Showing posts with label Cetusan Hati. Show all posts
Showing posts with label Cetusan Hati. Show all posts

Monday, 4 May 2020

CETUSAN RASAKU


Abaikan lelah mencinta atas dasar ingin tetap bersama. Kita lupa hati pun punya masa. Dan kata selamanya, tak pernah benar -benar selamanya. Selebihnya aku... kamu Hanyalah kesia-siaan yang terbiasa saling melukai.
~intan~



Begitulah perempuan. Sebenci apa pun dia, sesakit apa pun perasaannya. Dia tidak pernah benar-benar mampu membenci sepenuh hati. Selalu ada rasa sayang tersembunyi di balik kata-kata benci yang keluar dari bibirnya,
~origami hati


Tidak ada jatuh cinta tanpa rasa marah, tanpa rasa kesal, tanpa rasa lelah. Semua manusia yang jatuh cinta tetaplah manusia. Hanya saja, ada yang lelah dan pergi, ada yang lelah lalu memperbaiki lagi. Ada yang marah lantas benci, ada yang marah lalu memaafkan lagi.
~intan~




Bahkan tak sedetikpun mampu kugenggam awan abu-abu itu. Belum tuntas pula aku berbalik keluar dari kemarau panjang ini, dan kau pun berlalu. Adakah aku nantinya akan memiliki cukup waktu untuk kembali ke yg terlewatkan? Bahkan tak sedikitpun kau tahu bahwa kaulah yg terlewatkan.
~intan~



Jika hidup adalah perjalanan, aku yakin akan selalu ada kebahagiaan. jika cinta adalah anugerah, biarkan ia merekah, seperti hatiku yang selalu ingin singgah, di hatimu.
~intan~

Aku hanya tidak ingin mencintaimu berlebihan lalu melemahkan diriku perlahan. Pelan - pelan kita hilang ditelan waktu. Sebab yang lemah tak akan sanggup memperjuangkan rindu..
~intan~





Saturday, 2 May 2020

CETUSAN HATI



Allah akan menjawab doa mu, hingga kedua matamu menangis bahagia. Dia akan mewujudkan mimpimu di depan kedua matamu, hingga membuatmu takjub akan rahmat dan kuasa-Nya.

"Sebagian orang membuat hidupmu indah ketika engkau mengenal mereka, dan sebagian orang membuat hidupmu indah ketika engkau melepaskan mereka."


Setiap kali manusia mengangkat pandangannya ke atas maka ia pun akan rendah kedudukannya. Setiap kali jidatnya merendah menyentuh bumi, maka ia akan tinggi kedudukannya. ~Dr. Ishamuddin Al-Basyir As-Sudani"

Al-Hasan Al-Bashri Rahimahullah mengatakan:
Sakit itu zakatnya badan. Maka, badan yang tidak pernah merintih kerana sakit, ibarat harta yang tidak pernah dizakati.

Wednesday, 1 April 2020

SYAIR RUMI ( JALALUDDIN RUMI )



Tanpa cinta, semua ibadah hanyalah beban,
Semua tarian hanyalah rutinitas,
Semua muzik hanyalah bunyian semata,
Seluruh tetes hujan dari syurga hanya sekedar jatuh ke samudera,
Tanpa cinta, tak satu tetes pun dapat menjadi mutiara.




Apa yang membuatmu terpesona
begitulah nilaimu,ketahuilah!
Pada hati ini yang terpesona oleh wajah kekasih,
Memohonlah yang lebih tinggi dari Arsy.







Segala sifat buruk seperti
Husud
Dengki
Tamak
Zalim
Anguh
dan tanpa belas kasih,

Tak kau rasakan perih dan sakitnya
sebab sifat-sifat tersebut ada di dalam dirimu
Namun saat kau melihat sifat-sifat itu pada orang lain
Barulah kau rasa perih dan sakitnya.







Manusia adalah pandangannya dan selebihnya hanya kulit
Pandangannya adalah sebagaimana pandangan kekasih
Sebab tanpa memandang Kekasih, buta lebih baik
Kekasih yang tak abadi, keterjauhan lebih baik.

Saturday, 6 April 2019

CETUSAN HATI



Kita Pun Ada Keburukan Tersendiri

Kita tidak perlu mengharapkan manusia begitu sempurna di mata kita. Hakikatnya, kita sendiri bukanlah manusia yang sempurna. Diri kita ini masih banyak kelemahan, keburukan dan kesilapan, walaupun kita tentunya dalam usaha untuk memperbaikinya.
Menyedari hakikat ini, kita akan lebih berlapang dada dengan keburukan dan keletah manusia lain yang kadangkala boleh membuatkan darah kita mendidih.

Bijak

Manusia ini makhluk yang unik. Bahkan tiada manusia yang sama sikapnya dengan manusia lain. Apabila berdepan dengan pelbagai sikap manusia ini, kita perlu bijak memahami dan bertindak.
Setiap individu dan situasi yang berbeza mungkin memerlukan tindakan yang berbeza daripada kita. Oleh sebab itu, ia menguji kebijaksanaan kita.


Ubat Dengan Zikir

Untuk kesekian kalinya, kita boleh biasakan diri berzikir menyebut nama Allah selain menyebut, "tidak mengapa." Zikir ini melepaskan beban rasa di hati kita setiap kali rasa tertekan dengan perangai manusia.

Rasa tidak puas hati, marah, tidak sabar dan sebagainya boleh diredakan. Kadang kala, zikir menjadi jalan keluar kita daripada tidak telalu memikirkan pelbagai perangai manusia lain yang menyakitkan hati. Buat apa kita terlalu memikirkannya?

Dengan itu, kita sedang bertindak bijak dengan mengabaikan perkara yang tidak penting dalam hidup.



Bersosial + Sabar Lebih Baik

Kita hidup di dunia ini bukan keseorangan. Kita hidup secara berkelompok dengan manusia lain yang kaya dengan pelbagai kerenah berbeza. Kadang kala, jiwa diuji dengan kerenah yang cukup menjengkelkan. Hati hilang sabar!

"Ish, ada juga manusia seteruk itu," bebel kita tanda tidak puas hati. Namun, apakah sikap Mukmin apabila berdepan dengan kerenah manusia yang sering menguji kesabaran ini?

Sebelum apa-apa, Rasulullah s.a.w. sudah mengingatkan, "Seorang Mukmin yang bercampur dengan manusia dan bersabar atas kejahatan mereka lebih besar ganjaran untuknya berbanding orang Mukmin yang tidak bercampur dengan manusia dan tidak bersabar atas kejahatan mereka." [Riwayat Ibn Majah]

Jadi sekarang , kita sudah tahu kemahiran sosial yang dilengkapkan dengan pakej bersabar dengan keletah manusia lain jauh lebih baik berbanding duduk menyendiri.



Teladan Nabawi


Rasulullah s.a.w. hampir tidak pernah meletakkan sempadan atau mahu masa bersendiri melainkan sewaktu beribadah atau berkhalwat dengan Rab. Selain itu Baginda bergaul denganorang ramai.

Cabaran yang Baginda hadapi bukan kecil, Baginda berdepan dengan golongan orang kafir dan musyirik yang memusuhi Baginda. Arab Badwi yang masih perlu dididik, sahabat yang sentiasa dahaga bimbing dan banyak lagi. Itu belum dikira lagi peperangan yang Baginda hadapi.

Namun Baginda mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, bahkan bijak berdepan dengan pelbagai kerenah manusia dan situasi yang berbeza.




Wednesday, 6 March 2019

BILA SUATU SAAT



Aku dan kau seakan telah menjadi sesuatu yang bila dipaksakan akan sama-sama menjadi duri yang saling menyakiti. Bukan hanya menyakiti, namun saling menutup pintu-pintu kebahagiaan.

Bila suatu saat aku menjadi masa lalumu, mungkinkah kau akan menyedari bahawa tiada wanita yang begitu sabar menerimamu seperti diriku?

Wanita yang melupakan segala egonya untuk menjadi ratu barang satu hari.

Wanita yang melupakan mimpi-mimpinya untuk memeluk kekasihnya kerana terharu mendapat banyak sekali hadiah yang akan membuatnya berkaca-kaca.

Wanita yang melupakan bahawa sikap manismu hanya ada di masa lalu. Ia tetap meyakinkan dirinya bahawa kau tak pernah berubah. Walau semesta membuka matanya setiap saat.

Wanita yang melupakan bahawa ia begitu berharga di mata Ayah dan Ibunya, dan memilih bersamamu yang bahkan kau sendiri telah lupa bagaimana merawat sesuatu yang dulu kau sebut berharga.

Bila suatu saat aku hanya menjadi masa lalumu, mungkinkah kau akan menyesal dan meminta waktu berputar sekali saja, lalu membahagiakan ku sekuatmu dan menggenggam erat tanganku seolah meyakinkan bahawa kau satu-satunya lelaki yang layak mendampingiku.

Kekasih, bila suatu saat aku hanya menjadi masa lalumu mungkinkah kau akan merindukan setiap apa yang ada pada diriku? Suaraku, tatapanku, senyumanku, dekapanku, pelukku bahkan tangisku?

Kekasih, bila suatu saat aku hanya menjadi masa lalumu, mungkinkah kau akan memperjuangkanku kembali dan tidak melepaskanku lagi?

Kekasih, bila suatu saat aku hanya menjadi masa lalumu, mungkinkah kau akan melupakanku seperti kau melupakan bahawa aku saat ini sedang begitu merindukanmu dalam kediaman yang penuh luka.


Aku dan kau [mungkin] telah sama-sama lelah. Kau lelah mengingat bahawa ada aku yang menunggumu begitu tabah di sudut kota dengan luka yang bertebaran. Sedang aku lelah mengharapkan kau mengingatku sebagi sesuatu yang dulu kau sebut berharga.

Bila suatu saat aku hanya menjadi masa lalumu, semoga kau bahagia bersamanya...

