Wednesday, 16 August 2017

ADA APA DENGAN CINTA....



Adakah cinta hanya sebuah pelukan dan ciuman atau percintaan itu adalah satu pengorbanan untuk orang yang sangat bermakna bagi kita?


CINTA KEPADA BUNGA, CINTA AKAN LAYU.

CINTA KEPADA MANUSIA, MANUSIA ITU AKAN PERGI.

CINTA KEPADA ALLAH, CINTA ITU AKAN ABADI DAN SUCI.



Kecantikan seorang wanita bukanlah terletak pada pakaian yang dikenakan, susuk tubuh yang ditampilkan atau bagaimana dia menyisir dan mendandan rambutnya. Kecantikan wanita harus dilihat dari matanya kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana CINTA itu ada. Tersenyumlah saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis. Mempersonakan kerana memaafkan.



Wanita cantik akan mengasihi, sanggup berkorban dan mencintai dengan ketulusan hati serta bertambah kuat dalam iman dan pengharapan terhadap TUHAN di saat mendepani masalah. 



Adakah cinta sejati dan cinta suci itu benar-benar wujud?

Menurut seorang pengkaji di Universiti Mexico, hubungan cinta seseorang itu hanya dapat bertahan selama empat tahun sahaja. Dalam jangka masa ini, penghasilan hormon dopamine, endorphin, feromon, oxytocin dan norepinephrine akan membuat seseorang berasa bahagia, berseri-seri dan rasa tergila-gila terhadap pasangan masing-masing lebih-lebih lagi di awal percintaan. Namun lama-kelamaan, penghasilan hormon ini akan menjadi berkurangan dan seseorang itu akan mudah berasa bosan dan jemu pada pasangan masing-masing.


Kalau benar seperti apa yang dibuktikan melalui kajian tersebut, bagaimanakah nasib cinta yang selama ini kita dambakan daripada pasangan kita?  Bagaimana pula nasib cinta kita kepada pasangan kita?


Apabila anda mencintai pasangan anda kerana kecantikan atau ketampanannya, maka saat ini saya yakin tanggapan bahawa dia adalah orang tercantik dan tampan telah luntur. Jika dulu rasa cinta anda terhadapnya tumbuh kerana dia seorang yang kaya, maka saya yakin saat ini, kekayaannya tidak lagi menjadi faktor utama pilihan anda.
Andai rasa cinta anda bersemi kerana dia seorang yang berkedudukan tinggi, maka saat ini pasti kedudukannya itu bukan lagi menjadi pegangan anda.




Begitulah riwayat kisah cinta kita sesama manusia serupa seperti kisah ini.

Para ulama sejarah mengisahkan, suatu hari Abdul Rahman bin Abu Bakar pergi berniaga di Syam. dalam perjalanannya, dia melihat seorang wanita berbadan lampai, cantik dan rupawan bernama Laila. Disebabkan panahan cinta pandang pertama, dia telah memberitahu Khalifah Umar al-Khattab dan berpesan agar menyerahkan Laila kepadanya sekiranya Laila menjadi tawanan perang beliau.


Dengan izin Allah, Laila telah diserahkan kepada Abdul Rahman setelah menjadi tawanan perang. Bolehkah anda bayangkan betapa gembiranya Abdul Rahman? Ibarat pucuk dicita ulam mendatang. Impiannya benar-benar tercapai. Begitulah cintanya Abdul Rahman kepada Laila sehinggakan dilupa akan isteri-isterinya yang lain. Apabila sikapnya ditegur oleh Aisyah, isteri Rasulullah s.a.w., dia berkata, "Tidakkah engkau lihat betapa indah giginya, yang bagaikan biji delima itu?"


Akan tetapi, beberapa lama kemudian, Laila mendapat penyakit bibir dan entah kenapa, kelihatan buruk pada pandangan matanya. Abdul Rahman mula berubah sikap. Dia mula bertindak kasar terhadap Laila kerana cintanya telah berubah.



Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda;

"Biasanya, seorang wanita itu dinikahi kerana empat alasan; harta kekayaannya, kedudukannya, kecantikannya dan agamanya. Hendaklah engkau menikahi wanita yang taat beragama, nescaya engkau akan bahagia dan beruntung." (HR Muslim)


Justeru, cintailah kekasih anda kerana imannya, amal solehnya serta akhlaknya agar cinta anda kekal abadi. Tidakkah kita mendambakan cinta yang sentiasa mekar hingga ke akhirat kelak?






~sumber 


Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...