sedang membangun benteng yang kukuh
Yang dibangun dari banyak perbedaan
Jika dunia menjadi gelap
Berhentilah mengutuk, nyalakanlah lilin
Agar terang jalan untuk melangkah.

Yakinlah akan yang akhir
Kerana keyakinan melahirkan kepastian
Yakinlah bahawa langit akan terpecah
Sehingga kita sedar
Bahawa kita berjalan dari satu adzan ke adzan pamungkas
Berharaplah duka mereka mengiringi senyuman kita.

Kerana hati adalah medan pertempuran
Hiasilah ia dengan zikirullah
Tak mungkin memantul cahaya dalam cermin yang kusam
Kerana hanya ada satu kekuatan yang akan berdiri
Pelita atau Gulita.....

        Sebuah pengharapan bagi diri, saat mata tak juga terpejam, saat waktu semakin berlalu...


 ~ sumber Atmakusumah



Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...