Showing posts with label Bicara Hati Hamba. Show all posts
Showing posts with label Bicara Hati Hamba. Show all posts

Sunday, 3 May 2020

BICARA HATIKU



Bila kita nak ulas pasal masalah orang lain. Cukup sahaja dengan doa dan kata-kata yang beradab. Tidak perlu dengan cacian makian. Kita takut nanti perbuatan orang itu akan terkena dekat diri kita sendiri atau orang yang kita sayang. Minta Allah lindung.



"Upayakanlah diri kamu untuk selalu bersahabat dengan orang-orang yang berakhlak mulia, Agar dapat meneladani perilaku baik mereka dan sekaligus menggali keuntungan dari perbuatan dan ucapan mereka." { Imam Al Haddad r.a }


"Jagalah lisan ini. Lisan ini umpama ular. Bukan sahaja mematuk bahkan ia amat beracun." - Habib Ali Zainal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid



Jika ada anak yang merasakan dia naik tanpa pertolongan ibu-bapanya, ia umpama mayat yang mahu dimasukkan ke liang lahad tanpa bantuan orang lain! ~Ustaz Pahrol


"Sekiranya dunia yang seluas mata memandang kamu rasakan sempit... Keluar dan lihatlah bagaimana langit diangkat! Tidakkah kamu tahu bahawa Allah yang mengangkatnya... Mampu untuk menyelesaikan kesulitan sebesar manapun ia..."


"Saat kau dilahirkan engkau menangis tetapi orang lain ketawa, tetapi BERJUANGLAH sampai di saat kau mati, orang lain menangisi pemergiaanmu tetapi engkau tertawa dalam senyuman." ~Buya Hamka

"Hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami air mata dan juga darah" ~Buya Hamka


"Ilmu tanpa adab bagaikan api tanpa kayu bakar, dan adab tanpa ilmu bagaikan roh tanpa jasad.

BICARA HATIKU


Jangan selalu menyalahkan syaitan jika kita khilaf dalam bersikap dan bertindak, tapi salahkan diri sendiri yang belum mampu mengendalikan diri dari emosi dan kefanaan dunia.



Jika kau memerlukan nikmat dunia, cukuplah Islam sebagai nikmatmu. Jika kau memerlukan keasyikan, cukuplah taat kepada Allah sebagai keasyikanmu dan jika kau memerlukan pengajaran cukuplah maut itu sebagai pengajaran bagimu.


Hebat macam mana pun kita sebagai manusia , ketika Allah mencabut ketenangan dari dalam hati kita . Maka , sekelip mata sahaja dunia ini akan terasa sempit . Benarlah kata ulama , bahawasanya kekayaan yang paling agung di muka bumi ini adalah ketenangan di dalam hati.


Maha Suci Dia, yang mendekatkan hamba-hambanya yang lalai kepada Nya melalui musibah. Kebahagiaan membuat kita tertidur sementara musibah membangunkan kita.


Usia ini dibahagi tiga. Semalam yang tidak dapat diganti. Esok yang belum dijanji dan hari ini, satu-satunya peluang untuk kita kembali. ~serbanputih

BICARA HATIKU



"Dunia itu adalah sisa runtuhan, namun yang lebih hancur dari dunia itu adalah hati orang yang dipenuhi cinta kepada dunia"

-Al-Habib Zain Bin Ibrahim Bin Sumaith Hafizhahullah



“Sebenci apapun manusia terhadapmu, jika kamu berada dalam ketaatan, maka lambat laun kebencian itu akan berubah menjadi kecintaan.” (Kalam Ulama)



"Betapapun alim manusia, tanpa akhlak akan hina. Mereka yang bodoh, namun berakhlak, itulah manusia yang mulia.
(KH. Anwar Manshur)



"Bila punca rezeki kamu bersih, tanpa haram tanpa syubhah. Doa kamu pasti diterima oleh ALLAH سبحانه وتعالى. Usahakanlah punca rezeki kita dengan rezeki yang halal."
( Maulana Zubair Ruhani Al-Bazi )





Monday, 27 April 2020

ALHAMDULILLAH



Saat hidup kita terasa berat, Allah sedang mmpersiapkn kita menjadi pribadi yang lebih kuat Bersyukurlah untuk setiap senyum, agar Allah mnghadiahkan keindahan tuk setiap butir air mata kita Allah mmberikan sesuatu yang pahit dalam ujian, namun juga mmberikan sesuatu yang manis diakhirnya




Suatu hari nanti kita akan menyedari bahwa hal² yang tak menyenangkan yang kita hadapi hari ini telah mengubah hidup kita menjadi lebih baik lagi Selalu ada hikmah dibalik setiap hal yang terjadi dalam hidup dan semua itu tidaklah terjadi kecuali untuk membuat kita lebih baik dari hari kelmarin.

