Showing posts with label Kalam Hikmah. Show all posts
Showing posts with label Kalam Hikmah. Show all posts

Saturday, 18 July 2020


Berkata Malik bin Dinar rahimahullah, “Sesungguhnya apabila badan sakit, maka makan,minum, tidur dan istirahat tidak enak baginya. Begitu juga dengan HATI...apabila ia cenderung kepada DUNIA maka nasihat-nasihat tidak lagi berguna baginya.” 


Bagaimana kita akan mudah bangun Sholat malam sedang kita tidur dengan kondisi hati memeluk dunia sangat erat, lisan berat berdzikir, mata pun kering dari menangis kelalaian diri!!


Al A'uzai rahimahullah berkata, "Sesungguhnya diantara manusia ada yang senang dipuji padahal dirinya disisi Allah tidak sepadan dengan sayap seekor nyamuk"


" Sepantasnya kita memperbanyak berdo'a agar Allah menjaga kita, mengokohkan kita, melindungi kita, dan kita berlindung kepada Allah dari berbolak baliknya hati setelah keistiqomahannya" Asy Syaikh Ahmad An Najmi rahimahullah


"Janganlah engkau berlebih lebihan pada segala sesuatu bahkan dalam hal Cinta dan benci." Imam Ahmad rahimahullah berkata, Al Adaabu Asy Syar'iyah 1/98


Seandainya kehidupan itu adalah jarum Maka rezkimu itu adalah benang Ia akan mendatangimu dari lubangnya Maka tenanglah karena Maha Pemberi Rezki adalah Allah Rabbul


Syaikh Sholih Al Fauzan hafizhahullah berkata: " Wajib bagi seorang muslim agar menahan lisannya dan menjaganya dari ucapan yang dapat menyakiti orang lain walaupun itu bercanda"


فكم من إنسان أمل أملا بعيدا، فإذا الأجل يفجؤه. Berapa banyak orang yang berangan-angan sangat jauh, namun ternyata ajal datang menjemputnya dengan tiba-tiba. - Syaikh'Utsaimin rahimahullah


Perhatikanlah rerumputan yang hidup, lalu mati. Demikianlah keadaan kita di dunia. Kita datang, lalu kembali ke kampung halaman yang bernama "akhirat". - Ustadz Abdul Qodir Abu Fa'izah, Lc Hafizhahullah


Semakin kuat ketertarikan hati terhadap dunia, akan semakin sakit ketika Allah mencabutnya Ustadz Khidir M Sunusi حفظه اللّٰه


Monday, 10 December 2018

PESANAN ....




Jangan bercakap mengenai hal orang lain dan jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya, berdasarkan surah Al-Hujurat: 11 dan juga berdasarkan hadis Nabi s.a.w.: "Jika seseorang menceritakan sesuatu hal padamu lalu pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya." [HR Abu Daud dan Tirmidzi]



Seorang penyair menyebutkan

"Wajib taubat bagi manusia....
Namun meninggalkan dosa-dosa lebih wajib....


Sabar menghadapi musibah adalah berat....
Tapi hilang pahala adalah lebih berat....


Perubahan dalam setiap zaman selalu aneh....
Namun yang lebih aneh adalah kelengahan manusia yang semakin menjadi-jadi....


Sungguh cepat semua perkara datang dengan tiba-tiba....
Namun kedatangan maut adalah lebih cepat dan memeranjatkan...."


Berzikir kepada Alah itu merupakan magnet bagi setiap hati.
Ia akan menarik bagi orang yang suka berzikir dari kelalaian kepada Tuhan Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib.
[Imam Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad]



Hampir setiap orang mahu hidup lama, kecuali orang yang putus asa dengan hidup. Paling baik kalau dapat panjang umur dengan berbuat ketaatan kepada Allah.

Sabda Rasulullah saw: "Sesungguhnya sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur didalam mentaati Allah." [Hadis riwayat Khotib daripada Abdullah dari bapanya]



Rasulullah saw bersabda, maksudnya: 

"Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan dalam taat kepada Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya." 
[Hadis riwayat Jabir]










Wednesday, 29 November 2017

ISYARAT KEWAFATAN NABI



"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat." (Surah al- Nasr 110:1-3)

Profil Surah:
- Surah al-Nasr: Pertolongan daripada Allah.
- Mengandungi 3 ayat.
- Surah Madaniyyah [diturunkan selepas hijrah]
- Surah ke 110 dalam al - Quran.


1.    Surah Terakhir Diturunkan.

Diriwayatkan daripada Ubaidullah bin Abdullah bin Utbah, Ibn Abbas berkata kepadaku, "Wahai Ibn Utbah, adakah engkau tahu surah terakhir yang  ditutunkan dalam al-Quran?"
Aku menjawab, "Ya, aku tahu iaitu 'Iza jaa-a nasrullahi wal fath."
Ibn Abbas berkata, "Benar." [Riwayat al-Nasa'i]


2.    Isyarat Kewafatan Nabi.

Ibn Umar berkata, "Turunnya surah ini, Ina jaa-a nasrullahi wal fath' kepada Rasulullah s.a.w. pertengahan hari tasyriq. Baginda sedar bahawa ini isyarat perpisahan. Lalu Baginda berkhutbah dengan khutbah yang masyhur iaitu khutbah wada." [Riwayat al-Baihaqi]


3.    Perintah Memperbanyakkan Tasbih.

Aisyah r.ha. berkata, "Rasulullah s.a.w. pada akhir usianya banyak mengucapkan, 'Subhanallah wa bihamdihi, Astaghfirullah wa atubu ilaihi,'" Beliau berkata, "Sesungguhnya Tuhanku mengatakan kepadaku bahawa aku akan melihat suatu tanda kepada umatku. Dia memerintahkanku agar banyak bertasbih, memuji-Nya, beristghfar dan bertaubat kepada-Nya. Maka aku telah melihat tanda itu, 'Iza jaa-a nasrullahi wal fath...'" [Riwayat Muslim]


Tuesday, 31 October 2017

KALAM HIKMAH



BANGKITLAH. ITU PERINTAH TUHANMU.

Malang sungguh andai al-Quran hanya dibaca ketika seseorang terlantar nazak padahal kalam Allah ini seharusnya diakrabkan dalam kehidupan muslim semasa sihat. Al-Quran bukan sekadar bacaan untuk orang yang mati, sebaliknya bacaan untuk mereka yang masih hidup agar hidupnya tidak mati sebelum hadirnya kematian sebenar. 

Mahu tip berjaya, kaya, cerdik dan lain-lain? Allah! Al-Quran ada semua itu.




MEMBACA

"Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan berdiam diri (untuk mendengarnya ) agar kamu mendapat rahmat."
[surah al-A'raf 7:204]

Membaca itu salah satu sumber pengetahuan. Mendengar juga kunci ilmu. Dua elemen ini perlu disepadukan dengan memerhatikan apa-apa yang dibaca dan didengar.
Apatah lagi jika yang dibaca , didengar, dan diperhatikan itu kalam-Nya yang penuh hikmah.





BERFIKIR.

"(Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan semasa mereka berbaring mengirng dan mereka juga memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata: Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka."
(surah Ali'Imran 3: 191)

Allah memuliakan manusia dengan kurniaan akal. Namun, adakah Dia menjadikannya secara kebetulan atau suka-suka? Sekali lagi, manusia tidak memanfaatkan sepenuhnya anugerah akal yang dikurnia Ilahi padahal banyak pelajaran yang boleh direnungi dalam hidup setiap hari.






MERANCANG.

"Wahai orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa-apa yang telah disediakannya ( daripada amalannya ) untuk hari kiamat, dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu lakukan."
[surah al- Hashr 59: 18]


Perancangan muncul hasil daripada kekuatan tekad. Bukankah Allah menyebut: "Apabila kamu berazam, maka bertawakallah kepada Dia?"
Pastinya hanya dengan kesedaran hasil daripada membaca dan berfikir, baru muncul kekuatan dan kemahuan untuk merancang.






BERTINDAK.

"Sesungguhnya orang yang beriman dan melakukan amal soleh, mereka diberi petunjuk oleh Tuhan mereka kerana keimanannya."
[surah Yunus 10: 9]

Inilah tingkat terakhir yang memerlukan usaha dan kekuatan. Hanya yang berbuat akan beroleh hasil. Menariknya, jika tulus dengan apa-apa yang dicari, Allah pasti akan menunjukkan arah yang lurus.



Wednesday, 11 October 2017

MEMILIKI HATI SETERANG BINTANG



Maksud: "Allah yang menerangi langit dan bumi. Perumpamaan nur Allah adalah seperti sebuah lubang yang di dalamnya ada sebuah pelita. Pelita itu di dalam kaca, kaca itu pula laksana bintang yang bersinar seperti mutiara, pelita itu dinyalakan dengan minyak daripada pohon yang diberkati iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat yang minyaknya hampir-hampir memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api, cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah mengemukakan pelbagai perumpamaan untuk manusia. Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu." (Surah al-Nur 24:35)

Intipati Ayat.

Apabila seorang mukmin meletakkan iman dan al-Quran dalam hati, maka dadanya seperti misykah iaitu lubang yang tidak dapat ditembusi.

Pelita besar ialah al_Quran yang berada dalam dada. Kaca pula seperti hati yang bertindak menjaga al-Quran. Manakala bintang yang berkerlipan seperti mutiara adalah bandingan hati yang telah disinari oleh al-Quran dan keimanan.

Seterusnya, maksud ia dinyalakan oleh minyak daripada pohon yang diberkati adalah melambangkan keikhlasan yang bertapak dalam hati Mukmin.

Pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya pula merujuk kepada kondisi Mukmin yang sentiasa mendapat penjagaan daripada Allah bahkan selamat daripada fitnah. Walaupun ditimpa ujian, dia akan diberi kekuatan oleh Allah.







Hidayah Allah.

Pada dasarnya, seluruh alam semesta berada dalam kegelapan. Kemudian Allah memberikan cahaya-Nya pada tempat tertentu dengan menjadikan bintang, matahari dan bulan sebagai sumber cahaya yang menerangi sekelilingnya. Oleh yang demikian, kita dapat fahami secara zahir bahawa nur yang dimaksudkan adalah cahaya.

Namun dari sudut yang lain, nur bermakna hidayah yang Allah kurniakan buat hamba-Nya yang terpilih.

hal ini sebagaimana hadis Rasulullah: "Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk -Nya dalam kegelapan, lalu Dia melemparkan kepada mereka suatu cahaya daripada cahaya-Nya. Maka sesiapa yang terkena cahaya itu, dia mendapat petunjuk dan sesiapa yang terlepas daripadanya, maka dia akan sesat." (Riwayat al-Bazzar).  

Malah menurut Al-Nasafi dalam tafsirnya dan Al-Suyuti dalam Al-Dur al-Manthur, daripada Ibn Abbas, Ibn Mas'ud dan Ubay, Allah memberikan cahaya-Nya kepada orang beriman sekali gus menjadikannya berada dalam naungan Allah cahaya Allah. Ayat ini merujuk kepada Mukmin yang berpegang teguh kepada iman dan al-Quran.



Cahaya Atas Cahaya

Apakah yang dimaksudkan dengan cahaya  atas cahaya? Bukankah secara zahir, ia dilihat seolah-olah
perkara mustahil?

Cahaya di atas cahaya ditafsirkan dengan lima cahaya yang diperolehi oleh Mukmin iaitu percakapannya cahaya, amalannya cahaya, kedua-dua tempat masuk dan keluarnya merupakan cahaya lalu disempurnakan baginya cahaya terakhir iaitu syuga yang akan menjadi tempat kembali pada hari akhirat.

Sebaliknya orang yang ingkar pula percakapannya kegelapan, amalannya kegelapan, kedua-dua tempat keluar dan masuknya kegelapan dan kesudahannya pada hari akhirat juga kegelapan iaitu neraka. Nauzubillah!

Orang kafir tidak ubah seperti mayat yang hidup dalam kalangan manusia. Dia tidak mengerti tanggung-jawab  kepada orang lain. Demikianlah mafhum tafsiran Ubay bin Ka'ab seperti yang dikemukakan dalam  Al-Dur al- Manthur.

