Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Saturday, 14 October 2017

PERSAHABATAN


Di sini aku memahami, bahawa persahabatan adalah mekanisme keterkaitan kaitan dua arah. ketika satu mengingatkan, lainnya pun mengingatkan kembali, itulah indahnya.

Kerana setiap orang perlu untuk ingatkan

Bahkan yang terlihat paling bijak sekalipun

Kerana setiap orang perlu untuk dikuatkan

Bahkan yang terlihat paling tegar sekalipun

Sebagaimana Allah memberikan Harun untuk Musa...


Saturday, 2 September 2017

SAHABATKU



Sahabatku

Ku tinggalkan kaktus ini khusus untukmu

Dengan pesanan....

Ia mudah hidup

Biarpunberhari-hari kau biarkan tuntas

Ia tetap akan besar dan bercambah

Kerana ia belajar bernafas dari gersang tanah

Asal setiap kali kau melintasi lemparkan senyumanmu di sini

Tahulah aku, kau sayang padanya

Ku hadaihkan kaktus yang masih kecil ini padamu

Peliharalah dengan kemanjaan dan perhatian

Berilah ia pasu baru bila waktu

Ia akan remaja dan dewasa

Tajam durinya lambang kemurnian hatimu


Sahabat

Jika kaktus itu aku

Sudikah kau tersenyum dan tukarkan pasu

Sedangkan kau tahu durinya akan melukakan jarimu

Lalu tidak lagi ku rasakan sentuhan

Yang tinggal mungkinlah perhatian

Yang menjadi baja menyuburkan ingatan



Petikan syair...Saidina Ali bin Abi Talib



Saudaramu yang sebenarnya ialah orang yang berada bersertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk manfaat dirimu. Itulah sahabatmu. Apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentisa menyatakan secara terus terang kepadamu, serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu.



Monday, 21 August 2017

BICARA SAHABAT...


Kadang kita rasa rimas dengan kawan yang tegur kita, yang nasihat kita tetapi itulah sebenarnya sahabat  kita yang benar-benar sayangkan kita.


Sebagai sahabat untuk kekal positif. menjadi contoh yang baik. Nasihat dengan baik. Hari ini hari dia mungkin esok lusa mungkin kita..


Hidup penuh mehnah dan tribulasi. Tak mampu kita nak menilai bagaimana struggle orang lain dan membanding dengan diri sendiri.


Dalam kita nak orang lain faham yang kita hanya manusia, ajar-ajarlah juga diri untuk faham yang orang lain juga manusia.


Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai niali yang indah.


Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur disakiti, diperhatikan dikecewakan, didengar diabaikan, dibantu ditolak, namun semua itu tidak pernah sengaja dilakukan
dengan tujuan kebencian.




Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang! Tapi nak luah tu, pastikan ada juga nak bernikah, Bukan luah nak cop saja..


Jika benar cinta, mestilah hendak bersama-sama ke syurga sana. Apa-apa tindakan kita ke neraka, bukan cinta namanya..


Cemburu buta selalunya  berakhir dengan kebinasaan. Sangka buruk itu lebih cenderung pada dosa. banyak percerian berlaku kerana itu juga..


Fitnah rindu boleh bertukar menjadi fitnah "Sobwah" sebab itu rindu itu elok diuruskan dengan zikrullah..


Kalau kita cintakan seseorang itu kerana Allah dan agama, Allah tak akan lenyapkan perasaan itu..









Setiap perbuatan ada akibat, buruk dan baik wujud. Tuhan Maha Menilai tidak leka, tiada yang terlepas..


Kadang-kadang jauh kita mencari tenang. tetapi sebenarnya Pemilik Tenang ialah Yang Maha Dekat dengan kita..


Allah jaga aib kita kerana kita tak buka aib orang lain...Pegang ini betul-betul. Sampai mati.



Sunday, 26 March 2017

LIHATLAH AKHLAK TEMANMU...




Sesuatu yang sangat diharapkan itu justeru akan melahirkan kegelisahan.
Betapa banyak urusan yang berkesudahan dengan kegembiraan padahal permulaannya terasa begitu menyedihkan....

Seorang teman akan dapat mempengaruhi tingkah laku dan akhlak sahabatnya. Bila kita memiliki seorang teman, pasangan hidup, rakan pejabat....yang wajahnya berseri-seri, jiwanya tenang, dan optimis dalam kehidupan, maka dia akan mempengaruhi sifat-sifat mulia itu kepada diri kita.

Sebaliknya, apabila teman kita adalah seorang yang berwajah murung, berwatak bengis, gemar mencela, selalu cemas, lagi sentiasa gundah, maka sesungguhnya dia menebarkan kuman kecemasan yang hitam kepada sahabatnya dan menularkan penyakit itu kepada kita dan sahabat-sahabat yang lain.

Pertemuan itu tidak terbatas hanya kepada manusia . Di sana terdapat teman-teman yang lain, seperti buku, program-program di dalam televisyen, siaran-siaran radio, dan lain-lain. Di dalamnya terkandung hal-hal yang berfaedah dan sebaliknya. Di dalamnya ada yang membawa kegelisahan dan ada pula yang membawa ketenangan.

Maka apabila seseorang diberi taufiq untuk memilih buku-buku yang mendatangkan sikap optimis dan kesenangan dalam hidup, khususnya semangat perjuangan, kejayaan dan keyakinan diri, maka ia akan membuka banyak kebaikan baginya dan pintu-pintu pun akan meniupkan angin kejayaan dan kebahagiaan.

Namun apabila seseorang salah dalam memilih bahan bacaannya sehingga ia membaca buku-buku yang dapat menimbulkan kecemasan, menanamkan keraguan terhadap norma-norma kebaikan, memunculkan rasa tidak percaya kepada orang lain, dan menumbuhkan sikap tidak acuh terhadap kehidupan dan juga terhadap orang lain.

Maka sesungguhnya orang yang bersangkutan akan terpengaruh olehnya bagaikan kulit sihat dijangkiti oleh penyakit kurap. Adakalanya pula sikap tersebut akan mencemari kehidupannya hingga membuatnya menjadi keruh...






Jalan kebahagiaan ada di depanmu, carilah ia dalam
lautan ilmu , amal soleh dan akhlak
yang mulia. Bersikaplah objektif dalam setiap hal 
nescaya dirimu akan bahagia....


~sumber dari buku Jangan Bersedih
Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni~

Wednesday, 22 March 2017

BERLAWAN ARAH



Suatu ketika saat kamu sedang memiliki perasaan kepada seseorang, tiba-tiba muncul orang lain yang memiliki niat terbaik dalam hidupnya untukmu. Apakah kamu berani melawan arah perasaanmu?

Suatu ketika, impianmu runtuh satu persatu bukan kerana kamu tidak berjuang mewujudkan. Tapi orang tuamu tidak setuju dengan segala hal yang kamu utarakan, mereka berharap besar terhadapmu.
Apakah kamu berani melawan arah impianmu?

Di tengah jalan, kita akan dihadapkan pada hal-hal yang menggelisahkan itu. Kerana rumusnya adalah, perasaan tidak selalu sama dengan kenyataan. Dan Tuhan itu menghadirkan kenyataan-kenyataan untuk membuat kita mengerti bahawa menjalani hidup itu tidak sama dengan angan-angan.

Kita belajar berkali-kali tentang yang terbaik itu selalu Allah yang Maha Mengetahui. Hanya saja, ilmu kita tentang itu tidak pernah sampai dalam setiap langkah kita.
Kita semacam merasa paling tahu yang terbaik untuk diri kita sendiri padahal sebenarnya kita tidak tahu apa-apa.

Kekecewaan itu lahir dari ketidakmengertian kita tentang keikhlasan...


~ kurniawan gunadi.


Tuesday, 11 October 2016

SEDARILAH..



Sedarilah sifat-sifatmu
nescaya Allah akan membantumu dengan sifat-sifatNya.
Akuilah kehinaanmu.
nescaya Allah akan membantumu dengan kemuliaanNya.
Akiulah ketidak berdayaanmu.
nescaya Allah membantumu dengan kekuasaanNya.
Akuilah kelemahanmu.
nescaya Allah akan membantumu dengan kekuasaanNya.


Syeikh Ibn Atha'illah as-Sakandari,
kitab Al - Hikam.



Teruskanlah berbuat baik, berkata baik, memberi nasihat yang baik,
walaupun tidak ramai orang mengenalimu, cukuplah Allah mengenalimu
lebih daripada yang lain. Jadilah seperti jantung yang tidak terlihat
tetapi terus berdenyut setiap saat hingga membuat kita terus hidup
menjelang akhir hayat.

Al-Faqir ila Rabbi.



Thursday, 22 September 2016

SAHABAT



Sahabatku...

Ku tinggalkan kaktus ini khusus untukmu

Dengan pesanan...

Ia mudah hidup

Biarpun berhari-hari kau biarkan tuntas

Ia tetap akan besar dan bercambah

Kerana ia belajar bernafas dari gersang tanah

Asalkan setiap kali kau melintasi lemparkan senyumanmu disini

Tahulah aku, kau sayang padanya

Ku hadiahkan kaktus yang masih kecil ini kepadamu

Peliharalah dengan kemanjaan dan perhatian

Berilah ia pasu baru bila waktu

Ia akan remaja dan dewasa

Tajam durinya lambang kemurnian hatimu

Sahabat...

Jika kaktus itu aku

Sudikah kau tersenyum dan tukarkan pasu

Sedangkan kau tahu durinya akan melukakan jarimu

Lalu tidak lagi ku rasakan sentuhan

Yang tinggal mungkinlah perhatian

Yang menjadi baja menyuburkan ingatan

Petikan syair Saidina Ali bin Abi Talib

“Saudaramu yang sebenar ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk manfaat dirimu. Itulah sahabatmu, apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa menyatakan secara terus-terang kepadamu, serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu.”








Monday, 8 August 2016

HARGAILAH YANG ADA SEBELUM IA PERGI....




Hargailah yang ada sebelum ia pergi, memang pergi itu pasti setelah adanya, jangan sampai sesal tersisa.
Jangan sampai amarah menjadi bibit penyesalan, sebab gengsi kita buang waktu yang terbatas dan sedikit ada...

Cinta punya banyak ujian, misalnya kesabaran, menerima kekurangan dan kemampuan memaafkan lapang dada.
Kerana kita cenderung mengungkit, menyalahkan, bangga merasa benar dan senang akan kesalahan orang...

Tapi ketahuilah, bahawa kita ini terbatas oleh waktu, bila sudah tiba waktunya berpisah yang tersisa kepedihan.
Maka manfaatkan semua yang kita miliki, untuk mencipta momen-momen yang akan dikenang indah dan mesra...

Dan kita tahu, momen-momen indah kita itu saat kita bersama yang kita cintai, dalam taat dan dalm taqwa.
Cintai secara utuh pasanganmu kerana Allah, ajak senantiasa dalam ketaatan, tulislah kisah nan indah...



Friday, 22 July 2016

DON'T BE THAT FRIEND




Don't Be That Friend


*****

Kepada sesiapa yang menghargai kawan, yang menyayangi kawan, yang mempunyai kawan,
mengetahui apa tu kawan, dan yang pernah terdengar perkataan 'Kawan'


A brother once told me..



