Wednesday, 30 August 2017

UJIAN ITU DIDIKAN DARI-NYA...



Ada masanya kita perlu merasai saat-saat kegagalan dan kekecewaan. Bahkan hanya mereka yang pernah diterjah badai kesusahan, kesukaran dan penderitaan saja yang dapat menikmati kemanisan erti kejayaan dan kemenangan.

Kehidupan adalah satu ujian, sebagimana kematian juga adalah satu ujian. Ia melingkari dan merintangi disetiap takah perjalanan yang lewati. Ia adat hidup dan perjuangan, ujian tidak pernah diam menghinggapi hidup manusia. Ada yang diuji dengan kegagalan dalam sesuatu perkara, ada yang diuji dengan penindasan dan kezaliman, ada yang diuji dengan kebaikan, kekayaan, kemiskinan dan bahkan ada juga yang diuji dengan kesalahan serta palitan dosa-dosa.

Ujian nyata berbeza, namun ia tetap bernama ujian. Memang benar ada masanya kita rasa mahu rebah dengan asakan ujian-ujian yang menimpa. Apa yang penting bagaimana kita harus menghadapi ujian tersebut...kecewa, marah, putus asa, serik dan perit tidak mahu meneruskan hidup...?


Lihatlah ujian dengan akal yang sihat, jangan sesekali menilai ujian itu dengan pandangan nafsu yang menipu. Mengapa tidak kita pasakkan ke dalam hati bahawa ujian adalah guru yang mahu mendidik jiwa supaya sentiasa bermuhasabah akan kelemahan diri.

Kita tidak pernah belajar daripada kesenangan dan kemewahan. Tidak juga dari kemudahan dan kegembiraan. Kita akan banyak belajar dari kesusahan dan kesukaran. Kita juga banyak belajar ketika di dalam penderitaan. Walaupun tiada siapa pun yang mahukan kesusahan, tetapi dengan ujian kita banyak sesuatu. Kita dapat menimba pengalaman dan memperbaiki kesilapan dalam melayari liku-liku kehidupan yang serba mencabar ini.


Justeru, lihatlah ujian itu adalah didikan Allah Yang Maha Penyayang. Sesungguhnya di sebalik ujian itu, ada lorong yang terbentang untuk kita susuri buat menghampiri kasih sayang-Nya....andai diri mampu bersabar dengan ujian itu.




Gapailah kasih sayang-Nya yang tidak bertepi itu....



~sumber

Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...