Kehidupan adalah bukti kasih sayang-Nya. Tanpa kehidupan entah bagaimana kita mahu menyediakan bekalan. Tanpa bekalan layakkah kita mahu berdepan dengan-Nya nanti? Lalu kita dianugerahkan kehidupan agar dapat menyediakan bekalan sebanyaknya.
Namun, tidak ramai yang melihat kehidupan adalah anugerah dari sifat kasih sayang-Nya. mengapa begitu? Jawabnya mudah. Seringkali kita silau dengan kasih sayang sesama manusia sehingga melupakan kasih sayang-Nya. Seringkali kita terhutang budi dengan cinta kasih sesama manusia, sedangkan kasih sayang-Nya luas bagaikan lautan yang tidak bertepi tidak kita sedari.
Binasalah diri andai ini tidak juga kita sedari.
"Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang." [al-Baqarah: 163 ]
~kembara mencari hamba