Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Wednesday, 27 May 2020

CETUSAN RASA


Berbakti dan berterima kasih kepada ibu bapa walau tanpa wang. Kata Imam Sufyan ibn Uyainah: من دعا لوالديه عقبها فقد شكر لهما Siapa mendoakan ibu bapanya selepas solat, dia telah bersyukur kepada mereka. [Fath al-Bari 2/10]
Bilakah kali terakhir anda mendoakan ibu bapa?


Solat 5 waktu, jadi Imam, mengaji memang belum menjamin seseorang itu suami yang baik. Bahkan tak perlu impressed pun sebab itu bare minimum as a Muslim. Ukuran suami yang baik terletak kepada sejauh mana dia sedar bahawa isteri itu amanah Allah yang akan dipersoalkan di akhirat.


Suami yang baik adalah suami yang paling tahu beratnya amanah Allah terhadap isteri. Kata Nabi: اتقوا الله في النساء فإنكم أخذتموهن بأمانة الله Bertakwalah kepada Allah dalam urusan isteri. Kalian mengambil mereka dengan amanah Allah! (Riwayat Muslim)

Banyak wasiat Nabi kepada bakal suami supaya jaga isteri baik². Bahkan hadis diatas antara wasiat terakhir Nabi pada haji Wada' sebelum Nabi wafat. Nabi still ingatkan tentang isteri ni Amanah Allah. Kena soal akhirat nanti. Sebelum kawin, mohon belajarlah semua wasiat ni ye.

~ustaz Ad-Dien

Saturday, 6 April 2019

FALSAFAH HIDUP



Dengan perjuangan kita dilahirkan. Didalam gerak tangis kita mulai membuka mata. Di dalam bedungan ibu kita menggerakkan badan melepaskan ikatan bedung. Lepas dari asuhan ibu, kita merangkak, kita ansur tegak dan kita jatuh, lalu kita tegak lagi dan jatuh lagi. Kemudian tegak terus untuk pergi berjuang ke medan permainan, lalu ke medan hidup, lalu ke perjuangan dalam batin kita sendiri, menegakkan yang baik dan melawan yang buruk.

Selama hidup kita kerjakan demikian, menjalankan titah perintah Tuhan Yang Maha Esa. Berapa pun yang dapat kita kerjakan, harus kita syukuri. Setiap hari atau masa kita hitunglah laba dan rugi. Sampai kelak datang panggilan. Panggilan yang tidak dapat ditakhirkan walau satu saat dan tak dapat pula ditaqdimkan walaupun satu saat. Panggilan yang tak dapat dielakkan oleh setiap yang bernyawa.


Maka terbukalah pintu kubur. Maknanya pindahlah kita dari hidup fana kepada hidup baqa, dari hidup dunia kepada hidup akhirat. Demikianlah kita menempuh hidup; lahir, berjuang dan akhirnya mati. Betapa jua pun kita harus percaya, bahawa kebaikan juga yang menang. Sebab asal usul kejahatan kita bukan jahat, hanya baik semata. Kalau kejahatan pernah menang, hanyalah lantaran dorongan nafsu. Bila nafsu telah reda, kebaikan jugalah yang kita junjung. Sebab itu hendaklah kita percaya hidup penuh dengan iman dan baik sangka kepada Tuhan. Itulah falsafah hidup.

Tajuk: Falsafah hidup
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Cetakan: 2007
Harga: RM 30.00
Muka surat: 334

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang telah menciptakan."

~ abuikhwan

Thursday, 21 March 2019

SURAH



TIDAK HAIRAN LAGI

Terdapat perkara menarik dalam surah al-Ghasyiyah yang boleh dijadikan bahan fikir manusia. Ayat 17 hingga 20 dalam surah ini menunjukkan kepada kita bahawa Allah meminta kita melihat bukti kekuasaan dan kehebatan-Nya melalui beberapa perkara.

Empat ayat ini boleh diekstrak seperti berikut:

1.   OBJEK:   Bagaimana unta  dicipta?
FIKIR:  Seekor haiwan yang tahan panas, tahan lapar dan dahaga serta mampu memikul beban  barangan yang berat.
RASIONAL:  Kaum Musyrikin sinonim kehidupan mereka dengan unta.


2.  OBJEK:  Bagaimana langit ditinggikan?
FIKIR:  Ciptaan ini langsung tidak retak, bahkan dicipta tanpa tiang.
RASIONAL:  Langit antara yang pernah disembah oleh masyarakat jahiliah suatu ketika duhulu.


3.  OBJEK:  Bagaimana gunung-ganang ditegakkan
FIKIR:  Mustahil untuk gunung-ganang berdiri tegap melainkan Sang Pembuatnya hebat
RASIONAL:  Gunung antara benda yang boleh membuat seseorang berada kagum.


4.  OBJEK:  Bagaimana bumi dihamparkan
FIKIR:  Supaya kita lihat manfaat yang kita ambil dari bumi yang terbentang luas ini ada Sang Pemiliknya.
RASIONAL:  Manusia mengambil segala hasil juga kandungan yang ada di perut bumi.


Begitulah ibarat yang para ulama juga sarjana menyebut: "Kehebatan sesuatu makhluk menunjukkan kehebatan Sang Pencipta."

Jadi janganlah kita berjalan sombong dan bongkak di bumi yang bukan milik kita kerana Sang Pencipta Yang Maha Berkuasa berhak menarik semula segala nikmat yang dikurniakan-Nya.

`~sumber majalah solusi.





Tuesday, 6 November 2018

ALLAH YANG BERKUASA


Memahami kedudukan Allah swt di langit adalah bukan daripada apa yang difahami Ahli Sunnah wal-Jamaah. Kerana di dalam Al-Quran Nur' Karim menafikan akan keberadaan Allah swt di langit sahaja. Menyatakan Allah swt berada di langit, seolah-olah Allah swt berhajat pada tempat. Berhajat pada tempat itu adalah sifat makhluk.


Sedangkan Allah swt tidak memerlukan tempat, ruang dan masa. Malaikat Allah berada di langit. Allah swt meliputi bumi, meliputi langit, meliputi kursi, meliputi Arasy'. Semuanya itu adalah makhluk yang berada di bawah kekuasaan Allah swt.


Keberadaan tempat itu menunjukkan adanya batasan walaupun tempat itu amat luas. Sementara Allah swt tidak berbatas, tidak berhad. Tiada had. Oleh itu, soalan Allah itu di mana sudah salah. Jadi jawapannya itu juga mestilah salah. Kerana di mana itu menunjukkan tempat, sementara Allah swt tidak memerlukan tempat.


Allah swt itu wujud sebagaimana keadaan-Nya sebelum adanya ciptaan dan selepas adanya ciptaan-Nya. Dan jika kita perhatikan semua yang berada di cekerawala ini, semua bergerak didalam orbitnya. Lihatlah kehebatan Allah swt. Segalanya di dalam pentadbiran Allah.


Semua yang berada di dalam galaksi ini, bintang-bintang, alam langit semuanya ditadbir oleh Allah swt. dan berjalan di atas orbitnya. Berjalan tanpa berlanggar antara satu sama lain. Bukan sedikit, berjuta-juta bintang yang ada di dalam galaksi kita. Lihat bumi dan planet-planet ini yang berputar mengelilingi matahari. Termasuk matahari itu sendiri juga bergerak.


Di dalam Al-Quran, Allah swt mengatakan;"Dan kamu melihat dengan mata kamu gunung-ganang. Dan kamu menyangka gunung itu tetap. Kamu menyatakan gunung itu bersifat tetap." Tidak! Gunung itu bergerak. Kita juga bergerak. Dalam masa yang sama, Bumi ini juga bergerak pada orbitnya.


SubhanAllah, begini Allah swt mentadbir alam ini. Di dalam Allah swt mentadbir bintang-bintang yang besar, Allah juga mentadbir makhluknya yang kecil. Ilmunya Allah itu meliputi segala-galanya. Dalam Allah swt mentadbir berjuta-juta bintang, Allah tidak pernah leka mentadbir setiap bunyi tapak kaki semut. Allah tidak pernah leka dengan setiap degupan jantung seekor semut sekali pun.


Hatta di dalam diri manusia pun ada bermacam-macam alam, alam micro yang memberi simbolism kepada alam macro, alam yang mempunyai bermacam-macam petala dan juga bermacam-macam lapisan yang didalamnya pentadbiran Allah.


Sehingga dilihat dalam dirinya manusia Allah swt ciptakan dirinya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, lihat nafsu Allah swt ciptakan di dalam dunia di dalam dirinya, roh, nafsu syahwat, hati , qolbi, sir, akal minda, sesuatu yang tidak dapat difahami dengan pemikiran seseorang dan ianya berada di dalam dirinya.


Allah swt tak pernah lalai walau sedikit pun. Allah tidak pernah penat dan letih dalam mentadbir segala-galanya. Semuanya dalam pentadbiran dan kekuasaan Allah. Kita hadir di dalam majlis ini, Allah swt yang menggerakkan kita untuk datang ke sini.


Tidak bergerak setiap pasir-pasir di pantai di dalam lautan, tidak gugur sehelai daun sekali pun dari dahan pokok sekali pun tanpa izin dari-Nya Allah. Allah juga menghidupkan, Allah juga mematikan, memuliakan dan menghinakan. Allah juga yang menggerakkan makhluk-Nya. Kita akan lihat Allah swt adalah segala-galanya. Segala-galanya di dalam kekuasaan Allah swt.






~ Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari




Thursday, 13 September 2018

BERZIARAH



Kau pelajari banyak ilmu, kau baca seribu buku, tapi pernahkah kau baca dirimu sendiri? Kau datangi masjid dan kuil tapi pernahkah kau datangi jiwamu sendiri?

Begitu payah kau memerangi iblis, tapi kapan kau lawan semua niat buruk di dalam hatimu?

Mungkin saja awan sudah kau genggam, tetapi sekadar untuk menyentuh apa yang ada dalam hatimu saja kau tak mampu...

~Bulleh Shah Al-Funjabi

Wednesday, 12 September 2018

MEMBACA BUKAN SATU PILIHAN



Saya berpendapat membaca bukan satu pilihan. Maksud saya ianya sesuatu perkara yang wajib kita buat. Pada setiap hari.

Selain daripada memberi maklumat terkini, membaca akan dapat membantu kita memproses maklumat dan membuat keputusan. Jika kita hanya memerhati, kita mungkin tidak akan dapat hasil yang memuaskan. Keputusan yang kita  buat tidak yang terbaik. Sebabnya? Sebabnya kita tiada pengetahuan lain untuk memproses maklumat-maklumat tersebut. Ingat maklumat perlu diproses dalam otak. 

Jadi cubalah membaca walaupun sedikit, Pada setiap hari.

Manusia boleh jadi dinasor, maksud saya kita. Kita boleh pupus bukan kerana perubahan cuaca tetapi kerana tidak membaca.... Pupus itu bukanlah bermaksud kita mati tapi kita tidak berada pada tahap 'arus' dunia. Kita mati dalam kehidupan yang sebenar.


~Sukiman Ishak

Wednesday, 7 February 2018

UNTUNGNYA APABILA SIHAT



Tiada manusia yang ingin jatuh sakit. Kerana sakit satu kerugian. Rugi masa, rugi usia, rugi wang ringgit. Segala-galanya akan merugikan.

Seseorang pesakit lazimnya:

Emosi kurang stabil. Seringkali menjadi pemarah kerana ketidakselesaan.

Kemampuan terhad dalam melakukan banyak perkara.

Ibadah terganggu, tergendala dan kurang sempurna.

Rasa rendah diri.

Fikiran terganggu.

Namun berbeza sekiranya sihat. Banyak perkara yang boleh dilakukan dan banyak perkara yang menguntungkan. Tidak perlu pergi jauh, kita hanya melihat kepada tiga perkara utama, secara tidak langsung akan menerangkan keseluruhan manfaatnya.


HUBUNGAN DENGAN ALLAH.

Apabila sihat, hubungan dengan Allah lebih berkualiti dan intim. Segala suruhan-Nya mampu terlaksana dengan sempurna dan mengikuti piawaian-Nya.

Misalnya solat, puasa, apatah lagi umrah dan haji. Kesemuanya memerlukan kita mengerahkan seluruh anggota badan yang sihat untuk melaksanakan dengan sempurna.



MENGAMALKAN SUNNAH.

Menjaga kesihatan ini bukanlah suatu pilihan. Tetapi ia adalah tuntutan dan kewajipan. Kerana hidup secara sihat merupakan sebahagian daripada sunnah Rasulullah yang sering dilupakan.

Lihat saja kehidupan Rasulullah dalah sirahnya, penampilan dan segala-galanya menunjukkan Baginda sangat mementingkan kesihatan.

Secara tidak langsung bukan sahaja badan kita sihat, tetapi buku amalan kita juga terus dicatat berpahala kerana beramal dengan sunnah Baginda ini.



HUBUNGAN SESAMA MANUSIA.

Lazimnya, orang yang sakit sentiasa merasakan dirinya serba kekurangan. Seterusnya menyebabkan tahap keyakinan diri pun berkurangan.

Berbeza bagi mereka yang bertubuh badan yang sihat. Secara psikologinya ia bukan sahaja mampu memperbaiki penampilan seseorang, namun turut mempengaruhi keyakinannya dalam bersosial.

Secara tidak langsung potensi diri mampu diterobos untuk berjaya!



NAK SIHAT? DENGARLAH NASIHAT!

Hakikatnya, nikmat kesihatan ini bukan sekadar anugerah, tetapi juga amanah. Ertinya, ia perlu dijaga dan dilindungi mengikut arahan 'pemberi amanah'. Langsung kita sebagai pemegang amanah boleh melakukan sesuatu ke atasnya sesuka hati kita.

Dalam masa yang sama, terpulang kepada 'pemberi amanah' untuk mengambilnya pada bila-bila masa tanpa boleh dihalang oleh sesiapa. Justeru, apabila kita 'mengimani' nikmat sihat ini sebagai amanah, pastinya kita terdorong untuk menjaga dan memeliharanya dengan baik.

Oleh sebab itu, orang beriman akan sentiasa memelihara kesihatannya, seterusnya memanfaatkannya untuk tujuan kebaikan dan ketaatan. Dia sentiasa dihambat oleh persoalan-persoalan seperti apa yang telah kita lakukan ketika sihat? Apakah bekalan yang telah disediakan untuk dibawa ke akhirat? Apakah setiap detik yang digunakan ketika sihat ini dicatat sebagai pahala atau dosa?

Kesemua persoalan-persoalan ini akan menambahkan keimanan, sekaligus menolongnya berhati-hati menggunakan nikmat yang diamanahkan ini. Justeru, peliharalah kesihatan kali pertama ini. Kerana kesihatan tiada buat kali kedua jika tidak dipelihara sebaiknya.


MAKANAN YANG DISEBUTKAN DALAM AL-QURAN DAN HADIS.


1.     Beras
2.     Gandum
3.     Barli
4.     Kurma
5.     Zaitun
6.     Anggur
7.     Bidara
8.     Delima
9.     Pisang
10.   Tembikai
11.    Cuka buah
12.    Labu
13.    Timun
14.    Peria
15.    Bawang
16.    Habbatus sauda
17.    Halba
18.    Halia
19.    Daging unta
20.    Daging lembu
21.    Daging kambing
22.    Ikan
23.    Susu
24.    Keju
25.    Madu


Nasihat ibn-Qayyim al-Jauziyiyyah

Empat perkara punca penyakit tubuh badan;

1. Banyak bercakap
2. Banyak tidur
3. Banyak jimak
4. Banyak makan


Empat perkara yang merosakkan badan;

1. Kesedihan
2. Kemurungan
3. Berjaga malam
4. Kebuluran


Monday, 22 January 2018

SOLAT


"Solat satu-satunya cara untuk tulang rawan mendapat bekalan darahnya," hasil kajian yang dilakukan oleh Osman Imamoglu, penyelidik dari Fakuliti Sains Sukan Yasar Dogu, Universiti Ondokuz Mayis, Turki.

Penting sangatkah tulang rawan hingga kita perlu menjaganya dengan baik? Jawapannya, SANGAT PENTING! Tanpa tulang rawan yang ada pada persendian nescaya setiap pergerakan yang dilakukan akan mengundang rasa sakit. Tulang dengan tulang akan bergesel, hilang kelenturan, sakit sendi dan paling kronik kita akan lumpuh.

Jika mengikut cara moden, tulang rawan dijaga dengan melakukan aktiviti secara teratur dan senaman. Tapi orang Islam ada keistimewaan kerana kita diwajibkan solat.

