Orang kaya yang tidak berilmu tetap akan menjadi bodoh. Walau sekaya manapun mereka, jauh lebih kaya daripada kita, biasanya kita masih dapat kesan akan kebodohannya.
Ada ilmu yang tinggi tidak membawa kita kepada menjadi kaya raya. Ada profesor hanya pandu kereta Ford yang buruk. Ada peniaga yang tidak lulus SPM tetapi rumah sperti mahligai dan selalu ke luar negara. Namun dari gelagatnya, kita boleh tahu dia orang yang macam mana.
Orang yang berilmu dapat lihat dari perbuatan dan kata-katanya. Bukan dari jenis rumah dan jenis kereta yang digunanya. Orang yang berilmu pandai membawa diri dalam masyarakat. Ia tidak semestinya profesor.
Kepada saya jika seorang profesor tidak pandai membawa diri dan menyesuaikan diri dalam masyarakat dan keadaan, dia sebenarnya bodoh. Kerana puncak ilmu ialah mensejahterakan orang ramai. Ini pendapat saya.
Sebab itu akhirnya orang yang berbudi pekerti mulia dianggap berilmu kerana ilmu menjadikan berbudi pekerti mulia.
Ramai orang matlamat hidupnya adalah untuk kaya, tidak ramai matlamat hidup itu adalah untuk menjadi orang yang berilmu.
Dan apabila lahir masyarakat yang kaya tetapi tidak berilmu......padahnya masyarakat juga akan merasainya......
~ sukiman ishak.
Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Hidup di dunia hanya sebentar, hanya tempat berbekal pulang.Akhirat nanti tempat kita yang sebenarnya. Tugas kita sebagai hamba...
-
Imam Ghazali berkata: "Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak ...
-
Malam itu Kak Fidah bertengkar dengan ibunya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompe...