Tuesday, 1 August 2017

MAKIN MAKAN GARAM MAKIN TAK FAHAM...




Masin itu garam. Garam itu masin. Biar mulut manis jangan mulut masin. Pepatah spontan selalunya sangat tidak bertepatan. Bunyi sangat tidak menusuk ke jantung, hanya singgah ke limpa sahaja. Yea , begitu gamaknya apabila terlebih makan garam.

"Aku dah lama makan garam dari hang!"

Ayat di atas menunjukkan beliau dah lama sangat makan garam. Jadi rasa masin dan hidup telah sebati. Tetapi setelah ditranslatekan ke bahasa yang lebih unggul dia akan berbunyi lebih kurang macam ni laa:

"Aku dah banyak pengalaman dari hang. Jadi aku lebih tau."

Oh ya, Dah kenapa dengan tiba-tiba semua ini diusulkan? Begitulah aku. Membangkitkan isu yang tak lapuk dek hujan, dan tak lekang dek panas adalah sesuatu yang sangat favourite. 
Al, kalau tak ada isu, maka tiadalah cerita yang sensasi, tiadalah gosip hiburan terkini, tiadalah Melodi. Eh1?

Baik. baik seperti biasa. Aku selalu bagi contoh yang mudah di fahami dan diselami.
Baru manusia yang membaca dapat kunyah dan hadam seluruh isipati. Itulah yang dinamakan sambil makan roti canai sambil menghiruk secawan kopi.



Ceritanya begini...

Dalam sebuah kampung ada seorang guru agama yang pekerjaannya sebagai seorang gutu. Oleh kerana beliau mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam, maka gelaran ustaz diberi. Ustaz R (bukan namanya yang sebenar). Ustaz R terkenal dengan sifatnya yang garang bukan kepalang dikalangan anak-anak muridnya. Mahu melemparkan senyuman? oh itu sungguh asing baginya. Seperti sedang meyembunyikan  sebuah ketulan intan dan pertama di dalam mulut. Mungkin. Itu telahan awal.


Eh korang ni tak baiklah 'Judge the book by its cover'. Tak semua dia buat macam itu kot, mungkin anak-anak muridnya sahaja. Mungkin itu caranya ustaz R mendidik. Mungkin. terus bersangka baik.Husnuzon.  terus berfikir positif pada ustaz R. Sehinggalah sampai ke pengetahuan Cikgu Karim (juga bukan nama sebenar)


"Aku bukanlah nak buat buah mulut, tapi ramai orang kata uztaz R macam itu. Aku dah banyak kali dah cuba berfikir positif padanya. Tapi tetap tak jalan. Kadang-kadang aku senyum kat dia, dia buat derk jer. Itu ok lagi kot. paling tak digemari ramai sekalian rakyat jelata adalah beliau tak boleh dibawa berunding. Semua pendapat dia sahaja nak menang. nak betul. Pendapat orang lain, disanggah, semua salah.

Terang panjang lebar cikgu Karim pada cikgu-cikgu lain.





Cerita di atas menggambarkan segelintir ragam manusia di celahan-celahan jutaan manusia yang hadir di atas muka bumi ini. Diakui, memang kita pernah terjumpa manusia yang sebegini. Malah terlalu ramai. Kadang-kadang menyakitkan hati. Tetapi kita mengalah kepada mereka. Mengalah bukan kalah. Mengalah untuk tidak mahu berbalah.


Kadang-kadang manuisa yang lebih berusia dari kita menganggap dirinya serba tahu. Makan garam satu kilo sehari. Sedikit pun tidak salah lebih tahu. Malah itu yang seharusnya. Terus mencari ilmu dunia dan akhirat. Tetapi yang menjadi kesalahan apabila merasa ilmu yang didapatinya adalah betul tanpa mempedulikan manusia sekeliling. Kadang kala manuisa sebegini merasakan pendapat orang lain salah sama sekali. Pendapatnya adalah sentiasa betul. Orang lain tidak boleh beri pendapat, buang masa katanya. Kau kena terima bulat-bulat pendapat aku, baginya.


PENDAPAT.

Mungkin masih ramai blur tentang maksud pendapat. kalau nak tau maksud pendapat, boleh klik di sini.. Tapi untuk menyenangkan korang, teruskan pembacaan. Bila manusia sukar faham apa yang dinamakan pendapat, maka makin sukarlah manusia memahami dan mengenali manusia lain.

Pendapat, bukanlah sebuah jawapan. Tiada jawapan Ya atau Tidak pada perkataan yang bernama pendapat. Jadi mengapa manusia begitu beremosi pada sebuah pendapat seorang manusia?

Memberi pendapat juga perlu ada batas-batasnya. Ada pendapat yang melibatkan emosi, maka tidak hairanlah orang yang melihat, membaca dan mendengar juga akan membalas dengan sebuah emosi. Itu antara sifat manusia yang sukar dibendung. Sesiapa sahaja boleh memberi pendapat. Sesiapa sahaja punya hak untuk meluahkan apa yang dirasanya. Tetapi tak semua orang akan menyenangi akan pendapat seorang manusia untuk manusia lain.


Itu sebabnya  sikap tolerensi sangat penting untuk mendidik jiwa. Hormati pendapat orang lain, orang lain akan hormat dengan pendapat kita. Beri pendapat dengan baik, sambutlah pendapat dengan baik. Itu yang perlu kita faham dan kena terus jadi sebuah amalan. 
Ingat tidak semestinya orang muda kena hormat orang tua terlebih dahulu. Tetapi kadang-kadang orang yang lebih tua perlu memberi rasa hormat kepada orang lebih muda supaya ianya menjadi teladan dan pedoman generasi muda. Boleh ya pakcik, makcik sekalian? Boleh..ya Malaysia boleh kita pun mesti boleh punya.






~ kredit Hami Asraff.



Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...