Showing posts with label Dairy. Show all posts
Showing posts with label Dairy. Show all posts

Thursday, 16 November 2017

BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.

Hargailah setiap detik yang kita miliki. Beruntung jika kita dapat menggunakannya bersama-sama orang yang kita sayangi. Ingat semalam merupakan sejarah. Esok masih misteri. Hari ini adalah anugerah. Jadi, manfaatkanlah waktu sebaik mungkin dengan penuh rasa bertanggung jawab jika kita tidak ingin rugi. 

Allah berfirman yang bermaksud:
"Demi masa! Sesungguhnya, manusia sentiasa dalam kerugian kecuali yang menyeru kepada kebenaran." [Al-Asr: 1-3 ]

Nyatalah manusia akan sentiasa berada dalam kerugian jika tidak menggunakannya di jalan yang berfaedah. Oleh itu penuhilah setiap detik hidup kita dengan melakukan perkara-perkara yang bermanfaat sebagaimana kata-kata Sayidina Abu Bakar;

"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu, tetap dibalas dengan buah."


Wednesday, 30 August 2017

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN


Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia 2017 adalah bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa.
Penetapan Negeraku Sehati Sejiwa sebagai tema menunjukkan bahawa betapa pentingnya rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama saling memahami dan hormat-menghormati serta bersatu padu untuk menentukan masa depan negara agar lebih gemilang, stabil dan aman damai.





Sehati Sejiwa

Mencerminkan kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di Malaysia selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.











Friday, 23 June 2017

SALAM AIDIL FITRI



Ramadhan bakal beransur pergi
Syawal menjelma di Aidil Fitri
Seikhlas hati menyusun jari
Memohon dimaafkan kesilapan diri.


Taqabbalallahu minna wa minkum Wa ja'alana minal 'aidin wal faizin.

Semoga Allah menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapatkan kemenangan.

Hiasilah malam raya ini dengan takbir, tahmid dan selawat atas jujungan.
Hidupkanlah malam dengan beribadah dan berdoa.

Dalam hadis ada  dinyatakan bahawa:
'Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, necaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hatinya.' (Riwayat Imam at-Thabrani dari Ubadah r.a)

Menurut pendapat ulama, yang dimaksudkan mati hati ialah:

Pertama terbelenggunya hati dengan kecintaan terhadap dunia yang memutuskannya darupada melakukan amalan kebaikan dan kewajiban agama.

Kedua menjadi kafir.

Ketiga ketakutan hari kiamat.

Dalam hadis ini juga dinyatakan bahawa, diriwayatkan dari Sayyidina Ibnu' Umar ra.
Beliau berkata:
"Lima malam yang tidak ditolak padanya akan doa: malam Jumaat, awal malam Rejab, malam Nisfu Sya'ban dan dua malam raya (Aidil fitri dan Aidul Adha).

(Dikeluarkan oleh Abdurrazzaq di dalam Mushannaf dan juga al-Baihaqi di dalam Syua'b al-Iman-mauquf)


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.





Monday, 12 June 2017

BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.

Ada diam yang tak ingin ditanya mengapa ia tak bersuara. Ada diam yang tak ingin ditanya mengapa ia tak mengucap sepatah kata.
Ada diam yang inginnya sendiri saja. Ia tak ingin ditemani, kecuali oleh bayangannya sendiri.

Ada sepi yang lebih nyaman dari keramaian. Ada sepi yang lebih indah dari sekadar percakapan  bersama teman. Ada sepi yang ia nikmati hanya sendiri. Sepi yang ia gunakan untuk merenungi diri. Sepi yang ia gunakan untuk merenungi diri. Sepi yang ia gunakan untuk mengoreksi diri.

Diamnya hanya ia perlu waktu sendiri untuk berbicara dengan hati. Sepinya kerana ia sedang ingin berdialog dengan sisi lain dalam dirinya yang lebih bijak.

Didalam benaknya hanya ada satu pertanyaan sederhana yang membuatnya benar-benar tidak ingin diganggu; Pencapaian apa yang sudah aku buat hingga hari ini?

Semoga kita menjadi diri yang terus mengevaluasi diri.....



Friday, 2 June 2017

BICARA HATI HAMBA

ALHAMDULILLAH.

Kita sering kali memohon umur panjang, untuk orang-orang yang kita begitu menaruh banyak rasa sayang kepadanya misalnya teruntuk kedua ibu bapa kita.
Tidak pernah luput meski sekali dalam tiap-tiap doa di lima waktu yang kita dirikan setiap harinya.

Sayangnya, kita pun tidak pernah tahu doa itu akan dikabulkan seperti apa nantinya. Melihat selalu ada orang-orang yang baik pergi mendahului kita.

Kukira, kita memang tidak akan pernah tahu doa umur panjang diwujudkan seperti apa.

Jika esok atau lusa kita masih sanggup menghirup nafas, apa benar doa kita yang termakbulkan, atau jangan-jangan justeru kita sedang diberi waktu untuk semakin mendekatkan diri kepada Allah.

Sebab barangkali, saat seseorang meninggal dunia, bukan bererti hanya umurnya telah tiba pada waktunya, boleh jadi Allah menyayanginya, hingga rasa rindu membuat-Nya ingin segera bertemu dengannya.

Siapa yang tidak ingin dirindukan oleh Tuhannya?

Maka benar jika esok atau lusa kita masih dapat bertemu matahari, mungkin saat itu kita masih diberi waktu untuk bersujud kepada-Nya.



Tuesday, 30 May 2017

BICARA HATI HAMBA

ALHAMDULILLAH.


Semoga hari ini menjadi lebih bermakna....

Teringat kisah ini:

Seorang pemuda kehilangan kasutnya di laut, lalu dia menulis di pinggir pantai- LAUT INI PENCURI.

Tak lama datanglah nelayan yang membawa hasil tangkapan ikan begitu banyak, lalu dia menulis di pinggir pantai- LAUT INI BAIK HATI.

Seorang pemuda tenggelam di lautan, lalu ibunya menulis di pantai- LAUT INI PEMBUNUH.

Tak lama datanglah seorang lelaki yang menemukan sebongkah mutiara di dalam lautan, lalu dia menulis di pantai- LAUT INI PENUH BERKAT.

Kemudian datanglah ombak besar dan menghapus semua tulisan di pantai itu.....

Maka -JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik. Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.
Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yang kamu lakukan.

Dan yang membencimu tidak percaya tentang kebaikan yang masih ada pada dirimu.
Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri.  Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-Nya.

Kita bukan siapa-siapa untuk menilai siapa-siapa.
Eratkan silaturrahim, walaupun sekadar doa....





Wednesday, 17 May 2017

BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.

Tidak ada yang selamanya di dunia.
Kita adalah jiwa yang terikat waktu, semakin hari maka semakin dekat dengan tujuan.
Bahawa yang tiada kembali kepada yang tiada, dari tanah kembali kepada tanah, dan syarat mati tidak semestinya tua....

Sering kali kita diingatkan dengan kejadian-kejadian. Tentang kehilangan, yang pada hal kita tak pernah seutuhnya memiliki. Tentang perpisahan, yang pada hal sebelumnya pun kita terbiasa tanpanya.

Tentang pulang, pada hal kita tidak pernah ke mana-mana pun.
Kita adalah yang sementara. Bagi kebanyakan mereka adalah yang datang sebelum ada, dan pergi kembali tiada.


Saturday, 6 May 2017

BICARA HATI HAMBA





Banyak yang perlu dibuat, disamping rutin hakiki yang tak pernah berhenti. Rasa tak cukup-cukup masa. Aku rasa salah strategi...tapi aku tak pernah pun menyusun strategi. Aku tak suka merancang sangat. Aku suka mengikut arus dan aku selalu dapat apa yang aku nak...

Melihat kehidupan orang lain. Ada yang ku lihat perjalanan hidup seseorang itu berjalan dengan cantik. Seolah dirancang hidupnya. Barangkali dia memang berstrategi. Tapi mungkin juga arus yang membawanya mengalir ke laluan yang mudah........takdir.
Ada yang bagai sudah berhenti bercita-cita.....kekal dengan zon yang sedia ada. Hidup bagai terhenti. Sedang fizikal masih rancak menari...