Pergerakan dalam solat itu adalah salah satu cara untuk menjaga tulang rawan kekal sihat. Memang benar solat itu adalah salah satu cara untuk menjaga tulang rawan kekal sihat. Memang benar solat itu adalah ibadat yang diwajibkan tetapi disebaliknya banyak manfaat kepada tubuh orang yang mengamalkannya secara khusyuk.

Apa itu tulang rawan? Tulang rawan adalah tisu hidup yang sangat unik kerana ia tidak mempunyai bekalan darahnya sendiri dan cara untuk ia mendapatkan nutrien  dan oksigen ialah dengan menggerakkan  sendi-sendi yang mempunyai rawan. Jika sendi itu tidak bergerak [umpamanya  ketika menggunakan komputer] tisu rawan akan mati dan haus., lalu menyebabkan artritis, sakit sendi dan lumpuh.

Sebab itulah dalam al-Quran diperintahkan solat kepada kita, ".... dan dirikanlah sembahyang [dengan tekun] ; sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar....." [al-Ankabut: 45]

Nabi s.a.w. bersabda, "Ingatlah kematian dalam solatmu kerana jika seseorang mengingati mati dalam solatnya, maka ia akan memperelokkan solatnya. Solatlah seperti  orang yang tidak menyangka bahawa dia masih berkesempatan untuk melakukan solat yang lain. Hati-hatilah dengan perkara yang kelak kamu terpaksa meminta uzur (meralatnya) (kerana tidak mampu memenuhinya)." [HR al-Baihaqi dalam kitab al-Zuhd]



KESAN FIZIKAL

menurut Osman Imamoglu, setiap gerakan dalam solat boleh dianggap sebagai senaman regangan, namun pergerakannya amat lembut dan mudah untuk dilakukan oleh orang pelbagai usia dan keadaan.

Otot yang mengendur dan meregang bersilih ganti apabila bersolat menghasilkan fleksibiliti tanpa mengundang rasa penat. Apabila kajian dilakukan, didapati  gerakan dalam solat ini menyamai pergerakan yang dilakukan dalam yoga dan pilates. Namun begitu bukan bermakna kita menggalakkan orang Islam melakuakan yoga kerana solat itu jauh lebih baik.

Dengan mengkaji pelbagai gerakan dalam solat, Osman Imamoglu mendapati bukan hanya gerakan utama dalam solat yang bermanfaat, malah gerakan kecil seperti ketika iktidal, turun untuk bersujud, bangun dari posisi bersujud untuk berdiri, kedudukan tangan dan kaki semasa bersujud juga mempunyai kesan tersendiri.

Gerakan solat ini membantu proses pemulihan pesakit yang berumur dengan memperbaiki aliran darah dan menambah kecergasan otot dan tulang. Berdiri, rukuk, sujud dan duduk dalam jangka pendek adalah senaman ringan yang tidak memerlukan banyak tenaga dan membantu kesihatan mental dan fizikal seseorang. Segala pergerakan dalam solat mempunyai kesan secara langsung dan tidak langsung pada seluruh tubuh.

"Solat memperbaiki postur, meningkatkan pengambilan oksigen dan menambah fungsi sistem pernafasan, aliran darah, endokrin dan perkumuhan.

"Ia juga menguatkan ligamen dan tendon, mengelakkan kecederaan otot dan sendi, merehatkan mata, menyingkirkan cas elektrik dalam badan, artritis, hipertensi dan vena varikos.

"Fungsi organ seperti otak, jantung, perut, pundi kencing, pankreas, buah pinggang dan salur kencing juga bertambah baik apabila seseorang melakukan solat," penjelasan Osman Imamoglu.


Friday, 15 September 2017

HIDUP MANUSIA DI DUNIA HANYA 1.5 JAM WAKTU AKHIRAT


Kehidupan dunia memang begitu singkat, terlebih jika dibandingkan  dengan masa di akhirat. Setiap makhluk bernyawa di dunia pasti akan mati. Itulah kenapa kita diperintahkan beramal baik sebagai bekal menuju kehidupan akhirat yang kekal.


Kehidupan dunia memang begitu singkat, terlebih jika dibandingkan masa diakhirat. Akan terasa sangat pendek. Konon, satu hari di akhirat sama dengan seribu tahun masa di dunia.


Sehingga jika hidup manusia dirata-ratakan 63 tahun layaknya Nabi Muhammad, maka boleh disimpulkan jika masa hidup di dunia ini hanya 1.5  jam masa akhirat.


Di dalam al-Quran dijelaskan jika satu hari di akhirat, sama dengan seribu tahun kehidupan di dunia. Tak boleh dipercayai? Susahkah diterima logik? Lagi-lagi, hal ini sangat mudah diterima logik muslim.


Kerana semuanya berpunca dari Al-Quran, yakni kalam yang disampaikan langsung oleh Pencipta Alam Semesta, Allah swt. Bagaimana akan menolaknya? Sedangkan Dia, Yang Maha Tahu segala-galanya. Hal ini dinyatakan di dalam Al-Quran, Allah telah berfirman:

"Sesungguhnya sehari disisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu,"(QS. AL Hajj: 47)

Juga dalam surat As-Sajadah: 5 yang bermaksud: "( Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian( urusan) itu naik kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu, " (QS As Sajadah:5 )


Jikalau demikian, maka menurut perhitungan matematik apabiala 24 jam sama dengan 1000 tahun, 3 jam diakhirat sama dengan 125 tahun dan 1.5  jam di akhirat sama dengan 62.5 tahun di dunia. Apabila umur manusia rata-rata 60 hingga 70 maka hidup manusia tersebut hanya 1.5 jam jika dilihat dari langit.

