Friday, 19 August 2016

KITA TIDAK BOLEH MERUBAH APA YANG TELAH TERJADI...


Kita tidak boleh merubah apa yang telah terjadi,
Juga tidak boleh menggariskan masa depan.
Lalu mengapa kita bunuh diri kita dengan penyesalan?
Atas apa yang telah berlalu tidak boleh kita ubah.

Hidup itu singkat sementara matlamatnya banyak.
Maka tataplah awan dan jangan lihat ke tanah.
Kalau merasa jalan sudah sempit, kembalilah kepada Allah yang Maha Mengetahui yang ghaib.
Dan ucapkan Alhamdulillah, atas apa saja nikmat yang dikecapi.

Kapal Titanic dibuat oleh  ratusan orang.
Sedang kapal Nabi Nuh hanya dibuat oleh satu orang.
Tetapi Titanic tenggelam, sedangkan kapal Nabi Nuh menyelamatkan umat manusia.
Allahu Akbar!!!

Hidayah dan taufik hanya dari Allah s.w.t.


Kita bukanlah penduduk asli bumi, asal kita ialah dari syurga.
Tempat, di mana orang tua kita, Adam, tinggal di permulaan.
Kita tinggal di sini hanya untuk sementara.
untuk mengikuti ujian lalu segera kembali.

Maka berusahalah semampumu,
Untuk mengejar kafilah orang- orang soleh, yang akan kembali ke tanah air yang sangat luas.
Jangan sia-siakan waktumu di planet kecil ini.

Perpisahan itu bukanlah kerana perjalanan yang jauh,
Atau kerana ditinggal orang tercinta.
Bahkan kematian pun bukanlah perpisahan, sebab kita pasti bertemu di akhirat kelak.
Perpisahan itu adalah,
Jika salah satu diantara kita di syurga dan yang lainnya di neraka.
Semoga Allah s.w.t. menjadikan kita semua sebagai penghuni syurga.


Hidup ini adalah cerita pendek, dari tanah , di atas tanah dan kembali ke tanah.
Lalu dihisab (Yang hanya menghasilkan dua kemungkinan) 
Pahala atau seksa.

Maka, hiduplah untuk Allah, nescaya kau akan menjadi mahluknya yang paling bahagia.
Ya Rabb untuk mu segala puji yang layak untuk kemuliaan wajahmu dan keagungan kekuasaanmu.



Kalam hebat seorang yang dikurniakan mata hati yang terang dan jernih. Semoga Allah merahmati
Sheikh Dr. Aid Al-Qarni.

Wallahhu Ta'ala A'lam.





Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...