Tuesday, 14 January 2020

TAHUN BARU 2020



2019 telah melabuhkan tirainya. Tanganku melambai  dan lidahku meluahkan ucapan perpisahan. perpisahan yang membawa pergi coretan diari kehidupan sepanjang keberadaan setahun lamanya. Ada suka dan duka. pahit dan manis. Ada yang menjadi coretan untuk ditatap dan dikongsi, dan ada yang menjadi rahsia hati. Pasti ia sentiasa menjadi kenang-kenangan.


2020 menguak tabir jendelanya. Syukur alhamdulillah. Allah masih memberikan kesempatan untukku menyingkap dan mencium bayu lembutnya. Tentunya aku berharap agar kedatangan tahun baru ini menjadikan perjalanan kehidupan lebih baik dari sebelumnya.

Semasa zaman budak-budak dulu, setiap kali kedatangan tahun baru adalah suatu yang menggembirakan. Masuk sahaja tahun baru bermakna umur semakin bertambah, ia juga bermakna semakin dewasa dan matang.


Memang tidak sabar untuk menjadi dewasa. Budak-budak walaupun hanya memikirkan soal bermain sahaja, tetapi banyak sangat pantang larangnya. Ini tak boleh, itu tak boleh. Tapi jika jadi orang dewasa, bebas ke sana ke sini, siapa yang berani melarang. Itulah yang bermain di fikiran yang menyebabkan tidak sabar untuk menjadi dewasa. Pemikiran budak-budak.

Namun, setelah berada di alam sekarang, realitinya tidak begitu. kedatangan tahun baru benar-benar menginsafkan. Bertambahnya usia bermakna peruntukan umur telah berkurang, dipotong sedikit demi sedikit. maka ia memberikan isyarat semakin kita mendekati janjin kematian.

~abuikhwan

Wednesday, 20 November 2019

JANGAN MENCARIKU DI SOSIAL MEDIA


Jika kamu mencariku di sosial media, kamu tidak akan menemukan apa pun. Kalau pun kamu masih menemukan potret diriku di sana, kamu tidak akan bisa menilaiku lebih jauh.

Sehebat apa pun postinganku, semenarik apa pun potret diriku, seceria dan sebahagia apa pun postinganku di sosial media, itu sama sekali belum banyak mewakili diriku yang sesungguhnya.

Apa yang kamu lihat baru tampak di permukaannya sahaja. Kamu salah, jika jatuh hati hanya kerana terpikat oleh setiap tampilan di postinganku. Sebab diriku yang sesungguhnya tidak sesempurna itu.

Jika kamu ingin mengenalku lebih jauh, jangan menemuiku di sana. Berbincanglah denganku secara langsung, lihatlah bagaimana keseharianku, sikapku terhadap orang lain, dan responku terhadap sesuatu hal yang tidak aku sukai..

~ibnufir


Saturday, 23 March 2019

CETUSAN RASA



Dalam kita cuba mencari kebenaran, terkadang kita akan berjumpa kepalsuan.

Dalam kita cuba mencari ketenangan, terkadang kita akan berjumpa kesulitan.

Dalam kita cuba mencari keaslian, terkadang kita akan berjumpa dengan tiruan.

Dalam kita cuba mencari kegembiraan, terkadang kita akan berjumpa kesedihan.

Dalam kita cuba mencari ketulusan, terkadang kita akan berjumpa dengan keraguan.

Dalam kita cuba mencari kebahagiaan, terkadang kita akan berjumpa dengan ujian.

Dalam kita cuba mencari jawapan, terkadang kita akan berjumpa dengan kekeliruan.

Dalam kita cuba mencari kesempurnaan, terkadang kita akan berjumpa kekurangan.

Dalam kita mencari TUHAN , di situlah terletaknya kebahagiaan.

Begitulah kehidupan, semuanya mengikut aturan Allah Yang Maha Mengetahui.

~kembarasangpengembara

TERUSLAH BERSYUKUR



Dalam hidup ini, kadang kala kita suka merasa bahawa diri kitalah yang paling menderita, yang paling susah dan yang paling menyedihkan.

Cuba buka mata hatimu, mungkin matamu tidak cukup untuk melihat hal-hal seperti ini. Gunakan mata hatimu. Lihat dan perhatikan sekelilingmu. Apa yang mereka dapatkan? Lihatlah ke orang-orang yang hidupnya selalu berkurangan. Apa mereka mengeluh?
Mungkin, tetapi kepada Tuhannya mereka mengeluh dalam bait-bait doa, sekaligus minta agar dikuatkan lagi.

Banyak yang di luar sana yang bahkan jauh dari kata sempurna, namun mereka tetap bersyukur apa yang ada dihidup mereka. Bukankah mensyukuri segala sesuatu itu menenangkan hati?

Wahai....tetaplah jadi hamba-Nya yang terus bersyukur dan bersabar. Semoga kamu kuat menghadapi dunia dan segala yang ada di dalamnya...



Thursday, 13 December 2018

SAMPAI MASANYA KEKAYAAN TIDAK BERMAKNA..



Apa yang sebenarnya yang kita cari dalam hidup ini? Kemewahan? Kekayaan? Nama atau Popular? Jika semua itu yang dicari, banyak yang perlu difikirkan semula. Berapa ramai selebriti yang memiliki kekayaan, kemewahan, nama dan popular namun akhirnya membuat pilihan mengakhiri hidup dengan bunuh diri. Beberapa tahun kebelakangan ini ramai selebriti terkenal barat mengambil keputusan menamatkan riwayatnya dengan membunuh diri. Sekadar menyebut beberapa contohnya, Chester Bennington [penyanyi utama kumpulan Linkin Park], Lex MacAllister [pelakon], Kurt Cobain [penyanyi Nirvana] Robin Wlilliams [pelakon] dan ramai lagi.


Begitu juga dengan negara Jepun yang serba maju, mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan penuh dengan pekerti murni. Hinggakan ramai pemikir hebat di Malaysia mengungkapkan kata-kata, "Jika mahu mencari Islam carilah di Jepun?" Namun disebalik semua itu kes bunuh dirinya juga tinggi.


Apa kurangnya dengan Korea Selatan, di mana ramai selebritinya memilih membunuh diri sebagai jalan penyelesaian kepada tekanan kehidupan. Kebanyakannya kisah yang disebut itu adalah manusia terkenal, kaya dan memiliki segala-galanya.


Cuma satu yang mungkin mereka tidak miliki rasa cinta, redha dan kebergantungan hidup kepada Allah. Kunci kepada segala-galanya dalam kehidupan ini adalah Allah. Terungkap dalam hadis Rasulullah s.a.w., "Perbuatan yang paling afdal ialah cinta pada Allah dan benci kerana Alla."

Ungkapan yang diluahkan oleh Steve Jobs, pengasas Apple Inc, amat mendalam maknanya. Dipetik luahannya, kekayaan yang dimiliki tidak akan kita bawa bersama saat mati. Rasa cinta, kasih dan sayang itulah kekayaan sebenar yang akan mengirngi sepanjang jalan kehidupan, memberi kekuatan, menerangi dan menceriakan hari-hari akhir.


Anda boleh mengupah orang lain menjadi pemandu untuk membawa ke mana saja arah hendak dituju. Anda juga boleh menggaji dan mengarahkan orang lain membawa keuntungan dan menghasilkan wang yang banyak. Tapi anda tidak boleh mengupah orang lain mengalihkan rasa kesakitan yang dialami.


Seluruh harta benda dan kemewahan yang hilang boleh dikumpulkan semula. Hidup.....apabila ia hilang tidak ada siapa yang mampu mengumpulkannya semula. Saatnya apabila diri melangkah masuk ke bilik pembedahan, bermakna sebuah buku 'kehidupan' sudah habis 'dibaca'- buku yang bernama Kehidupan Sihat. Itulah saatnya, tirai dilabuhkan dan berakhirnya.....


Kejarlah apa saja impian yang hendak dicapai, himpunlah segala kejayaan walau setinggi mana pun, semua itu terletak di tangan dan hati setiap orang. Sayangi keluarga, sayangi pasangan dan sayangi sahabat-sahabat. Jagalah dan sayangi diri sebaik mungkin. Dan jangan lupa untuk menggembirakan orang lain.


Itulah sebahagian ungkapan kata-kata dari Steve Jobs, walaupun dia bukan seorang Islam namun luahan hatinya boleh memotivasikan. Pada akhir hayatnya dia menyedari bahawa kekayaan yang dimiliki tidak bererti ketika berdepan dengan kesakitan yang tidak ada penawarnya hanya menanti saat kematian. Segala kekayaan yang diimiliki tidak mampu langsung untuk mengalihkan kesakitan yang dialami walaupun sedikit.

