Saturday, 10 June 2017

SEDIH DAN GEMBIRA



Kegembiraan dan kesedihan tidak akan terlepas daripada kehidupan manusia.
Ada masanya kita ketawa keriangan apabila mendapat sesuatu yang
menggembirakan, dan tidak disangka-sangka dalam ssst gembira itu mungkin
ada saja sesuatu yang menyebabkan kita bersedih, lalu menangis teresak-esak.

Kita gembira dan bersedih kerana sesuatu. Kadang-kadang kesedihan kita kerana dihimpit
kesusahan dan penderitaan, boleh jadi kerana kehilangan sesuatu. Atau tanpa
sebab yang jelas, kita sendiri tidak mengerti mengapa kita bersedih. Bahkan begitu juga
kegembiraan, mungkin mendapat sesuatu yang berharga, atau terlepas dari mendapat
dugaan yang berat, dan ada juga orang tidak tahu mengapa dia merasa gembira.


Ada pula kegembiraan yang mengharukan. Seperti seseorang mendapat sesuatu kejayaan.
sehingga dari saat gembira, dia pun menangis tersedu-sedu....pelik sungguh
perasaan sedih dan gembira ini.

Sesungguhnya yang mengatur itu semua adalah Allah swt. Dia yang berkuasa memberikan
kegembiraan dan kesedihan ke dalam hati manusia. Firmannya:

"Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menitiskan air mata."
(an Najm : 43)


Lantaran itu kita sentiasa diingatkan agar tidak terlalu gembira apabila mendapat sesuatu
yang meyenangkan hati, malah mesti melahirkan rasa syukur kepada Allah swt.
Begitu juga jangan terlalu bersedih jika datang sesuatu yang mendukakan hati. melainkan
dapat menguasai diri dengan bersabar. Kegembiraan dan kesedihan yang sukar
dijangka, kerap kali kita terlupa bahawa di dalam kedukaan dan kegembiraan yang 
datang itu terletak rahsia kehidupan yang tidak dapat kita selak maknanya, melainkan setelah
kita menempuhinya terlebih dahulu.







Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...