~langitkuitukamu


Tuesday, 26 February 2019

BICARA SAHABAT



Seronok rasanya apabila memandu kereta baharu. Walaupun orang lain mungkin tidak perasan itu kereta baru, masih berbau kedai, bebas habuk dan kerusi masih berbalut, namun perasaan kita bangga tak terkata. Hati berbunga-bunga, syukur tak terhingga.

Apa-apa saja dalam hidup, asalkan ia benda baharu, perasaan kita terasa lain. Teruja. Bersemangat. Jiwa membara.

Oleh itu, pada saat hati kita mula terasa jauh dengan agama, jemu dan lesu, jangan ditukar wajah agama itu. Pada saat ada suara-suara lain di luar lingkaran iman, Islam dan ihsan yang ingin menolak Islam jauh-jauh, jangan kita jadi lalang yang melentok ke kiri dan kanan mengikut arah bayu mereka. Turut mengiakan.

Jika ada saat kita terasa Islam itu makin buruk dek penganutnya, jangan pula Islam itu yang dipersalahkan. Andai saja kita sering melihat non-Muslim sering hebat serba segi, jangan juga menunding jari kepada Islam sebagai penyebab kita yang mundur.

Lagi-lagi agama yang terpelihara kesuciannya melalui halaman wahyu Ilahi dan kata-kata Nabi.
Di sini kita perlu bezakan antara wahyu dan nafsu. Wahyu tidak boleh ditolak oleh nafsu. Nafsu yang sepatutnya tunduk patuh pada wahyu. Jadi jangan kita menjadi pemadam yang memadamkan sebahagian suruhan agama. Sedangkan kita belum masuk sepenuhnya ke dalamnya.

Ya, kita semua lebih suka bebas tanpa dikongkonng. Namun itu semua hanya relevan dalam hubungan sesama manusia. Bagi hubungan makhluk-Khalik pula, kita masih perlu dengar dan taat. Ini falsafah hubungan makhluk-Khalik yang perlu diaplikasi setiap saat.

Allah berfirman yang bermaksud: "Patutkah mereka mencari selain daripada agama Allah selepas itu? Padahal seluruh makhluk yang ada di langit dan bumi tunduk kepada-Nya sama ada dengan surela ataupun terpaksa dan kepada-Nyalah mereka dikembalikan." [Surah Ali 'Imran 3: 83]

Ya, tidak kiralah sama ada kita ini hidup bersyariat dalam keadaan rela dan reda atau terpaksa dan terseksa, asalkan kita masih mujahadah di laluan agama yang benar, itu sudah memadai. Moga akhirnya kita mampu merasai betapa tenang dan senang hidup berpandu suruhan Tuhan.

~Husna Hassan



Friday, 11 January 2019

GORESAN MUSAFIR



Bukan manusia tempatnya untuk kita meraih kembali keteduhan dan teriknya persaingan dunia. Bukan pula manusia, tempatnya untuk kita berlari mencari-cari bahu ternyaman agar mendamaikan apa yang sedang riuh dan bergemuruh di dalam dada. Tetapi Allah hanya kepada Allah kita akan kembali. Hanya kepada Allah kita akan pulang.

Dan bukankah seharusnya begitu? Menyandarkan setiap permasalahan kepada Dia yang menjamin berbagai macam kemudahan.

Untukku ketika kau menangis namun hampa dan kekosongan tak kunjung menghilang dari jiwamu, bisa jadi selama ini bukan Allah yang kau tuju. Akan tetapi yang kau ikuti itu hawa nafsumu.




CETUSAN HATI




Akan selalu ada, waktu-waktu di mana engkau hanya ingin sendiri. Menangis, mengadu, mengeluh dan menceritakan seluruh rasa hanya kepada-Nya. Mengungkapkan seluruh rahsia yang selama ini engkau simpan sendiri dengan begitu rapi hanya kepada-Nya. Menangislah, barangkali lelah yang selama ini engkau simpan sendiri akan luruh bersama air matamu...

~menyapa mentari

Wednesday, 5 December 2018

CERTUSAN RASA



Sebab semua tangisan, lelah dan letih telah selesai engkau ceritakan kepada Allah dalam panjangnya  bait-bait doa. Sampai akhirnya Allah kurniakan untukmu hati yang lapang, untuk melalui waktu demi waktu.

Allah Maha Mendengar.
Dan Allah, hanya Allah yang mengetahui bagaimana dalam menjagamu dengan penjagaan terbaik. Menenangkan hatimu agar engkau percaya sepenuhnya, bahawa semuanya akan baik-baik saja.

Sebab engkau telah memilih berserah sepenuhnya.
Sebab engkau telah memilih berprasangka baik kepada-Nya.
Maka bila hari ini ada sesuatu yang engkau tahu harus engkau ikhlaskan kerana-Nya, barangkali engkau sedang diuji untuk  lebih mengetahu segalanya harus sesuai dengan yang Allah pinta. Bahawa segalanya adalah sementara bukan milikmu sendiri bahkan diri kita sendiri.

