Dua Kesedihan
Uthman r.a berkata:
"Kesedihan dalam urusan dunia dapat menggelapkan hati,
kesedihan dalam urusan akhirat dapat menerangkan hati."
Dua Modal Berbeza Hasil
Al-A'masy ( Sulaiman bin Mihran al-Kufi ) berkata:
"Sesiapa yang modal kekayaannya berupa takwa, maka semua lisan
tidak akan ada yang mampu menggambarkan keuntungan
dalam agamanya. Sesiapa yang modal kekayaannya berupa dunia,
semua lisan tidak akan ada yang mampu untuk menggambarkan
kerugian dalam agamanya."
Dua Dasar Kemaksiatan
Sufyan al-Thauri berkata:
"Setiap kemaksiatan yang timbul daripada dorongan nafsu masih boleh
diharapkan keampunan Allah. Setiap kemaksiatan yang timbul
daripada dorongan kesombongan, maka tidak dapat diharapkan keampunan
Allah. Hal ini kerana kederhakaan iblis bersumber daripada sikap
sombong, sedangkan kegelinciran Nabi Adam a.s. akibat daripada dorongan nafsu."
Dua Pencarian
Ali r.a. berkata:
"Sesiapa yang mencari ilmu, bererti ia sedang mencari syurga,
sesiapa yang mencari kemaksiatan bererti dia sedang mencari neraka."
Dua Jenis Dosa
Ibn Abbas r.a. berkata:
"Tidak disebut sebagai dosa kecil apabila dosa tersebut dikerjakan secara
terus-menerus. Tidak disebut dosa besar apabila disetai dengan istighfar."
Dua Pesanan Abu Bakar al-Syibli
Al-Syibli berkata:
"Jika hatimu terasa tenang dan tenteram dengan Allah, maka janganlah
engkau turuti kesenangan hawa nafsumu. Jika engkau ingin dikasihi Allah
maka kasihilah makhluk Allah."
"Jika engakau merasakan nikmatnya dekat dengan Allah, nescaya engkau
dapat merasakan bagaimana pahitnya jauh daripada Allah."