Tuesday, 5 September 2017

SEJAMBAK MAWAR



Ketahuilah bahawa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun, akan memberi kepada yang meminta dan menerima yang bertaubat.


Prihatinlah dengan orang yang lemah, kau akan bahagia. Penuhi hajat yang memerlukan, kau akan disembuhkan. Jangan bawa kebencian, kau akan dihargai.


Bersangka baiklah kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu dan syurga telah menantimu.


Bersikap optimislah dalam hidup dengan berbaik sangka kepada Allah. Nyahkanlah segala duka dengan mengingat semua nikmat yang telah dikurniakan kepadamu.



Ingatlah bahawa di dunia ini tiada kebahagiaan yang sempurna, kerana tidak seorang pun di dunia boleh mendapat semua keinginannya.


Contohilah pohon kurma: tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit dan jika dibaling dengan batu ia membalas dengan menggugurkan buahnya.


Adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput, kecemasan dapat memperbaiki kesalahan? Lantas apa guna kau bersedih ?


Jangan mengharap mendapat kesusahan atau malapetaka, tetapi berdoalah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan.


Siramilah api kenecianmu dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah berbuat salah kepadamu.

Mandi, berwuduk, memakai wangian dan bersiwak merupakan penawar yang amat berkesan bagi setiap kesusahan dan kesedihan



~Dr 'Aidh Abdullah Al Qarni.





SEMEKAR MAWAR


"Orang yang berhenti untuk menjadi yang lebih baik sebenarnya telah berhenti menjadi orang yang berjaya"

Sememangnya orang yang berhenti untuk menjadi lebih baik sebenarnya dia telah berhenti untuk menjadi seseorang yang betul-betul berjaya. Orang yang berhenti di satu tahap dalam kehidupannya bukan hanya kekal di satu tempat tetapi sebenarnya sedang ketinggalan dalam hidupnya disebabkan dunia sentiasa bergerak ke hadapan.

Oleh itu, untuk menjadi orang positif yang lebih cemerlang di masa depan hendaklah tamak dengan meningkatkan diri dari masa ke masa dengan sentiasa mempunyai matlamat yang lebih tinggi serta ilmu dan kemahiran yang lebih baik.





"Orang yang berjaya mampu mencipta kejayaan adalah disebabkan mereka mempunyai tabiat melakukan sesuatu yang orang gagal tidak suka melakukannya."

Orang yang gagal tidak suka menimba ilmu, tidak suka menimba kemahiran, tidak suka berkorban, tidak suka menggunakan masa dengan bijak dan sebagainya.

Orang yang berjaya pula suka melakukan semua ini. Mereka banyak berkorban masa, tenaga dan kewangan serta memberi tumpuan yang tinggi terhadap perkara yang diingini dalam hidup mereka. Pada mereka, ini semua mesti dijadikan amalan harian.






"Jangan harapkan mendapat mangga jika pokok yang ditanam adalah betik."

Ungkapan yang sebegini dalam masyarakat kita ada mengatakan bahawa jangan diharap hasilnya padi jika yang ditanam adalah rumput.
Sekiranya setiap hari seseorang itu tidak melakukan amalan kecemerlangan. Banyak masa dihabiskan dengan tidur, lepak dan sebagainya. Maka besar kemungkinan mereka tidak akan berjaya di masa depan.

Pekerja yang malas dan sentiasa memberi masalah kepada pihak pengurusan tidak akan berupaya mencipta kecemerlangan di tempat kerjanya. Begitu juga dengan pelajar yang malas. Mereka sentiasa mencipta alasan untuk diberikan kepada gurunya. Bagi pelajar yang sebegini janganlah terlalu mengharap meraih kejayaan dalam peperiksaan jika itu yang ditanam.

Hari ini tanamlah benih rajin, benih kesanggupan berkorban, benih usaha yang bersungguh untuk mencari jalan menyelesaikan masalah.

Dengan benih yang berkualiti, in shaa Allah akan memperolehi hasil yang berkualiti juga.






"Cubalah dulu, kita tdak akan tahu jika kita tidak mulakan.
Ikan dituba dari perahu,
Belum cuba belum tahu."


Kita tidak akan tahu sehinggalah kita mulakan sesuatu yang kita inginkan. Walaupun ungkapan ini amat mudah diucapkan tetapi sekiranya tidak diamalkan, seseorang itu tidak akan berjaya dalam hidup.

Kita tidak akan tahu kekuatan kita  yang sebenarnya. Manusia telah menawan puncak Everest yang tinggi, dalam kesejukan merentasi kutub utara dan selatan, menerokai angkasa lepas untuk mendarat di bulan.

Semua ini diketahui hasilnya setelah kita mulakan langkah pertama. Dengan ilmu, kemahiran dan usaha betul yang bersungguh dan tidak lupakan Allah, in shaa Allah kita akan berjaya.
"Ingatlah, melengahkan tindakan bermakna melengkahkan permulaan. Melengahkan permulaan bermakna melambatkan kejayaan."



Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...