Namun Allah berikan cara yang terbaik untuk orang Islam melalui segala keperitan, kesulitan, kesusahan dan kesengsaraan. Allah yang memberikan kekuatan hati kepada manusia agar mereka menjadi tenang dan tenteram...


Thursday, 22 November 2018

PEREMPUAN...



Perempuan itu seperti kopi. Jika engkau abaikan, ia menjadi dingin sampai dalam hal cita rasanya.

Saat perempuan diam di depan orang yang ia cintai, maka munculah banyak kata dalam bentuk air mata.

Perempuan pada mulanya takut untuk mendekatimu. Namun pada akhirnya ia menangis saat engkau menjauh. Sedikit sekali yang memahami ini.

Perempuan itu mengubati pada hal ia demam, menghibur meski ia bersedih, bangun malam ditengah lelahnya dan menangis (bersedih) bersama siapa walau tak dikenalnya...

Jangan engkau mengetuk hati perempuan bila tidak membawa sekantung perhatian.

Perempuan yang tenang dan lembut, ternyata pembuat kebisingan terbesar di hati lelaki.

Perempuan sangat takut pengkhianatan, permusuhan, kehilangan dan tidak mudah melupakan perginya seseorang yang dicintainya, ia rela mengawasinya dari jauh...

Perempuan mampu mendidik anak tanpa seorang ayah. Tapi tak memungkinkan bagi lelaki mendidik anak tanpa ibu. Di sinilah keutamaan perempuan.


Maka janganlah kamu tanpa suatu apa pun, sedang menginginkannya (perempuan) memiliki segalanya...

Ketika ditiupkan ruh kepadamu, kamu berada di dalam perut perempuan. Ketika kamu menangis, kamu berada dipelukan perempuan. Dan ketika kamu merasa cinta, kamu berada di hati perempuan.





Sunday, 26 August 2018

ANTARA BERSYUKUR DAN MUSIBAH




Musibah pasti datang ke semua orang. Mungkin kita tidak tahu sekarang, atau apa yang tampak di depan. Namun, masa lalu siapa yang faham. Bisa jadi dulu sekali musibah datang. Dan sekarang dia telah melampuinya dengan perjuangan. Musibah pasti datang, tinggal bagaimana kita memberi tanggapan. Apakah kita dapat mengambil pelajaran, atau justru angkat tangan tanpa perjuangan.


Musibahlah yang menjadikan nikmat semakin terasa. Kehilanganlah yang membuat kita tahu bahawa ternyata hal itu berharga. Itulah hukum alam semesta. Selalu ada segala yang berlawanan makna. Tanpa ada hujan, pelangi tak akan menampakkan warnanya ke bumi. Tanpa ada duka, hal yang bahagia menjadi terasa biasa-biasa saja. Tanpa ada musibah, mungkin kita akan lupa mensyukuri segala nikmat dan anugerah.


Terkadang kita harus bersyukur terhadap musibah. Kerana turunnya, merupakan bagian dari rencana Allah SWT Yang Maha Indah. Kerana datangnya banyak membawa hikmah. Baik hikmah yang datangnya dengan tamparan, mahupun dengan kelembutan. Baik hikmah yang datangnya dijemput sendiri, mahupun dengan perantara lingkungan sekitar kita. Sebab dengan hikmah, Allah SWT menurunkan kebaikan yang melimpah.


Semoga kita semua senantiasa diberi rasa syukur, Bahkan ketika tertimpa musibah sekali pun. Semoga kita semua selalu diberi hati dan fikiran yang lapang untuk mengambil hikmah dalam setiap kejadian. Semoga dengan hikmah yang kita terima, membuat kita menjadi peribadi yang lebih baik lagi.







Saturday, 25 August 2018





Aku terpenjara oleh waktu yang membuatku semakin bersenandung pada rindu yang kini kian memburu.
Menunggu di denting waktu, yang sewaktu-waktu menghujam impianku.

Tuan
Acap kali aku rindu denganmu
namun tingkahku selalu membisu, itu semua tersebab rasa malu.

Rinduku hanya butuh temu,
tapi jelas aku tak pernah mampu dan kau pun pastinya tak akan mahu...





Monday, 9 April 2018

BICARA HATI HAMBA



TIDAK PERNAH SELESAI

Kalau direnungkan dengan tenang, sebenarnya kita tidak pernah selesai dalam banyak hal. Setiap kali sebuah urusan kita rasa selesai, sejatinya urusan berikutnya sudah siap di depan mata menyambut kita untuk diselesaikan, begitu seterusnya tidak pernah berhenti hingga tidak ada lagi kehidupan di dalam raga kita ini.

