Sunday, 17 September 2017

ZAMAN YANG PALING RASULULLAH SAW TAKUTI


HIMPUNAN HADIS NABI SAW MENGENAI KEADAAN AKHIR ZAMAN PETANDA KIAMAT.


Orang Yang Tak Sedarkan Diri.

Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulullah saw bersbda "Jika ada seseorang yang berkata, ramai orang yang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak diantara mereka." [HR Muslim]


Ahli Ibadat Yang Jahil Dan  Ahli Ulama Yang  Fasik.

Daripada Anas r.a. Beliau berkata, bersabda Rasulullah saw "Akan ada pada akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik." [HR Ibnu Ady]
(Orang jahil yang rajin ibadat dan ada pula orang alim yang fasik)


Menjual Agama Kerana Dunia

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah saw. bersabda "Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kambing. (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah swt berfirman  kepada mereka "Apakah  kamu tertipu dengan dengan kelembutanKu? Ataukah kamu telah berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan satu fitnah yang akan terjadi dikalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendekiawan) pun akan menjadi bingung." [HR Tirmizi]



Pendusta dan Pengkhianat

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah saw bersabda, "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan "Ruwaibidhah". Sahabat bertanya "Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?" Nabi saw menjawab, "Orang kerdil, hina dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus ornag yang ramai." [HR Ibnu Majah]



Kefasikan Berleluasa.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah bersabda "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah. (ujian berat)  seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman pada waktu pagi. kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman pada waktu petang, kemudian pada keesokan harinya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit harta benda dunia." [HR Muslim]



Penindasan Terhadap Umat Islam

Daripada Tsauban r.a. Beliau berkata, Rasulullah saw bersabda "Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni bekas hidangan mereka" Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah kerana kami sedikit pada hari  itu?" Nabi saw menjawab "Bahkan kamu pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih pada masa banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'
Seorang sahabat bertanya "Apakah 'wahan' itu, wahai Rasulullah?" Rasulullah saw menjawab "Cinta dunia dan takut mati." [HR Abu Daud]



Namanya Saja Islam

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Beliau berkata, telah bersabda Rasulullah saw "Telah hampir tiba suatu zaman, di mana tidak ada lagi dari Islam kecuali hanya namanya, dan tidak ada lagi dari al-Quran kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Daripada merekalah keluar fitnah, dan kepada mereka jua fitnah itu akan kembali." [HR Al Baihaqi]



Budaya Barat Ikutan Umat Islam Kini

Daripada Abu Said Al-Khudri r.a. Beliau berkata, bahawasanya Rasulullah saw bersabda,"Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak sekalipun , kamu akan mengikut mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang Tuan maksudkan?" Nabi menjawab, "Siapa lagi?" [ HR Muslim]



Ulama Tidak Dipedulikan

Daripada Sahl bin Saad as-Sa'idi' r.a. Beliau berkata, Rasulullah saw bersabda, "Ya Allah! Janganlah Engkau menemukan aku dan mudah-mudahan kamu juga tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ulama tidak diikuti lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak dihirau lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam, lidah mereka seperti lidah orang Arab" [HR Ahmad]



Ulama Agama Semakin Berkurang

Daripada Abdullah bin Amr bin 'Ash r.a. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda "Bahawasanya Allah swt  tidak akan mencabut (menghilangkan) ilmu dengan sekali gus daripada manusia. Tetapi Allah swt menghilangkan ilmu agama dengan mematikan para ulama. Apabila telah ditiadakan para ulama, orang banyak akan memilih orang-orang jahil sebagai pemimpinnya. Apabila pemimpin yang jahil itu ditanyakan, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." [HR Muslim]



Golongan Anti Hadis

Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. Beliau berkata bahawasanya Rasulullah saw bersabda "Hampir tiba suatu zaman di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas kerusi kemegahannya, lalu disampaikan kepadanya sebuah hadis dari hadisku maka dia berkata "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitab Allah sahaja. Apa yang dihalalkan oleh Al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan" (Kemudian Nabi saw melanjutkan sabdanya) "Padahal apa yang diharamkan Rasulullah saw itu samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan Allah swt." [HR Abu Daud dan Ibnu Majah]


Berbangga-Bangga  Dengan Masjid

Dari Anas bin Malik r.a. Bahawasanya Rasulullah saw bersabda "Tidak terjadi hari kiamat sehingga umatku bermegah-megah dengan bangunan masjid." [HR Abu Daud]


Tidak Ada Imam Untuk Solat Berjemaah

Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda "Akan datang suatu zaman, pada waktu itu orang banyak berdiri tegak beberapa lama, kerana mereka tidak mendapatkan orang yang tidak mengimami mereka solat." [HR Ibnu Majah]



Penyakit Umat Islam Masa Kini

Daripada Abu Hurairah r.a. Katanya, aku mendengar Rasulullah saw bersabda "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu" Sahabat bertanya "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu ?" Nabi saw menjawab "Penyakit-penyakit itu adalah, 1.Terlalu sombong.  2.Terlalu mewah   3.Mengumpulkan harta sebanyak mungkin.   4.Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia.   5.Saling memarahi.   6.Dengki mendengki sehingga menjadi zalim menzalimi" [HR Hakim]



Perangkap Riba

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata rasulullahsaw bersabda,"Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang pun kecuali dia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau dia tidak memakannya secara langsung, dia akan terkena debunya." [HR Ibnu Majah]



Manusia Tidak Peduli Sumber Pendapatannya

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman seorang tidak mempedulikan dari mana dia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram." [Riwayat Muslim]



Banyaknya Sumber Galian

Daripada Ibnu Omar r.a. Beliau berkata, "Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw  sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama kali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari lombong (galian) mereka. Maka sahabat berkata "Wahai Rasulullah! Emas ini adalah hasil galian kita" Lalu Nabi saw menjawab "Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat." [HR Baihaqi]



Khamar

Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. Katanya Rasulullah saw bersabda "Sesungguhnya akan ada sebahagian dari umatku yang meminum khamar dan mereka menamakannya dengan nama yang lain.Sambil diiringi alunan muzik dan suara biduanita. Allah swt kan menenggelamkan mereka ke dalam bumi dan Allah swt akan mengubah mereka menjadi kera atau babi" [HR Ibnu Majah]


Banyaknya Perzinaan

Dari Anas r.a. Beliau berkata"Aku akan menceritakan kepada kamu  sebuah Hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw  bersabda, "Diantara kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, banyak perzinaan, banyak kaum permpuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nanti seorang lelaki akan menguuruskan lima puluh orang perempuan" [HR Bukhari Muslim]


Berpakaian Tetapi Telanjang

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah saw. bersabda "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka, keduanya belum pernah aku melihat mereka. Pertama,  golongan (penguasa) yang mempunyai cambuk bagaikan ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, permpuan yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lengguk sewaktu berjalan, mengayun-ayunkan bahu. Kepala mereka bagaikan bonggol (belakang unta). Kedua golongan ini tidak akan masuk syurga, malah tidak akan dapat mencium bau harumnya. Sesungguhnya keharuman syurga itu akan terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh. [HR Muslim]






Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...