Umur ialah anugerah Allah swt kepada kita. Ia hanyalah merupakan bekas yang boleh diisi sama ada dengan pahala ataupun dosa. Orang yang beriman akan sangat bimbang mengisi bekas umur ini dengan dosa kerana takut kesannya pada hidup.
Sebagaimana orang kita kalau ingin meracun lalang, Dibancuh racun di dalam baldi. Baldi itu sebelum diguna semula untuk tujuan lain akan dibasuh sebersih-bersihnya. Kerana bimbang kesan buruk racun jika tidak dibersihkan.
Maka sebagaimana kita membasuh baldi yang berisi racun bimbang kesan buruknya, demikian bekas umur kita wajib dibasuh dengan amalan soleh jika pernah diisi dengan dosa....
~Almahrum Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat~
Jika Allah ingin memenangkan agama -Nya, nescaya teramatlah mudah....tetapi mengapa dakwah banyak dan panjang sekali melalui jalan berliku? Tidak lain tidak bukan, ia adalah untuk mengangkat darjat para pendakwah dan pejuang agama-Nya, samada berakhir dengan menemui kemenangan atau pun tidak. Rasul-rasul sebelum kita sudah melaluinya, maka kita juga harus memlaluinya.
Muhammad saw bukan orang berharta. Tapi ada benda yang menjadi kelebihan pada nabi saw.
Ianya lebih berharga berbanding dengan harta. Benda itu adalah akhlak. Melalui akhlak nabilah, maka ramai yang tertarik dengan Islam.
Perbezaan yang paling besar diantara manusia dengan makhluk yang lain adalah ilmu. Manuisa diberikan kebolehan untuk diajar dan mengajar. Binatang ternakan contohnya, boleh diajar untuk mematuhi perintah tuannya.Tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada binatang yang lain. Berbeza dengan manusia, sedikit ilmu yang diperolehinya mampu dikembangkan dengan lebih meluas.