Showing posts with label Mutiara Kata. Show all posts
Showing posts with label Mutiara Kata. Show all posts

Friday, 10 August 2018

MUTIARA KATA

                                      


























Friday, 19 January 2018

MUTIARA KATA USTAZ PAHROL MOHAMAD JUOI



Bagaimana kita boleh berbangga sedangkan apa yang kita miliki hanyalah pinjaman semata. Semuanya milik Allah. 

Semua rezeki yang kita dapat, datang dari Allah. Kita berusaha dengan kudrat yang dipinjamkan Allah. Jadi, orang yang berbangga sebenarnya alpa bahawa dia hanyalah hamba Allah.

Hidup ini dicipta Allah, begitulah segala yang ada di dalamnya. Tidak ada satu pun milik kita.

Malulah sekiranya kita berani mendabik dada, bahawa semua kelebihan yang ada pada diri kita, datang daripada diri kita sendiri.

Sungguh, tidak malunya kita kepada Allah. Mengaku memiliki sesuatu yang bukan pun milik kita. Jika ada yang memuji, pujian itu sebenarnya bukan untuk kita tapi untuk Allah.

Awaslah, kalau kita disanjung dan dipuja, jika kita merasakan kita layak menerima semua itu, kita sebenarnya sedang layak menerima kehinaan.




Penyakit orang sombong ialah sukar mendengar. Sedangkan mendengar itu tugas cinta yang pertama. Justeru, orang sombong akan gagal dalam bercinta....samada bercinta dengan Allah mahupun dengan manusia!


Kalau tidak dapat apa yang kita suka, kita perlu paksa diri untuk suka apa yang kita dapat. Kita bukan tuan, lebih-lebih lagi  kita bukan Tuhan.

Apa yang kita tidak minta, jangka dan suka akan sentiasa datang dalam kehidupan. Belajar 'menerima' sama penting dengan belajar 'melepaskan'...

Hati umpama tangan, jangan terlalu menggenggam [kedekut] dan jangan terlalu terbuka[boros].

Ingat itu wahai diri, akan kau tidak sentiasa 'berperang' dengan diri sendiri, manusia, alam dan Tuhan!



Penasyid adalah pendakwah...yang diadili oleh Allah, Rasul dan orang mukmin pada amalan serta akhlaknya bukan hanya pada alunan nashidnya.

Dan katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada [Allah] Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan [At-Taubah:105]

Masih tidak yakin?
Sedangkan Tuhan telah menegaskan sehingga dua kali....
"Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." [Surah al-Insyirah: 5-6]


"Ketika sudah lelah mencari pintu kebaikan tetapi tidak bersua jua...sudahlah, tidak ada rezeki lagi di situ. Yakinlah bahawa Allah sedang membuka pintu yang lebih baik untukmu."



Hanya Allah.




Sunday, 26 November 2017

MUTIARA KATA



Doa itu yang menghubungkan kamu dengan pemilik hatimu.




Carilah kawan yang kamu tenang melihatnya.




Jika rasa tengah jatuh, ambil masa kau untuk bangkit semula. Perlahan-lahan
pun tak apa, asalkan kau lebih baik dari hari sebelumnya.



Kau terlampau sayang, terlampau asyik memikirkan dia, sehingga kau
tidak sedar kau banyak lebihkan dia daripada kehidupan
kau sendiri.



Diantara beribu cinta yang bertaburan, cinta terhadap Allah dan rasul adalah
paling utama kerana membawa kepada ketakwaan.



Bersemangatlah dengan senyuman indahmu.


Waktu telah menyenja meninggalkan jejak kita, esok kita akan kembali semula
menyelak cerita lama yang suka dan duka.



Menyimpan cinta dalam diam itu bukan kesalahan. Cuma kau perlu
bersedia bahawa suatu saat nanti kau terpaksa kehilangan dia.


Ya, Allah aku mohon jagakan mulutku, bahasaku daripada mengeluarkan perkataan
yang boleh menyakiti hati orang lain.



