Ramadhan bakal beransur pergi
Syawal menjelma di Aidil Fitri
Seikhlas hati menyusun jari
Memohon dimaafkan kesilapan diri.
Taqabbalallahu minna wa minkum Wa ja'alana minal 'aidin wal faizin.
Semoga Allah menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapatkan kemenangan.
Hiasilah malam raya ini dengan takbir, tahmid dan selawat atas jujungan.
Hidupkanlah malam dengan beribadah dan berdoa.
Dalam hadis ada dinyatakan bahawa:
'Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, necaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hatinya.' (Riwayat Imam at-Thabrani dari Ubadah r.a)
Menurut pendapat ulama, yang dimaksudkan mati hati ialah:
Pertama terbelenggunya hati dengan kecintaan terhadap dunia yang memutuskannya darupada melakukan amalan kebaikan dan kewajiban agama.
Kedua menjadi kafir.
Ketiga ketakutan hari kiamat.
Dalam hadis ini juga dinyatakan bahawa, diriwayatkan dari Sayyidina Ibnu' Umar ra.
Beliau berkata:
"Lima malam yang tidak ditolak padanya akan doa: malam Jumaat, awal malam Rejab, malam Nisfu Sya'ban dan dua malam raya (Aidil fitri dan Aidul Adha).
(Dikeluarkan oleh Abdurrazzaq di dalam Mushannaf dan juga al-Baihaqi di dalam Syua'b al-Iman-mauquf)
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.