Thursday, 28 September 2017

BOHONG ORANG SOLEH


'BOHONG' ORANG SOLEH


Suatu hari, seorang lelaki telah melarikan diri daripada dikejar musuhnya. Dia meminta pertolongan daripada seprang lelaki soleh.

"Tolong sembunyikan aku daripada orang yang mengejarku," katanya.

Orang soleh itu berkata: "Baringlah di sini." Kemudian dia melemparkan seikat daun kurma ke atas tubuh badan lelaki tersebut.

Ketika orang yang mengejar lelaki tadi bertanyakan keberadaannya, lelaki soleh itu berkata: "Dia berada di bawah timbunan daun kurma ini."

Para pengejar tadi menganggap orang itu berbohong lalu mereka pun meninggalkannya. Akhirnya, lelaki tadi terselamat daripada niat jahat para pengejarnya kerana kejujuran orang soleh tersebut.


Pengajaran: 

Orang yang jujur ialah orang yang beruntung. Kebiasaannya Allah akan memelihara mereka daripda melakukan perkara yang boleh mengundang kemurkaan-Nya.
Bahkan mereka juga mudah bertemu jalan keluar ketika dihimpit sebarang kesusahan. Benarlah, jujur itu kunci menjemput redha Allah.






"JIKA AKU MENINGGAL TERLEBIH DAHULU"


Said bin Musayyab mengisahkan pada suatu ketika,  Abdullah bin Salam dan Salman berjumpa. Salah seorang daripada mereka berkata kepada yang lain: "Jika kamu meninggal dunia terlebih dahulu, jumlah aku dan ceritakan perjumpaanmu dengan Allah. Jika aku meninggal dunia terlebih dahulu, aku pun akan melakukan hal yang sama."

Salah seorang daripada mereka bertanya: 'Bagaimana orang yang sudah mati boleh menemui orang yang masih hidup?'

Salah seorangnya daripadanya menjawab: "Hal itu tidak mustahil kerana roh bebas pergi ke mana-mana sahaja di syurga.'

Ketika salah seorang daripada mereka meninggal dunia, roh temannya yang sudah meninggal dunia mendatangi sahabatnya yang masih hidup dan berpesan kepadanya: 'Bertawakallah dan kamu akan mendapat khabar gembira kerana aku belum pernah melihat engakau bertawakal kepada Allah.'"

[al-Tawakkul]



Pengajaran: 

Rahsia tawakal ada dalam hati manuisa. Jika manusia telah berniat dan bertawakal kepada Allah, tidak ada satu pun rintangan yang akan membatalkan niatnya. Waspadalah dengan hati yang masih mengharap pada manusia ketika dalam kesempitan sedangkan lidah menyebut, "Aku bertawakal kepada Allah."




Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...