Jangan biarkan nafsu mengawal pemikiran dan hati.



Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan.






Kesihatan ini rezeki. Waktu kurang sihat itulah kita banyak  berfikir.
 Perlu muhasabah diri, perbaiki hubungan kita dengan Tuhan serta insan.





Jangan terlalu sibuk mengurus dunia hingga terlupa hidup punya
batas waktu.












Friday, 10 November 2017

MUTIARA KATA



"Terbaik di mata belum tentu baik di hati..."

Kerdas dimakan bibir pun letih
Harumnya tauhu santan diguna
Sekilas ikan di air jernih
Belum kutahu jantan betina

Balam ketitir disangkar hampir
Termakan sela mati disarang
Dalam air sukar ditafsir
Inikan pulak hatinya orang...



"Tiada yang lebih berharga dari masih diberikan peluang untuk bernafas dan masih boleh lagi mengecapi kenikmatan kehidupan ini. Dan jangan lupa....kenikmatan yang kita perolehi ini adalah kerana...Allah masih memberi peluang untuk kita bertaubat. Menjadikan diri kita lebih baik dari sebelumnya....Jadi jangan persia-siakan peluang yang diberikan...."



"Setiap restu dan doa orang tua seperti terjunam air dari puncak gunung yang terus mengalir ke muara sungai, lalu menerbitkan kedinginan dan keredupan yang tidak ada tandingannya...."




Bila suka jangan terlalu suka
Bila benci usah terlalu benci
Selalulah untuk berada di tengah-tengah
Kerana selama tiada ikatan halal yang termeterai, dia bukan sesiapa lagi
untuk dicintai sepenuh rasa
Genggam kemas hati itu baik-baik
Usah mudah lemah
Bina semangat yang kental





"Rambut sama hitam, hati lain-lain. Berhati-hati wahai teman...."






"Ayah adalah insan yang teristimewa di dunia, kerana dari keringatnya ia memberi tapak untuk melangkah....."






"Baca Quran setiap hari walau hanya seayat. Jaga hubungan kita dengan Allah...."







" Jangan mengeluh. Teruskan tersenyum dan melangkahlah dengan pasti walau besar manapun dugaanya..."






"Kenapa Allah beri kita peluang? Allah suruh kita bertaubat kepadanya...."















Dunia dan akhirat?
Keutamaannya pada akhirat.
Dunia ibarat kapal yang naikinya untuk menuju sebuah pulau
Ia itu Pulau Akhirat.
Tinggal di dunia hidup jangan bermewah bagaikan mahu kekal selamanya di dunia.
Cukuplah bekal kita untuk menuju ke pulau perhentian, akhirat sana...
Maka, carilah kebaikan untuk dipersembahkan pada tuan empunya pulau akhirat agar Dia berpuas hati.....








Tuesday, 26 September 2017

MUTIARA KATA


"Zuhud ialah tidak panjang
angan-angan dalam urusan
duniawi, bukan dengan memakan
makanan yang tidak sedap
dan bukan pula mengenakan pakaian
yang sangat sederhana."

~ Sufyan al-Thauri~




"Pengetahuan bukanlah apa
yang dihafal, tetapi apa yang
memberi faedah."

~Imam al- Syafii~




"Balaslah tamak halobamu
terhadap dunia dengan qanaah,
sebagaimana engkau membalas
musuhmu dengan qisas."


~Ibrahim al-Marastani~



"Taqwa terbahagi kepada
dua. Taqwa zahir dan taqwa
batin. Taqwa zahir adalah
dengan menjaga batas syariat,
disertakan dengan niat dan
keikhlasan."

~ Ibn Ata'illah~



"Sekiranya kamu bersahabat
dengan orang jahil yang tidak
menurut nafsunya, adalah lebih
baik kamu bersahabat dengan
orang alim tetapi menurut
nafsunya. Ilmu apa yang hendak
dikatakan ada pada seorang alim
yang masih menurut nafsunya,
dan kejahilan apa lagi yang hendak
dikatakan pada seorang yang jahil
mampu menahan nafsunya."


