Wednesday, 6 September 2017

TIPS MENGAWAL PENYAKIT HATI



Sabda Nabi saw:

"Dalam diri manusia itu terdapat seketul daging. Apabila baik daging itu maka akan baiklah pula yang lain. Apabila buruk daging itu. Maka buruklah pula yang lain. Ketahuilah bahawa daging tersebut adalah hati."

"Ketahuilah penyakit hati itu lebih teruk berbanding penyakit fizikal kerana penyakit fizikal hanya dideritai di dunia tetapi andai penyakit hati yang dihidapi kemelaratannya bukan takat di dunia tetapi bakal ke akhirat kelak."


Di sini terdapat beberapa tips untuk dimanfaatkan bersama:

Mengurangkan makan dan minum. Kekenyangan yang berlebihan akan menyebabkan kita malas beribadah dan rasa mengantuk. Makanlah untuk hidup bukannya hidup untuk makan.

Sabda Nabi saw: " Jangan kamu tumpaskan hati dengan banyak makan dan minum, sebab hati itu laksana tanaman. Ia boleh mati kalau digenangi air secara berlebihan."



Menyibukkan diri kita dengan mengerjakan solat-solat sunat seperti solat Dhuha, solat Tahajjud, solat Taubat, solat Witir dan lain-lain. Ada pun solat itu penyuluh hati dan menyelamatkan kita dari sifat-sifat keji.

Sabda Nabi saw: "Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar."


Mengamalkan membaca zikir harian. Amalan zikrullah adalah jalan yang paling dekat untuk sampai kepada Allah swt . Zikir mampu membersihkan hati daripada karatnya (kekotoran)

Sabda Nabi saw: "Bagi segala sesuatu ada  penggosok untuk membersihkannya dan menghilangkan kekotorannya  (umpamanya untuk membersihkan badan dan pakaian dipergunakan sabun dan untuk menghilangkan karat besi dipergunakan api dan lain-lain). 
Maka demikian itulah penggosok (pembersih) hati iaitu zikrullah."


Lidah yang sentiasa berzikir akan terselamat daripada sifat-sifat keji seperti mengumpat, mencela, berdusta, maki hamun dan bercakap yang sia-sia.



Bersabar dalam menghadapi permasalahan, musibah dan tekanan. Sesungguhnya kesabaran itu adalah kekuatan diri yang sebenar.

Nabi saw bersabda: " Bukanlah orang gagah itu, orang yang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah."



Sentiasa memohon pertolongan daripada Allah swt. dan berdoa kepadaNya agar kita dipelihara dan terselamat dari perbuatan-perbuatan keji.

Sabda Nabi saw: "Tidak ada suatu yang lebih mulia di sisi Allah melainkan doa."



Mengurangkan bercakap kepada benda-benda yang tidak berfaedah. Bercakaplah ketika perlu sahaja. Nabi saw ada menegaskan bahawa orang yang banyak bercakap, banyak pula kesalahan yang dibuat.


Menangislah sepuas-puasnya apabila kita menghadapi tekanan. Tekanan akibat dari cabaran hidup dapat dikurangkan dengan menangis. Ia akan mengembalikan semula ketenangan dan kedamaian dalam diri kita...









Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...