Dalam banyak hal, ada pula urusan-urusan yang dipaksakan 'selesai' pada hal tidak. Ada hal-hal yang masih menggantung, belum tuntas, dan menimbulkan begitu banyak asumsi. Ada pula urusan -urusan yang dibiarkan begitu saja, tidak diselesaikan tidak pula ditindak lanjuti. Urusan yang sengaja kita biarkan lantaran kita memang menghindarinya, enggan bertemu dengannya, atau hal lain yang membuat kita muak seketika bertemu dengan hal tersebut.

Semoga segala hal yang sedang kita hadapi segera menemukan titik terangnya. Setiap urusan yang kita anggap sebagai masalah adalah ujian untuk kita naik tingkat. Jangan takut untuk melepaskan segala sesuatu yang membuat kita tidak pernah selesai dari urusan itu, takut kehilangan, takut dikucilkan, takut ketidakmapanan, dan berbagai ketakutan lain yang sebenarnya hanya ada dalam fikiran kita.

Lepaskan sesuatu kerana Allah, in shaa Allah, Allah akan menggantinya dengan yang lebih baik.






Harga sebuah ketenangan, betapa beruntungnya mereka yang khusyu' dalam solat dan zikirnya.

Wajah teduh, lisannya lembut. Ketegasan dan kemarahannya hanya muncul tatkala agama dan Rabbnya dicaci maki. Tidak demikian dengan dirinya, yang mahu diinjak bagaimanapun, asal tidak menyangkut Rabbnya ia tetap tenang.

Inilah, betapa mahalnya harga ketenangan. Mahal untuk mereka yang memiliki bermilyar wang namun mendadak miskin ketika anak-anak pinggiran meminta sedikit (titipan) rezeki melalui kantungnya.

Mahal untuk mereka yang berkasur empuk dan bertumpuk-tumpuk lauk pauk, tetapi mendadak krisis, ketika mereka yang berbaju camping meminta kebaikannya walau hanya satu piring.

Tidurnya tidak akan pulas, ketakutan menghinggapi sudut-sudut mimpinya. Harta dicuri, bawahannya korupsi, dan bermacam versi kerisauan menghinggapi tiap detik angan-angannya.

Demikianlah Allah membuat hamba-hamba-Nya yang kufur semakin jauh dari kedekatan-Nya.

Maka semoga, ketenangan yang Allah berikan tidak kita lepaskan begitu saja. Begitu mahal, jika kita kehilangan dan ingin mendapatkannya lagi. Tercermin, bagaimana nasib orang-orang terpandang yang mengakhiri hidupnya dengan tragis, padahal kegemerlapan dunia berputar disegala sisinya.

Genggamlah erat-erat....dekap ia kencang-kencang. Bersyukurlah, jika walaupun dalam kesempitan, Allah masih menghadirkan rasa damai ketika kita bersujud.

Allah, sungguh, hanya dengan mengingat-Mu. Hati menjadi tenang. Betapa sederhana, harga yang Allah berikan kepada hamba-hamba-Nya yang jatuh cinta dalam iman...

~Ibn Sabil


Wednesday, 21 March 2018

BICARA HATI HAMBA


Hari ini kita mungkin masih saja sibuk membandingkan nikmat yang Allah  kurniakan kepada orang lain namun belum atau tidak kepada kita. Hari ini kita barangkali sering saja mengeluh atas doa-doa yang belum terwujud. Hari ini kita mungkin masih berprasangka bahawasanya lelah dan ingin berhenti saja meminta.

Nyatanya kita masih bisa untuk memilih meluaskan rasa syukur. Melapangkan sabar dan berprasangka baik.

Bahawa semuanya telah Allah aturkan sedemikian indahnya.

Bahawa seluruh rasa khuatir ini akan luruh jika kita memilih untuk menyerahkan segala sesuatunya kepada Allah.

Allah mengturnya dengan sempurna.
Sungguh sempurna.

Jika prasangka kita masih belum baik terhadap keadaan yang sedang kita alami, mungkin kita perlu lebih banyak waktu untuk melangitkan doa-doa...

Memohon kepada Allah agar memberi petunjuk-Nya untuk memahami apa-apa yang telah Dia tetapkan dengan hati yang lapang, dengan prasangka yang baik.







Kuat-kuat ya...

Jika suatu masa engkau dilupakan begitu saja.
Jika tiba masanya engkau tidak lagi menjadi prioritas dalam hidup seseorang.
Yang kehadiranmu, khabarmu, keadaanmu tidak lagi menjadi penting untuknya.