~Ibn Ata'illah al- Sakandari~




"Sesiapa yang memujimu,
maka ketahuilah bahawa segala
pujian itu berlaku kerana
pandainya Allah menyembunyikan
keburukanmu. Maka kembalikan
pujian itu kepada zat yang telah
menutup aibmu, bukannya kepada
yang memujimu."


~ Ibn Ata'illah al- Sakandari~



"Aku tidak mengetahui adanya
maksiat yang lebih besar dan
lebih buruk selain daripada lalai
mengingati Allah."


~Sahl Abdullah al- Tustari~




"Antara hikmah Allah
menyembunyikan urusan dan
hakikat roh adalah semata-
mata untuk mengembalikan
diri manusia kepada kesedaran
akan sifat lemahnya mereka
di hadapan Allah."


~Al-Sya'rawi~




"Orang yang tidak khusyuk samalah
seperti orang yang mengunci jendela
pada setiap malam agar tidak dimasuki
pencuri. Pada saat tangannya menolak
engsel, matanya memastikan ia
benar-benar berhasil mengunci jendelanya,
bahkan telinganya sempat pula
mendengar bunyi engsel menyelak pintu.
Namun kerana kegagalannya
untuk khusyuk, sebaik tiba di pembaringan
lantas ia bangun kembali sambil bertanya
hati sendiri: "Adakah aku telah mengunci
jendela?' Lalu, apa gunanya mata
yang melihat, tangan yang bergerak
dan telinga yang mendengar sewaktu
jendelanya dikunci?"


~Buya Hamka~


Tuesday, 5 September 2017

SEJAMBAK MAWAR



Ketahuilah bahawa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun, akan memberi kepada yang meminta dan menerima yang bertaubat.


Prihatinlah dengan orang yang lemah, kau akan bahagia. Penuhi hajat yang memerlukan, kau akan disembuhkan. Jangan bawa kebencian, kau akan dihargai.


Bersangka baiklah kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu dan syurga telah menantimu.


Bersikap optimislah dalam hidup dengan berbaik sangka kepada Allah. Nyahkanlah segala duka dengan mengingat semua nikmat yang telah dikurniakan kepadamu.



Ingatlah bahawa di dunia ini tiada kebahagiaan yang sempurna, kerana tidak seorang pun di dunia boleh mendapat semua keinginannya.


Contohilah pohon kurma: tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit dan jika dibaling dengan batu ia membalas dengan menggugurkan buahnya.


Adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput, kecemasan dapat memperbaiki kesalahan? Lantas apa guna kau bersedih ?


Jangan mengharap mendapat kesusahan atau malapetaka, tetapi berdoalah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan.


Siramilah api kenecianmu dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah berbuat salah kepadamu.

Mandi, berwuduk, memakai wangian dan bersiwak merupakan penawar yang amat berkesan bagi setiap kesusahan dan kesedihan



~Dr 'Aidh Abdullah Al Qarni.





SEMEKAR MAWAR


"Orang yang berhenti untuk menjadi yang lebih baik sebenarnya telah berhenti menjadi orang yang berjaya"

Sememangnya orang yang berhenti untuk menjadi lebih baik sebenarnya dia telah berhenti untuk menjadi seseorang yang betul-betul berjaya. Orang yang berhenti di satu tahap dalam kehidupannya bukan hanya kekal di satu tempat tetapi sebenarnya sedang ketinggalan dalam hidupnya disebabkan dunia sentiasa bergerak ke hadapan.

Oleh itu, untuk menjadi orang positif yang lebih cemerlang di masa depan hendaklah tamak dengan meningkatkan diri dari masa ke masa dengan sentiasa mempunyai matlamat yang lebih tinggi serta ilmu dan kemahiran yang lebih baik.





"Orang yang berjaya mampu mencipta kejayaan adalah disebabkan mereka mempunyai tabiat melakukan sesuatu yang orang gagal tidak suka melakukannya."

Orang yang gagal tidak suka menimba ilmu, tidak suka menimba kemahiran, tidak suka berkorban, tidak suka menggunakan masa dengan bijak dan sebagainya.

Orang yang berjaya pula suka melakukan semua ini. Mereka banyak berkorban masa, tenaga dan kewangan serta memberi tumpuan yang tinggi terhadap perkara yang diingini dalam hidup mereka. Pada mereka, ini semua mesti dijadikan amalan harian.






"Jangan harapkan mendapat mangga jika pokok yang ditanam adalah betik."

Ungkapan yang sebegini dalam masyarakat kita ada mengatakan bahawa jangan diharap hasilnya padi jika yang ditanam adalah rumput.
Sekiranya setiap hari seseorang itu tidak melakukan amalan kecemerlangan. Banyak masa dihabiskan dengan tidur, lepak dan sebagainya. Maka besar kemungkinan mereka tidak akan berjaya di masa depan.

Pekerja yang malas dan sentiasa memberi masalah kepada pihak pengurusan tidak akan berupaya mencipta kecemerlangan di tempat kerjanya. Begitu juga dengan pelajar yang malas. Mereka sentiasa mencipta alasan untuk diberikan kepada gurunya. Bagi pelajar yang sebegini janganlah terlalu mengharap meraih kejayaan dalam peperiksaan jika itu yang ditanam.

Hari ini tanamlah benih rajin, benih kesanggupan berkorban, benih usaha yang bersungguh untuk mencari jalan menyelesaikan masalah.

Dengan benih yang berkualiti, in shaa Allah akan memperolehi hasil yang berkualiti juga.






"Cubalah dulu, kita tdak akan tahu jika kita tidak mulakan.
Ikan dituba dari perahu,
Belum cuba belum tahu."


Kita tidak akan tahu sehinggalah kita mulakan sesuatu yang kita inginkan. Walaupun ungkapan ini amat mudah diucapkan tetapi sekiranya tidak diamalkan, seseorang itu tidak akan berjaya dalam hidup.

Kita tidak akan tahu kekuatan kita  yang sebenarnya. Manusia telah menawan puncak Everest yang tinggi, dalam kesejukan merentasi kutub utara dan selatan, menerokai angkasa lepas untuk mendarat di bulan.

Semua ini diketahui hasilnya setelah kita mulakan langkah pertama. Dengan ilmu, kemahiran dan usaha betul yang bersungguh dan tidak lupakan Allah, in shaa Allah kita akan berjaya.
"Ingatlah, melengahkan tindakan bermakna melengkahkan permulaan. Melengahkan permulaan bermakna melambatkan kejayaan."



Thursday, 31 August 2017

PEPATAH


Jangan biarkan kebencian dan dendam merosakkan fitrah muliamu dan merusuhkan suasana hatimu.


Kegagalan adalah cara Tuhan mengajarkan kamu tentang pantang menyerah, kesabaran, kerja keras dan percaya diri.


Jika tak mampu mensyukuri apa yang kamu miliki, maka sulit bagimu untuk bahagia. Rasa iri tak akan buatmu melangkah jauh dari hidup ini.


Seberat apa pun beban masalah yang kamu hadapi saat ini, percayalah bahawa semua itu tak pernah melebihi batas kemampuanmu.


Jika kita yakin, hal baik apa  pun yang kita inginkan akan kita dapatkan. Namun keyakinan itu harus pula disertai tindakan nyata.





Sibukkan dirimu mengingati kesalahan sendiri sebelum kamu sibuk mengingati kesalahan orang lain.


Aku belajar memberi bukan kerana aku ada lebih, tapi kerana aku faham bagaimana rasanya tidak mempunyai apa-apa.


Jika kita marah pada seseorang, jangan sampai tak nampak kebaikannya, dan jika kita suka pada seseorang jangan sampai tidak nampak kelemahannya.