Apabila nur Allah menerangi hati, wajah dan lisannya juga akan diliputi cahaya. Hasilnya, kata-katanya ibarat ubat yang menenangkan. malah hatinya akan ikhlas dalam segala tindak tanduk yang dilakukan.

Sebaliknya orang yang tidak beriman kepada Allah akan berada dalam kegelapan. Wajah dan hatinya diliputi kegelapan atas kegelapan. Percakapannya menyakitkan hati, bahkan perilakunya pula menimbulkan keresahan manusia di sekitarnya.

Malah hidupnya penuh pembohongan. Dia sentiasa memandu manusia berpandukan syahwat dengan menawarkan kesenangan yang hanya berbentuk fatamorgana. Malangnya, ada juga manusia yang menurutinya sekaligus terjebak dalam keseronokan yang menipu bahkan berakhir dengan kesengsaraan.

Sesungguhnya Allah akan membimbing hamba-Nya yang dikehendaki kepada cahaya-Nya. Perbanyakkanlah berdoa. Mudah-mudahan kita termasuk dalam kelompok tersebut.

Wallahu a'lam.



Dua Golongan.


Hidup dalam cahaya

* Orang yang berilmu.

* Hidup dengan aman dan tenang bahkan dipenuhi dengan keberkatan dan rahmat.

* Diibaratkan seperti orang yang dapat melihat dengan baik di tempat yang teduh dan sejuk.


Hidup dalam kegelapan

* Orang jahil

* Tidak berilmu.

* Hidup sempit dan kacau bilau.

* Dibebani pelbagai kesusahan dan kesengsaraan.

* Diibaratkan seperti orang buta dan berada pada tempat yang amat panas.



~sumber majalah al-ustaz.

Wednesday, 27 September 2017

NIKMATNYA YANG MELIMPAH



"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu  (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu solatlah kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (tanda bersyukur). Sesungguhnya orang yang membencimu, dialah yang terputus (daripada mendapat sebarang perkara yang diingininya)."

(Surah al- Kauthar 108: 1-3)


Catatan.

Banyak Yang Allah Beri

Antara sebab ayat ini diturunkan kerana ejekan yang dilemparkan oleh kaum kafir Quraisy selepas mendapat tahu kematian Qasim dan Ibrahim, anak lelaki Rasulullah bersama Khadijah yang masih kecil. Ayat ini memberi kesedaran bahawa nikmat  yang telah  dan akan Baginda terima sangat besar, baik di dunia mahupun di akhirat. Ujian yang diberikan adalah untuk mendidik Baginda agar lebih kuat dan sabar ketika berdakwah.



Telaga al-Kauthar

Sebahagian tafsiran menyebutkan bahawa al-Kauthar dalam ayat ini merujuk kepada telaga al-Khautar. Memang salah satu nikmat yang akan diberikan kepada Nabi dan umatnya ialah nikmat telaga al-Kauthar.
Anas bin Malik menceritakan bahawa, suatu hari dia melihat Nabi saw. tersenyum lalu dia bertanya sebabnya. Jawab Baginda, telah diturunkan kepadanya surah al-Kauthar iaitu nama bagi sebuah sungai besar yang akan diminum oleh umat Muhammad sebanyak bintang-bintang di langit. 
(Riwayat Ahmad)



Solat Dan Berkorban

Banyak nikmat yang telah diberikan oleh Allah swt selama ini. Disebabkan itu, Allah menyuruh hamba-Nya untuk menunaikan solat dengan ikhlas ketika mendapat nikmat, serta melakukan ibadah berkorban tanda kesyukuran. Inilah yang dilakukan oleh Nabi saw.



Thursday, 7 September 2017

LIHATLAH APA YANG ADA DI LANGIT


Siang dan malam silih berganti. Langit dan bumi merupakan tempat keberadaan makhluk ciptaan-Nya. Itulah antara tanda kekuasaan Allah. Maha Suci Allah. Tidaklah Dia menciptakan sesuatu dengan sia-sia.


