Sunday, 13 August 2017

TAKWA MENDAHULUI TINDAKAN



Ramai yang tersilap langkah. Terlalu ghairah akhirnya secara tidak sedar melakukan dosa picisan.
Imam Hasan al-Basri pernah mengungkapkan, orang yang beriman dan bijak meletakkan mulutnya di belakang hatinya. Inilah kewarasan sebenar orang beriman. Bukan sahaja mulut, bahkan pemikiran dan tindakan dikawal selia oleh iman.

Cukuplah mafhum firman Allah menerusi surah Qaf ayat 18 jadi panduan: "Tidak ada sesuatupun yang dilafazkan [atau perbuatan yang dilakukan] melaikan disisinya ada malaikat yang mengawasi dan bersedia [menerima dan menulisnya]."

Jadikan syariat sebagai panduan bertndak. jauhkanlah diri daripada menjadi sasaran iblis dan sekutunya menerusi seruannya untuk menggoda dan memperdaya umat manusia. Allah berfirman dalam surah al-A'raf ayat 16 dan 17:

"Iblis berkata:'Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat, sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka ( daripada menjalani ) jalan-Mu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan serta dari belakang mereka, dan dari kanan serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur."

Inilah kecanggihan teknologi dan kepakaran iblis berjuta tahun lamanya yang mampu menyelinap dalam segenap dimensi termasuk dunia teknologi.

Jika masih keliru antara dosa dan juga pahala, maka nilaikanlah perbuatanmu dengan panduan terindah daripada Nabi saw.  Panduan yang mudah tapi mampu menyelamatkan.
Sabda Nabi saw. maksudnya: "Amal kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa pula perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, dan engkau sendiri segan sekiranya perbuatanmu diketahui oleh orang lain." ( Riwayat Muslim )


~sumber.

Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...