Saturday, 12 August 2017

SEMUANYA SEMUDAH DI HUJUNG JARI


Teknologi mematikan budi. Begitu yang pernah disebut Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Ya, benar. Kata-kata ini punya hakikat yang mendominasi perilaku akhlak manusia zaman kini.

Mata tertumpu pada skrin dalam masa yang sama bercakap tanpa melihat rakan sebelah. Anak-anak dan cucu tidak lagi berbual dan bercoloteh, namun leka menatal [scroll] skrin tanpa lelah dan letih.

Kehidupan manusia kini telah di'zombikan dengan gajet sebagai peneman. Interaksi manusiawi sudah hampir 'pupus' daripada kamus insani. Dunia baharu ini kini mendominasi. Ia bukan lagi sekadar alat telekomunikasi. Namun mampu menjadi medium berjual-beli, medan pasar digital global, dan juga ruang berkongsi tanpa sempadan.

Semua kini semudah di hujung jari. Ya, semuanya mudah. Pahala juga mudah, dosa juga mudah. Garis kabur antaranya hanya dipisahkan oleh keutuhan iman dan kawalan takwa. Kena gaya, manfaatnya banyak. Silap gaya, ummah boleh hancur, kemanusiaan akan lebur.





MENGUMPUL LIKE DAN FOLLOWERS

Dr. Aidh al-Qarni pernah mengungkapkan dimensi tafsiran yang segar menerusi mafhum firman Allah dalam surah al-Takathur ayat 1-2:
"Kamu telah dilalaikan ( daripada melakukan ketaatan kepada Allah ) oleh perbuatan bermegah-megah. Sehinggalah kamu masuk ke liang kubur."

Kata beliau: "Dahulunya manusia bermegah dengan harta dan anak pinak. Namun hari ini manusia mencari dan mengumpul kemegahan yang baharu. Hari ini manusia dilekakan dengan bermegah mengira dan menghitung berapa ramai orang yang menyukai 'post' dan 'followers' di medan sosial."

Inilah wajah dunia akhir zaman. Teknolgi menjadi rebutan, persaingan dan kegilaan. Manusia terdedah di layar kanvas digital menerusi setiap aktiviti kehidupan. Namakan apa saja yang diinginkan. Semuanya kini semudah sentuhan jari di tangan.


~ sumber majalah solusi.

Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...