~sumber dream.co.id


ISI SURAT UMAR BIN KHATTAB UNTUK SUNGAI NIL





Kisah ini bermula pada masa awal Islam berjaya menaklukkan Mesir. Umar bin Khattab yang ketika itu menjadi pemerintah Islam dan kemudian melantik Syaidina Amr bin Al-Ash ra sebagai Gabenor. Apabila sudah menjalani kepimpinannya, penduduk Mesir datang untuk menemui Gabenor baru.


Mereka menyampaikan bahawa kala itu sudah memasuki bulan yang dianggap suci oleh penduduk Mesir. Mereka lantas mendedahkan kebiasaan suci yang selalu dilakukan ketika memasuki bulan ini. Jika tidak dilakukan , penduduk percaya bahawa Sungai Nil tidak akan dialiri air. 'Amr bin Al-Ash berkata: "Apa tradisi itu?"


Tradisi tersebut adalah mencari anak gadis untuk dilemparkan ke Sungai Nil sebagai tumbal. Namun ini hanya dilakukan kepada orang tua yang redha anak perempuannya dijadikan tumbal agar Sungai Nil kembali meluap. Namun hal ini tidak diluluskan oleh Amr bin Al-Ash. Baginya perbuatan itu dilarang oleh Islam dan Islam melenyapkan ajaran buruk sebelumnya.


Penduduk kemudian mengikuti apa yang diperintahkan Sang Gabenor. Namun kebimbangan penduduk akhinya terjadi. Sungai Nil yang tadinya penuh dengan air sedikit demi sedikit mulai surut dan nyaris menyusut. Pada akhirnya, sungai yang terbentang di Afrika nyaris tanpa aliran air. Akibatnya, keadaan ini menjadi ancaman ekonomi negara tersebut. Kerana , selama tiga bulan Sungai Nil tanpa air.


Penduduk Mesir mula resah dan bercadang untuk pindah. Melihat keadaan ini, Amr bin al-Ash menghantar surat untuk pemimpin tertinggi Umar bin Khattab. Ia menerangkan tentang keadaan yang dialami masyarakat Mesir, serta kebaisaan suci yang menjadi rutin tahunan di masa lalu tersebut.


Kemudian Umar bi Khattab menulis surat kepada Amr bin Al-Ash yang di dalamnya ada nota kecil. Dalam surat 'Umar menulis: "Penghadang benar. Islam memang menghapuskan kebiasaan buruk sebelumnya. Sesungguhnya saya telah menghantar kepadamu dalam suratku nota kecil maka lemparlah nota kecil itu ke Sungai Nil."


Setelah membaca surat dari Umar, Amr bin Al-Ash kemudian penasaran dengan isi surat yang akan dilemparkan ke dalam Sungai Nil. Ia kemudian membuka surat tersebut dan berisi sebagai berikut:

"Dari hamba Allah, Amirul Mukminim, Umar bin Khattab untuk Nil penduduk Mesir. Amma ba'du. Jika engkau mengalir kerana kemahuanmu, janganlah engkau mengalir. Tetapi bila engkau mengalir kerana diperintah oleh Allah, maka aku meminta kepada Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa agar menjadikanmu mengalir."


Amr bin Al-Ash kemudian melempar surat tersebut ke dalam Sungai Nil yang sudah kering. Sementara penduduk Mesir tengah bersiap untuk berhijrah kerana sungai yang menjadi sumber kehidupan mereka tidak lagi mengalirkan air.


Setelah surat Umar dilempar, keesokan harinya, di pagi di hari raya Nasrani, air Sungai Nil telah mengalir dengan ketinggian 7 meter lebih hanya dalam masa satu malam.


Sungai Nil kemudian terus melimpah dan tidak pernah surut hingga sekarang. Satu perkara yang pasti, tradisi menjadikan anak gadis tumbal juga hilang sejak Islam masuk ke negeri tersebut.


Semoga maklumat ini memberi pengetahuan baru tentang dunia keislaman dan semakin menambah Iman. Terima kasih kerana membaca.






~sumber islampos.com


Thursday, 14 September 2017

TUJUH KEISTIMEWAAN BUMI PALESTIN



Palestin mempunyai kedudukan istimewa di lubuk hati setiap muslim. Palestin adalah tanah suci yang diberkati sebagaimana disebutkan di dalam al-quran: Artinya "Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat."

Di sana terdapat Masjid Al-Aqsa yang bagi umat Islam mempunyai  beberapa keistimewaan:


1.    Kiblat pertama umat Islam.


2.    Masjid kedua yang dibina di muka bumi seperti dinyatakan dalam hadis Abu Zar al-Ghifari ra. Berkata: "Aku bertanya kepada Rasulullah,"Wahai, Rasulullah masjid sama ada yang pertama kali di bina dimuka bumi ini? "Beliau menjawab Masjid al-Haram". Lalu aku bertanya lagi: "Kemudian masjid apa lagi?" Beliau menjawab Masjid al-Aqsa." Aku bertanya lagi: "Berapa jarak pembinaan anatara keduanya?" "Beliau menjawab : Empat puluh tahun. Kemudain di mana saja kamu mendapati waktu solat telah tiba, maka solatlah (kamu di situ)." [ Hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Nasai Qazuwaini ]


Rasulullah saw juga bersabda: "Shalat di Masjid al-Haram lebih utama seratus ribu kali ganda berbanding solat di masjid lain dan solat di masjidku [Masjid Nabawi] lebih utama seribu kali ganda [berbanding solat di masjid lain] dan solat di Masjid Baitul Maqdis [Masjid al Aqsa] lebih utama lima ratus kali ganda. [berbanding solat di tempat lain]." {Diriwayatkan oleh at-Thahawi} Dari Abu Hurairah ra . Rasulullah bersabda: "Tidak dianjurkan untuk melakukan perjalanan kecuali ke tiga masjid. Masjid al-Haram, Masjid ku ini Masjid  Nabawi dan masjid al-Aqsa." Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim


4.   Palestin adalah terminal akhir dari perjalanan Isra Nabi Muhammad saw. dan sekali gus titik permulaan Mi'rajnya ke langit untuk menerima perintah solat lima waktu, seperti telah disebutkan dalam surat al-Isra ayat 1 di atas.