Kuat-kuat ya!

Kerana manusia adalah gudangnya kecewa. Hanya jika engkau menggantungkan harap kepadanya.
Jika tidak hidupmu akan jauh dari kegalauan dan kegundahan atas yang luput dari inginmu terhadapnya.

Berulang kali mengingatkan perihal ini, sebab bukan hanya sulit tapi tidak mudah. Perlu iman baja untuk memenangkan ujian menggantungkan cinta dan harap hanya kepada Dia.

Kuat-kuat ya!

Aku percaya hatimu akan cukup kuat atas iman yang terus engkau upayakan. Aku percaya engkau akan faham bahawa selalu ada yang hadir dan pergi silih berganti.

Dan kita meyakini memilih bersama Allah, hidupmu akan sentiasa dalam bahagia yang tak akan habisnya. Bukan  hanya di sini, tapi kelak hingga kita pulang ke syurga.

Selama masih dalam perjalanan ini, jangan lupa engkau pun memerlukan sabar yang tiada habisnya. Siapkan selalu ya sabarnya!


Menyapa  pagi, menguatkan hati dengan menuliskan yang tak tersampaikan.
Menuliskan yang kelak akan tersusun rapi menjadi kenangan dalam lembaran-lembaran halaman.
Kuat-kuat ya hati yang baik!!


~ Menyapa Mentari~

Tuesday, 13 March 2018

TAHUKAH KAMU .....

                                      



Bagiku, perasaan yang terjaga diantara kita begitu istimewa. Begitu istimewa perasaanku ini padamu, begitupun  kuharapkan dirimu padaku.

Mungkin kamu ingin katakan bahawa menunjukkan kemesraan kita di dunia maya akan saling memberi bukti bahawa cinta itu selalu ada.
Tahukah kamu?
Aku sedang membuktikannya.Namun, bagiku membuktikannya bukanlah untuk mereka yang membaca dinding media sosial kita. Aku tak perlu mereka tahu seberapa besar cintaku untuk kamu.
Aku merasa tidak begitu penting untuk memberikan pembuktian tentang perasaan yang sedang kita nikmati ini kepada mereka yang bahkan tidak ada hubungan secara langsung dengan keindahan yang menaungi kita berdua. Aku hanya ingin kamu yang tahu, dan aku yakin kamu sebenarnya pun selalu tahu.

Apa yang sedang kita jalani adalah sesuatu yang terjadi di dunia maya. Sesuatu yang tak hanya kita rasa tapi dapat kita rasa melalui raga. Untuk apa kita membawanya ke dunia maya yang malah tak punya rupa?


Aku memberikan diriku yang istimewa kepada kamu sahaja, yang tidak pernah sedikit pun kutujukan pada orang lain. Biarlah ia tetap istimewa diantara kita.
Mungkin menunjukkan kemesraan cinta kita di media sosial menurutmu sama dengan berbagi bahagia untuk kerabat dunia maya kita. Tapi ingatkah kamu bahawa rasa itu adalah cintaku untukmu dan cintamu untukku.

Ini adalah cinta diantara kita....yang jelas tak sama dengan cinta milik kita.
Cinta diantara kita adalah cinta yang peribadi.....yang khusus diantara aku dan kamu saja. Kurasakan sebaiknya kita tidak membagikannya untuk orang lain. Biarkan rasa ini menjadi istimewa dan satu-satunya dariku untukmu dan darimu untukku. Kecuali memang menurutmu kita perlu pamer kebahagiaan kepada banyak orang.

Lagi pula, sedarkah kamu bahawa belum tentu orang lain ikut bahagia melihat kita saling memberi cinta. Mereka memang boleh memberikan tanda senyuman, tanda suka malah memberi komen mendukung dan berdoa untuk hubungan kita. Tapi ingatlah selalu sayang....itu hanya dunia virtual yang selalu dapat menampilkan kata manis sekalipun kesenangan sudah habis.

Percayalah sayang......mereka tidak sebahagia yang kamu sangka. dari sekian banyak yang berdoa, jauh yang akan lebih banyak keras tertawa disaat kita bubar jalan. Jauh lebih banyak yang 'menggumam selamat' dalam hati disaat kita kiamat.

Aku menyukai keistimewaan antara kita. Ku harap kamu faham beginilah aku memaknai cinta diantara kita.
Cukup diantara kita dan tetap apa adanya menjadi lebih banyak rahsia untuk orang lain. Bolehlah sekali dua kali muncul pada  media maya. Jika memang kamu ingin menularkan rasa bahagia untuk orang lain, marilah kita membuart cinta kita saja. Ia itu cinta dari aku dan kamu, untuk mereka yang sungguh-sungguh kita pedulikan.

