Pesan untuk Semua
Berpesan-pesan itu satu penawar. Berpesan itu perlu dengan ilmu.
Berpesan itu dengan kebenaran.
Ia perlu dinyatakan meskipun, ada ketikanya sangat sukar.
Malah seringnya menerima pesanan,
sangat pahit untuk diterima...
Berbekalkan ilmu yang benar, seseorang mampu menilik ke dalam
diri untuk dikoreksi. Hati yang sentiasa terpelihara
dengan baik, mampu mengekalkan sifat mahmudah, penjana ketenangan
dan kebahagiaan pemilikinya. Juga boleh membahagiakan
orang lain.
Memang aneh apabila seorang manusia yang terang-terangan
melakukan kesilapan masih boleh merasakan
bahawa dia ialah mangsa kepada keadaan. Aneh apabila orang
yang telah melakukan sebegitu banyak kekejaman
masih menganggap dunia ini tidak adil kepadanya saat dia
memang selayaknya menerima hukuman.
Dalam berdoa, kita memohon agar diberikan ilmu yang
bermanfaat, bukannya banyak ilmu. Ilmu yang
bermanfaat ialah ilmu yang membantu kita untuk melakukan
amalan soleh.
Seorang pendakwah perlulah menggunakan perkataan yang sesuai
dengan kedudukannya sebagai dai iaitu mengelakkan
penggunaan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan pendengar.
Apabila ada karakter, kelakuan anak atau situasi yang kurang kita
senangi, itu bermakna Allah mahu mengangkat darjat ilmu
kemahiran dan kekebalan hati kita melalui sabar. hal ini kerana sabar
ialah alarm yang Allah sediakan supaya kita bersegera
untuk belajar dan bertindak dengan sesuatu yang baharu.
Dosa kecil yang dilakukan oleh golongan alim dan pendakwah
serta yang berpewatakan agama akan menjadi dosa besar
kerana ia akan diikuti oleh orang awam.
Pada akhir zaman ini, penggunaan perkataan fitnah digubah dan
ditukar menjadi gosip supaya masyarakat tidak
memandangnya sebagai sesuatu yang berat dan berliabiliti.
Gosip ini juga dianggap sebagai bahan hiburan
dan mungkin juga bahan bacaan ringan pada waktu lapang.