Melihatkan perjalanan hidup orang lain pasti akan menerbitkan suatu rasa.....bertuahnya dia menjadi begitu. Itu normal dan sepatutnya menjadi motivasi diri untuk jadi lebih baik dalam laluan sendiri.
Melihat kepada kecenderungan, yang kita ada...mungkin dia tak ada....tapi kelebihan yang dia ada sanagt berlebih. Tapi itu satu...yang aku baru lihat diantara ramai. Itu baru boleh digelar ikon.







Friday, 28 April 2017

BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.

Sinaran mentari yang datang dan pergi membawa seribu rahmat.
Takkala ia muncul...memberikan cahaya untuk kehidupan. Memulakan
langkah kehidupan yang terhenti.....sehinggalah ia menghilang untuk 
mematikan seketika langkah kehidupan ini sebelum ia muncul kembali.


Monday, 3 April 2017

BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.

......Kerana pejuang yang terbaik bukan yang tidak pernah menyerah. Tetapi yang mengetahui bila waktunya berjuang dan bila waktunya berhenti memperjuangkan.
Bukan bererti menyerah tetapi beberapa hal yang tidak ditakdirkan, tidak akan menemukan jalan
walau bagaimana pun caramu untuk mendapatkannya.....

Thursday, 30 March 2017

BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.

Hidup manusia penuh dengan rahsia. Hanya sebahagian kecil rahsia kehidupan ini yang kita ketahui.
Selebihnya hanya Allah yang tahu. Ada beberapa perkara yang tidak kita ketahui dalam perjalanan hidup ini iaitu jodoh, rezeki dan ajal.

Inilah yang sering menjadi kejutan, Allah sentiasa menguji kita sebelum memberi hadiah yang terbaik. Ada orang yang terlalu rapi perancangannya sehingga dia yakin dan meletakkan pengharapan paling tinggi kepada semua impian dan bertekad merealisasi semua cita-cita yang tersimpan di dalam sanubari....

Puas berusaha tetapi tidak berjaya. Sehingga berasa kecewa dan hampir putus asa. Namun Allah tidak pernah kejam kepada hambanya, kejutan diberikan. Di sebalik musibah dan dugaan tersebut hamba ini dilorongkan ke jalan lebih baik.

Perancangan Allah jauh lebih cemerlang dari cita-cita asalnya. Saat ini diri terasa begitu kerdil. Baru kita sedar, akal yang diberikan begitu dangkal sehingga kita menjadi buta melihat sesuatu lebih indah yang Allah mahu berikan kepada kita.

Dan inilah namanya manusia, kesilapan sentiasa menjadi teman yang mengajar kita erti sebuah kehidupan.....



Wednesday, 18 January 2017

PENYESALAN



Ada dua penyesalan yang biasanya kita rasakan.

1. Penyesalan kerana tidak melakukan sesuatu yang seharusnya dilakukan.
2. Penyesalan kerana melakukan sesuatu yang seharusnya tidak dilakukan.

Tapi...bahkan penyesalan itu sendiri pun seharusnya tidak perlu kita rasakan.
Apa yang kita lakukan, semua kita yang memilih, kita yang memutuskan.
Maka disetiap penyesalan pun pasti ada pembelajaran.

Dan ketika kita memulakan pembelajaran itu, disaat itu pula kita akan menyesal bahawa kita pernah menyesal...



~wondertika.



Sunday, 27 November 2016

BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.

Terlalu banyak rahsia hidup yang tidak kita ketahui.
Kita memang boleh berhitung tentang apa saja, KECUALI
TAKDIR.

Suka duka hidup tidak dapat kita teka, semua berjalan
mengikut takdir-Nya.

Oleh kerana itu persembahkan amal terbaik, seperti sabda
Rasulullah,
                      "Beramallah...semua akan dimudahkan menjalani
                        takdirnya."

Semoga Allah mengurniakan taufik dan takdir terindah dalam
hidup kita....aamiin.





Thursday, 24 November 2016

BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.

Apabila dirimu meminati seseorang, bermohonlah kepada Allah s.w.t. agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan. Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akn membuat kamu terluka.

Apabila hati dipersenda, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa. Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya...dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu mendapat hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik daripadanya.



Wednesday, 16 November 2016

BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.

