Diam-diam aku adalah perempuan yang menyimpan cemburu.
Dengar dulu, cemburu tak melulu soal cinta!
Aku cemburu, pada perempuan hebat yang mampu dengan anggun menguasai dirinya sendiri.
Bertanggung jawab terhadap hidupnya tanpa perlu susah payah membuat orang lain mengkhawtirkan
keadaannya. Getirnya hidup membuatnya kuat kerana seluruh dirinya teruji dengan baik. Ah cantik!!
Aku cemburu pada perempuan yang menyenangkan yang mampu menghadirkan kebahagiaan bagi
orang-orang di sekitarnya. Sikapnya yang santun, senyumnya yang lembut dan pandangannya yang
teduh membuat orang lain betah berlama-lama duduk disebelahnya. Ah cantik!
Aku cemburu pada perempuan-perempuan cerdas yang dengan kecederasannya ia mampu menjadi
pelita. Ia tak perlu mengabarkan apa-apa pada dunia, kerana semesta dengan sendirinya faham bahawa dia menyimpan banyak hal menakjubkan di balik sosoknya yang sederhana.
Seperti langit yang tak perlu membuat pengumuman tentang betapa tingginya ia. Ah cantik!
Aku cemburu pada perempuan yang pandai menjaga diri dan hatinya.
Tak peduli sedang bersama dengan siapa, ia tetap memegang perinsip bahawa kecantikan dan keindahan fisik dan hatinya hanya untuk suaminya sahaja.
Aku cemburu pada perempuan yang rela menukar segala mimpinya untuk memenuhi ketaatan pada imamnya. tangannya cekal melakukan kebaikan, kakinya siap melangkah menuju kebaikan dan
seluruh dirinya siap menjadi seorang yang mampu menjaga amanah dengan baik.
Baginya menjadi ibu yang membanggakan jauh lebih membanggakan daripada membuat dirinya bangga untuk konsumsi peribadi. Ah cantik!
Aku cemburu. Bukan pada dia yang lebih cantik. Tapi pada dia yang menjadi syurga sebelum syurga.
~ sumber.