5.   Negeri para Nabi, di mana banyak nabi-nabi dilahirkan, hidup dan dikebumikan di sana, seperti Nabi Ibrahim, Ishak, Sulaiman, Musa, Daud dan lain-lain lagi.


6.   Palestin juga adalah Negeri tempat dikumpulkan dan dihidupkan kembali semua umat manusia, dari sejak Nabi Adam hingga generasi akhir zaman. Tempat domisilinya Darul Islam. Orang yang  teguh untuk tetap tinggal di sana kerana Allah, bagai seorang mujahid yang berjihad di jalan-Nya. Abu Umamah al-Bahili ra. Berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; " Sentiasa akan ada sekelompok orang dari umatku memperjuangkan kebenaran dan memerangi musuh mereka.. Mereka tidak peduli dengan orang-orang yang selari dengan mereka sehingga ketentuan Allah swt. Menyambangi mereka dan mereka akan tetap seperti itu." Mereka bertanya: Ya Rasulullah, di manakah mereka itu? ' Beliau menjawab: "Mereka berada di Baitul Maqdis di sekitar  Baitul Maqdis."


7.   Pusat berkumpulnya generasi kedua dari kumpulan yang ditolong Allah sampai hari kiamat.

~sumber.

Wednesday, 13 September 2017

SUDAHKAH ANDA MEMBACA HARI INI?



Hanya ambil satu minit sehari untuk membaca. Sudahkah anda membaca hari ini? 





Bukan sahaja membaca buku tetapi membaca status di media sosial, berita, media online dan sebagainya. Tentu sekali apa yang anda baca itu menarik perhatian dan langsung tidak membosankan.





Sebenarnya, membaca adalah aktiviti yang sangat menyenangkan dan bermanfaat. Menurut laman boldsky.com, kebaiasaan membaca bioleh membuatkan otak sentiasa tajam, berfikir lebih cepat dan fikiran lebih fokus. Menariknya, membaca sebelum tidur boleh membuatkan tidur anda lebih nyenyak. Ambillah masa selama seminit setiap hari untuk membaca apa yang anda sukai dan manfaatnya sangat mengagumkan.






Membaca dianggap saranan untuk menambahkan wawasan dan pengetahuan dengan membaca ia boleh merangsang segala otak untuk bekerja lebih baik dan berkesan.


Melalui pengetahuan baru, secara tidak langsung anda bahagia, lega dan tenang. Malahan hobi membaca ini boleh menekan emosi. Lebih puas dengan kehidupan, lebih sabar dan tidak mudah gelabah.


Membaca boleh meransang kemampuan otak dan menjadikan anda lebih sihat. Boleh terhindar daripada risiko Alzheimer, hilang ingatan sehingga gagal fokus.







Jika anda inginkan diri dipenuh tumpuan, cuba usahakan untuk membaca selama 10 mnit setiap hari. Kebiasaan orang yang suka membaca mempunyai daya ingatan tinggi, konsentrasi dan fokus.


Membaca sebelum tidur boleh meningkatkan kualiti tidur dan membantu anda lebih cepat  dan nyenyak.






Tidak semua suka dengan buku komik yang ada. Kadang-kadang, ibubapa cukup marah bila  ada anaknya yang suka membaca  komik. Kononnya, ia melalaikan dan tidak berfaedah. Sebenarnya, membaca komik boleh membuatkan anda lebih cerdas.


Dalam lifehack.org mengatakan seseorang yang membaca komik akan membuatkan seseorang memproses informasi dengan cara berbeza. Apatah lagi dengan ilustrasi yang menarik membuatkan aktiviti ini tidak membosankan.





Bermula dengan teks dan ilustrasi, ia membuatkan anda belajar berfikir dengan cara berbeza dan lebih kreatif lagi.

Cerita yang dipaparkan dalam komik mempunyai banyak tema, topik dan konflik. Adanya konflik menjadikan anda memikir untuk menyelesaikan masalah, menganalisis masalah dan menghuraikan masalah hingga bertemu jawapannya.






Membaca novel boleh memberi pengalaman sendiri, merasai jalan cerita dan karakter setiap watak di dalamnya. Saat membaca novel, hubungan otak anda akan berubah. Novel selalu menawarkan dunia lain yang boleh anda jelajahi. Selain hiburan, membaca novel boleh meningkatkan kemampuan berbahasa dan meningkatkan daya kreeaviti anda.





Thursday, 17 August 2017

SEJARAH SOLAT



SUBUH

Manusia pertama mengerjakannya : Nabi Adam a.s.

Al-Kisahnya : Tatkala Baginda dikeluarkan dari Syurga dan di hantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihat baginda adalah kegelapan dan baginda merasa takut yang amat sangat.

Waktunya : Bila fajar subuh, Nabi Adam bersembahyang dua rakaat.

Rakaat Pertama : Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.

Rakaat Kedua : Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.




ZOHOR


Manusia pertama yang mengerjakannya : Nabi Ibrahim a.s.

Al-Kisahnya : Tatkala Allah s.w.t. memerintahnya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.

Waktunya : Seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari. Setelah Allah menggantikan Nabi Ismail dengan kibas, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat tanda kesyukuran.

Rakaat Pertama : Bersyukur bagi penebusan.

