ALAM DUNIA
....SETIAP DETIK DINILAI ALLAH.
Alam dunia merupakan alam ketiga yang akan dilalui oleh segenap manusia. Suatu alam yang dipindahkan oleh Allah swt. dari alam rahim ke alam dunia. Inilah alam nyata yang akan menjadi medan kehidupan manusia, samada beriman, bertakwa kepada Allah atau medan dalam kemurkaan-Nya.
Perpindahan dari alam rahim ke alam dunia bukanlah suatu perkara yang mudah jika difikirkan. Sembilan bulan lamanya berada dalam kandungan ibu, daripada setitis air mani, menjadi segumpal darah, kemudian melalui proses-proses yang berikutnya sebagaimana yang telah kita bincangkan dalam isu sebelum ini sehinggalah membentuk suatu kejadian yang dinamakan manusia. Kemudian akan melalui proses kelahiran, bayi yang dikandung akan dilahirkan ke muka bumi.
Panjang atau pendek umur seseorang, hanya dalam pengetahuan Allah. Ada yang dilahirkan, dipinjamkan oleh Allah dengan umur yang panjang sehingga mencecah 100 tahun, malahan ada yang lebih. Ada pula yang hanya diberikan umur selama 60,40,20 tahun. Ada pula yang hanya sempat beberapa minit menghirup udara di atas muka bumi. Semua itu termasuk dalam takdir yang telah ditentukan oleh Allah.
PERINGKAT KEHIDUPAN MANUSIA.
Kehidupan manusia di dunia ini berperingkat. Ibn al-Jauzi membahagikan peringkat kehidupan manusia kepada lima bahagian iaitu:
MASA KANAK-KANAK (0 hingga 15 tahun ) |
MASA MUDA (15 hingga 35 tahun) |
MASA DEWASA (35 hingga 50 tahun ) |
MASA TUA (50 hingga 70 tahun ) |
MASA USIA LANJUT ( 70 tahun hingga masa kematian ) |
~ sumber majalah solusi.