Bumi mana tidak ditimpa hujan. Begitu juga, manusia mana yang
tidak ditimpa ujian.
Ujian sememangnya ketetapan yang ditentukan Allah kepada
setiap manusia tanpa ada yang boleh mengelaknya.
Jika teruji, ingatlah Allah. Bukankah Dia yang menghadirkan ujian,
maka Dia juga yang akan menghilangkannya?
Ayuh semak ayat-ayat tentang ujian sepertimana yang sudah diberitahu
dalam Kalam-Nya sebagai refleksi diri kita.
AGAR BERIMAN.
"Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan begitu
sahaja dengan hanya mengatakan: "Kami telah beriman',
sedangkan mereka tidak lagi diuji."
~Surah al-Ankabut 29:2~
AGAR BERLUMBA-LUMBA DALAM KEBAIKAN.
"Sekiranya Allah mengehendaki, nescaya Dia menjadikan kamu
sebagai satu umat tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap
pemberian-Nya kepadamu. Maka berlumba-lumbalah
melakukan kebajikan."
~Surah al-Maidah 5:48~
AGAR BERUSAHA MELAKUKAN YANG TERBAIK.
"Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji siapa
antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha
Perkasa lagi Maha Pengampun."
~Surah al-Mulk 67:2~
AGAR MENGINGATI MATI.
"Setiap diri akan merasai mati. Kami menguji kamu dengan
kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan
kepada Kamilah kamu akan dikembalikan."
~Surah al-Anbiya' 21:35~