Tidakkah kita mahu bertakafur menghayati hikmah ayat-ayat Allah al-Manzhurah ini selain ditambah lagi dengan ayat-ayat al-Maqruah sebagai panduan? Sesungguhnya di sebalik setiap ciptaan-Nya terdapat dalil bahawa Dialah Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.


Imam Ibn 'Athaillah pernah menyatakan: "Dia telah mengharuskan bagimu untuk engkau memerhatikan [meneliti dan mengkaji] apa-apa yang ada pada makhluk ciptaan-Nya."


"Tidaklah Dia semata-mata mengizinkanmu untuk sekadar melihat kepada diri makhluk-makhluk itu berdasarkan firman-Nya dalam surah Yunus ayat 101 yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): 'Perhatikan dan fikirkanlah apa-apa yang ada di langit dan bumi daripada segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya.'"


"Dialah jua yang menganugerahkan kefahaman yang benar. Tidaklah Dia berfirman: 'Lihatlah segala yang ada di langit itu  supaya Dia tidak hanya sekadar menunjukkan kewujudan jirim dan jasad padamu."





MELIHAT DENGAN HATI


Ketahuilah bahawa Allah memerintahkan kita untuk mengkaji, memerhati, meneliti dan menghayati segala yang diciptakan sekali gus menunjukkan tanda-tanda kekuasaan-Nya dan keindahan penciptaan-Nya. Hal ini agar kita mengetahui sifat-sifat dan perbuatan Allah serta nama-nama kemuliaan-Nya.


Bukanlah tujuan-Nya hanya mahu kita sekadar melihat Dia sebagai Pencipta yang Maha Suci, bahkan Dia mengehendaki kita meneliti tanda-tanda kehebatan dan kekuasaan-Nya supaya kita terus teguh dalam keimanan dan ketaatan kepada-Nya.


Secara dasarnya, potongan ayat "Perhatikan dan fikirkanlah apa-apa yang ada di langit dan di bumi daripada segala kejadian yang menakjubkan" membawa maksud supaya kita sebagai hamba memahami bahawa setiap ciptaan itu wujud dengan kekuasaan Allah dan bukanlah dengan sendirinya.


Apabila memahami konteks ayat dengan tepat, nescaya kita akan lebih mengenali Allah setiap kali melihat penciptaan-Nya yang penuh kesempurnaan.


Tambahan pula, banyak ayat al-Quran menyuruh manusia memerhatikan segala yang ada di langit dan di bumi juga pada diri sendiri. Inilah salah satu sifat Ulul Albab yang dikurniakan kesempurnaan akal dan pemikiran yang jernih lagi bercahaya untuk memahami hikmah dan kebesaran Tuhan di sebalik makhluk ciptaan-Nya.






HAYATILAH KEAGUNGAN ALLAH


Ayuh umat manusia, marilah sama-sama kita berfikir, bertadabbur dan juga menghayati tanda-tanda kebesaran, keagungan dan kebijaksanaan Allah dalam menjadikan sesuatu dengan penuh ketelitian dan kesempurnaan. Setiap penciptaan-Nya mengandungi hikmah yang sangat halus untuk diambil iktibar serta dimanfaatkan seoptimumnya kerana itulah kehendak Allah ke atas hamba-hamba-Nya.


Semoga Allah mewariskan kepada kita sifat-sifat hamba-Nya yang soleh agar kita tidak lekang daripada mengingati-Nya dalam setiap keadaan, seterusnya menghayati dan mentadabbur segala ciptaan di langit dan di bumi.


Ayuh kita amalkan doa-doa daripada al-Quran dan sunah sebagai pelindung diri daripada segala maksiat dan juga api neraka. Mudah-mudahan kita kita sentiasa dalam jagaan dan kasih sayang Allah.

Wallahu a'lam





Sunday, 13 August 2017

PESAN yang DUA


Dua Kesedihan

Uthman r.a berkata:

"Kesedihan dalam urusan dunia dapat menggelapkan hati,
kesedihan dalam urusan akhirat dapat menerangkan hati."