Allah tetap akan menduga tahap keimanan seseorang dengan pelbagai cara. Terpulang kepada kita bagaimana untuk menghadapinya sebaik mungkin.


Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang mampu kita buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat, namun Allah menilai berdasarkan keikhlasan dan istiqamah kita pada amalan.


Buatlah apa yang Allah suka. Biarpun buruk di mata manusia, asalkan indah pada mata Pencipta.




Tuesday, 11 July 2017

CETUSAN MINDA



Orang yang terlalu sedih akan menangis kesedihan, manakala orang yang terlalu gembira juga akan menangis kegembiraan. Namun kedua-dua tangisan tiada nilai disisi Allah, melainkan tangisan kesabaran dan keredhaan bagi mereka yang diuji dengan kesedihan.  Manakala tangisan kesyukuran bagi yang diuji dengan kesenangan. Senyum.....






Sempurna manapun kamu...
Akan ada orang membencimu...
Hatta malaikat dibenci oleh syaitan...






Semua manusia mengharungi saat kedhaifan.
Hatta mawar disepoi angin dan disentuh titisan hujan.
Namun mawar tidak patah sebaliknya wangian harum dilontarkan.






Bahagiakanlah orang yang kamu kasihi...
sebelum kamu tangisi perpisahannya...






Hatta jika aku berjalan keseorangan dan semua manusia meninggalkanku...
Cukuplah Tuhan bersamaku...
Pencipta semua manusia...





Setiap kali perasaan putus asa mengetuk pintu hatimu...bukalah kitab Allah.
Dan bisikkan kepada hatimu...
Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan.
Sesungguhnya bersama  kesusahan itu ada kesenangan





Friday, 12 May 2017

KATA BIJAK UNTUK PARA IBU



Jika anak dibesarkan dalam kecaman, ia akan belajar menyalahkan.

Jika anak dibesarkan dalam permusuhan, ia akan belajar berkelahi.

Jika anak dibesarkan dalam ketakutan, ia akan menjadi penakut di masa depan.

Jika anak dibesarkan dalam belas kasihan, ia akan belajar menyesali dirinya.

Jika anak dibesarkan olok-olokan, ia akan menjadi pemalu.

Jika anak dibesarkan dalam kecemburuan, ia akan belajar iri hati.

Jika anak dibesarkan dalam aib, ia akan belajar merasa bersalah.




Jika anak dibesarkan dalam toleransi, ia akan belajar bersabar.

Jika anak dibesarkan dalam dorongan, ia akan belajar percaya diri.

Jika anak dibesarkan dalam pujian, ia akan belajar menghargai.

Jika anak dibesarkan dalam restu dan persetujuan, ia akan belajar menyukai dirinya.

Jika anak dibesarkan dalam penghargaan, ia akan belajar memiliki cita-cita.

Jika anak dibesarkan dalam suasana saling memberi, ia akan belajar murah hati.

Jika anak dibesarkan dalam kejujuran dan keadilan, ia akan belajar kebenaran dan keadilan.

Jika anak dibesarkan dalam rasa aman, ia akan belajar mempercayai orang-orang sekitar.

Jika anak dibesarkan dalam persahabatn, ia akan belajar mengetahui bahawa hidup ini menyenangkan.

Jika anak dibesarkan dalam ketenteraman, ia akan belajar memiliki fikiran yang damai.


~ustazah halimah alaydrus~


Monday, 27 March 2017

KATA-KATA HIKMAH



Ketahuilah bahawa kesusahan itu dapat membuka pendengaran
dan penglihatan, menghidupkan hati, mengawal nafsu
mengingatkan hamba kepada Tuhannya dan dapat menambah
pahala.


Jangan terpengaruh dengan perkataan yang buruk dan ungkapan
keji yang dikatakan tentang dirimu, kerana kata-kata
itu akan menyakiti orang yang mengatakannya dan bukan dirimu.


Balaslah setiap kebaikan dengan yang lebih baik. Berbuat baiklah 
kepada sesama manusia, padamkan semua api
permusuhan, berdamailah dengan musuh dan ramaikanlah sahabat.


