Saturday, 3 November 2018

ENGKAU REDHA KEPADA PERKARA YANG DICINTAI



Cinta dan redha. Dua sifat yang perlu ada untuk menjaga hubungan. Dengan siapa? Sudah pastilah hubungan dengan Allah. Bukankah hubungan itu yang lebih penting? Cinta dan redha itu sentiasa bergandingan. Sesungguhnya, apabila seseorang cinta terhadap sesuatu pihak, maka ia akan redha terhadap apa jua yang ada dan dilakukan  oleh pihak yang dicintainya.

Bahasa mudahnya, ia memberi makna cinta datang terlebih dahulu, baru diikuti oleh rasa redha. Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya' Ulum al-Din mengungkapkan, "Apabila tetap teguhlah gambaran cinta terhadap Allah s.w.t. serta tenggelam dalam keadaan tidak sudah-sudah mengingati-Nya, maka cinta sedemikian pastilah akan menerbitkan sifat redha terhadap apa jua perbuatan pihak yang dicintai (Allah), iaitu bagaikan sakit menjadi tidak terasa, atau kalaupun terasa sakitnya, tapi redha dengan rasa sakit tersebut."

Justeru, dua sifat mahmudah ini menjadi bertaut dalam penghayatan seseorang hamba dalam hubungannya dengan Allah. Sepertimana yang diungkapkan oleh seorang sufi, 'Umar b. 'Uthma al-Makki, "Ketahuilah bahawa cinta adalah termasuk dalam redha; maka, tidak ada cinta tanpa redha dan begitu juga, tidak ada redha tanpa cinta. Ini kerana engkau cinta hanya kepada perkara yang engkau redha; demikian pula engkau redha hanya terhadap perkara yang engkau cinta."


Maka itu, hal ini juga bermakna bahawa cinta dan redha merupakan rangkaian sifat yang tidak boleh dipisahkan. Ia terwujud secara serentak dalam penghayatan seseorang manusia, tanpa mengambil kira matlamat serta fokus ke arah mana cinta dan redha itu ditujukan.








ERTI CINTA


Para cendekiawan mengatakan bahawa cinta itu ialah suatu kemahuan terhadap perkara yang dilihat atau disangka oleh seseorang sebagai ada kebaikan. Di tengah-tengah kehidupan manusia, cinta itu ada beberapa jenis:


Cinta kepada kelazatan seperti cinta seorang lelaki terhadap perempuan ataupun cinta seseorang terhadap makanan.


Cinta terhadap manfaat yang akan diperoleh seperti cinta seseorang terhadap sesuatu yang boleh mendatangkan faedah kepada dirinya.


Cinta untuk memperoleh kelebihan seperti cinta satu sama lain dalam kalangan orang yang beriman.


~sumber majalah al-islam.

Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...