Seerat apa pun kita menggenggamnya. Sekeras apapun kita pernah mengupayakannya. Pilihannya tetap bagaimana Allah redha. 

Tetaplah dengan tulusnya doa-doamu. Merendah, mengakui bahawa kita tak kuasa atas apa pun, bahkan diri kita sendiri.
Menyerah...

~menyapamentari.

Sunday, 25 November 2018

ARAHKAN HATI..




Sepatutnya para wanita menyedari, tidak semua perhatian kaum lelaki tanda mereka mencintai. Pun sepatutnya para lelaki memahami, tak semua respon baik kaum wanita bertanda mereka memiliki rasa.

Ini yang harus dipahat baik-baik pada hati yang masih sendiri.

Yang demikian akan kiranya para wanita mampu mengarahkan hati mereka kala tunas harap mulai menumbuh. Kebahagiaan dipedulikan sesama memang fitrah. Tapi ingat, ketika bahagia itu melahirkan kerinduan, lantas menyimak segala tentangnya menjadi kebiasaan, bukan itu yang dinamakan cinta, apalagi beratas namakan ukhuwah.


Pun pria, meski sebahagian besar peribadi lelaki terbilang abai, tapi rasa sayang juga tak hilang dari hati mereka. Meski karakter lelaki terkenal keras, tapi kelembutannya  bahkan bisa memeras air mata.
Sebab itu mengenali wanita dengan akrab tak begitu saja menyelamatkan ia dari menaruh pilihan.


Fahamilah, hatimu miliki titik terdalam bernama nurani. Terkadang kita salah mentafsirkan rasa yang menyinggah, kagum, peduli, suka, semua dinobatkan cinta. Atau terbungkus segera dalam angan, aku ingin bersama dia.


Pada hali sedikit saja kita bersabar, merenungi hakikat rasa yang ada, tentu kita tak terjatuh  pada perkara cinta. Perasaan kita tak mudah terbawa. Pun segala amalan kita tak lagi sekadar mendapat perhatian dan nilai darinya.


Fahamilah, hatimu berada diantara dua jari Allah. Itu tandanya bisa saja kita yang sebelumnya berdekatan, lalu jauh. Dan yang tadinya tak mengenal, lalu dekat seakan saling merupakan pakaian bagi sesama.

Pertanyaan sekarang adalah, untuk apa memelihara rasa dan angan yang belum tentu sesuai?:

Lakukan apa yang bisa kita lakukan. Ia itu dengan mengarahkan hati tuk senantiasa berbenah. Tuk sentiasa memberikan cinta pada yang berhak, serta kerap melangitkan dedoa pinta cinta mereka yang mencintai-Nya. Agar kelak, sebab cinta kita tak lain adalah redha Allah semata.

~Relawanliterasi

Saturday, 25 August 2018

CETUSAN HATI




Doa bagiku 
Adalah semacam akar yang menumpang pohon di pinggir tebing

Semakin kuat aku mencengkam doa
Memantapkan batinku kepada Rabb
Aku semakin tangguh
Meski badai berusaha menjatuhkanku...






Kuingin membentuk rindu diantara kita
Tapi ternyata
Sendiri di sini mengharapmu
Seperti tidak berhak
Maka sengaja kubiarkan
Seribu malam ini menghapus rasa yang salah
Menutup pintu tentangmu
dan kukembalikan kepada-Nya
Jika jodoh ku bawa aku
Jika bukan hentikan rasa ini...







Jika jatuh cintamu terasa sulit
Biarlah doa yang menjaganya
Dia adalah malam
Kau adalah siang
Terlihat berpisah
Tapi sejatinya siang dan malan saling 
berdampingan bukan?



Meskipun saat ini kamu terlihat
nyaman dengan perhatian yang kupenuhi
Tapi bukan barang tentu
kamu bahagia duduk terus
dalam hangat canda tawa
bersamaku..

Tentu kamu pun punya pilihan
dan bisa saja itu orang lain
Meskipun posisi itu aku
menginginkannya..







Cemburu tak berdasar
Ya...tanpa dasar

kerana kau ini bukan siap siapa dirimu
hanya menyanjungmu dalam doa

Dan terlelap dalam rindu seorang diri
Ku lukis pelangi ku sendiri

Pada langit-langit biru cintaku..


Maaf
Hadirku tak berbudi untukmu

Hanya membawa sesak
Penuhi layar hitammu

Maaf
merindumu tanpa izin
mengusikmu lewat doa

Maaf
Kita memang berjarak
Tapi langit masih menyatukan..


Bukan kerana mampu
Aku hanya terbiasa dengan luka-luka ini

Ku ketuk pintu hatimu dengan lewat doa
Ku sentuh senyummu dalam bayang-bayang nestapa

Merindumu sulit
Tapi aku percaya ini mudah atas kuasa-Nya..








Aku melihat senyum berarah kepadaku
Lalu aku menutup mata

Hati merenungkan
betapa indahnya dirimu

Dan saat mataku kembali terbuka
Aku justru menahan setiap rasa

Dan berusaha menutupnya rapat-rapat

Kerana kau tahu hatiku akan patah

Ku tahu senyum itu bukan hanya untukku..