Diantara pintu kebahagiaan terbesar adalah doa kedua orang tua.
Oleh kerana itu, berusaha untuk mendapatkan doa
itu dengan berbakti kepada mereka berdua agar doa mereka
menjadi benteng yang kuat yang menjagamu dari semua
perkara yang tidak diingini.


Janganlah sekali-kali kamu melukai perasaan seseorang atau
kelompok tertentu. Jadilah orang yang mempunyai
lidah yang selalu berkata benar, bertutur dengan lembut, berbahasa indah 
dan jadikan orang yang ada di sekitar berasa aman.





Usahakanlah selalu membaca zikir-zikir tertentu, sebab ia
akan menjadi penjaga dan pelindung dirimu.
Didalam zikir ada kebenaran dan petunjuj yang akan membuat
waktu dirimu menjadi lebih bermakna.


Carilah rezeki yang halal dan jauhilah rezeki yang haram dan
janganlah dirimu meminta-minta kepada yang lain.


Janganlah marah, sebab marah hanya akan merosakkan
keadaan jiwa, mengubah budi pekerti, memburukkan pergaulan
menghancurkan kasih sayang, dan memutuskan tali
silaturrahim.

Dahulukan dengan mengucapkan salam kepada orang lain,
hormati mereka dengan senyuman dan curahkan
perhatian kepda mereka agar dirimu menjadi orang yang
sangat mereka cintai dan dekat dengan mereka.

Hindarilah kata 'nanti', menangguhkan pekerjaan dan
menunda kewajipan. Ketahuilah bahawa semua
itu adalah punca awal untuk kegagalan.





Biasakan diri dengan mengeluarkan sedekah meskipun hanya
sedikit kerana sedekah dapat memadamkan api
kesalahan, menggembirakan hati, menghilangkan keresahan
dan akan menambah rezeki.


Jadilah orang yang berpandangan luas. Berusahalah
untuk memaafkan sesiapa saja yang melakukan
kejahatan kepadamu agar dirimu boleh menikmati hidup
ini dengan damai dan hati yang tenang dan buangkan
jauh-jauh keinginan untuk membalas dendam.


Jangan buat musuhmu gembira dengan kemarahan dan
kesedihanmu kerana itulah yang diinginkan
olehnya. Jangan biarkan keinginan mereka untuk
mengeruhkan kehidupanmu.


Jangan menyalakan api permusuhan, kedengkian dan
kebencian terhadap orang lain dalam dadamu
kerana ia adalah azab yang menyeksakan seumur hidup.


Janganlah jadi seperti lalat yang hanya hinggap di atas
luka. Jangan terlalu suka diatas penderitaan
orang lain, membicarakan aib mereka, berasa senang
dengan kekeliruan mereka dan menginginkan
kejatuhan mereka.





Seorang mukmin tidak pernah bersedih kerana tidak
tercapainya dunia. Bahkan dia tidak cemas
dan tidak takut dengan bencananya, kerana dia tahu
bahawa dunia itu pasti akan hilang dan berlalu.


Jauhi cinta yang berlebihan dan cinta yang dilarang
sebab itu adalah azab bagi jiwa dan penyakit
hati. Segeralah bermohon perlindungan dan pertolongan
kepada Allah, berzikir kepada-Nya dan sibukkan
dirimu dengan ketaatan kepada-Nya.


Jika tali terlalu tegang, maka itu tandanya akan
putus.Jika malam sangat pekat, maka kegelapan
itu akan segera pergi. Jika urusan terasa
semakin susah itu ertinya kelapangan segera datang
Tidak mungkin satu kesusahan mengalahkan
dua kemudahan.


Setelah lapar pasti ada kenyang, setelah haus
pasti akan hilang dahaga, setelah sakit pasti ada
sihat dan setelah fakir pasti  ada kaya.
Kesedihan itu selalu diiringi oleh kebahagiaan.





Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...