Dan mereka yang kita pedulikan.....hidup di dunia nyata!


~sumber

Wednesday, 22 November 2017

KERJA DENGAN KEIKHLASAN

ALHAMDULILLAH.

Perlu diakui semua orang bekerja untuk wang. Faktor lain dikira kemudian. Kerana itu juga adakalanya keikhlasan bekerja tiada. Sampai satu tahap kita bekerja ditakuk yang sama....reputasi boleh terganggu. Kerja mula berkira....jadi malas....gaji kau, gaji aku sama tapi kenapa aku kena kerja lebih?

Kerja...apabila sudah menjawat sesuatu kerja, suka atau tidak, kita mesti minat pada kerja itu. Lakukan dengan fokus. Kalau tak suka, tawar hati dan buat kerja kerana terpaksa, lebih baik lepaskan sahaja. Cari kerja lain. tak susahkan majikan dan rakan sejawat !!

Sebagaimana teruknya sesuatu kerja itu...kerjalah dengan baik, ikhlas dan sukakan kerja itu yang kita pilih  dan memberikan rezeki untuk hidup....

hrmm...

KITA SEMUA SAMA




Selain manusia diciptakan berpasangan lelaki dan perempuan, manusia juga 'berpasangan' sikap dan peribadinya. Mudah bicaranya, ada kelebihan dan kekurangan. Jika dia kelihatan sempurna wajahnya, mungkin ada kemahiran yang tidak dikuasainya. Jika dia menguasai ilmu profesional, boleh jadi perlu menuntut untuk membaca al-Quran bertajwid, misalnya. Manusia sempurna menjadi manusia,apabila dia mempunyai kedua-dua ini. Allah sahaja yang tiada cacat cela.

Justeru, apabila kita mengakuinya, seharusnya kita tidak memandang diri jauh lebih mulia berbanding orang lain. Jika ada pun, hakikatnya Allah sedang menutup aib kita. Allah menutup lompang dan kurangnya diri kita.

Jika memandang orang lain yang nampak lebihnya berbanding kita pula, tidak seharusnya timbul rasa hasad dengki, kerana apa yang kita nampak adalah zahirnya. Allah sedang menutup aib orang lain yang mungkin kita tidak tahu.

Lihatlah bait-bait kata Syeikh Abdul Kadir Jailani dalam usaha menjaga hati, merasa diri lebih berbanding orang lain: "Apabila engkau bertemu dengan seseorang, hendaklah engkau memandang dia lebih utama daripada dirimu dan katakan dalam hatimu: 'Boleh jadi dia lebih baik daripadaku lebih tinggi darjatnya.'

Jika dia lebih kecil  dan lebih muda daripadamu, katakan dalam hatimu: 'Boleh jadi orang kecil ini tidak banyak berbuat dosa kepada Allah, sedangkan aku lebih banyak berbuat dosa. Darjatnya tentu jauh lebih baik daripadaku.'

Apabila dia orang yang lebih tua, katakan dalam hatimu: 'Orang ini lebih dahulu beribadah daripadaku, telah diberi oleh Allah sesuatu yang tidak dapat aku raih, telah mengetahui sesuatu yang aku tidak ketahui, dan telah mengamalkan segala ilmunya.'

Apabila bertemu orang jahil, katakan dalam hatimu: 'Aku tidak tahu, boleh jadi dia akan masuk Islam dan menghiasi kehidupannya dengan amal soleh, dan aku pula boleh jadi terjerumus kafir dan mengakhiri kehidupanku dengan amal buruk.'''

Dalam pandangan Islam, setiap manusia sama sahaja. 'Tiada beza antara orang kaya dengan orang miskin, berpangkat tinggi atau rendah, latar belakang pendidikan atau apa sahaja. Jelas Allah mengingatkan, orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang bertaqwa.

Justeru, jadilah orang yang sentiasa bersyukur dengan apa adanya diri, tidak sombong berjalan di muka bumi dan memandang orang lain dengan pandangan kebaikan.....





Wednesday, 15 November 2017

BICARA HATI HAMBA




Orang beriman selalu punya
cara sendiri untuk menjga hatinya
meskipun berlawanan dengan apa
yang dia terima dalam kehidupan.


Saat mendapat musibah
air matanya menitis
tapi hatinya terilham untuk meyakini bahawa
apa yang diberikan Allah kepadanya
pasti yang terbaik untuknya.