Tuesday, 14 August 2018

MENJAGA BATAS



Ada batas yang membuat kita berjarak. Tak bisa bergerak meski ingin sekali mendekat. Ada batas yang membuat kita terpisah. Tak mau lagi menyerahkan hati dengan mudah kerana ia pernah berkali-kali patah.

Patah oleh harapan yang pernah ditanamkan pada manusia. Patah kerana rasa yang pernah muncul padahal tidak seharusnya. Itulah mengapa, hari ini dan esok hari, aku akan tetap menjaga batas itu agar tetap di sana. Menjaga jarak itu agar tetap terbentang seluas samudera.

Biarlah Tuhan yang menghapuskan batas itu untuk rasa yang saat ini kita jaga. Biarlah nanti Tuhan yang mendekatkan kita lewat takdir-Nya. Yang penting tugasku saat ini, hanya menjaga batas itu agar tetap memisahkan kita. Itu saja.







Kamu sendiri tahu,dan sedar betulkan? Bahawa yang berjarak itu seringkali membuat sesuatu menjadi lebih indah.

Seperti pemandangan kota pada malam hari yang dilihat dari atas gedung pencakar langit, temaram lampu-lampu dijalanan berkelip-kelip bagai bintang- bintang dilangit malam.

Seperti deretan panjang pergunungan, terlihat kukuh, megah, dan indah ketika dilihat dari kejauhan.

Lalu pertemuanmu dengannya kemarin yang tak disengaja, kenapa kamu begitu ingin mendekat? Padahal pada ketika masanya nanti gedung pencakar langit itu kamu miliki, kamu bisa menikmati pemandangan kota sepuasnya pada malam hari. Padahal ketika pada masanya nanti gunung-gunung tinggi itu kamu tinggali, kamu bisa menikmati matahari terbit dan terbenan sesuka hati.

Saat ini bukan milik siapa-siapa dan semua orang bebas datang dan pergi sesuka mereka. Tapi jika nanti Tuhan menakdirkannya untuk kamu miliki, kamu punya hak atasnya seorang diri.

Maka mulai hari ini cubalah berjarak, agar ketika kamu memilikinya nanti, segalanya terasa lebih indah. Pada saatnya nanti, kamu punya hak atas segala keindahan yang telah Tuhan anugerahkan atasnya....


~ catatan sederhana




Monday, 13 August 2018

PERJALANAN KENYATAAN



Kenyataannya hidup ini bukanlah sebuah drama yang bisa diatur seperti apa yang kita mahu.
Tidak bisa kita menjadi penentu jalan hidup kita, meski kita begitu ingin.

Maka kau tak bisa hidup dalam anganmu sahaja. Berhentilah. Berhentilah untuk berangan-angan bahawa hidupmu baik-baik saja. Sebab kenyataan hidupmu tidak demikian.

Hidup nyata bukanlah drama bahagia saja. Hidup nyata itu pahit, kau tak boleh hidup dalam angan-anganmu semata.

Melepaskan itu memang menyakitkan. Namun akan sangat menyakitkan lagi, bila kau hidup dalam bahagia namun itu hanya anganmu saja. jangan begitu.

Jangan sesak sendiri, jangan pilu sendiri, ini hidupmu. Maka hadapi dengan segala kemungkinan rasa sakit. Percayalah dalam perjalananmu, kelak akan kau temui banyak kebaikan yang Allah berikan untukmu.

Bila kau jatuh dan semakin jauh kerana tak percaya pada-Nya. Maka tidak ada kebaikan dan ketenangan yang akan kau peroleh. Tak ada penolong untukmu, sebab kau akan dibiarkan dengan apa yang menjadi sandaranmu.

Maka jangan begitu, jangan percaya was-was syaitan yang dihembuskan padamu. Melembutlah jiwa-jiwa yang hanif....



CUKUPLAH ALLAH...

Tidaklah seorang hamba yang berdoa dengan tulus ketika musibah menimpanya, kecuali Allah memberinya satu atau dua perkara.

Jika Allah mengetahui bahawa kesulitannya lebih baik diangkat, maka Dia akan mengangkatnya segera. Dan jika Allah mengetahui bahawa kesulitan tersebut belum saatnya diangkat, maka Allah mengilhamkan keyakinan, keimanan dan ketundukan pada takdir-Nya. Sehingga dia merasakan musibah itu bagai nikmat yang harus disyukuri. Dan darjatnya pun ditinggikan.


Syaikh Muhammad bin Muhammad Al-Mukhtar As Syinqity, Hafizhahullah Ta'ala.


Adalah kesabaran yang akhirnya berhasil meringkan langkah. Saat doa-doa kita tetap kita upayakan dengan begitu kepada Allah Ta'ala.

Percayalah, dan upayakanlah selalu berbaik sangka kepada-Nya. Sebab Allah tidak pernah lalai dari mendengar doa-doa yang telah kita langitkan. Mesti itu hanya sebatas keinginan yang belum sempat terucap. Allah mengetahui sedetail itu.

