Thursday, 18 August 2016

ERTI SEBUAH KEBAIKAN



Ombak besar bersama ribut baru melanda sebuah kampung nelayan. Di pantai terdampar ribuan ketam-ketam kecil yang dibawa bersama ombak besar itu. Apabila ribut reda dan cuaca tenang semula kelihatan seorang tua sedang mengutip ketam-ketam yang sudah "nyawa-nyawa ikan" kerana kekeringan itu lalu di campakkannya semula ke laut seekor demi seekor.


Perbuatan orang tua itu diperhatikan oleh sekumpulan anak muda yang secara kebetulan berada dipantai itu. Mereka pelik melihat betapa tekunnya orang tua tersebut satu demi satu ketam-ketam kecil untuk dicampakkan ke laut. 


Perbuatan orang tua itu diperhatikan oleh sekumpulan anak muda yang secara kebetulan berada dipantai itu. Mereka pelik melihat betapa tekunnya orang tua tersebut satu demi satu ketam-ketam kecil untuk dicampakkan ke laut. 

Anak anak muda itu senyum sambil menggeleng-gelengkan kepala. " Sia-sia saja atuk.Ribuan ketam ini akan mati.Atuk tak akan sempat dan mampu menyelamatkan semuanya." " Eh tidaklah ." " Kenapa ?" "Bagi kita mungkin nampak sia-sia sebab apalah ertinya menyelamatkan seekor dua ketam ini berbanding ribuan yang lain yang akan mati ,tetapi bagi seekor ketam yang kita selamatkan itu, ia terlalu besar ertinya." " Kenapa tuk ?" "Kerana ia melibatkan soal hidup atau matinya, betul tak ? tanya orang tua itu. Anak muda yang memandang sinis sejak tadi terdiam melihat kebijaksanaan dan perihatin orang tua itu. 

Pengajaran :   

Jangan fikir besar atau kecilnya satu kebaikan,apabila kita ingin melakukannya. Mungkin apa yang dianggap kecil oleh kita sangat besar pada yang menerimanya.Apatah lagi apabila kita sedar Allah menilai setiap kebaikan yang kita buat.Mungkin suatu yang dianggap kecil oleh kita adalah besar pada pandangan Allah jesteru itu keikhlasan dan kesabaran dalam melaksanakannya,


- sumber Saifullah Saiful

Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...