Fizikalnya mungkin lelah
fikirannya mungkin penat
tapi tidak dengan hatinya yang terus yakin
apabila diuji oleh Allah itu adalah
tanda Allah masih sayang padanya.









It's seems like nothing happened
Quite and peace at the surface
Without any destruction

But who knows?
The pieces of heart inside
Wavy like wave in the ocean
Struggling for a hope and guidance.

Oh Allah the Almighty
Please don't leave me alone
Without YOU i'm nothing
Just like night without  a moon and stars.


After all, finally....now I get it
The feeling that I never met before
It's full of peacefulness inside
Thank You Allah for the everything that YOU give it to me.

Alhamdulillah.




Dalam kita melangkah...
Kadang-kadang kita diuji dengan ujian yang terasa berat...
Hingga kita terduduk dan menangis...
Peritnya amat terasa...
Tetapi ketahuilah dan renungilah...



Andai perjuangan ini mudah
pasti ramai menyertaiNya
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan
pasti ramai yang tertarik padaNya
Tetapi hakikat perjuanagn bukan begitu
Turun naiknya, sakit pedihnya,
Umpama kemanisan yang tak terhingga
Andai rebah bangkitlah semula.
Andai terluka  ingatlah janjiNya.


Mungkin
Air mata tika itu Allah hadirkan
bagi menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak
lantaran ada langkah yang tersasar.




Saturday, 23 September 2017

MENJADI LEBIH BAIK



Ketika terjatuh, segeralah berdiri
Sudah pandai berjalan , belajarlah berlari
Mulai terasa lelah, kuatkan lagi niat di hati

Berhenti sejenak untuk melaju lebih cepat
Mundur selangkah, lalu mulai lagi dengan bismillah
Sudah jauh melangkah, tetaplah sabar dan istiqamah


Kerana sejatinya hidup ini tentang bagaimana kita berusaha
Untuk jadi peribadi yang lebih baik dari hari ke hari.
Kerana sejatinya perbaikan diri adalah proses panjang yang tak berkesudahan


Semoga usaha kita  hari ini membuat kita menjadi lebih baik. Semoga muhasabah kita hari ini membuat kita dipertemukan lagi di syurgaNya nanti.




Kadang kita harus menempuh jalanan berbatu untuk mencapai apa yang kita impikan.
Jalanan yang berliku.
Jalanan yang membuat kita kadang harus terjatuh berkali-kali.
Jalan yang kadang membuat kita berfikir.
Apakah jalan yang kita tempuh ini sudahlah tepat?


Meskipun kita tidak tahu akan seperti apa ujian dan cubaan seperti apa yang akan ada di depan sana.
Tetapi sejauh ini, tetaplah bertahan.
Tetaplah lanjutkan perjalanan.
Walau mungkin jalanannya akan lebih terjal, lebih curam, lebih berliku.
Selama kita melangkah bersama dengan penuh kesabaran dan keyakinan.
Semuanya dapat kita lalui perlahan-lahan.


Percayalah, kelak jalan yang kita tempuh ini
Akan membawa kita kepada tujuan dan kebahagiaan yang kita idam-idamkan.
Atas izin dariNya, atas redha dariNya.

Jadi mahukah kamu bertahan bersama-sama?



Friday, 22 September 2017

BERKASIH DENGANMU...

Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan....
Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuannya,
Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, di situ air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka....

Indahnya tarbiah Allah, tersirat rahmat dan hikmah.
Diuji kita sebagai tanda sayangnya....bahagianya kekasih Allah dihadiahi ujian yang amat hebat sebagai tanda kasihNya....

Begitulah rupanya berkasih dengan Allah.
Tidak akan dibiarkan terlena dalam kenikmatan yang melimpah tapi dilindungi dengan ujian dan cubaan yang tidak berkesudahan....
Panjatkan kesyukuran kerana itu tanda sayang Allah pada hambanNya. 
Allah Maha Tahu apa yang terbaik bagi hambaNya.


Ya Allah, sentuhkanlah hati hambamu ini, saat dia  jauh dariMu,
Peluklah hatinya...saat dia mencintai sesiapa melebihi dariMu.
Peliharalah  imannya selalu, jadikan dia hamba yang banyak berdoa, beristighfar dan menangis di hadapanMu agar diberi kekuatan dan kesabaran kerana setiap sesuatu ujian yang datang dariMu....


"Semoga Allah memberimu pelangi untuk setiap hujan, senyuman untuk setiap tangisan, rahmat untuk setiap cubaan, kekuatan untuk setiap dugaan dan makbul untuk setiap doa....

~indah bicara kerana hati.


Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...