Dan ada dalam kalangan manusia, memilih hidup untuk survive segala
apa yang menimpa dirinya, tanpa mengetahui apa tujuan
sebenar dirinya hidup. Senantiasa mengelak dari sebarang kemungkinan
hidup, dalam masa sama berharap perkara luar biasa menimpa dirinya.
Lantas apa bezanya dengan anjing jalanan? Mencari cari makanan
di lorong-lorong gelap, berharap tiada yang memukulnya
separuh mati, juga berharap ada manusia punyai ihsan, bawa dia
keluar dari kemelut kesusahan, punca kebahagiaan?
Jangan sesekali pernah berasa diri kita sudah beribadah sekiranya semua
amalan yang kita kerjakan hanya ibarat melepaskan batuk di tangga.
Sekiranya dengan dugaan dan cabaran yang pelbagai dapat menjadikan
diri kita lebih baik daripada sebelumnya, maka mengapa kita perlu
mengeluh dan bersedih?
~Habib Ali Zaenal Abidin~
Bahagia itu sangat subjektif, moga-moga penanda aras bahagia
itu bergantung dekat atau jauhnya hubungan diri kita dengan Allah.
Sabar ada dua. Sabar dalam melawan perkara mungkar dan sabar
dalam memenuhi ketaatan.
Dan seandainya takdir tertulis sedemikian rupa, maka aku sebagai
hamba redha atas ketentuanNya.
Masakan aku akan terus memburu apa aku mahu sedangkan perancangan
Tuhan ternyata mahukan aku lakukan sebaliknya.
Moga airmata yang mengalir, rungsing tidak berpinggir, resah tidak
kesudah, adalah perkara yang Engkau redha, adalah lebih baik
dan terbaik buatku dari aku terus menyimpang ke jalan yang Engkau
tidak mahu.
Sertailah majlis ilmu di sana terdapat jawapan kehidupan.
~D-SIM~