Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan....
Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuannya,
Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, di situ air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka....
Indahnya tarbiah Allah, tersirat rahmat dan hikmah.
Diuji kita sebagai tanda sayangnya....bahagianya kekasih Allah dihadiahi ujian yang amat hebat sebagai tanda kasihNya....
Begitulah rupanya berkasih dengan Allah.
Tidak akan dibiarkan terlena dalam kenikmatan yang melimpah tapi dilindungi dengan ujian dan cubaan yang tidak berkesudahan....
Panjatkan kesyukuran kerana itu tanda sayang Allah pada hambanNya.
Allah Maha Tahu apa yang terbaik bagi hambaNya.
Ya Allah, sentuhkanlah hati hambamu ini, saat dia jauh dariMu,
Peluklah hatinya...saat dia mencintai sesiapa melebihi dariMu.
Peliharalah imannya selalu, jadikan dia hamba yang banyak berdoa, beristighfar dan menangis di hadapanMu agar diberi kekuatan dan kesabaran kerana setiap sesuatu ujian yang datang dariMu....
"Semoga Allah memberimu pelangi untuk setiap hujan, senyuman untuk setiap tangisan, rahmat untuk setiap cubaan, kekuatan untuk setiap dugaan dan makbul untuk setiap doa....
~indah bicara kerana hati.