Dua Modal Berbeza Hasil

Al-A'masy ( Sulaiman bin Mihran al-Kufi ) berkata:


"Sesiapa yang modal kekayaannya berupa takwa, maka semua lisan
tidak akan ada yang mampu  menggambarkan keuntungan
dalam agamanya. Sesiapa yang modal kekayaannya berupa dunia,
semua lisan tidak akan ada yang mampu untuk menggambarkan
kerugian dalam agamanya."






Dua Dasar Kemaksiatan

Sufyan al-Thauri berkata:


"Setiap kemaksiatan yang timbul daripada dorongan nafsu masih boleh
diharapkan keampunan Allah. Setiap kemaksiatan yang timbul
daripada dorongan kesombongan, maka tidak dapat diharapkan keampunan
Allah. Hal ini kerana kederhakaan iblis bersumber daripada sikap
sombong, sedangkan kegelinciran Nabi Adam a.s. akibat daripada dorongan nafsu."




Dua Pencarian

Ali r.a. berkata:


"Sesiapa yang mencari ilmu, bererti ia sedang mencari syurga,
sesiapa yang mencari kemaksiatan bererti dia sedang mencari neraka."







Dua Jenis Dosa

Ibn Abbas r.a. berkata:


"Tidak disebut sebagai dosa kecil apabila dosa tersebut dikerjakan secara
terus-menerus. Tidak disebut dosa besar apabila disetai dengan istighfar."





Dua Pesanan Abu Bakar al-Syibli

Al-Syibli berkata:


"Jika hatimu terasa tenang dan tenteram dengan Allah, maka janganlah
engkau turuti kesenangan hawa nafsumu. Jika engkau ingin dikasihi Allah
maka kasihilah makhluk Allah."


"Jika engakau merasakan nikmatnya dekat dengan Allah, nescaya engkau
 dapat merasakan bagaimana pahitnya jauh daripada Allah."








Monday, 7 August 2017

AYAT-AYAT UJIAN






Bumi mana tidak ditimpa hujan. Begitu juga, manusia mana yang
tidak ditimpa ujian.
Ujian sememangnya ketetapan yang ditentukan Allah kepada
setiap manusia tanpa ada yang boleh mengelaknya.

Jika teruji, ingatlah Allah. Bukankah Dia yang menghadirkan ujian,
maka Dia juga yang akan menghilangkannya?

Ayuh semak ayat-ayat tentang ujian sepertimana yang sudah diberitahu
dalam Kalam-Nya sebagai refleksi diri kita.


AGAR BERIMAN.

"Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan begitu
sahaja dengan hanya mengatakan: "Kami telah beriman', 
sedangkan mereka tidak lagi diuji."

~Surah al-Ankabut 29:2~



AGAR BERLUMBA-LUMBA DALAM KEBAIKAN.

"Sekiranya Allah mengehendaki, nescaya Dia menjadikan kamu
sebagai satu umat tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap
 pemberian-Nya kepadamu. Maka berlumba-lumbalah 
melakukan kebajikan."

~Surah al-Maidah 5:48~




AGAR BERUSAHA MELAKUKAN YANG TERBAIK.

"Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji siapa
antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha
Perkasa lagi Maha Pengampun."

~Surah al-Mulk 67:2~



AGAR MENGINGATI MATI.

"Setiap diri akan merasai mati. Kami menguji kamu dengan
kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan
kepada Kamilah kamu akan dikembalikan."

~Surah al-Anbiya' 21:35~




KALAM HIKMAH



BAHANA MEMPERKECILKAN ORANG LAIN.

Rasulullah saw bersabda: 
"Tidak akan masuk syurga bagi sesiapa yang dalam hatinya
terdapat sifat sombong walaupun seberat biji sawi."

Seorang lelaki bertanya: "Adakah termasuk dalam golongan
yang sombong sekiranya seorang lelaki menyukai
baju dan kasut yang cantik?"

Baginda menjawab:"Sesungguhnya Allah itu cantik
dan suka akan kecantikan.
Kesombongan itu apabila menolak kebenaran dan
memperkecilkan manusia lain."

~Riwayat Muslim~



Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...