Memahami kedudukan Allah swt di langit adalah bukan daripada apa yang difahami Ahli Sunnah wal-Jamaah. Kerana di dalam Al-Quran Nur' Karim menafikan akan keberadaan Allah swt di langit sahaja. Menyatakan Allah swt berada di langit, seolah-olah Allah swt berhajat pada tempat. Berhajat pada tempat itu adalah sifat makhluk.
Sedangkan Allah swt tidak memerlukan tempat, ruang dan masa. Malaikat Allah berada di langit. Allah swt meliputi bumi, meliputi langit, meliputi kursi, meliputi Arasy'. Semuanya itu adalah makhluk yang berada di bawah kekuasaan Allah swt.
Keberadaan tempat itu menunjukkan adanya batasan walaupun tempat itu amat luas. Sementara Allah swt tidak berbatas, tidak berhad. Tiada had. Oleh itu, soalan Allah itu di mana sudah salah. Jadi jawapannya itu juga mestilah salah. Kerana di mana itu menunjukkan tempat, sementara Allah swt tidak memerlukan tempat.
Allah swt itu wujud sebagaimana keadaan-Nya sebelum adanya ciptaan dan selepas adanya ciptaan-Nya. Dan jika kita perhatikan semua yang berada di cekerawala ini, semua bergerak didalam orbitnya. Lihatlah kehebatan Allah swt. Segalanya di dalam pentadbiran Allah.
Semua yang berada di dalam galaksi ini, bintang-bintang, alam langit semuanya ditadbir oleh Allah swt. dan berjalan di atas orbitnya. Berjalan tanpa berlanggar antara satu sama lain. Bukan sedikit, berjuta-juta bintang yang ada di dalam galaksi kita. Lihat bumi dan planet-planet ini yang berputar mengelilingi matahari. Termasuk matahari itu sendiri juga bergerak.
Di dalam Al-Quran, Allah swt mengatakan;"Dan kamu melihat dengan mata kamu gunung-ganang. Dan kamu menyangka gunung itu tetap. Kamu menyatakan gunung itu bersifat tetap." Tidak! Gunung itu bergerak. Kita juga bergerak. Dalam masa yang sama, Bumi ini juga bergerak pada orbitnya.
SubhanAllah, begini Allah swt mentadbir alam ini. Di dalam Allah swt mentadbir bintang-bintang yang besar, Allah juga mentadbir makhluknya yang kecil. Ilmunya Allah itu meliputi segala-galanya. Dalam Allah swt mentadbir berjuta-juta bintang, Allah tidak pernah leka mentadbir setiap bunyi tapak kaki semut. Allah tidak pernah leka dengan setiap degupan jantung seekor semut sekali pun.
Hatta di dalam diri manusia pun ada bermacam-macam alam, alam micro yang memberi simbolism kepada alam macro, alam yang mempunyai bermacam-macam petala dan juga bermacam-macam lapisan yang didalamnya pentadbiran Allah.
Sehingga dilihat dalam dirinya manusia Allah swt ciptakan dirinya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, lihat nafsu Allah swt ciptakan di dalam dunia di dalam dirinya, roh, nafsu syahwat, hati , qolbi, sir, akal minda, sesuatu yang tidak dapat difahami dengan pemikiran seseorang dan ianya berada di dalam dirinya.
Allah swt tak pernah lalai walau sedikit pun. Allah tidak pernah penat dan letih dalam mentadbir segala-galanya. Semuanya dalam pentadbiran dan kekuasaan Allah. Kita hadir di dalam majlis ini, Allah swt yang menggerakkan kita untuk datang ke sini.
Tidak bergerak setiap pasir-pasir di pantai di dalam lautan, tidak gugur sehelai daun sekali pun dari dahan pokok sekali pun tanpa izin dari-Nya Allah. Allah juga menghidupkan, Allah juga mematikan, memuliakan dan menghinakan. Allah juga yang menggerakkan makhluk-Nya. Kita akan lihat Allah swt adalah segala-galanya. Segala-galanya di dalam kekuasaan Allah swt.
~ Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari