Saturday, 5 August 2017

ABSTRAK JIWA



Aturan Allah dah tetapkan begitu. Kita hanya perlu akur. terkadang hati mahu memberontak, tetapi akhirnya jawapannya tetap sama. Jawapannya supaya kita terus bertahan dan bersabar.

Bukan mudah menjadi seorang manusia. Sentiasa punya salah di sini sana. Banyak kali kita mendaki, banyak kali juga kita jatuh dan jatuh lagi. Kita boleh duduk dan berhenti mendaki. Tapi kita tahu dengan mendaki itulah destinasi ditujui.

Tidak mengapa andai takdir hidupmu begitu. Sekurang-kurangnya takdir itu yang membuat kau terus melangkah gagah. Biar masih jauh, tapi kau terus menapak. Biar ditinggalkan, asalkan kau terus bergerak.

Hidup ini tidak lama. Penuhi dengan rasa-rasa yang menggembirakan. Gembirakan orang-orang yang kita sayang. Gembirakan diri sendiri dengan sepenuh hati. Suatu hari, pasti kita temui apa yang kita cari.







Ada orang mengeluh dengan rezeki yang Allah beri. Katanya, kenapalah nasib aku tak seperti yang lain? 
Mungkin dia terlupa rezeki itu dari Allah Taala. Bukan dari majikan, bukan dari manusia. Sebab bila kita terlalu mengharap pada manusia, bila tidak dapat, kita bakal kecewa yang amat.

Bekerjalah kerana Allah. Dia pemberi segala rezeki. Rezeki itu bukan dari wang ringgit semata. Kebahagiaan, sihat tubuh badan, dipermudahkan segala urusan, disukai manusia itu juga rezeki dari Allah Taala.

Moga kita tidak lupa.






Semua perkara ada pasang surutnya. Setiap pertemuan ada perpisahan. Segala yang berlaku ada musababnya. Semua yang terjadi hanya atas kehendak-Nya.

Itulah dinamakan suratan takdir. Suratan takdir yang telah tertulis disetiap langkah perjalanan hidup kita ini. Siapa kita untuk menidakkan takdir Allah.

Jangan pernah mengeluh dengan apa yang terjadi. Jalan ceritamu telah tertulis begitu. Jangan pernah merungut dengan kehidupanmu. Itu rencah dan roda hidupmu.

Apa saja yang berlaku, baik atau buruk, kita kena belajar menerima. Jangan bimbang. Allah sedang mengatur hidupmu. Mengatur hidup sehingga kamu sampai ke mercu....






Kadangkala ketenangan itu terlalu dekat dengan kita. Tetapi kita terlalu sibuk mencari yang jauh. Kita cari dan cari.

Kadangkala kejayaan itu ada di depan mata. Tetapi kita terlalu inginkan sehingga terlupa pelbagai perkara. Seketika kita hampir berputus asa.

Kita duduk termenung. Memandangkan langit dengan pandangan kosong. Tanpa sedar, telah jauh perjalanan hidup yang kita lalui, telah beribu langkah berjaya ditakluki. Mengapa mahu mengalah lagi?

Ketenangan itu ada dalam diri. Kejayaan itu dari ilahi. Hanya Dia Maha Pemberi. hanya Dia berhak terhadap hidup ini.

Jangan gundah wahai hati.
Teruskan hidup sebagai insani.
Jangan goyah bila diuji.
Itu tanda Allah kasihi.




Tak ada bahagia yang dikecapi dengan cara mudah. Semuanya memerlukan usaha yang bukan sedikit. Bahagia kita, kita sendiri yang rasa. Jalan menuju bahagia terlalu banyak cabangnya.
Hanya kita yang perlu pilih cabang yang mana.

Benarlah, hari ini dan esok punya jalan cerita yang berbeza. Sekarang dan sebetar lagi juga memberi cerita yang tidak sama.

Hidup kita hanya mampu meramal. Tetapi kita tidak mampu menghalang apa yang telah berlaku.



~sumber

Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...