Rakaat Kedua : Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat Ketiga : Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.

Rakaat Keempat : Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.




ASAR


Manusia pertama mengerjakannya : Nabi Yunus a.s.

Al-Kisahnya : Tatkala Baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun.

Waktunya : Ikan nun telah memuntahkan baginda di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyanglah baginda empat rakaat kerana baginda talah diselamatkan oleh Allah dari empat kegelapan.

Rakaat Pertama : Kelam dengan kesalahan

Rakaat Kedua : Kelam dengan air laut.

Rakaat Ketiga : Kelam dengan malam.

Rakaat keempat : Kelam dalam perut ikan nun.




MAGHRIB

Manusia Pertama mengerjakannya : Nabi Isa a.s.

Al-Kisahnya : Kejadian ini berlaku sudah waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa a.s. lalu sembahyanglah baginda tiga rakaat.

Rakaat Pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah Yang Maha Esa.

Rakaat Kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tomahan ke atas ibunya, Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

Rakaat Ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu; iaitu Allah jua....tiada du atau tiganya.



Isyak

Manusia Pertama mengerjakannya : Nabi Musa a.s.

Al-Kisahnya : Tatkala Nabi Musa tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan dukacita.

Waktunya : Allah lantas menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah baginda empat rakaat sebagai tanda syukur terlepas dari dukacitanya iaitu:


Rakaat Pertama : Dukacita terhadap isterinya.

Rakaat Kedua : Dukacita terhadap saudaranya Harun.

Rakaat Ketiga :  Dukacita terhadap Firaun.

Rakaat Kempat : Dukacita terhadap pengikut Firaun.





~sumber cetusan minda.








Tuesday, 15 August 2017

ADAB ZIARAH DALAM ISLAM




Memberi salam atau kemudahan seperti loceng sebanyak tiga kali.
Jika tidak disahut beredarlah.


Jika belum mengenali, kenalkan diri terlebih dahulu sebelum masuk
ke rumah.


Meminta izin untuk masuk. Jangan masuk sebelum mendapat keizinan.


Menjaga adab ketika berkunjung ke rumah orang lain.


Tidak bercakap perkara yang mengundang dosa seperti mengumpat
dan menghina.


Elakkan daripada menyakiti perasaan tuan rumah.


Tidak mencuri pandang atau masuk ke ruangan peribadi seperti
bilik tidur.



KHATAM 4 KALI AL-QURAN DALAM SEMINIT



Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa bacaan surah al-Ikhlas menyamai satu pertiga al-Quran. Jika seseorang membacanya  sebanyak tiga kali, dia memperolehi pahala seperti membaca keseluruhan al-Quran.

Bayangkanlah dalam satu minit, jika kita boleh membaca surah al-Ikhlas sebanyak 12 kali, maka pahalanya bersamaan dengan membaca al-Quran empat kali khatam.

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Demi zat yang jiwaku berada ditangan-Nya, sesungguhnya surah itu (ia itu surah al-Ikhlas ) setara dengan satu pertiga al-Quran." (Riwayat al-Bukhari )

Disebutkan dalam hadis yang lain, Nabi s.a.w. bersabda, "Adakah salah seorang daripada kalian tidak mampu membaca satu pertiga al-Quran dalam satu malam?"

Para sahabat bertanya, "Siapakah dalam kalangan kami yang mampu melakukan sedemikian, wahai Rasulullah?"

Baginda pun memberitahu kepada sahabat bahawa satu bacaan surah al-Ikhlas menyamai satu pertiga al-Quran. ( Riwayat Muslim )

Bagaimana kita konsisten membaca surah al-Ikhlas ini? Tidak perlu lama-lama. Hanya memperuntukkan seminit dalam sehari.


Bacaan .... Sehari ganjaran pahala seperti khatam 4 kali al-Quran.

Bacaan .... Seminggu ganjaran pahala seperti 28 kali khatam al-Quran.

Bacaan .... Sebulan ganjaran pahala seperti 120 kali khatam al-Quran.

Bacaan .... Setahun ganjaran pahala seperti 1460 kali khatam al-Quran.


SUBHANALLAH, hanya dengan meluangkan masa seminit, kita mendapat pahala yang menggunung banyaknya!



Thursday, 13 July 2017

SOMBONG



Abdullah bin Salam seorang pendeta Yahudi  di Madinah. Ketika itu, beliau terkenal sebagai seorang Yahudi yang sangat menguasai kitab Taurat.

Apabila Rasulullah tiba di Madinah, beliau mendengar berita tentang Baginda dan tertarik untuk melihat Baginda. Seketika melihat  wajah Baginda, beliau terus beriman kepada Allah. Beliau mendapati sifat-sifat Baginda ada sepertimana yang dijanjikan dalam Taurat.

Abdullah bin Salam terus menjadi seorang muslim hingga akhir hayatnya. Beliau juga turut serta berjuang menegakkan dakwah Rasulullah.

Pada suatu hari, beliau berjalan di pasar dan memikul selonggok kayu bakar untuk keluarganya. Orang ramai yang melihatnya berasa hairan kerana beliau merupakan seorang tokoh yang terhormat. Beliau boleh sahaja menyuruh orang lain melakukan pekerjaan kasar tersebut.

Seseorang lalu berkata kepadanya; "Mengapakah Tuan melakukan pekerjaaan ini? Bukankah Allah telah mencukupkan Tuan sehingga Tuan tidak perlu melakukannya.?"