Yang hanya berkawan untuk bersuka-suka, gelak ketawa
tetapi tidak menyimpati kita apabila masalah melanda
Yang hanya berkawan untuk kemudahan
tetapi tidak pernah memberi kepada si kawan



Yang selalu melafazkan

A'udzubillahiminisyaitonirrojim
(Aku Berlindung dengan Allah dari Syaitan yang terkutuk)

Tetapi Dia sendiri menjadi Syaitan kepada kawannya.
Yang menghalang kawannya dari berbuat kebaikan
yang menghilangkan dari hati kawan kemanisan iman






Apa itu kawan?
yang bersama bergelak ketawa didunia,
dan bersama menangis menyesal di Neraka?





Supaya kelibat Kita mendorong si Kawan kearahNya.
Dan mendorongnya membuat kebaikan
Dan menanan Syurga sebagai sasaran







Supaya kelibat Kita menghalang si kawan
dari membuat kemungkaran
Dan menjadikannya tidak ingin dalam kejahilan
Dan neraka menjadi kebencian.








Supaya Kawan Kita boleh berkata
"Rupanya tidak mustahil untuk hidup,
sebagaimana Rasulullah dan para Sahabat."

BE A TRUE FRIEND
BE A TRUE MUSLIM

"Teman-teman karib pada Hari itu (akhirat) saling bermusuhan satu sama lain,
Kecuali mereka yang bertaqwa"
(Az-Zukhruf : 67)





 by m-muhsin




Sunday, 17 July 2016

SAHABAT...




Beberapa hari selepas kewafatan Rasulullah, para Sahabat berkumpul di hadapan rumah Sayidina Abu Bakar As Siddiq. Mereka ingin mendengar kata-kata penyejuk hati dan pengubat duka yang menimpa.

Sayidina Abu Bakar masih berada di dalam rumah. Dadanya terasa sebak. Sedang hatinya masih dilanda kerunsingan dan kesedihan. Ingatan kepada Rasulullah tak pernah putus.

Sayidina Abu Bakar cuba duduk untuk menenteramkan hatinya. Ia terkenang kembali saat-saat indah yang dilaluinya semasa Hijrah bersama Rasulullah. Dan peristiwa semasa bersembunyi di Gua Tsur adalah kenangan yang tak akan dilupakannya.

Sebelum masuk ke gua yang gelap dan sempit itu, ia terlebih dahulu memeriksa semak dan belukar agar tidak ada binatang berbisa yang mengancam keselamatan Rasulullah. Semua lubang disumbatnya dengan sobekan serban dan gamisnya. Barulah kemudian Rasulullah dipersilakan masuk.

Kerana letihnya Rasulullah, baginda tertidur di pangkuan sahabatnya itu. Baginda tidur dengan lena. Nafas baginda yang berbau harum, menghembus lembut bagaikan aliran air di Wadi Jalilah. Sedang di hujung kaki baginda, masih ada satu lubang yang masih belum ditutup.

Abu Bakar merasa bimbang sekiranya lubang itu dihuni oleh binatang berbisa. Tetapi dia tidak sampai hati untuk membangunkan Rasulullah. Perlahan-perlahan Abu Bakar menggerakkan kakinya untuk menutup lubang tersebut.

Ternyata apa yang dibimbanginya adalah benar. Lubang tersebut dihuni oleh binatang berbisa. Sebuah gigitan yang cepat dan memedihkan melukai tapak kakinya. Gigitan itu makin lama makin pedih. Dan sampai ke paras mata kaki, ia kelihatan biru dan bengkak.

Abu Bakar amat kesakitan. Begitu pedihnya sehingga dia terpaksa mengetap bibirnya. Lalu...beberapa titis air matanya jatuh di pipi Rasulullah. Dan Rasulullah terjaga. Baginda amat terperanjat melihat wajah Abu Bakar.

"Engkau menangis, sahabatku? Kenapa wajahmu pucat?" tanya Rasulullah sambil bangkit dari pembaringan.
Abu Bakar masih diam. Dia tidak sampai hati untuk menceritakan apa yang menimpa. Dia bimbang Rasulullah akan susah hati di tengah-tengah perjalanan yang sememangnya penuh kesusahan. Tetapi Rasulullah memahami peristiwa yang sedang berlaku.

"Engkau digigit haiwan berbisa, sahabatku?"
Abu Bakar mengangguk perlahan.

"Di bahagian mana?" tanya baginda dengan tatapan mata penuh simpati."Di bahagian kaki kiri," jawab Abu Bakar sambil menahan sakit.

Mendadak dada Abu Bakar jadi gemuruh. Bukan oleh kesakitan yang semakin merebak. Tetapi oleh tindakan Rasulullah yang tidak pernah disangka-sangkanya. Nabi yang agung itu mengangkat kaki kiri Abu Bakar, lalu menempelkan mulutnya pada bekas sengatan itu. Kemudian menghisapnya berulang kali, mengeluarkan darah yang terkena racun sampai bersih.

Dan sungguh...betapa agungnya peribadi itu. Rasul yang mampu memberikan kasih sayang sejati di mana mana, bila-bila masa serta dalam bentuk apa sahaja. Rasul yang bersedia susah dan hidup miskin agar umatnya terbebas dari kemelaratan. Rasul yang rela beribadah sampai kakinya bengkak-bengkak, demi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan umatnya. Dan tidak ada siapa menginginkan peribadi mulia itu pergi untuk selama-lamanya.

Lamunan Abu Bakar dikejutkan oleh panggilan beberapa orang Sahabat. Abu Bakar melangkah dengan perlahan, mendapatkan para Sahabat yang telah sedia berkumpul di luar rumah.

"Saudara-saudaraku...jika engkau kehilangan, aku lebih kehilangan. Jika engkau berduka, aku lebih berduka,"
ujar Abu Bakar berdiri dengan tenang di hadapan para Sahabat.

"Namun kita tidak boleh menyerah kepada musibah. Sebab betapa pun kita cuba mengelak, tetapi setiap ketentuan Ilahi pasti terjadi. Bukankah Rasulullah yang sama-sama kita cintai pernah bersabda bahawa kita di dunia ini hanyalah ibarat musafir yang singgah sekejap dalam perjalanan panjang yang amat jauh.

Jadi, bukan di sini untuk kita menjalin pertemuan hakiki. Tetapi...nun di Akhirat sana, tempat yang semua kita akan tuju. Di sanalah pertemuan abadi akan kita nikmati dengan Rasulullah yang kita cintai," ucap Abu Bakar lagi.
"Betulkah kita boleh berkumpul semula dengan Rasulullah?" keluh seorang Sahabat.

Pasti...pasti kita akan menemui baginda semula selagi kita sama-sama menempuh jalan yang telah ditempuhi baginda," tegas Sayidina Abu Bakar memberikan keyakinan.


Di atas kecintaan dan keyakinan itulah perjuangan Rasulullah disambung oleh para Sahabat, sehinggalah Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia. Dan kini....kecintaan dan keyakinan itu perlu disemai dan dimiliki semula, demi tertegaknya syiar Islam yang agung.
Kesedihan dan kesusahan itu teman Rasulullah..Moga dikau tabah dalam sunnahnya.. Takdir ALLAH begitu lembut buatmu..
Juga teladan buatku..

'kalau setiap saat kau ingat ALLAH, dan saat itu juga daku teringatkan ALLAH, bermakna kita menjadi satu kerana menyintaiNya yang satu, di situlah selayaknya hati kita bertemu.. '
Doa yang berpanjangan buat dirimu..




Tuesday, 14 June 2016

SIAPAKAH SAHABAT SEBENARMU ?


                    


                          



Pada zaman Rasulullah .....ada dua orang sahabat baik yang bekerja sebagai pengembala kambing. Pada suatu hari sahabatnya yang pertama bertanya kepada sahabatnya yang kedua...

"Apakah benar engkau sahabatku yang sebenar-benar sahabat? Maka sahabat yang kedua menjawab
"Bukankah kita telah bersama semenjak masa kecil....dan membesar bersama-sama? Aku tidak pernah mengkhianati dirimu .....apa lagi yang mampu aku jadikan bukti bahawa aku benar-benar sahabatmu?

Sahabat yang pertama tadi membentak " Sesungguhnya kamulah manusia paling pendusta"
Sahabatnya yang kedua tadi kehairanan dan bertanya apakah kesalahannya  sehingga sahabatnya itu
melayannya seperti itu.


Sahabat yang pertama tadi menjawab, "Pulanglah kau ke rumah, carilah jawapannya, dan esok datanglah kau berjumpa aku."

Sehari-harian, sahabat kedua tadi mencari punca dia dimarahi oleh sahabatnya. Sedangkan sahabatnya itu tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini....keesokan harinya...pergilah dia bertemu dengan sahabatnya itu.

"Wahai sahabat, puas sudah aku mencari jawapan untuk soalanmu...tetapi tidak juga  kutemui ..."
katanya sambil menangis. "Katakanlah wahai sahabat....apa kesalahanku?
Sahabat yang pertama merenung wajah sahabat kedua.

"Pernahkah kau mengingatkan aku supaya mengucapkan dua kalimah syahadah, atau berselawat
keatas junjungan ketika kita berehat dari lelah bekerja dan bersembang kosong? Sahabatnya menggeleng.

"Pernahkah kau mengingatkan aku supaya segera solat dan kebaikan segera bersolat setiap kali azan dikumandangkan?"

Sahabatnya menggelengkan kepala.

"Pernahkan kau menasihatkan aku supaya berpuasa setiap hari pada bulan ramadhan?"

Sahabatnya menggeleng lagi.

"Pernah juga kah kau mengingatkan aku mengenai tanggung jawab ku supaya berzakat?"

Sahabatnya menggeleng lagi seraya menangis. Namun sahabat pertamanya tadi meneruskan soalannya.

Dan soalanku yang terakhir....pernahkah kau mengajak aku menunaikan haji setiap kali kita dikurniakan lebihan rezeki?"

Sahabat kedua mendiamkan diri sambil menangis teresak-esak.
"Tidak pernah bukan?" Maka tidak layaklah engkau bergelar sahabat padaku.Engkau tidak pernah membantu aku melarikan diri dari neraka jahanam.Pergilah kau....mulai hari ini kita bukan lagi sahabat.


Melalui kisah di atas, sama-samalah kita renungi kembali diri kita.Adakah kita layak digelar sebagai seorang sahabat walaupun mempunyai akidah yang sama? Walaupun kita sentiasa bersama-sama?
Walaupun kita katakan kita faham segala sikap dan tingkah laku sahabat kita?

Oleh itu saya menyeru diri saya dan semua sahabat-sahabat, jadilah sahabat yang dapat membimbing
sahabat kita ke jalan yang diredhai-Nya. Dan pilihlah sahabat yang dapat membawa kita ke syurga-Nya.






Wednesday, 18 May 2016

Sahabat

     Bagaikan Mentari menyinari hari-hari....                                                



Sahabat yang baik bila dipandangnya wajahnya, membawa
mengingati ALLAH .....mendengarkan katanya
menambahkan ilmu ....terlihat gerak gerinya meninggikan
rasa takut kepada ALLAH .....berkawan dengannya
berjuang ke jalan Allah SWT.....


Hargailah sebuah persahabatan. Sayangilah bila bersama. Maafkanlah bila bersalah.
Rinduilah bila berjauhan. Fahamilah bila keliru. Nasihatilah
bila khilaf....

Bagaikan pelangi yang selalu memberi warna....
                                                                       

Antara perkara yang mudah disambung dan juga mudah terputus adalah silaturrahim...
Rasulullah s.a.w. bersabda......
"Barangsiapa yang suka agar diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya
maka hendaklah ia menjalinkan hubungan tali silaturrahim...


Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...