Saturday, 6 April 2019

CETUSAN HATI



Kita Pun Ada Keburukan Tersendiri

Kita tidak perlu mengharapkan manusia begitu sempurna di mata kita. Hakikatnya, kita sendiri bukanlah manusia yang sempurna. Diri kita ini masih banyak kelemahan, keburukan dan kesilapan, walaupun kita tentunya dalam usaha untuk memperbaikinya.
Menyedari hakikat ini, kita akan lebih berlapang dada dengan keburukan dan keletah manusia lain yang kadangkala boleh membuatkan darah kita mendidih.

Bijak

Manusia ini makhluk yang unik. Bahkan tiada manusia yang sama sikapnya dengan manusia lain. Apabila berdepan dengan pelbagai sikap manusia ini, kita perlu bijak memahami dan bertindak.
Setiap individu dan situasi yang berbeza mungkin memerlukan tindakan yang berbeza daripada kita. Oleh sebab itu, ia menguji kebijaksanaan kita.


Ubat Dengan Zikir

Untuk kesekian kalinya, kita boleh biasakan diri berzikir menyebut nama Allah selain menyebut, "tidak mengapa." Zikir ini melepaskan beban rasa di hati kita setiap kali rasa tertekan dengan perangai manusia.

Rasa tidak puas hati, marah, tidak sabar dan sebagainya boleh diredakan. Kadang kala, zikir menjadi jalan keluar kita daripada tidak telalu memikirkan pelbagai perangai manusia lain yang menyakitkan hati. Buat apa kita terlalu memikirkannya?

Dengan itu, kita sedang bertindak bijak dengan mengabaikan perkara yang tidak penting dalam hidup.



Bersosial + Sabar Lebih Baik

Kita hidup di dunia ini bukan keseorangan. Kita hidup secara berkelompok dengan manusia lain yang kaya dengan pelbagai kerenah berbeza. Kadang kala, jiwa diuji dengan kerenah yang cukup menjengkelkan. Hati hilang sabar!

"Ish, ada juga manusia seteruk itu," bebel kita tanda tidak puas hati. Namun, apakah sikap Mukmin apabila berdepan dengan kerenah manusia yang sering menguji kesabaran ini?

Sebelum apa-apa, Rasulullah s.a.w. sudah mengingatkan, "Seorang Mukmin yang bercampur dengan manusia dan bersabar atas kejahatan mereka lebih besar ganjaran untuknya berbanding orang Mukmin yang tidak bercampur dengan manusia dan tidak bersabar atas kejahatan mereka." [Riwayat Ibn Majah]

Jadi sekarang , kita sudah tahu kemahiran sosial yang dilengkapkan dengan pakej bersabar dengan keletah manusia lain jauh lebih baik berbanding duduk menyendiri.



Teladan Nabawi


Rasulullah s.a.w. hampir tidak pernah meletakkan sempadan atau mahu masa bersendiri melainkan sewaktu beribadah atau berkhalwat dengan Rab. Selain itu Baginda bergaul denganorang ramai.

Cabaran yang Baginda hadapi bukan kecil, Baginda berdepan dengan golongan orang kafir dan musyirik yang memusuhi Baginda. Arab Badwi yang masih perlu dididik, sahabat yang sentiasa dahaga bimbing dan banyak lagi. Itu belum dikira lagi peperangan yang Baginda hadapi.

Namun Baginda mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, bahkan bijak berdepan dengan pelbagai kerenah manusia dan situasi yang berbeza.




Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...