Kadang kala kita lupa, kita ini hamba. Kita tak boleh kawal semua.
Urusan Tuhan biar Tuhan uruskan. Soal hati dan masa depan misalnya.
Urusan kita adalah doa, tawakal dan usaha tanpa putus asa.
Percaya dan yakinlah dengan-Nya...


Friday, 28 October 2016

BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.

Rasa- satu kata sederhana yang selalu menanti di perjalanan setiap orang. Yang berhasil membuat setiap makhluk Tuhan terumbang ambing dalam keresahan. Jatuh terkilir kerana ketidakpastian.
Sakit hati kerana perpisahan. Retak hati kerana lelahnya pernantian.
Ternyata titik akhirnya tak sesuai harapan.

Tapi...
Sebahagian daripada mereka bahagia. Iaitu mereka yang tidak pernah goyah berlelah-lalah menunggu
yang telah pasti ditakdirkan Tuhan untuknya. Rasa yang telah lama terpendam akhirnya berlabuh pada tempat yang semestinya. Dalam ikatan yang direstui kedua orang tua.

Dalam jalinan cinta yang menyatukan tak sekadar dua jiwa, tapi dua buah keluarga. Maka berbahagia
lah untuk mereka....
selamat berbahagia.


- catatan sederhana.


Thursday, 1 September 2016

BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.

Bukankah ketenangan itu hadirnya dari Tuhan.
Dalam sujudku penuh sendu.
Hanya DIA  aku mohon.
Dibukakan jalan untukku temu keredhaan.

Aku sentiasa merasakan kehidupan yang Tuhan aturkan, disetiap bahagiannya adalah  sentiasa yang terindah.
Dalam sepi aku menadah, ternyata Tuhan mengabulkan semuanya, namun penantian yang mungkin rasa sukar diclah-celahnya takala terasa getirnya hidup ini.
Namun, tersingkap hikmah disebaliknya...
Tuhan sentiasa merencanakan suatu yang baik untuk hamba-hamba-NYA....Tuhan merencanakannya tepat pada waktu yang tepat.
dan ternyata apa yang aku nantikan telah tiba dan aku harus pergi....





Wednesday, 31 August 2016

SALAM KEMERDEKAAN

Alhamdulillah.

Di bawah nauganmu,
Kami  semua bersatu.


Jalur Gemilang.








Sunday, 21 August 2016

BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.

Kadang-kadang dalam keramaian,
kita impikan kesunyian. Rasa nak  lari dari ramai orang.....dan terus bersendiri jauh dari orang lain.
Sepi itu kadang-kadang akan dirindui.
Tapi adat hidup.....manusia memang tak pernah bersyukur dengan apa yang ia kecapi.
Dan kita manusia nii....dilahirkan dengan emosi yang penuh mendalam....

Harap esok matahari datang dan peluk aku,
Harap bulan senyum lihat aku yang baru.
Aku terima saja.....perubahan adalah satu perjalanan diantara penerimaan dan kebencian.
Bila mahu berubah tutupkan telinga pada mentaliti kolot itu.....Terima atau tidak itu tetap aku.

Tuesday, 9 August 2016

BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.

Hidup ini mudah bila kita tahu dan sedar, yang ada hanya Dia Tuhan Yang Maha pengasih. Yang realiti hanya kasih sayang-Nya. Ketakutan, kerisauan dan kekecewaan hanyalah bayang-bayang dan ilusi yang tidak nyata....

Ketika kita sedar bahawa yang ada hanya kasih sayang- Nya yang tidak berhingga, apakah masih ada ketakutan?
Mana mungkin Dia yang penuh dengan kasih sayang yang berlimpah akan menyakiti dan mengecewakan kita.
Mana mungkin Dia yang penuh dengan kebijakanaan dan keadilan akan membuat silap dan menganiaya kita....

Hanya kita yang penuh dengan tidak ketahuan dan kealpaan yang sering tidak nampak dan melebel sesuatu yang ditentukan sebagai buruk dan derita...Ketika kita izinkan diri kita untuk diam sebentar dan fokus pada sisi berkah kehidupan....pasti hati akan merasakan semua sudah sempurna..apa ada-Nya...

Terimakasih Ya Allah atas kemuliaan dan kesempatan ini....



Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...