Cukuplah Allah sebaik-baik penolong dan sebaik-baik pelindung.



Friday, 10 August 2018

LIHATLAH PADA DIRI....FIKIR-FIKIRKAN..



"Dan apakah mereka tidak memikirkan pada diri mereka sendiri...."  [ar-Rum:8]

Satu pertanyaan yang bukan sekadar pertanyaan tetapi lebih dari itu, mengandungi saranan.

Berfikirlah!

Gunakanlah fikiran!

Jangan berhenti berfikir!

Sentiasa berfikir dan renungkanlah ke dalam diri sendiri!

Lihatlah pada dirimu, bagaimanakah ia diciptakan. Nescaya bertemulah dengan Maha Kuasa Allah.

Betapa luar biasa indahnya diri manusia jika dibanding dengan makhluk yang lain.

Susunan letak tubuh, kesimbangan wajah, ukuran kedua mata di atas hidung, satu mulut untuk menjamah makanan, di dalamnya terdapat satu lidah yang pelbagai guna untuk melantunkan gema suara. Lebih dari itu buat membezakan rasa masam, manis, tawar, pahit, pedas dan bermacam-macam lagi. Susunan gigi yang merata dengan berbagai jenis.

"Maka nikmat yang manakah yang kamu dustakan?"

Lihat pula kepada kedua tangan yang seimbang. Petautan kelima-lima jari namun kuat tatkala menggenggam. Sedangkan setiap satunya berbeza fungsi dan kegunaan. Hidung yang menyedut dan menghembus udara. Darah yang berganti keluar masuk ke dalam jantung, sedangkan jantung tidak jemu-jemu berdegup sejak lahir sehinggalah manusia menemui kematian.

"Maka nikmat yang manakah  yang kamu dustakan?"

Tidakkah kita merasa takjub melihat dan memikirkan susunan tubuh kita sendiri.  Hati, jantung, limpa dan paru-paru. Lihat bagaimana limpa berfungsi untuk menyaring darah, darah pembagi kekuatan. Dari jantung naik ke otak, dan otak untuk berfikir. Urat-urat yang berselirat berfungsi mengalirkan darah dengan cepat.

"Maka nikmat yang manakah yang kamu dustakan?"

Perhatikan pula pada jari! Sudah berbilion manusia yang mati, ramai lagi yang hidup sekarang ini, dan semuanya akan mati serta akan datang lagi manusia baru sehinggalah hari kiamat, namun tidak ada yang serupa cap jarinya hatta pasangan kembar sekali pun. Tidak sama!

Sepasang kaki yang cepat melangkah dan pantas berlari sama panjangnya. Kuat menampung berat badan.

"Maka nikmat yang manakah yang kamu dustakan?"

Tiap-tiap manusia diciptakan dengan keperibadian sendiri, yang tidak dapat ditukar atau diganti dengan keperibadian orang lain. Saya adalah saya, dia adalah dia, manakala kamu adalah kamu. Mana mungkin saya dapat ditukar atau diganti dengan keperibadian dia mahupun kamu atau sesiapa.

Manusia memang sma jenisnya, tetapi garis hidup yang dilaluinya tidak sama. Ada yang menjadi pemimpin, ada yang menjadi ulama, ada yang menjadi terkenal seumpama artis, karyawan dan sasterawan. Ada juga yang datang kosong dan pulang juga kosong. Namun yang sama adalah, semuanya tetap mendapat rezeki dari-Nya.

Perhatikanlah dan fikirkanlah.

Renungilah keajaiban ini, pasti akan timbul kekaguman, akan timbul rendah hati dan kekerdilan diri.

Tidak akan berhenti 'perasaan jiwa hamba' jika akal ini sentiasa merenung dengan mata hati.

"Dan [juga ada tanda-tanda kekuasaan Allah] pada diri kamu sendiri. Kenapa tidak kamu perhatikan?" [az-Zaariyat: 21]

~abuikhwan

Saturday, 21 July 2018

CETUSAN HATI



Bagi saya memperjuangkan atau mengikhlaskan bukanlah pilihan. Ini adalah dua sisi yang tak dapat dipisahkan. Kerana perjuangan tanpa keikhlasan hanya akan menyisakan sakit hati jika apa yang diharap tak sampai. Atau kebahagiaan semu jika harapan itu sampai. Sedang keikhlasan tanpa perjuangan bukanlah keikhlasan, tapi menyerah. Tanpa usaha untuk meraih apa yang diharap.

Jadi kita memilih untuk saling memperjuangkan diiringi dengan keikhlasan. Diniatkan kerana Allah, dan ditujukan untuk Allah.


JARAK



Kau dan aku hanyalah sisa-sisa perasaan. Dari percakapan bermula hingga akal lupa di mana kita berada. Setelah sekian lama mengalami ilusi, kita mencuba mengerti, memeluk hati cukuplah seperlunya. Masih ada hari-hari kita bisa dengarkan desah daun basah.

