Friday, 31 March 2017

CINTA SAMPAI KE SYURGA


Mari kita lihat cinta milik siapa, dibekal oleh siapa, dan sampai ke mana? Maka jawapannya pastilah cinta itu adalah anugerah daripada Allah, milik Allah dan usaikan hingga ke syurga.

Mari kita bayangkan akhirat pula. Di Mahsyar nanti kita bertanggung jawab ke atas diri sendiri, tidak ada siapa yang dapat menolong sesiapa, 'nafsi-nafsi ' sendiri-sendiri.







CINTA DIRI SENDIRI

Ini bermakna cinta pertama yang harus dimiliki ialah mencintai diri sendiri sebagai hasil ciptaan Allah. Bagaimana mulakan cinta diri sendiri  untuk dibawa sampai ke syurga?
Proses ini tidak akan berlaku jika pemilik diri tidak mempunyai ilmu tentang Penciptanya, terutama tentang kasih cinta dan kemurahan Allah.

Kehebatan kekuasaan Allah ialah dengan menyedari bahawa fizikal kita semuanya ciptaan Allah, minda kita hadiah daripada Allah, dan roh kita ciptaan Allah.


 

Sudahkah kita mencintai semua anggota kita yang dianugerahkan ini? Dan kita harus tahu bagaimana untuk mencintai diri ini hingga layak sampai ke syurga. Dan jika diri ini tidak sampai ke syurga, bagaimana pula kita mahu menghantar ahli keluarga  kita ke syurga dengan cinta ini?

Mulailah dengan mencintai anggota fizikal yang nampak dan dapat disentuh, dilihat dan dirasakan. Betapa ramainya kita yang tidak berasakan [dengan perasaan, bukan dengan ingatan] bahawa seluruh anggota tubuh kita ini adalah pinjaman daripada Allah.

Oleh itu cintailah diri kita dahulu semasa di dunia, agar sentiasa bersih daripada dosa dengan menjaganya daripada terjebak dengan hal yang boleh membawa murka Allah secara sedar atau tanpa disedari dalam setiap gerak hidup kita.



Inilah namanya membina  matlamat diri. Matlamat hidup kita adalah untuk menjadi hamba Allah, bukan hamba perut dan bukan hamba dunia. Kita mahu disebutkan sebagai khalifah Allah di dunia [melakukan semua hal kerana Allah] dan memenuhi janji untuk menjadi calun syurga Allah di dunia dan di akhirat. Jika matlamat ini tercapai barulah kita mampu berkata..."Saya ingin masuk Syurga dengan cinta Allah ini."

Setelah diri layak menjalani kehidupan sebagai hamba Allah, dan Khalifah Allah, maka barulah kita luaskan cinta kita kepada anak dan ahli keluarga yang lain untuk dibawa bersama kita ke syurga, atas dasar cintakan mereka kerana Allah....

~sumber iman.






Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...