Thursday, 17 August 2017

SEJARAH SOLAT



SUBUH

Manusia pertama mengerjakannya : Nabi Adam a.s.

Al-Kisahnya : Tatkala Baginda dikeluarkan dari Syurga dan di hantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihat baginda adalah kegelapan dan baginda merasa takut yang amat sangat.

Waktunya : Bila fajar subuh, Nabi Adam bersembahyang dua rakaat.

Rakaat Pertama : Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.

Rakaat Kedua : Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.




ZOHOR


Manusia pertama yang mengerjakannya : Nabi Ibrahim a.s.

Al-Kisahnya : Tatkala Allah s.w.t. memerintahnya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.

Waktunya : Seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari. Setelah Allah menggantikan Nabi Ismail dengan kibas, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat tanda kesyukuran.

Rakaat Pertama : Bersyukur bagi penebusan.

Rakaat Kedua : Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat Ketiga : Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.

Rakaat Keempat : Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.




ASAR


Manusia pertama mengerjakannya : Nabi Yunus a.s.

Al-Kisahnya : Tatkala Baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun.

Waktunya : Ikan nun telah memuntahkan baginda di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyanglah baginda empat rakaat kerana baginda talah diselamatkan oleh Allah dari empat kegelapan.

Rakaat Pertama : Kelam dengan kesalahan

Rakaat Kedua : Kelam dengan air laut.

Rakaat Ketiga : Kelam dengan malam.

Rakaat keempat : Kelam dalam perut ikan nun.




MAGHRIB

Manusia Pertama mengerjakannya : Nabi Isa a.s.

Al-Kisahnya : Kejadian ini berlaku sudah waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa a.s. lalu sembahyanglah baginda tiga rakaat.

Rakaat Pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah Yang Maha Esa.

Rakaat Kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tomahan ke atas ibunya, Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

Rakaat Ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu; iaitu Allah jua....tiada du atau tiganya.



Isyak

Manusia Pertama mengerjakannya : Nabi Musa a.s.

Al-Kisahnya : Tatkala Nabi Musa tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan dukacita.

Waktunya : Allah lantas menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah baginda empat rakaat sebagai tanda syukur terlepas dari dukacitanya iaitu:


Rakaat Pertama : Dukacita terhadap isterinya.

Rakaat Kedua : Dukacita terhadap saudaranya Harun.

Rakaat Ketiga :  Dukacita terhadap Firaun.

Rakaat Kempat : Dukacita terhadap pengikut Firaun.





~sumber cetusan minda.








Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...