Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Friday, 18 August 2017
ANTARA CINTA DAN BAHAGIA YANG TIADA
Kita memahami sesuatu perkara itu berlaku punyai jalan tersendiri mengikut apa yang telah ditakdirkan pada kehidupan ini.
Namun sering juga kita mengeluh dan bertanya pada diri sendiri, kenapa dan mengapa diuji dengan penuh debaran...
Dan kadang merasakan amat sukar untuk dirasai.
Jangan tersalah memberi hati kepada insan yang tak sudi.....Pada insan yang tak mengerti....Kerana, sekali kamu dilukai, sampai bila-bila tetap kamu ingati.
Semua pernah merasa kehilangan, cuma bezanya hanya sejauh mana kesakitan hilang itu ada. Kita punya rasa, dan kadang rasa kita itu sukar untuk dijelaskan mahupun untuk diterang-terangkan.
Tiada siapa pun mahu sebuah perhubungan yang dibina dengan kasih dan sayang itu berakhir dengan benci dan dendam... Dan menjadi naluri kita, mencari tanpa ada jemu akan rasa cinta. ternanti-nanti di mana hujungnya kasih itu terhenti. Adakah berakhirnya cerita putus di tengah jalan dan pedih sepanjang masa. Hingga kadang-kadang menghantui sejarah kehidupan sehingga akhir usia....
Duhai hati...
Hidup ini bukanlah hanya sekadar ketawa. dan juga bukanlah sekadar air mata. Pasti akan selang seli dengan warna -warna kehidupan yang kadang tidak datang dan sempurna seperti yang kita inginkan.
Dan ada ketikanya kita terpaksa menerima sesuatu akan hakikat dengan sabar dan rela kerana itulah takdir buat kita.
Pada tika saat ujian datang merapati...Dan ketika itulah hati dan fikiran teruji...menjadi igauan ia akan merisaukan hati.
Akan tetapi, siapa yang masih mampu tersenyum. Dan tika itulah, menguji kita sejauh mana kekuatan yang ada di dalam jiwa kita. Di dalam kita mentafsir di mana letaknya kejituan hati kita.
Hadapilah satu suratan atas sesuatu ke atas kita, dengan rasa bersyukur kerana diuji Allah s.w.t. Siapalah kita menidakkan takdir buat kita. Cuba dan mengerti akan perjalanan kita, syukuri apa yang ada kini. Itulah letaknya nilai murni kita sebagai muslim sejati.
Kita diuji dan diduga dalam jarak perjalanan kehidupan kita, melihat betapa utuhnya kekuatan iman di dalam jati diri.
Berhentilah menangisi sesuatu suratan yang berlalu. Pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Usah dikenang salah lama. Dan perkara yang lepas itu, takkan sama sekali berulang kembali. Mustahil pada kita, hamba-Nya yang lemah mencari dan mengulangi, mengembalikan masa lalu untuk membetulkan kesalahan masa lampau.
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Perjalanan hidup kita tidak seharusnya berpandukan apa yang terbentang di mata sahaja. Ia memerlukan perancangan agar kita dapat mene...
-
Bagaimana kita boleh berbangga sedangkan apa yang kita miliki hanyalah pinjaman semata. Semuanya milik Allah. Semua rezeki yang ...
-
Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama ibu: Ami...