Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Thursday, 24 August 2017
IKHLAS RAHSIA ALLAH
Sabda Rasulullah s.a.w.
"Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hamba-Ku yang Aku mengasihinya"
(HR Abu Hasan Al-Basri)
Kerana ikhlas satu rahsia Allah s.w.t. tentu tidak mungkin kita dapat mengetahui siapa yang ikhlas siapa yang tidak. Malah diri kita sendiri pun mungkin kadang-kadang susah untuk dipastikan apakah amalan kita itu ikhlas atau sebaliknya.
Walaupun ikhlas adalah rahsia Allah namun Islam membuat satu garis panduan untuk mengukur hati kita dan membentuknya supaya benar-benar ikhlas.
Di antara tanda-tanda ikhlas dalam satu amalan apabila orang memuji atau mencaci amalan kita, kita rasa sama saja.
Pujian tidak membanggakan kita dan kejian tidak menyusahkan. Itulah tanda ikhlas.
Maknanya amalan itu betul-betul dibuat kerana Allah s.w.t . Kerana itu kalau manusia cerca, caci atau hina, hati pun tidak cacat, tidak timbul perasaan marah, dendam atau ingin membela diri atau melawan orang yang menghina itu.
Begitu juga kalau orang puji, pujian itu tidak membekas di hatinya. Tidak timbul rasa bangga, puas hati dan juga tidak bertambah kasih sayangnya pada orang yang memuji itu, disebabkan oleh pujiannya.
Bagi orang-orang yang ikhlas, pujian dan kejian tidak pernah difikirkan apalagi hendak diharapkan. Mereka sangat takut kalau - kalauAllah menolak amalan dan memurkai mereka
Mereka sanggup mengetepikan kepentingan sendiri dalam usaha mencari keredhaan Allah s.w.t.
Mereka tidak bimbang nasib diri, rugi atau untung, orang keji atau puji, menang atau kalah, yang penting supaya Allah menerima baik amalan mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Berbuat baiklah pada orang yang berbuat jahat kepada kamu."
Seseorang yang mencari keredhaan Allah s.w.t, akan sentiasa mencari peluang untuk berbakti kepada-Nya. Ketika orang jahat bertindak jahat kepada mereka, mereka akan merasa berpeluang untuk mendapat pahala dan kasih sayang Allah. Sebab itu kejahatan orang diterima baik dan dibalas dengan kebaikan pula.
Hal itu benar-benar berlaku di kalangan orang-orang soleh dan muqarrobin. Ketika mendengar orang menghina mereka, langsung dihantarnya hadiah pada orang itu.
Bila ditanya apa tujuan hadiah itu, jawapan mereka adalah, "Orang yang menghina kita sebenarnya memberi pahala kepada kita. Memberi pahala sama seperti memberi syurga. Jadi untuk membalas pemberian yang begitu besar kepada kita, memang patutlah kita menghadiahkan sesuatu kepadanya."
Begitulah hati yang ikhlas. Semoga Allah s.w.t mengurniakan kita hati yang ikhlas, sebab ikhlas itu anugerah daripada-Nya.
~sumber Agama itu nasihat.
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Perjalanan hidup kita tidak seharusnya berpandukan apa yang terbentang di mata sahaja. Ia memerlukan perancangan agar kita dapat mene...
-
Bagaimana kita boleh berbangga sedangkan apa yang kita miliki hanyalah pinjaman semata. Semuanya milik Allah. Semua rezeki yang ...
-
Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama ibu: Ami...