Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Sunday, 12 March 2017
AMALKAN ILMU
Ilmu tanpa amal adalah ibarat pokok yang tidak berbuah.
Imam Al-Ghazali rahimahullah menyebut di dalam kitab Ayuhal Walad, " Amal tanpa ilmu adalah sia-sia dan ilmu tanpa amal adalah gila "
" Jika kita membaca kitab seratus tahun dan mengumpul seribu kitab, ia tidak menjadikan diri kita bersedia untuk mendapat rahmat Allah melainkan dengan amalan."
(Imam al-Ghazali)
Sabda Nabi s.a.w. ertinya: " Sebaik-baik amalan di sisi Allah adalah yang berterusan walaupun sedikit." (muttafaq a'laih)
GOPOH
Mengikut Imam al-Ghazali, gopoh gapah merupakan penyakit kalbu yang mendesak seseorang agar segera mengerjakan sesuatu urusan sebaik-baik sahaja terlintas di hati, tanpa perancangan dan pertimbangan terlaebih dahulu.
Gopoh atau terburu buru atau tergesa-gesa adalah sifat yang tidak baik.
"Gopoh gapah itu sifat syaitan." [-HR Tirmizi.]
"Gopoh gapah itu dari amalan syaitan dan sifat tenang itu adalah dari Allah Taala" [-HR Al-Baihaqi.]
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh Allah iaitu lemah lembut dan tenang."[- HR- Muslim]
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Alhamdulillah. Andai datang ribut melanda...ombak mempamerkan kuasa...kuatkan semangatmu...usah biarkan bahteramu karam...karam dibadai pe...
-
Sama2 kita renungi hadith Rasulullah saw mengenai akhlak. Pentingnya menghayati akhlak adalah kerana akhlak itulah yang menjamin kesempu...
-
Biarkanlah hari-hari berbuat semahunya Berlapang dadalah jika takdir menimpa Jangan berkeluh kesah atas musibah di malam hari...

