Kerana engkau seorang wanita
Maka harga dirimu harus kau jaga
Tutur kata bijak bicara
Akhlak yang indah, peribadi yang mulia
Harus terlaksana
Kerana engkau seorang wanita
Auratmu kau tutuplah
Agar fitnah tidak disebar
Agar maksiat dapat dicegah
Agar engkau, terselamat jua
Kerana engkau seorang wanita
Maka pergaulanmu ada batasnya
Yang mahram bersama, yang tidak elakkanlah
Agar terhindar fitnah
Terpelihara dari dosa
Kerana engkau seorang wanita
Maka taatlah kepada ibu dan ayah
Janganlah engkau menjadi derhaka
Agar syurga engkau genggam
Sebagai jaminan yang indah
Kerana engkau seorang wanita
Jika telah mendirikan rumah tangga
Maka kepada sang suami engkau taati
Hartanya engkau jaga, marwahnya kau belai
Agar di sisinya , jaminan syurga hakiki.
Kerana engkau seorang wanita
Jadilah wanita pembawa sejahtera di muka bumi.
Bila kita mencintai seseorang, jangan berikan seluruh harapan kepadanya. Tinggalkan sedikit harapan untuk kita agar kita mampu bangun semula semula dikala kita dikecewakan.
Jadikanlah cinta itu sebahagian daripada kehidupanmu. Janganlah jadikan kehidupanmu sebahagian dari cinta semata-mata. Semakin dalam cinta kamu terhadap seseorang itu, semakin terjunam kamu terjatuh ke dalam dunia harapan.
Aku tidak mahu berpaling pada yang mengganggu dan menggugat. Sapanya meletihkan diri. Hadirnya mengundang penat. Aku adalah ada aku sekarang. Biar terbuang tetap berjuang. Akan kuserahkan jiwa ini sepenuh hati keikhlasan.
Aku sedang mendidik jiwaku menyayangi-Mu walaupun dalam keadaan suka dan duka. Aku sedang meletakkan nafsu keinginan ku terhadap kecintaan dunia jauh ke bawah menghempas bumi agarku tidak jauh terjunam dalam menikmati sesuatu yang akan melalaikan aku dari bersujud menyembah hanya kepada-Mu, Tuhanku Allahhu Rabbi.
Wahai airmata, berhentilah mengalir dan wahai hati, berhentikanlah kepedihan di sini...
Ya Allah berikanlah hamba kekuatan. Sesungguhnya hamba tidak sanggup lagi. Astaghfirullah. Sejak bila aku jadi selemah ini? Maafkan hamba kerana terlalu mengikutkan perasaan ini.