Helai-helai rumput tersipu, hujan bernyanyi sepi, mungkinkah terlalu yakin pada sendiri. Aku ragu, bisakah sejenak saja kita berbeza sapa.  Aku takut, rasa kalut mengusik kesendirian kita. Sebab inilah kita memilih ilusi, dibanding sendiri sebagai sepi. Sebab aku belum mendefinasikan rindu, maka biarlah tak ada sudut pada percakapan kita. Biarkan begitu saja.

Biarpun aku harus berhenti mencintaimu dalam detik dan detak. Biarlah aku pergi meninggalkanmu pelangi dan senja. Langit merah mega, kepak-kepak malaikat memetik gitar sebagai pengiring pergiku. Sebab pergi itu pasti, anggaplah itu caraku mencintaimu. Mari kita mengenal rindu.

Kau pun beranjak, begitu pula aku merangkai jejak. Melepaskan hal-hal tak masuk akal, seperti selalu ada dan bersama. Seolah sudah cukup kita larut. Kuntum-kuntum kesepian yang dulu dipetik, kini mulai tumbuh dan dibiarkan merekah. Kita pun mengenal sepi diantara wewangi perkara hati. Meski telah aku tuliskan di kulit hujan, kesepian adalah sudut terujung dari nestapa. Tapilah hidup tanpa sepipun, kurasakan jua, layaknya luka di tanah syurga; tak sempat kurasa sungai susunya.

Sejak rambutmu terurai melambai-lambai pergi, menyentuh wajah langit, kesendirian mulai menari-nari selimutkan sepi. Aku berjalan-jalan dengan dada menyala-nyala, bertabuh-tabuh mengusir sekawanan merpati. Akhirnya kita sudahpun berjarak. Sebab kita percaya, sejauh manakah rasa setia terkecuali ada jarak mengepak. Seperti apakah kau menjaga namaku di ruang tanpa diriku.

Dan biarlah jarak mengajarkan cinta. Dengan siapa kita mendapatkan nama. Bukankah dulu kita bisa bersama. Saat tak saling sapa kerana jarak, sampai kini kau melekat di hatiku tanpa sekat.

Apapun itu, dari jarak ini aku mulai mengenal rindu. Rasanya yang sendu membuat kupenuh rasa ingin menunggu. Meski harus kufahami, rinduku ini, rindu sembilu, seperti layang-layang melayang lepas dari pemiliknya, terhempas angin tak berarah.
Entahlah sampai di mana aku, adakah yang menyentuh benangku, jatuh pada basah tanah. atau malah tersangkut pada ranting-ranting kering. Tapi itulah rinduku.

Aku merindukanmu pada jarak-jarak yang tak mudah ditebak, meski harus tersentak pada waktu yang tak berdetak. Semoga kau tak beranjak dari namaku.

Aku mencintaimu diantara jarak-jarak yang terselip jejak kita dahulu, walau terhentak tempat yang terungkap. Semoga kau masih sediakan rumah untukku di hatimu.

~ijonkmuhammad


Thursday, 12 April 2018

PERJALANAN


Ke mana pun kakimu melangkah, yakinkan bahawa setiap langkahnya tetap ada dalam jalur-Nya yang lurus. Perjalanan ini penuh rahsia, tidak ada satu pun yang tahu masih panjangkah waktu yang kita lalui atau tinggal sebentar saja.

Jika memang tinggal sebentar, jangan pernah takut. Bukankah Dia selalu ada didekat kita, bersama kita, dan begitu mudah untuk mendekat kepada-Nya (bahkan lebih mudah dibanding mendekati manusia). Bukankah kita berjalan menuju kepada-Nya, Dia akan berlari ke arah kita. Jangan membuat alasan atau mencari alasan atau mempersulit diri bahawa mendekati-Nya adalah sebuah rintangan berat yang sulit untuk dilalui.

Mendekatlah kepada-Nya Yang Maha Dekat, bersamalah dengan-Nya melewati perjalanan ini, kerana jika mahu menyedari bahawa sesungguhnya diri ini tidak ada daya upaya sedikit pun kecuali dengan pertolongan-Nya.

Teruslah melangkah di jalan-Nya, teruslah istiqamah. Bersyukurlah kerana tidak semua mendapat dan dimampukan untuk menempuh perjalanan ini. Tidak semua.

Sungguh tidak ada alasan untuk tidak tunduk patuh kepada-Nya Yang Maha Kuasa Atas Segala Sesuatu.



Wednesday, 11 April 2018

SENYUMLAH...


Akan ada saat hatimu akan begitu rapuh, hingga sedih pun menjadi teman yang tidak pernah meninggalkanmu. Biarkan sejenak ia dekat dengan mu, rasakan setiap detik sakit dan hancurnya, biarkan ia sejenak masuk semakin dalam hingga tanpa sedar air mata berjatuhan semakin deras, biarkan semuanya berjalan hanya sejenak sahaja.

Setelah semuanya terkikis, jangan lupa bahawa kamu akan segera bangun dan menghapuskan semuanya, mulailah dengan hal-hal kecil, entah menuliskan semua tujuan yang tertunda atau mempersiapkan barang-barang untuk persiapan perjalanan esok hari.