Beliau menjawab: "Ya, namun aku ingin mematahkan kesombongan dalam hatiku kerana aku mendengar Rasulullah bersabda: "Tidak akan masuk syurga seseorang yang memiliki sifat sombong dalam hati walaupun sebesar biji sawi." (Riwayat  Muslim)

(Riwayat Abu Ya'la dan Ibn Asakir)


PENGAJARAN

Setiap manusia sentiasa berisiko untuk terjerumus ke kancah kesombongan secara tidak sedar. Sombong ini banyak peringkatnya. Namun asasnya bermula apabila kita merasakan diri lebih baik daripada orang lain sekaligus memandang rendah pada mereka.






BISIKAN IBLIS


Diriwayatkan daripada Ibn Syihab al-Zuhri, iblis bertanya kepada  Nabi Isa: "Wahai anak Maryam, bukankah musibah tidak akan menimpamu kecuali dengan ketentuan Allah?"

Nabi Isa menjawab: 'Benar, wahai musuh Allah.'

Iblis berkata lagi: 'Jika begitu, cubalah engkau naik ke puncak gunung lalu lemparkanlah dirimu dari atas. Lihat adakah engkau mati atau tidak?"

Isa menjawab: 'Wahai musuh Allah. Sesungguhnya Tuhan boleh menguji hamba-Nya, tetapi hamba Allah tidak boleh menguji Tuhannya." (Riwayat Imam Ahmad)


PENGAJARAN

Iblis makhluk Allah yang tidak pernah mengenal erti berputus asa dalam menyesatkan umat manusia. Janganlah kita yang sudah mengetahui kejahatan iblis mudah mengalah sehingga tewas dengan bisikannya.



Tuesday, 11 July 2017

KERANA MALU...


Suatu hari ada seseorang mencela Ibn Sina kerana beliau tidak 
menghafaz al-Quran.
Setelah mendengar celaan itu, Ibn Sina pun menjadi sangat malu
dan marah.
Lalu beliau terdorong untuk menghafaz keseluruhan al-Quran.
Lebih mengujakan,
beliau berjaya melakukannya hanya dalam satu malam padahal,
sebelum itu beliau sekadar 
menghafal surah al-Fatihah, al-Falaq dan al-Nas.


Pengajaran
 Celaan memang pahit. Namun celaan yang diubah kepada positif
lebih bermanfaat daripada pujian yang kadangkala
membinasakan diri.
Bina minda yang sihat untuk menjadi insan yang lebih berkualiti.





MAMPU

Suatu hari Rasulullah bertemu dengan Sayidina Zaid bin Thabit yang
ketika itu baru sahaja berusia 11 tahun.

Pada masa tersebut, umat Islam baru saja berhijrah ke Madinah dan 
berjiran dengan bangsa Yahudi dan memerlukan
seseorang yang memahami bahasa Yahudi sebagai pengantara antara
kedua-dua pihak.

Meskipun masih muda, Baginda melihat Zaid memiliki potensi yang
sangat besar dalam bidang bahasa.

Rasulullah bersabda: "Wahai Zaid, pelajarilah untukku bahasa kaum 
Yahudi. Sesungguhnya demi Allah, aku tidak berasa aman (yakin)
dengan Yahudi untuk menulis suratku." (Riwayat Ahmad)

Maka sahabat kecil ini segera melaksanakan perintah baginda.
Dengan tekun, beliau mempelajari bahasa Yahudi dalam
bentuk tulisan dan lisan. Hasilnya sungguh luar biasa.
Zaid mampu menguasai bahasa ini dalam masa yang singkat.

Zaid berkata: "Aku lalu mempelajari bahasa Yahudi. belum cukup
setengah bulan, aku telah menguasai bahasa ini.
Aku menulis bagi  Rasulullah apabila Baginda ingin menulis surat
kepada mereka."


Pengajaran

Muda bukanlah alasan untuk tidak melakukan apa-apa.
Sebaliknya masa muda islsh masa emas dalam 
kehidupan seseorang Muslim untuk membangun kemahiran diri.
Tambahan pula golongan belia aset umat Islam.



Monday, 19 June 2017

MASA EMAS


Syaikh 'Aidh bin Abdullah al-Qarni menyebutkan sebuah kata-kata pujangga Arab dalam kitbnya berjudul 'Asyiq:

"Pelajarilah ilmu nescaya ia akan mengawalmu dan membimbingmu di waktu kecil. Di kala kamu tua nanti, ia akan mengangkat dan menjadikanmu seorang pemimpin. Ilmu boleh membaiki kesilapan, menundukkan musuh dan orang-orang yang dengki kepadamu.
Ilmu dapat meluruskan sesuatu yang terpesong serta membangkitkan semangat dan harapan."

Sebuah kata-kata hikmah menyebutkan:

"Betapa ramai orang kerdil diangkat tinggi kerana ilmunya dan betapa ramai orang besar direndahkan kerana kebodohannya."




SYUKUR TANDA TAAT





Syukur bermaksud menggunakan segala nikmat Allah kepada jalan yang diredhai-Nya. Imam al-Ghazali berkata dalam kitabnya, Ihya 'Ulummiddin:

"Bersyukur kepada Allah hanya akan berlaku apabila seseorang hamba itu mengetahui perkara yang disukai Allah dan perkara yang dibenci-Nya. Ini kerana, bersyukur itu bermaksud menggunakan nikmat Allah pada perkara-perkara yang disukai Allah. Bagi mencapai tahap itu, kita perlu menggunakan dua sumber iaitu wahyu dan mata hati."


Ibn al-Qayyim mengulas tentang syukur dalam Madaarij al-Salikin:

"Syukur ialah menzahirkan nikmat Allah pada lisan hamba, dengan pujian dan pengiktirafan. Ia membekas di hati dengan timbulnya rasa cinta dan diperlihatkan pada tindak tanduk dan amal perbuatan yang menzahirkan ketaatan kepada Allah."



Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...