Selipkan semua kesedihan dan kegagalan pada tiap air mata yang jatuh, ia akan sedikit mengurangi bebanmu. Kerana setiap air mata yang jatuh, menandakan akan datangnya senyum tipis....tunggu sahaja.


Monday, 9 April 2018

CETUSAN HATI



Sedari awal hidup memang tidak mudah, tidak pernah sekalipun menawarkan kemudahan. Maka bila saat ini langkah kita sedang gontai ada baiknya kita meluaskan penerimaan kita agar tidak mudahnya hidup yang sedang kita jalani saat ini.

Dan aku sedang tidak baik-baik saja saat ini, meski ramai manusia melihatku baik-baik saja. Aku sedang menimang-nimang banyak hal perihal menyederhanakan mimpi, menyederhanakan amalan-amalan kebaikan dan melepaskan apa-apa yang dirasakan menyesakkan dan memberatkan.

Kerana pada akhirnya seseorang yang kita cinta dengan begitu, hanya bisa membiarkan kita tumbuh dengan apa yang kita yakini. Atau bisa jadi ia tidak benar-benar tahu akan perasaan kita. Sehingga ia pun akan merasa masa bodoh atau bahkan tidak memiliki alasan untuk tau dengan apa yang sedang kita perjuangkan.

Kerana sekali lagi pada akhirnya sesuatu yang kita cintai adalah hal yang paling menguji perasaan kita. dan kita akan diuji dengan apa yang kita cintai.

Detik  ini pun demikian, aku tak pernah tau. Sampai sejauh mana lagi aku akan berlabuh pada doa-doa yang kuhantarkan. Yang kutahu hanya satu, aku tidak boleh kehilangan harap pada-Nya. Sesuatu yang sering orang lain merasakannya.

Tidak. Ku tidak boleh kalah. Pada hal-hal yang tidak menjadi ranah kemampuanku. Ku hanya boleh pasrah dan berusaha atas apa yang masih bisa kuupayakan. Katanya sederhana, sebahagian lainnya pun mengatakan demikian. Namun tidak bagiku.

Hidupku tidak pernah mudah, namun aku baik-baik saja. Sebab aku punya Allah. Yang meski aku tak punya apa-apa, aku punya segalanya selama aku bersama-Nya.....dan hatiku kembali tenang.




Monday, 12 February 2018

APA YANG KURASA....




Aku telah cukup bahagia kerana mencintaimu dan dicintaimu.
Tidak perlu lagi kau mengajariku bagaimana itu bahagia.
Sebab kau adalah kebahagiaan yang Tuhan ciptakan khusus untukku.
Malam ini izinkan aku mengungkapkan segala kebahagiaan yang kurasakan kerana kau masih menjadi "aku" hingga detik ini. Izinkan aku menyampaikan bahawa disaat duka dan laraku pun aku masih menemukan kebahagiaan setiap melihat mata teduhmu.

Tak perlu kau khuatirkan jarak yang jauh atau waktu yang panjang ini, sebab ini hanyalah badai yang pasti akan berlalu.
Akan datang masa di mana aku dan kamu saling bermesraan di bawah bulan yang manis, dan langit yang luas. Hingga kita tua. Tanpa perlu berasa sedih, tanpa perlu merasa takut, tanpa perlu menangis. Hanya akan ada kebahagiaan.

Sebab setiap pasangan memiliki kisahnya masing-masing. Dan bagiku kamu adalah kisah yang hingga mati akan selalu aku banggakan.

'Badai Tuan telah berlalu. Salahkah aku menuntut mesra. Tiap pagi menjelang kau disampingku. Aku  aman ada bersamamu. Selamanya. Sampai kita tua. Sampai jadi debu. Ku di liang yang satu. Ku di sebelahmu'

~Bandaneira



Mungkin kerana jarak telah mengajarkan apa erti menyakini dan percaya. Dan mungkin segala yang ada diantara kita mengajariku lebih banyak erti sabar dan mengalah. Aku menjadi orang yang terlatih menjadi kuat untuk menghadapi segala ujian yang kamu cipta diantara aku dan penantianku.

Kamu berkata bahawa bila aku bersabar dan cukup kuat menunggumu maka segala mimpi yang aku karang menjadi nyata di setiap tidurku, akan benar-benar menjadi nyata.

Namun, apa yang terjadi? Kita seperti dua orang yang salah satunya menggapai, dan yang lain berusaha melepas. Mungkin aku sudah pada batas lelah untuk berdiri bahkan duduk maupun tidur di satu tempat hanya untuk menunggu kesabaranku berbuah manis. Sebab percuma sahaja, kau tidak sedang menujuku.

Dan kau telah membangun istana dengan pagar beton tinggi yang menjulang hanya untuk membuatku berhenti menujumu. Lalu apa maumu? Membuatku menghabiskan sisa hidupku hanya buah pahit yang akan kau berikan?
Bodohku mencintaimu itu ada batasnya....



Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...